Selasa, 30 Ogos 2011

KEPALA LUTUT SIAPA YANG JOHN R MALLOT GUNAKAN UNTUK BERFIKIR?

GAP mendedahkan satu isu yang amat menarik mengenai tahap kecerdikan rakan-rakan luar negara Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat terutama ada se-ekor ini bernama John R Mallot yang merupakan teman baik Anwar Aljujubs (Teman jenis apa jangan tanya lah kan). 

Menurut GAP John R Mallot ini mempertikaikan kesahihan jumlah pemilih berdaftar rakyat Malaysia yang berada di luar negara di dalam senarai pemilih SPR. Belaiu menganggarkan pemilih berdaftar sekitar 1 juta orang. Dari mana rekod beliau perolehi tiadalah kita tahu melainkan kita tahu beliau menggunakan kepala lutut untuk memperolehi angka tersebut. 

Rekod SPR menunjukkan hanya ada 2 500 orang pemilih berdaftar yang layak mengundi dan mereka sedang bermastautin di luar negara secara berselerak. Sedangkan dalam negara pun masih ada yang tidak mahu mendaftar seramai 4 juta orang walaupun SPR adakan kempen yang agresif mendaftarkan mereka yang belum mendaftar. 

Kita kena fikirlah bukan senang hendak mengemaskini senarai pemilih rakyat Malaysia yang telah ke luar negara dan tujuan mereka berada di luar negara pula berbeza-beza. Ada yang telah menjadi warganegara tetapi tidak mengemaskini status mereka. Rakyat Malaysia yang ke luar negara sendiri pun tidak mengemaskinikan rekod mereka dengan SPR dan kedutaan Malaysia kerana kebanyakannnya bekerja tanpa permit sah di negara mereka kunjungi,

Salah SPR ke jika rakyat Malaysia yang berada di luar negara sendiri pun malas hendak kemaskini status mereka di kedutaan Malaysia dan menyemak status mereka secara dalam talian (internet). John R Mallot janganlah berfikir gunakan kepala lutut.

Kalau golongan pelajar tidak ada masalah melainkan mereka pergi di atas belanja sendiri. Mereka yang pergi di atas belanja sendiri pun amat jarang hendak mengemaskini status mereka. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...