Selasa, 7 Jun 2011

DARI JENAMA NEGARA ISLAM KE NEGARA KEBAJIKAN, APA YANG ANDA FAHAMI?

Benar juga kata Tun Dr Mahathir di dalam komennya mengenai Muktamar PAS ke 57 baru-baru ini bahawa amat kurang perbahasan dan perbincangan serius mengenai peralihan jenama PAS dari NEGARA ISLAM ke jenama NEGARA KEBAJIKAN. Hanya segelintir bloger pro UMNO/ BN yang membicarakannya secara serius. 




1. Muktamar PAS ke 57 menyaksikan bagaimana toghut satanisma PAS beralih arah dari jenama NEGARA ISLAM yang akan melaksanakan HUDUD kepada jenama NEGARA KEBAJIKAN yang takrifannya  terbuka secara luas  tetapi tidak akan mengutamakan AGENDA NEGARA ISLAM dan HUDUD. Apakah benar selama ini sejak 1951, PAS benar-benar mahu mengujudkan sebuah NEGARA ISLAM ? Apakah implikasi sebenarnya apabila PAS bertukar jenama?

2. Kita dikejutkan dengan perkhabaran dari Utara bahawa PAS menyetujui saranan sekutu mereka DAP untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih AJK masjid yang akan dilaksanakan melalui EXCO AGAMA Pentadbiran Eksekutif DAP Pulau Pinang, Malik Kassim dari PKR. Perkara ini berlaku tidak lama selepas PAS bertukar jenama. 

3. Tindakan tersebut dikatakan mendapat persetujuan MAIPP, JHEAI dan beberapa NGO. Persoalannya siapakah NGO yang dimaksudkan? Tetapi tiada pula disebutkan mengenai sebarang perkenan Yang Di Pertuan Negeri yang mewakili Yang DIPErtuan Agung sebagai KETUA AGAMA bagi neegeri-negeri yang tiada bersultan seperti Pulau Pinang. Sungguh ajaib.

4. Apabila kelompok Foolamak Veteran PAS ditumpaskan dalam Muktamar PAS ke 57 dan Foolamak Kopiah Hitam yang pro Anwar Ibrahim mengambilalih pucuk pimpinan tertinggi PAS, dengan segera PAS bertukar jenama. 

5. Ini bermakna untuk tahun-tahun berikutnya, Karpal Singh boleh tersenyum puas kerana perjuangannya telah berjaya membuat PAS menggugurkan terus perjuangan yang berjenama Negara Islam dan Hudud. Jika sebarang perbincangan dan usaha ke arah memantapkan perlaksanaan Hudud dan Negara Islam, ianya bakal menghadapi tentangan hebat daripada PAS.

6. Pada waktu yang sama, jenama Negara Kebajikan pula akan dijadikan alasan paling kukuh dan kuat oleh DAP untuk menerapkan kesemua nilai-nilai yang bertentangan dengan ajaran Islam di atas nama KEBAJIKAN. Takrifan NEGARA KEBAJIKAN dengan mudah akan diputarbelitkan oleh DAP bagi menerapkan fahaman-fahaman satanisma Sosialis ke dalam ajaran suci ISLAM lalu merosakkan ISLAM itu sekaligus menyesatkan akidah umat Islam. Ini amat merbahaya. Ianya adalah RACUN buat akidah umat ISLAM dan racun ini dihalalkan oleh PAS setelah PAS bertukar jenama. 


Siri artikel ini akan bersambung lagi untuk membicara secara khusus impak PAS menukar jenama. Sebenarnya, penukaran jenama oleh toghut PAS amat merbahaya kepada akidah umat Islam. Ini juga bermakna toghut PAS tidak lagi memperjuangkan dan mempertahankan Negara Islam dan Hudud untuk selama-lamanya. Ternyata TAHALUF SIYASI toghut PAS adalah bertentangan dengan makna TAHALUF SIYASI itu sendiri. Masihkah anda mahu mmepercayai pembohongan toghut PAS? TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...