Sabtu, 22 Februari 2014

KISAH SEDIH BRIM SATU BENTUK POLITIK PERIUK NASI.

Alhamdu lil laah, BRIM dah dkreditkan masuk ke dalam akaun akaun yang layak menerima. Katanya penerima seramai 7 juta orang. Dan dengarkata ada tambah nilai lagi. Di mana diberikan perlindungan insurans selama setahun. Jumlahnya dengarkata ialah RM30,000.00. Terimakasih kepada yang memberi dan syukur kepada Illahi.

Ok, setelah berterimaksih dan mengucapkan syukur; maka tibalah masa untuk menilai secara waras dan rasional pemberian BRIM. Seperti semua ketahui BRIM adalah bantuan terus kepada rakyat. Ianya timbul bila Polisi Rasionalisasi Subsidi petrol dan disel dilaksanakan.

Alasan RASIONALISASI SUBSIDI ialah ianya bukan kewajipan pemerintah beri subsidi dan subsidi adalah belanja hangus. Serta, golongan mewah turut mendapat manafaat subsidi. Begitulah yang diberitahu.

Baiklah; dari kacamata ambe, BRIM adalah bentuk subsidi cuma namanya bukan subsidi tapi BRIM. Malangnya BRIM ne hanya dimanafaat oleh segelintir rakyat manakala subsidi oleh seluruh rakyat.

Berbeza dengan KRIM, dimana semua rakyat dapat manafaat tak kira kaya atau miskin; BRIM hanya dimanafaatkan kepada golongan sasar yang rata-rata hanya ada basikal dan motorsikal cabuk.

Bagi yang tak layak menerima BRIM, tapi bukan orang mewah dan ada kereta cabuk; mereka tak dapat manafaat daripada tukar ganti rasionalisasi subsidi petrol dan disel dengan BRIM. So, kos bebanan sara hidup mereka tetap berat. Jadi, mereka terpaksa menjual kereta cabuk dan guna motorsikal cabuk untuk layak menerima BRIM tahun depan.

Agak malang mereka tak dapat menukar kerja menjadi buruh kerana sektor itu dipenuhi oleh warga asing yang amat dimanjakan.

Akibatnya produktiviti mereka semakin menurun. Bila produktiviti mereka semakin merosot dan menurun; ianya memberi kesan kepada pendapatan perkapita negara. Akhirnya, back to square one jugak.

Dan perbendaharaan negara semakin terbeban dengan pemberian BRIM. Dan undi kepada BN tetap merosot dan menjunam ke dalam gaung.

Membeli undi dan sokongan melalui kaedah dangkal sebegini; hanya mendalamkan  lagi lubang liang lahad BN. Setiap tahun BN gali semakin dalam liang lahad politikalnya sendiri.

Bagi ambe; waima tiada track record sukses dalam politik berbanding PM (tapi PEMANDU juga tiada track rekod sukses dalam politik); ada alternatif lain bagi mengurangkan beban subsidi petrol. Apakah alternatif itu???

PEMANDU gagal menasihati PM agar memajukan teknologi enjin hibrid dan penjanaan kuasa hidro. Sebenarnya; teknologi enjin hibrid sudah lama ada. Teknologi ini gagal dibangunkan sepenuhnya oleh PEMANDU. Kita mempunyai ramai bijak pandai. Tapi PEMANDU punyai polisi senyap yakni nyahkan semua cerdik pandai sebab depa saja yang pandai lagi cerdik (at least camtu ler yang PEMANDU berikan gambaran).

Malaysia memang kaya dan amat kaya dengan pelbagai sumber asli dan bahan mentah asli dalam simpanan yang banyak. Hairan; kerana semuanya gagal diurus dengan baik seperti sebelumnya sejak PEMANDU TAKING OBER.

Malaysia juga mempunyai GLC yang hebat-hebat. GLC berkenaan berkemampuan membuat pelaburan di negara-negara sumber teknologi tinggi. Malangnya, PEMANDU tidak menguatkan GLC, sebaliknya melemahkannya dengan menjual saham dan aset.

Banyak polisi yang di buat oleh PEMANDU lebih kepada hit and run away. Dan merugikan negara. Andaikata, PEMANDU ada polisi-polisi mantap yang bukan bersifat Polisi Periuk Nasi; rakyat sendiri akan menjadi kaya-raya dan tak perlukan BRIM atau subsidi.

Malangnya, inilah yang gagal dilakukan PEMANDU. Dan terlahirlah polisi-polisi hit and run away. Polisi-polisi hanya bersifat Politik Periuk Nasi dan bukan kebajikan sebenar kepada rakyat. Bila lah Tok Jib dan PEMANDU nak sedar ?


Jumaat, 21 Februari 2014

KEDUA CALUN BN/PR SUDAH BERSEDIA MENJUAL HAK RAKYAT KEPADA PEMBIDA TERTINGGI.


Pembida-pembidanya ialah :- 

Papa Hebat Anugerah Tuhan Pemimpin Donia 
Rekod Tertinggi: Bekas banduan
Syarikat Pembida : Pakatan Rakyat Bhd. , PKR Sdn, Bhd. subsidiari milik 100% Pakatan Rakyat Bhd
Harga Tawaran: Belum Tahu anggaran kasar

Datin Paduka Chew Mei Fun- fair (?)
Rekod Tertinggi: Pemimpin MCA je, bukan bekas banduan.
Syarikat Pembida : BARISAN NASIONAL Bhd. ,  MCA Sdn, Bhd. subsidiari milik 3%
 BARISAN NASIONAL BERHAD
Harga Tawaran:  Belum Tahu

PRK KAJANG / KAJANG MOVE / KAJANG SODOMI Hak Mengundi Rakyat. 

Ianya bukan berkenaan Medan Pertempuran antara Haq dan Bathil, atau Good vs Evil.

Ianya berkenaan politikus menjaga Periuk Nasi mereka sahaja dengan menjual Hak Mengundi Rakyat kepada Pembida Tertinggi.

Rakyat di paksa mengundi untuk memastikan Periuk Nasi Politikus tidak terjejas sehingga PRU 14.

Dan Sistem yg ada memaksa rakyat mengikut kehendak politikus.

Tiada perlindungan kepada Hak Mengundi Rakyat.

Politikus memegang Hak tersebut melalui perundangan negara.

Dan memanipulasikannya untuk menjaga PERIUK NASI mereka.

Maka, akan berkumpul dan bersorak lah segala Politikus menjual Hak Mengundi Rakyat.

Dan rakyat di paksa dan terpaksa tanpa kerelaan mereka sendiri, mempertahankan PERIUK-PERIUK NASI yang bukan milik mereka.

Rakyat terpaksa menerima Perletakan Jawatan Sukarela mana-mana politikus tanpa dapat membuat bantahan rasmi dan sebarang remedi. 

RM1.6 juta dibazirkan semata-mata untuk menjaga dan mempertahankan PERIUK NASI POLITIKUS.

Akhirnya, Kepentingan Melayu dan Islam   akan digadaikan waima apa jua keputusan PRK KAJANG nanti.

Begitulah Hak Mengundi Rakyat, yang terjual dan di jual oleh Politikus tanpa sebarang perlindungan.

Kenapakah berlaku demikian? Lihat posta di bawah ini :-


KARPAL DISABITKAN HUKUMAN HASUTAN, TAPI TAKPE LIBERAL DALAM UMNO SEDIA MEMAAFKAN


BERNAMA melapurkan Mahkamah Tinggi KL memutuskan Karpal Singh bersalah di atas tuduhan hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009. Alarh, ni kacang je. Puak Liberal dalam UMNO anytaim je boleh maafkan Karpal singh. Lagipun, Karpal Singh ni OKU. Selaku OKU, hukuman takkan berat punya. Pengampunan gerenti dalam tangan. Kes ini pun akan menjadi satu Negosiasi Politikal puak Liberal di semua pihak untuk menuju kepada REKONSILIASI NASIONAL. Dipercayai, REKONSILIASI NASIONAL akan menjadikan prinsip Pluralisma dan Liberalisma Moderat sebagai asas dan dasar utama . Bermakna adalah beberapa prinsip tegas dalam Islam akan diperlembutkan. Kononnya bagi tujuan yang lebih besar dan mengambil mudarat yang lebih kecil.

Sememangnya, Malaysia kini menuju ke aras liberalisma dan pluralisma moderat bagi menyahut sembilan cabaran wawasan 2020. Tangki Pemikir kedua belah pihak, BN dan PR berpendapat bahawa pendekatan liberalisma dan pluralisma moderat adalah jawapan dan solusi terbaik buat masyarakat majuk negara ini. Pada fikiran ambe, dalam Rekonsiliasi Nasional, beberapa perkara berikut akan dipersetujui bersama:-
  1. Kebebasan memilih agama;
  2. Pilihan agama pada umur 18 tahun
  3. Kalimah Allah boleh digunapakai asalkan tidak disebarkan agama kristian kepada orang Islam
  4. Hak penjagaan anak bagi pasangan yang memeluk agama Islam dengan bukan Islam
  5. Hak Istimewa Melayu yang tidak akan dilaksanakan dalam mana-mana polisi Liberalisasi Kerajaan dibawah Program Transformasi
  6. Agama Islam masih bertaraf agama Persekutuan tapi hanya sekadar itu saja. 
  7. Peruntukan khas pembinaan rumah ibadat lain di dalam pelan pembangunan di bawah PBT.
Inilah Agenda Progresif Liberal yang disebut-sebut oleh KJ hari itu (lihat dibawah).
Halatuju negara ini dibawah politikus yang membawa Agenda Progresif Liberal ialah membuka dan melaksanakan pluralisma dan liberalisma moderat mengikut penerimaan semasa rakyat, terutama orang Melayu sendiri.




Kerana itu, semua provokasi-provokasi ke atas Melayu dan agama Islam, dibiarkan tersebar agak lama. Bertujuan mendedahkan majoriti rakyat kepada isu-isu sensitif agar boleh menerima gagasan Agenda Progresif Liberal bila tiba masa yang sesuai. Golongan Liberal dari kedua belah pihak mahukan rakyat menerima amalan LGBT sebagai norma kebiasaan. Bagi mereka, tak salah, ko menjadi LGBT asalkan ko bersolat lima waktu, berpuasa, bayar zakat dan pergi haji saban tahun. Bagi puak Liberal, ada banyak amalan-amalan konservatif yang diamalkan Melayu adalah batu penghalang utama kepada Perpaduan Nasional dan kemajuan ekonomi negara. Mereka tidak yakin dan benar-benar percaya kepada janji-janji Allah Ta'ala dan larangan Allah Ta'ala.

Unsur yang dianggap sebagai konservatif dan ekstrimis di dalam PAS, DAP , PKR, UMNO, MIC, MCA, HINDRAF dijangka dalam congakan puak Progresif Liberal akan terhapus selepas semua isu-isu sensitif dibangkitkan serta sampai kemuncaknya. Ini adalah perlaksanaan kepada ORDER FROM CHAOS.

Puak Progresif Liberal gagal melihat kenapa alam nusantara selama ini aman tenteram dan konflik hanya berlaku bilamana semua unsur-unsur bertentangan dengan konservatisma berlaga. Hakikatnya, konservatisma adalah sumber kekuatan keamanan selama ini. Lihat sahaja pada masa Tun Dr Mahathir. Semuanya aman damai.

Jika anda bertanya kepada ambe, apakah puncanya menjadi demikian? Lihat posta di bawah ni :-


Jawapannya ialah kerana Parti Politik adalah PERIUK NASI POLITIKUS 
dan bukan medan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. 

LIBERAL DALAM UMNO SEMAKIN MENGUASAI.

Teresa kok berjaya dalam misinya kali ne. Sedar tak sedar; puak sasaran sebenar misi andartu kok sudah melengkapkan misi andartu kok. Siapa yang ambe maksudkan? Di atas fakta apa ambe gunakan?

Misi siapa sebenarnya?

Begini, puak liberal Malaysia sudah jauh ke hadapan sejak 1998. Tok jib dengan anwar ibrahim adalah bes fren poreber. Tiada tercatit dimana-mana pun perseteruan politikal di antara Tok Jib dengan Anwar Ibrahim. Tok Jib pun cenderung kepada liberalisma. Cuma yang menghalang Tok Jib adalah puak konservatif di dalam umno dan ektrimis di dalam PAS , dap kiasu dan pkr. Senjata utama puak liberal ialah wang.

Tok Jib dan Anwar Ibrahim bukanlah manusia yang berminat sangat dengan agama Islam. Dan tak kisah sangat pasal bangsa. Bagi mereka berdua, kuasa, harta dan pengaruh adalah segala- galanya.

Bukan rahsia lagi, KJ telah melaksanakan tugasnya dengan baik yakni memastikan pemuda UMNO menerima liberalisma dan pluralisma secara beransur-ansur.

Pendekatan pluralisma dan liberalisma moderat sudah lama diputuskan oleh Tok Jib sebagai Dasar Rekonsiliasi Nasional. Kerana itu samada wahhabi dan syiah; ianya diterima sebagai amalan Islam yang sesuai banget dengan pluralisma dan liberalisma moderat.

Manakala golongan ahlussunnah wal jamaah dianggap terlalu kolot dan jumud. Golongan ini dianggap terlalu konservatif dan menghalang cita-cita dasar Rekonsiliasi Nasional. Konservatif perlu ditundukkan dengan apajua cara.

Golongan seperti dap kiasu yang lebih cenderung kepada kecinaan kiasu serta sosialis religus diterima sebagai moderat. Kerana ianya bersesuaian dan selari dengan dasar Rekonsiliasi Nasional.

Ramai sudah terpesona dan terikut sama mempersetujui liberalisma dan pluralisma moderat. Dan golongan konservatif pula semakin hari semakin terpedaya. Selepas ini; Tok Jib dan Anwar Ibrahim akan melaksanakan Rekonsiliasi Nasional yang mengikuti liberalisma dan pluralisma moderat.

Nanti dalam artikel seterusnya ambe kasitau apakah liberalisma dan pluralisma moderat.

Ahad, 16 Februari 2014

SEJARAH MENYEDIHKAN MELAYU SEJAK 1511 SEHNGGA KINI. - IGAUAN MELAYU IMPIAN KIASU.



Gambaran Sebenar KOTA MELAKA semasa Penyerangan Portugis, 



Pintu Gerbang Utama Kota Melaka Yang Sebenarnya, 



Keadaan Melaka semasa Belanda Menguasai 


Kota A Famosa yang didirikan berdasarkan kepada Pelan Asal Kota Melaka. 

Tembok Kota Singgora, yang rekabentuk dan senibinanya menyamai dengan KOTA MELAKA.

Pada masa Feringgi (Portugis) menyerang Kota Melaka, ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya Kota Melaka memang sebuah KOTA dengan dinding dan pintu gerbang diperbuat daripada sejenis batu laut yang diperolehi di Pulau Upeh. Batu Kawi dia pilih kerana ketahanan batu itu dengan air masin laut. Malah batu kawi juga mampu menerima bedilan meriam.

Senibinanya mengikut senibina dan rekabentuk warisan berzaman sejak dari Candi Borobudor dan dengan adunan pembinaan teknologi tamaddun Harappa serta kerajaan purba Melayu. Pembinaan Kota bukan asing lagi kepada orang Melayu. Dan mereka yang menjadi jurutera di sebut Pandai Kota atau Tukang Kota. Biasanya mereka ini adalah golongan daripada pembina-pembina bangunan istana dan tukang kayu. Tapi semua generasi itu sudah hilang dan pupus bilamana penjajah barat menguasai alam nusantara selama 503 tahun (1511- 1957).

Kesemua gambar diambil daripada sumber di sini  dan dari blog Malaysia Military Power

Pada 1511, Kota Melaka jatuh ke tangan Feringgi di atas pengkhianatan pedagang Kanton. Sejak itu, kerajaan Melayu Melaka berpindah-randah dari satu lokasi ke satu lokasi. Mencari tapak baru untuk bangun semula. Dan penguasaan saudagar serta pedagang Melayu mulai merosot dan lemah. Sehinggalah kemerdekaan dicapai pada 1957. Selama 503 tahun penjajah barat menghapuskan hegemoni dan penguasaan ekonomi Melayu. Lohong itu digantikan dengan pedagang-pedagang dan saudagar-saudagar Cina, India serta Barat. 

Apabila Raffles mengalihkan pusat dagangan dari Kota Melaka ke Kota Singapura, sekitar 1800, ianya dibangunkan pada asalnya menggunakan tenaga buruh dan kerja orang Jawa , Bugis dan Bawean. Malangnya, kegiatan ekonomi lebih diberikan kepada saudagar Cina. Orang Cina mendapat perlindungan dan kebebasan daripada British menjalankan kegiatan ekonomi mereka.

Pada 1900 berlaku Revolusi Xin Hai yang menyaksikan dinasti Qing dijatuhkan dan bermula era nasionalisma atau kuomintang. Dr Sun Yat Sen pernah ke Singapura dan pernah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk menaikkan semangat orang Cina Nanyang (Cina seberang laut) agar bersatu dan menjaga kepentingan mereka. Nanyang Siang Pau merupakan hasil ilham Dr Sun Yat Sen. Maka bermulalah kesedaran dan gerakan politikal nasionalisma ala Kuomintang.

Berlakunya perang saudara antara puak komunis dan kuomintang dan selepas itu penjajahan Jepun serta kemenangan komunis, menyebabkan ramai orang Cina berlindung di Singapura dan di Tanah Melayu. Sehinggakan bilangan mereka melebihi orang Melayu. Suatu fakta yang diakui oleh Prof Khoo Khay Khim. Tetapi sejauhmana kebenarannya kita tak pasti kerana bancian dan info yang diperolehi adalah daripada sumber British. Kerana sebelum Indonesia merdeka, orang Melayu masih tiada sempadan negara dan negeri seperti sekarang. Mereka masih bebas keluar masuk Tanah Melayu ke Sumatera dan ke Singapura.

Perseteruan puak komunis dengan kuomintang tak terhenti setakat Taiwan dan Tanah Besar China. Sebaliknya merebak sampai ke Singapura, Tanah Melayu, Sumatera dan Pulau Jawa kerana penghijrahan Cina yang berlaku secara en-masse akibat lari dari peperangan dan kekecohan di Tanah Besar China.

Bila Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya, maka timbullah kerisauan dan kecurigaan di pihak kaum Cina mengenai untung nasib mereka di Tanah Melayu dan Singapura. Mereka telah terputus identiti selaku orang Tanah Besar China dan orang Taiwan. Mereka adalah Cina Nanyang di bawah penguasaan British. 

Tempoh sepuluh tahun sebelum merdeka, 1947-1957, Malayan Union, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu serta pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya, adalah tercetus dari kegusaran serta kecurigaan Cina mengenai masadepan mereka.

Ntah macamana, akhirnya kaum Cina, India dan Melayu terpaksa bersetuju untuk berkongsi Tanah Melayu dan menerima syarat-syarat Kontrak Sosial. Maka merdekalah negara ini. Itupun, ada yang bersungut dan marah serta tidak puashati. Komunis meneruskan perjuangan mereka sehingga 1980an. Setelah itu, Singapura, Sarawak dan Sabah dimasukkan pada 1963. Jadilah negara ini bernama Malaysia. Akhirnya, setelah tercetus pelbagai masalah rusuhan kaum sebelum 1965, Singapura dipisahkan dari Malaysia pada 1965. Tidak lama selepas itu, pertelingkahan kaum yang tercetus sejak 1964, menjadi buruk pada 1969. Berlakulah tragedi 13 Mei.

Setelah itu berlakulah Polisi DEB dan penstrukturan semula masyarkat. Kaum Melayu diberikan peluang agar mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum Cina. Tapi, ianya tetap tidak memuaskan hati orang Cina.

Sehinggalah ke tahun 1998 dan sehingga kini. Tertubuhnya Pakatan Rakyat, suatu yang tak diduga dimana DAP dan PAS boleh duduk bersama dan mencapai kata sepakat. Sejak 2008, semua aspirasi dan impian kaum Cina yang bermula sepuluh tahun sebelum merdeka, sudah hampir 90 peratus tercapai.

Dan pada hari ini, kita melihat dengan linangan airmata, bagaimana Melayu masih mengigau dan kiasu bermimpi indah. Tanah ini sudah lama berlumuran dengan darah yang tak sepatutnya sejak 1511. Tanah ini sebenarnya Tanah Berdarah bercampur dengan keringat dan airmata orang Melayu, India, Cina dan pelbagai bangsa di dunia.

Tapi kita masih leka dan masih mengigau mengenai raksaksa dalam almari dan dibawah katil. Kita menakut-nakutkan diri kita sendiri mengenai sudut-sudut gelap dan ruang kosong di dalam rumah yang kita panggil MALAYSIA. Dan Melayu masih mencari-cari Kota Melaka Baru sebagai galang ganti kepada Kota Melaka yang lama. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...