Ahad, 1 Mei 2011

DS NAJIB SUDAH BERSUARA,.. PERANGKAP SOI LEK SUDAH MENGENA.. GUAN ENG MENYINGA

1. DS Najib di petik pada hari ini dalam rancangan pagi memberikan peringatan kepada pengundi kaum Cina, bahawa kaum Cina akan kehilangan perwakilan di dalam kerajaan jika melaksanakan pilihan mereka untuk menyokong pembangkang Pakatan Jahat PAS DAP PKR dan meneruskan Agenda Cauvinisma Ala Hitlerian DAP. 

2. Sebelum daripada itu, Soi Lek mencabar Aljuburi menghapuskan Hak Istimewa Bumiputera dan berani menjadi ahli PKR jika Aljuburi melakukan seedemikian yang mana di sahut dengan penuh gabra oleh Aljuburi yang memecahkan temberang busuknya sendiri bila Aljuburi mengatakan tidak akan menghapuskan Hak Istimewa Bumiputera sesuatu yang DAP tidak akan mengekalkannya dalam Agenda Cauvinisma Ala Hitlerian DAP.

3. DS Najib juga menyeru kepada PAS agar meninggalkan kesepakatan jahat mereka dengan DAP dan menyertai Barisan Nasional. Sesuatu yang di luar dugaan keluar dari lisan DS Najib yang merupakan perkara luarbiasa. DS Najib memperli PAS kerana pendirian PAS tetap mahu menyokong Aljuburi walaupun sudah lama tahu mengenai selera seksual luarbiasa Aljuburi sejak 1997.

4. Rakyat Malaysia menanti dengan penuh debaran apakah ramalan Tun Dr. Mahathir bakal berlaku jika wujudnya Sistem 2 Parti akibat pilihan kaum Cina yang mahukan maruah mereka dikembalikan dan kaum Melayu juga mahukan maruah mereka dikembalikan. Bagaimana pula dengan kaum India? 

Perkembangan terbaru dalam senario politik Malaysia mutakhir ini amat menarik sekali apabila berlaku tarik tali antara pakatan jahat PAS DAP PKR dengan BARISAN NASIONAL dalam meraih sokongan pengundi kaum Melayu, Peribumi, Cina dan India. Jadi kita tengok tali siapa yang lebih kuat dan siapa yang lebih arif dalam hukum Graviti dan Momentum Newton.


1 MALAYSIA 1 MATLAMAT

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...