Ahad, 22 Mei 2011

EDISI SARAPAN: Waras Tak Waras, Gila Tak Gila.



TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH




Bagi yang pernah mempelajari ILMU MANTIQ ungkapan HITAM TAK HITAM, PUTIH TAK PUTIH merupakan ungkapan pertama dipelajari. Persoalan dalam ungkapan tersebut ialah Apakah Warna Yang Di Maksudkan? Jawapannya bukan kelabu, bukan biru, bukan merah atau sebarang warna, malah bukan Putih dan Bukan Hitam kerana ianya bukan mengenai warna. Hari ini, ungkapan ini sudah sewajarnya kita bertanyakan kepada orang PAS dan PKR, WARAS TAK WARAS, GILA TAK GILA. Anda mampu menjawabnya?






1. PAS sentiasa berbohong bahawa UMNO adalah kafir kerana hanya memperjuangkan Bangsa dan itu adalah Assobiyah  juga PAS berbohong mengenai penutupan aurat serta mengenai pelbagai perkara lagi terhadap UMNO. Pada masa yang sama, PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR, dua buah parti yang bukan berjuang untuk agama bangsa dan negara tetapi perjuangan yang amat bertentangan dengan PAS sendiri. 

2. Namun PAS memberikan pembohongan  kerjasama itu adalah sebuah mudarat kecil dan UMNO mudarat besar, kononnyalah. Bagi memperkukuhkan lagi pembohongan itu, PAS mengatakan bahawa DAP dan PKR lebih Islam daripada UMNO walaupun sehingga kini Guan Eng serta Kit Siang masih belum berkhitan.

3. Apakah perjuangan PAS? PAS sebenarnya tiada PERJUANGAN tapi yang ada pada PAS ialah KEPENTINGAN POLITIK PEMIMPIN PAS sahaja. Ahli PAS dimomokkan dengan retorik Dosa dan Pahala, Syurga dan Neraka, Halal dan Haram, Islam dan Kafir, Hudud dan Perundnagan Sivil serta Mati Syahid dan dalam amsa yang sama PAS berdiam diri bila ADUN Perupok dan ADUN Selinsing melakukan onar.

4. PAS dengan mudah menyokong segala kejahatan, keburukan dan kemudaratan yang di bawa oleh DAP dan PKR, lihat saja reaksi lalang mereka dalam isu Video Salahlaku Seksual Anwar Ibrahim dan Kes Liwat Anwar Ibrahim malah lihat apa yang berlaku kepada PAS apabila Anwar Ibrahim mengatakan PAS sudah boleh menerima amalan LGBT ( Lesbian, Gay, Bi-seksual & Transvestite) dalam Islam. 

5.  PAS selama hampir 53 tahun, berjaya merosakkan akidah dan Islam dan meliwat pemikiran anak-anak muda Melayu Islam berbanding kerosakan yang dilakukan oleh para rahib Yahudi, Nasrani dan Majusi ke atas ISLAM.Memang benar, di akhir zaman ini 2 kelompok besar di kalangan umat Islam bakal merosakkan Islam itu , iaitu ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasiq. Inilah yang dimaksudkan WARAS TAK WARAS , GILA TAK GILA.



Kepada semua ibu bapa dan anak-anak serta orang Melayu Islam sekelian, jelas kedudukan PAS dalam Pakatan Beruk Jahat PASDAPKR amatlah kecil dan tidak berpengaruh langsung sampai bila-bila. Jauh berbeza kedudukan dan martabat PAS dengan UMNO. UMNO di dalam BARISAN NASIONAL adalah tunggak Utama dan menjadi pemimpin berpengalaman dan banyak manakala PAS dalam Pakatan Beruk Jahat PASDAPKR, cuma pengikut sahaja walaupun sebenarnya PAS sepatutnya mengepalai Pakatan Beruk Jahat PASDAPKR kerana PAS menguasai 2 buah negeri sedangkan PKR dna DAPIGS hanya menguasai sebuah negeri sahaja, Jadi fikirkanlah, di mana WARAS nya dan betapa GILA nya kesepakatan beruk jahat PASDAPKR ini. TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...