Sabtu, 30 Julai 2011

ANDA WAJIB TAHU RAHSIA DAP.



RAKYAT PATUT TAHU, DAP ialah sebuah Kelab Ekslusif kelompok Elitis Bourgeois Sosialis Demokrat yang bersifat cauvinis. Ahli-ahlinya dan para pemimpinnya cukup mahir membelit. Saikologi mereka (ahli & pemimpin) cukup mudah difahami. Mereka mencela Melayu dan Islam.Pendirian mereka ialah tidak akan menghormati Melayu dan Islam. DAP lahir selepas Singapura dipisahkan dari Malaysia. Ditubuhkan di atas semangat membenci Ketuanan Melayu dan politik Melayu.DAP dilahirkan di atas kebencian sama seperti kelahiran PKR. PAS dilahrkan di atas kekeliruan dan salah faham.

Kenapa DAP begitu membenci UMNO? Ini kerana pengasas-pengasas DAP merupakan ahli-ahli politik yang terpengaruh dengan slogan MALAYSIA MALAYSIAN yang lahir daripada sikap permusuhan akibat pertelingkahan peribadi antara almarhum Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew.

Kemuncak kebencian itu dizahirkan dalam perarakan kemenangan DAP, GERAKAN dan PAS di Selangor pada PRU 1969. Di dalam perarakan itu, DAP telah melakukan provokasi melampau terhadap orang Melayu. Salah seorang yang memegang replika penyapu gergasi sebagai simbol penghalauan orang Melayu ialah LIM KIT SIANG bapa kepada LIM GUAN ENG , Ketua Menteri paing celaka dalam sejarah Pulau Pinang (pinjam label Pisau). Jika DAP tidak melakukan provokasi melampau tersebut, sudah tentu tidak akan berlaku tragedi 13 Mei 1969. Jika PKM tidak melakukan pemberontakan bersenjata sudah tentu tiada darurat dan tiada apa yang di sebut oleh ketua pengganas Chin Peng sebagai Kemusnahan Kolateral yang membabitkan puluhan ribu nyawa orang yang tidak berdosa.

GERAKAN selepas itu merasa bahawa halatuju bersama DAP tidak bagus untuk semua kaum dan kerana itu GERAKAN keluar daripada pakatan dengan DAP dan menyertai BARISAN NASIONAL tajaan UMNO, MCA & MIC.

Segalanya berpunca di atas sebab-sebab berikut:-

1. Kebencian kepada penguasaan kuasa politik di tangan UMNO yang berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC mengikut kadar yang sewajarnya.

2. Kebencian pihak revolusioner seperti PKM dan Melayu berhaluan kiri yang gagal mendirikan sebuah negara mengikut acuan mereka.

3. Kebencian kepada UMNO, MCA & MIC kerana berjaya menubuhkan sebuah negara berbilang kaum berdasarkan kepada perkongsian kuasa politik, ekonomi dan keadilan sosial mengikut acuan  Politik berhaluan kanan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...