Selasa, 30 Ogos 2011

ALHAMDU-LILLAHI-ROBBIL-'AALAMIIN, BERITA BAIK DALAM BAJET 2012 KEMAAFAN HUTANG LAPOK?


Dalam perenggan 10, Perutusan Khas Adil Fitri dan Hari Kemerdekaan ke 54 DS Najib menyebutkan bahawa beliau mempunya suatu kejutan baik di dalam Bajet 2012 untuk rakyat berpendapatan rendah dan kelas pertengahan yang merupakan majorit pemilih berdaftar. Kelompok ini sudah muak dan mual dengan janji-janji Pakatan Sosialis Pembangkang Rakyat yang memancing undi mereka pada 2008 tetapi sehingga kini mereka masih terbelenggu dengan Kos Sara Hidup yang membebankan.
10. Sesungguhnya, usaha kerajaan tidak terhenti sekadar itu sahaja. Selanjutnya, insyaAllah melalui Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada awal Oktober nanti, saya akan mengumumkan pula langkah-langkah susulan bersifat lebih komprehensif bagi menangani masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga yang berpendapatan rendah dan pertengahan. - Perutusan Khas Aidil Fitri & Hari Kemerdekaan ke 54 28 Ogos 2011.
DS Najib juga turut memberikan isyarat postif di mana salah satu bidang baru dalam NKRA ialah Kos Sara Hidup Rakyat dan harga barangan keperluan. Ini menunjukkan komitmen tinggi di pihak kerajaan BN bagi memastikan pengagihan kemewahan negara ditransformasikan agar lebih efisyen dan bertambah baik untuk semua rakyat Malaysia. 

Kita mengetahui bahawa salah satu masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga yang berpendapatan rendah dan pertengahan ialah Bebanan Hutang semasa dan hutang lapuk. Ianya juga berkaitan dengan gaji minima yang mereka perolehi di samping tiada kelonggaran di pihak bank yang bersedia untuk memberikan kelonggaran pembayaran hutang. 

Jadi sama-samalah kita tunggu apakah Berita Baik tersebut dalam Bajet 2012. Jika anda gembira UNDI BN !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...