Ahad, 21 Ogos 2011

MEDAN TEMPUR ALAM MAYA.

ALAM MAYA ATAU ALAM INTERNET MEMANG MENJADI MEDAN TEMPUR BARU. ITU TIDAK DINAFIKAN. PENYEBARAN MAKLUMAT DAN PENERANGAN POLISI-POLISI AWAM OLEH KERAJAAN MELALUI INTERNET LEBIH PANTAS BERBANDING CARA TRADISI. KUMPULAN SASARAN IALAH ANAK-ANAK MUDA DAN GOLONGAN PROFESIONAL YANG SAVI INTERNET. NAMUN PENGGUNAAN INTERNET MASIH BELUM LAGI MENCAKUPI RUANG YANG LUAS DI MALAYSIA. MASIH ADA LAGI RAKYAT MALAYSIA YANG KURANG BERAKTIVITI DALAM INTERNET.


Apa yang perlu diperbaiki lagi ialah penglibatan aktif pembuat-pembuat polisi awam melalui kumpulan-kumpulan aktif pro kerajaan yang berselerak di fesbuk , twitter dan blog. Cara penyampaian perlu dimantapkan lagi. Kemantapan penyampaian hanya boleh dilaksanakan melalui penerangan yang jelas. Penerangan yang jelas hanya boleh diperolehi daripada pembuat polisi. 

Buat masa ini, kumpulan sibertruper pakatan pembangkang sentiasa membuat klon dan akaun palsu pejuang-pejuang siber pro kerajaan di fesbuk. Ini telah menimbulkan banyak kekeliruan sehinggalah dapat dipastikan sendiri oleh kumpulan sasar. Hambe sendiri pun banyak diklonkan di dalam fesbuk. Namun begitu ianya tidak menjejaskan sangat penyebaran maklumat kerana tahap sibertruper pembangkang pun setakat kanak-kanak Ribena sahaja. 

Apa yang penting ialah pembuat-pembuat polisi awam wajib menjengah fesbuk dan membuat laman-laman tertentu dan menerangkan tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat sesuatu polisi itu di buat. Ini boleh di sokong oleh kumpulan-kumpulan fesbuk yang pro kerajaan. Apabila ini berlaku, insya Allahu Ta'ala, dakyah-dakyah pembangkang dan sibertruper pembangkang akan kelihatan lebih tolol daripada sekarang,.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...