Selasa, 7 Jun 2011

JENAMA NEGARA KEBAJIKAN, RACUN AKIDAH YANG DIHALALKAN OLEH TOGHUT PAS.

Kelompok Foolamak Proseks PAS menjual jenama Negara Kebajikan sekaligus mengantikan pegangan muktabar Ahlisunnah wal Jamaah kepada PLURALISMA / LIBERALISMA , impaknya ialah merubah kerangka Perlembagaan Malaysia yang meletakkan ISLAM sebagai agama rasmi kepada ISLAM SAMA TARAF DENGAN AGAMA LAIN.

1. Jika anda masih belum memahami kenapa jenama NEGARA KEBAJIKAN ini merupakan RACUN AKIDAH kepada umat Islam di Malaysia, itu kerana anda masih berfikiran bahawa yang dimaksudkan dengan jenama NEGARA KEBAJIKAN adalah menurut landasan yang termaktub di dalam Al Quran dan Hadis, tapi BENARKAH BEGITU?

2. Jangan sesekali lupa bahawa sejak 2008, isu-isu mengenai agama ISLAM amat hebat diperkatakan oleh DAP yang mahukan Agama Islam ini diletakkan sebaris saja dengan agama-agama lain atas alasan KEBAJIKAN PENGANUT AGAMA LAIN.


3. Anda tentu masih ingat mengenai usul perbahasan di Parlimen oleh Ahli Parlimen DAP yang mempersoalkan kenapa begitu banyak wang dibelanjakan kepada pembinaan masjid sedangkan pembinaan kuil, gereja dan tokong tidak mendapat belanjawan yang sama? Begitu juga mengenai isu hak penjagaan anak apabila ada pasangan yang memeluk agama Islam. Kita senarai serba sedikit isu-isu yang diperjuangkan oleh DAP atas nama KEBAJIKAN / HAK SAMARATA sejak 2008:-

(a) Penggunaaan Kalimah Allah oleh penganut agama Kristian dan isu Al Kitab.
(b) Isu perbelanjaan pembinaan masjid.
(c) Isu perlantikan Menteri Besar yang mesti orang Melayu dan beragama Islam.
(d) Hak penjagaan anak, pengebumian, harta pesaka dan taraf agama anak-anak di bawah umur bagi pasangan yang bercerai disebabkan oleh salah seorang pasangan memeluk Islam.
(e) Isu pernikahan antara orang Islam dengan orang bukan Islam yang meletakkan syarat bahawa pasangan bukan Islam wajib memeluk Islam.
(f) Isu murtad. 
(g) Isu penggunaan masjid dan surau sebagai tempat berceramah politik oleh ahli politik bukan beragama Islam.
(h) Isu penggunaan ayat-ayat Al Quran dan Hadis oleh ahli politik bukan beragama Islam dan orang bukan Islam tanpa pemantauan dan pengawasan sewajarnya oleh pihak berkuasa agama.
(i) Isu kehadiran ahli politik bukan beragama Islam berada dalam ruang utama solat memberikan tazkirah dan melakukan aktiviti yang tiada kaitan dengan ibadah dan pengajaran agama di masjid dan surau 
(j) Isu menggantikan nama pemerintah Islam di dalam doa khutbah Jumaat kepada pemerintah bukan Islam.  
(k) Isu pemberian wang sumbangan kepada orang Islam di dalam tokong, kuil dan gereja.
(l) Isu penggunaan sumber wang haram wang sumbangan kepada orang Islam.
(m) Isu taraf Agama Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan di mana ada tuntutan mahu menyamaratakan taraf itu dengan agama-agama lain.
(n) Isu taraf Yang DiPertuan Agong dan Sultan Melayu sebagai KETUA AGAMA ISLAM  dan kuasa-kuasa mereka.
(o) Isu penubuhan Interfaith Committee yang berdasarkan kepada model Sosialis Internasional.
(p) Isu Wajib Syari'e undi PAS dan Haram undi UMNO/ BN.
(q) Isu memberikan gelaran dan taraf yang dimiliki oleh para sahabat Rasullullah s.a.w. kepada pemimpin bukan Islam yang tidak sepatutnya.

4. Isu-isu di atas merupakan sebahagian kecil sahaja daripada apa yang telah diperjuangkan oleh DAP di atas nama KEBAJIKAN. Realistiknya, PAS tidak oleh mendakwa bahawa sekutu DAP bersetuju dan sudah faham dengan ISLAM walhal PAS yang mengikuti apa yang diajarkan oleh DAP dan PKR mengenai PLURALISMA / LIBERALISMA yang amat bertentangan dengan ajaran tulin ISLAM. 

5. DAP dan PKR tidak pernah pun menunjukkan mereka berminat untuk melaksanakan Agenda Negara Islam mengikut acuan ajaran tulin ISLAM sebaliknya mereka lebih cenderung melaksanakan fahaman satanisma mereka yang terdapat dalam fahaman SOSIALISMA dan PLURALISMA yang jauh terpesong daripada ajaran tulin Islam. Oleh itu, jenama NEGARA KEBAJIKAN yang diikuti oleh tohgut PAS bukanlah sepertimana yang diajarkan di dalam ajaran  tulin Islam sebaliknya mengikuti fahaman satanisma SOSIALISMA dan PLURALISMA DAP dan PKR dan itulah RACUN AKIDAH YANG TELAH DIHALALKAN OLEH PAS.


Seramai lebih 3 juta pengundi yang mengundi rejim satanisma dapkrpas kini menghadapi bahaya RACUN AKIDAH JENAMA NEGARA KEBAJIKAN yang dihalalkan oleh PAS. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...