Rabu, 5 Februari 2014

SATIRA POLITIK TERUS KE HANFON TERESA KOKAK BUKAN UGUTAN.


Teresa Kokak pelakon satira politik Onederfool Bloddyfool Dap kiasu, tak perlu takut dan gentar serta gundah gulana dengan semua SATIRA POLITIK terus ke hanfon beliau. Itu kan Hak Bersama dan kebebasan Bersuara. Selaku ahlul Politikus yang berpartikan Multi Rasial, tak timbul soal ugutan pun. Satira Politik pun Teresa Kokak rasa takut dan gerun? Haiyaaaa ..... 

Dengarkata, SKMM cepat tutup laman fesbuk grup yang anti kristian tapi selow cam siput dalam tindakan ke atas mana-mana laman grup anti Islam dan anti Melayu. Selaku rakyat Malaysia, ambe fikir kedua belah pihak sekarang ini semua celaru fikiran dan tak tahu ke mana mereka nak pergi. Ada kemungkinan besar baik BN dan PR akan musnah sendiri akibat kebodohan melampau mereka dalam semua isu politikal. 

Kedua-dua belah pihak , samada PR atau BN sudah gagal untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Mereka sibuk dengan soal kerjaya politikal mereka dan survival politik mereka yang sempit. Mereka semua hanya berminat untuk kekalkan jawatan dan kekalkan status-quo mereka. Inilah jadinya bila jentera kerajaan diterajui dan dipandu oleh PEMANDU sebuah syarikat. Dan pihak pembangkang pula terdiri daripada mereka yang terlalu egois dan bongkak serta ekstrimis. 

Akhirnya, kebajikan rakyat entah ke mana dan kemajuan ekonomi negara menjadi suram serta kabur. 


SPR DAH UMUM PRK KAJANG ON ! BAJET CIPUT JE RM 1.6 JUTA

SPR TELAH MENERIMA SAH PEMAKLUMAN RASMI SPEKER DUN SELANGOR AKAN PENGOSONGAN KERUSI DUN N 25 KAJANG. 

BERIKUT IALAH TARIKH-TARIKH PENTING

WRIT DIKELUARKAN
5HB JANUARI 2014

NOTIS PILIHANRAYA 
6HB JANUARI 2014

PENAMAAN CALON 
11HB MAC 2014

TARIKH MENGUNDI 
23 MAC 2014 

BAJET PRK KAJANG
RM 1.6 JUTA SAHAJA 

* Antara lain, senarai daftar pengundi yang digunakan ialah DPT 2013/ yang kemaskini sehingga sehari sebelum Perletakan Jawatan ADUN N.25 Kajang, Lee Chin Cheh.

JOMMMMMMMM 
BERKEMPEN !!!


EP KAJANG SODOMI, KES LIWAT II, PEMECATAN 2O STAF PKNS & LAWAK MEGA KELUAR PKR.



Pada hari ini , SPR akan buat pengumuman penting mengenai pengosongan kerusi DUN Kajang. Sejak dari awal lagi, semua bertanya dan hairan apakah sebab utama Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN tersebut. DI pihak PR, jelas tindakan itu sudah diketahui oleh dap-pkr tapi PAS menerima kejutan terperanjat maksimum. Imbas kembali, pengosongan kerusi DUN Selangor berlaku dikemuncak polemik Kalimah Allah di Selangor.

Pada 28hb Januari 2014, jam 12.05 tengahari, SPR mengaku terima pemakluman rasmi daripada speker DUN Selangor (Hannah Yeoh-DAP) berhubung dengan perletakan jawatan DUN N,25 Kajang . Dan pada hari ini, 5hb Febuari 2014, SPR akan mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan DUN N.25 Kajang berkenaan dan semua perkara yang berkaitan. Selepas itu, satu sidang media akan dibuat. - Kenyataan Media SPR bertarikh pada 28hb Januari 2014.

PKR melalui mulut Rafizi memberikan alasan bahawa pengosongan kerusi DUN Kajang untuk menyelamatkan regim PR di Selangor. Ini jelas yea. Tidak disebutkan sedikit pun ianya dibuat atas kepentingan rakyat Selangor. Rafizi jelas menyebutkan kerisauan PKR atas apa yang mereka katakan 'Perebutan Jawatan MB Selangor'. PKR bimbang, ianya akan menjadi punca kejatuhan regim PR di Selangor. Maka penjelasan dibuat bersama PKR-DAP mengenai perkara berkenaan. Dan seperti biasa, UMNO/BN dipersalahkan kerana nak mengambil kembali Selangor. Tak ke lawak punya alasan yang diberikan? Menggadaikan dan meliwat demokrasi kerana ketakutan kepada bayang-bayang sendiri?

Ada pula yang mengatakan, ini berkait rapat dengan kes liwat II Anwar Ibrahim yang akan disebut pada 11 dan 12 hb Febuari ini. Tapi bagi ambe, itu tidak berapa relevan kerana terbukti Anwar Ibrahim bukan lagi menjadi keutamaan kepada PR.

Cuma ambe agak hairan bagaimana pula boleh muncul pemecatan 20 orang staf PKNS. Rentetan daripada pemecatan Azmin Ali dari PKNS yang kemudiannya menjadi kecoh. Apa yang sebenarnya berlaku dan terjadi di dalam PKNS sekarang ini? Adakah penguasaan dan hegemoni dap sudah tergugat ?

Mengikut entri Zahid Ibrahim , 
Kajang is not about Anwar’s or Azmin Ali’s ambitions. It’s about the potential failure of Pakatan Rakyat as a political alliance in the state.
The problem started in 2008 when Anwar—jubilant that Tan Sri Khalid Ibrahim the corporate millionaire had agreed to join PKR—promised that Khalid would be Menteri Besar if the Pakatan captured Selangor. Anwar had previously promised Azmin the same position and credit is due to Azmin for accepting the change gracefully.
So, when Khalid became Menteri Besar, he did not take kindly to the decisions and directives made by Anwar or the party as a whole. In fact, he mostly ignored them. In my brief sojourn at PKR, I saw clearly that Khalid was “uncontrollable” from the political point of view.
One of the reasons why Datuk Salehuddin Hashim (the former Secretary-General of PKR) left in a huff in 2009 was Anwar’s inability to prevail over Khalid on key issues such as how party funds should be managed and the way Selangor could help PKR politically.
Anwar’s penchant for avoiding difficult decisions and procrastinating on important issues is the real reason for the present trouble in Selangor. Political parties that want to remain viable need adequate funds and the state must be able to provide that funding if democracy is to function.
Selangor had to find legitimate ways to channel funding to all political parties—including the Barisan Nasional—in proportion to the votes obtained at the general election. Khalid openly rebuffed this idea and Anwar didn’t have the stomach to contradict him. 
Unfortunately, we have come to the point where Selangor Pakatan Rakyat members must be prepared to break ranks, if necessary, in order to forge real political unity.
Neither Anwar nor the Pakatan Rakyat can survive without that unity.
Bila kita gunakan hujah Zahid Ibrahim, barulah kita dapat menyambung rantaian fakta pemecatan 20 orang staff PKNS Holdings dengan pengosongan kerusi DUN Kajang. Ianya tiada kena mengena dengan kes liwat II. Sebaliknya ianya berkenaan, regim PR Gagal Berfungsi Sebagai Sebuah Pakatan Tetapi Hanya Berfungsi Sebagai entiti-entiti berbeza. 

Ianya ada kaitan dengan Dana Politik yang mahu dimanafaatkan daripada simpanan RM3 bilion. Khalid Ibrahim tidak bersetuju wang negeri digunakan dan disalurkan kepada parti politik dan kegunaan politikal regim PR. 

Sekaligus, kita dapat melihat gambaran sebenar, Regim PR di Selangor adalah terlalu rapoh disebabkan keangkuhan dan kebongkakan kepimpinan Anwar Ibrahim dan dap kiasu. Dengan itu boleh kita simpulkan bahawa takde makna ler selama ni pengundi Selangor dok sokong dap pkr pas. 

Namun begitu, pengundi dan penyokong dap pkr pas berkewajiban untuk memberi kemenangan mudah kepada Papa yang hebat anugerah Tuhan donia pemimpin. Tapi perlu mengekalkan Khalid Ibrahim selaku MB Selangor yang berwibawa dan berintergeriti. Pemimpin PAS di Selangor tak layak menjadi MB Selangor. Kasilah peluang kepada Papa untuk memanaskan kerusi DUN Kajang dan mengkritik hebat cara Khalid Ibrahim handel duit RM3 bilion. Tak rugi, nanti semua dapat merasa duit rakyat RM3 bilion itu. 


Isnin, 3 Februari 2014

MELIHAT "EPISOD KAJANG SODOMI" DARI "LUAR CAKERAWALA BIMA SAKTI."

Sapakata ,demokrasi tidak boleh di liwat dan sifar penyalahgunaan ? Dan buat apa melihat Episod Kajang Sodomi dari luar kotak saja? Cer kita melihatnya dari 'Luar Cakerawala Bima Sakti'. Yakni melihat Gambaran Besar dan gambaran kecil nya. Kita kaji dan kita nilai, apakejadahnya PKR bersama rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (RASIS) mencetuskan drama sabun Episod Kajang Sodomi berkenaan. Kita perlu membaca apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Sememangnya tidak dinafikan, tindakan PKR di DUN KAJANG adalah satu tindakan meliwat demokrasi secara terang-terangan. Hanya mereka yang bebal dan bangang saja menyokong tindakan meliwat demokrasi PKR tersebut seperti Rafizi dan macai PKR serta RBA. 

Kita juga perlu mengkaji segala rantaian peristiwa sebelum tercetusnya Episod Kajang Sodomi. Kita gunakan formulir, ' Kehidupan adalah perjalanan takdir yang panjang dan dalam takdir tiada persoalan; yang ada hanya JAWAPAN' (Kesimpulan pokok kepada Rukun Iman ke 6). Tapi untuk mencari Jawapan, kita perlu bertanya. Dan setiap pertanyaan bermula dengan persoalan kritis bersifat inteligen, kononnya. 

Pertama, kita lihat apa yang berlaku sebelum PRU 13 dan selepasnya. sebelum PRU 13, puak PRasis membuat provokasi kow-kow dalam isu kalimah ALLAH dan isu Al Buku berbahasa Indonesia. serta mencetuskan provokasi mengenai perundangan yang berbeza di antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Dan mereka juga menurut maklumat-maklumat yang dilepaskan, terlibat aktif dalam Insiden Lahad Datu. Sebelum Lahad Datu, mereka mencetuskan soal Projek IC di Sabah yang diberikan kepada bangsa Sulu / Tausug dari Mindanao. Sebelum dari sebelum itu, tercetus pendedahan mengenai Agenda Negara Kristian oleh DAP. Dan sebelum PRU 13, puak PRasis giat memfitnah dan menghina Melayu serta agama Islam melalui kempen ASALKAN BUKAN UMNO. Bukan UMNO yang mereka benci tetapi Melayu dan Islam adalah sasaran utama kebencian mereka. PRasis juga turut menyerang institusi Raja-raja Melayu yang mempunyai kuasa-kuasa mutlak dalam pemilihan Menteri Besar dan pembubaran DUN. Serta selaku Ketua Agama Islam bagi setiap negeri-negeri. Kesemua, ius-isu provokatif itu tidak pernah selesai pun samada sebelum dan selepas PRU 13.

Sepanjang kempen PRU 13, dap bergiat cergas menghasut kaum cina agar tidak menyokong BN. Dap memberikan satu kesamaan yakni mengundi BN ialah mengundi Melayu dan perbuatan itu suatu pengkianatan kepada semangat Kecinaan Nanyang sejak sebelum merdeka. Di pihak PKR dan PAS pula, mereka giat menghasut Melayu agar membenci UMNO dan pemimpin mereka yang dituduh dan difitnah sebagai manusia bongkak, pemboros, perasuah dan hanya pentingkan kroni. Kononnya selama 56 tahun Melayu di tipu oleh UMNO. PAS pula terus menerus menabur fitnah yang UMNO anti Islam dan kafir.

Akibatnya, keputusan PRU 13 adalah diluar jangkaan dan jangkauan semua pihak. Berlakunya tsunami Cina. Peralihan sokongan Melayu kepada BN. Dan undi akumulatif dap pkr pas mengatasi undi kepada BN. Tapi BN masih mempunyai bilangan kerusi sejumlah 133 dengan kehilangan 7 kerusi. PKR kehilangan kerusi di DUN Selangor, manakala DAP memperkukuhkan kedudukan mereka berbanding PKR dan PAS. Sekaligus membuktikan, DAP mendapat laba terbesar daripada semua isu-isu politikal tanpa bekerja keras.

Dalam PRU 13, Tsunami Cina yang berlaku menjadi perbuatan sesia kerana pakatan dap pkr pas gagal menumbangkan BN. Menyebabkan tembelang dan helah sebenar Agenda DAP begitu terserlah amat nyata. Ianya tak membantu PAS dan PKR sikitpun. Pakatan dap pkr pas gagal menyatupadukan semua kaum dan mengharmonikan semua agama. Sebaliknya, jurang semakin besar di antara kaum dan di antara semua agama.

Selepas PRU 13, kita menyaksikan dap semakin lantang dan biadap menghina Melayu dan Islam sesuka hati mereka. PKR dan PAS hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri mereka. PAS yang mempunyai jumlah kerusi DUN sama banyak dengan DAP akhirnya terpinggir dan menjadi melukut ditepi gantang sahaja dalam PRasis. PKR terus berlakon dengan melancarkan kempen Blackout yang akhirnya tidak mencapai apa-apa matlamat. Setelah gagal dengan Blackout dan berakhir dengan episod Anwar Ibrahim relahati mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen; PKR mencari ide dengan memulakan kempen TURUN. Apabila ianya berakhir dengan keganasan vandalisma (suatu kegagalan), mereka kembali mencetuskan isu polemik Kalimah Allah melalui rampasan al kitab berbahasa Melayu yang tak mempunyai izin. Sebelum itu, puak sosialis religus enggan mematuhi keputusan mahkamah rayuan yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh dicetak oleh majalah the Herald.

Akhirnya, tindakan itu juga gagal. Kepercayaan rakyat kepada regim cacamarba PRasis semakin meruncing. Orang Melayu mula mempersoalkan dan mempertikaikan kewibawaan dan intergeriti PAS yang dilihat TAK ADA KUASA CUMA ADA KERUSI . Apabila berlaku pertukaran MB Kelantan, ini mendatangkan keresahan dihati DAP dan PKR. Lalu mereka pun berfikir, apakah cara untuk menguji sejauhmana kepercayaan rakyat Selangor kepada mereka. Sebelum itu, ambe lupa nak sebut mengenai lumpuhnya PKR di Sabah dan di Sarawak. Kita jangan lupa mengenai kejayaan BN mengekalkan mandat di Perak dan berjaya merampas Kedah.

Walaupun berlaku dan terjadi kritikan hebat kepada PM Najib, tapi itu tidak menjejaskan perpaduan didalam UMNO dan BN. Biasa ler, dalam UMNO ne, bunyi je gempak kritik sana sini, tapi takkan sampai berpecah belah. Hanya mereka yang takut hilang jawatan sahaja masih menjadi defensif dibelakang alasan pecah belah bila di kritik hebat.

DAP dan PKR cuba melaga-lagakan Najib dan Tun Dr Mahathir. Tapi usaha itu juga gagal.Kerana para pengkritik tegar kepada kepimpinan DS Najib seperti ambe tidak ada niat pun nak golingkan dan gantikan najib dengan sesiapa. He's doing a great job what ! Bila RBA dan macai PKR DAP gagal mempengaruhi minda pengkritik najib dan gagal memarakkan api dalam sekam, akhirnya DAP PKR akur mereka terpaksa melakukan PERLIWATAN DEMOKRASI DI KAJANG. Maka tercetuslah EPISOD KAJANG SODOMI.

Persoalan seterusnya ialah MENGAPA DAN KENAPA , dap -pkr -pas beriya mempertaruhkan Anwar Ibrahim di Kajang?

Apakah OBJEKTIF DAN SASARAN UTAMA dap pkr pas ?

Apakah tanpa EPISOD KAJANG SODOMI, pkr-dap-pas tidak kuat dan tidak ampuh ?

MENGAPA & KENAPA.

Sejak 1969, matlamat utama DAP ialah menghapuskan MCA. Mereka berjaya melakukannya pada 1969 dengan kerjasama GERAKAN. Bila GERAKAN masuk BN, DAP berterusan kekal relatif dan relevan dalam isu-isu yang GERAKAN dan MCA tak boleh berbunyi.

Kesetiaan MCA selepas Chua Soi Lek ambil alih dari tampuk kepimpinan terdahulu, ternyata begitu mencurigakan. Malah sejak 1969, pengaruh MCA tidak pernah pulih dan sentiasa merundum di kawasan di mana DAP bertanding. Namun, UMNO tetap mengekalkan MCA selaku rakan kongsi utama dalam BN. Dengan keyakinan palsu, bahawa MCA mampu berubah dan pulih sepenuhnya. Which is never happen at all since 1969.

Apa jadi bila MCA terus hilang pengaruh dan menjadi biawak dan liabiliti terbesar dalam BN ? Adakah UMNO dan parti komponen lain mampu meraih dan menarik sokongan kaum Cina? PRU 13 telah membuktikanya bahawa UMNO masih berkuasa dengan undi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja.

Pada masakini, DAP mengekalkan sokongan hampir 97 peratus undi Cina. Manakala, MCA hanya mengekalkan 3% sahaja. Dan ianya tidak akan naik kerana ratio itu amat menguntungkan MCA dan pengundi Cina. Kaum Cina mampu menguasai lebih banyak bidang dan kawasan 'Turf' dengan pengekalan dan percaturan sebegini. Bermakna, Sumber Kuasa Politikal kaum Cina mampu survive dan mampu berdominan ke atas majoriti Melayu.

DAP MCA dan GERAKAN amat arif mengenai kelemahan dan ketakutan kepimpinan UMNO. Ditambah lagi dengan bantuan pembocoran rahsia daripada Anwar Ibrahim. Dan puak yang berpaling tadah daripada UMNO ke PKR.

41 peratus pengundi Cina di Kajang lebih rela mengundi Anwar Ibrahim berbanding mana-mana calun BN. Waima calun MCA sekalipun atau Datuk Lee Chun Wei. Kemenangan PKR (Anwar Ibrahim) adalah PASTI kerana itu DAP merestuinya.

Manakala 48 peratus pengundi Melayu, itu sap-sap sui sahaja nak kalih dan pecahkan kerana PAS hanya berlakon sahaja. DAP PKR tahu Najib akan tetap letak calun MCA. Oleh itu, pengundi Melayu akan mengundi Anwar Ibrahim kerana tak suka calon MCA.

10 peratus India, ini macam makan kek lapis Sarawak je bagi DAP PKR. Semua bajet PRK dan peruntukan akan mereka dapat daripada BN dan undi mereka akan tetap kepada Anwar Ibrahim. DAP PKR sudah melakukan eksesais senario-senario, dan kerana itu mereka konpiden , objektif dan sasaran utama mereka akan TERCAPAI DENGAN MUDAH.


OBJEKTIF DAN SASARAN UTAMA.
Ringkasnya, ambe nukilkan di sini :-

  1. Melebarkan dan mempertajamkan lagi konflik dalaman dan ketidakpercayaan akar umbi UMNO MCA sesama sendiri. Yup, belum pun SPR umumkan samada ada PRK atau tidak, akar umbi UMNO-MCA sudah bercakaran dalam diam. MCA tetap dengan Pelan Induk bersama Kecinaan Nanyang. Mereka tak rugi apa-apa dari segi politikal dan ekonomi pun. Yang menanggung kerugian ialah UMNO dan BN. 
  2. Mengurangkan dan memusnahkan kredibiliti kepimpinan najib agar akar umbi UMNO dan Melayu percaya dan yakin, Najib perlu digantikan dan di tukar dengan pemimpin lain. 
  3. Memberikan tekanan kepada Melayu agar Melayu berputus asa dan akhirnya mengambil sikap TIDAK PEDULI. 
  4. Memperlihatkan jentera BN terutama UMNO akan terus hilang semangat juang mereka bagi menghadapi PRU 14 kerana akan timbul rasa tidak puashati kepada keputusan kepimpinan dan calon MCA. 
  5. Memperlihatkan betapa lemah najib terpaksa tunduk akur kepada ugutan MCA dan sekaligus persepsi kebacolan najib akan menjadi alat kempen terbaik menjatuhkan moral jentera BN. 
Selepas episod Kajang Sodomi, dap pkr akan memperkukuhkan lagi gagasan mereka dan mendakwa kemenangan mereka adalah Kemenangan Rakyat. Oleh itu, propaganda ini akan digunakan bagi memaksa dan menundukkan Sultan Selangor dalam soal pemilihan Menteri Besar Selangor.Akan berlaku NEGOSIASI BARTER KUASA sepertimana dalam sejarah Magna Carta. Secara halus, larangan penggunaan perkatan-perkataan kepada penganut agama lain akan DIHAPUSKAN.

Membuka peluang dan ruang kepada DAP PKR PAS meminda dan kemungkinan besar menggantikan kesemua Undang-undang Tubuh Selangor. Dan mungkin dalam sejarah, Sultan Selangor menjadi mangsa pertama regim Liberal-Kiasu menghapuskan Kuasa-kuasa Sultan.

Akan berlaku Krisis Perlembagaan. Dan bagi mengelakkan persengketaan, tawaran anwar Ibrahim untuk Rekonsiliasi terpaksa diterima oleh Najib. Dan ini akan mencetuskan dan mempertajamkan lagi keetidakpercayaan akar umbi kepada UMNO. Akibatnya, Pemberontakan dalaman akan berlaku. Bila ini berlaku, BN akan tumbang dengan sendiri akibat pemberontakan dalaman sesama mereka. 

Ini adalah pendapat peribadi ambe sendiri. BN kena fikirkan cara terbaik untuk masuk jerat Episod Kajang Sodomi tapi kena pandai macam cerita Sang Kancil dengan Pemburu, Sang Kancil dengan Harimau dan Sang Kancil dengan Buaya. 

Perlu diingat SETIAP PERANCANGAN MANUSIA ITU TETAP TERTAKLUK KEPADA PERJALANAN TAKDIR. DI DALAM TAKDIR ADA SEBAB DAN MUSABAB BAGI QADAR KEPADA QADA'. SEMUANYA JAWAPAN DAN BUKAN PERSOALAN. 

Sabtu, 1 Februari 2014

ANWAR IBRAHIM BERHAK MENJADI MB SELANGOR!

Setelah pr berjaya berkuasa dua penggal di Selangor dan Pulau pinang; itu membuktikan rakyat di kedua buah negeri sudah menerima baik pr. Mereka percaya dan yakin PR lebih baik daripada BN. Dan konsep perkongsian kuasa dalam PR bukan mimpi atau khayalan. Tak kira cina ke Melayu ke India ke Orang Asli ke ..kesemuanya akui bahawa konsep PR lebih mantap..lebih realis ..lebih praktikal mencapai keadilan perkongsian kuasa. Tiada hegemoni sepihak.. tiada kepuraan di semua pihak dan tiada Bik bradah pembuli.

Maka sudah tiba masanya pula PR perlukan seorang MB baru. Dan calon yang paling sesuai ialah Anwar Ibrahim. Legasi DSAI begitu legend. Beliau mampu bangkit setelah dihumban ke dalam tong najis IWK. Ofkors setiap pembaharuan / reformasi pasti ada tentangan daripada puak jumud dan sempit fikiran pengamal rasisma.

DSAI mempunya banyak kelebihan pengalaman dan banyak merit berbanding TS Khalid Ibrahim. Selangor memerlukan individu berkaliber dan matang seperti DSAI untuk menerajui PR merempuh badai sehingga PRU14. Bayangkan, DSAI selaku MB sudah tentu BN takkan mampu melancarkan serangan ofensif dan tentangan efektif. BN akan terus di landa kemelut sindrom lemah semangat. Sedangkan dengan TS Khalid Ibrahim pun, BN tak mampu nak atasi waima dengan rempuhan dibawah DS Najib; inikan pula kalau Selangor dibawah anugerah Tuhan dan Pemimpin dunia seperti DSAI.

Pengundi Kajang dan rakyat Selangor harus faham percaturan sebijak ini. Karisma DSAI mampu membunuh semua sisa baki semangat juang BN. Dengan otak penipo nombor wahidnya; UMNO Selangor akan tinggal kenangan manis sahaja.

Melayu Selangor pun sudah tak memerlukan lagi UMNO BN. Mereka sudah menerima idea idea revolusioner dan reformasi sifar anti Cina dan anti India. Selama ini bakat DSAI dipersiakan sebagai Ketua Pembangkang. Bila DSAI menjadi MB, bayangkan berapa banyak pelabur asing bakal dibawa masuk. Berapa banyak dana-dana asing akan mengalir ke Selangor dan sekaligus menjadikan Selangor kembali berdaya saing.

Rakyat Selangor akan menerima durian runtuh yang tak terduga. Pembangunan memerlukan pengorbanan. Dan rakyat Selangor takkan kisah mengorbankan semua nilai murni cara hidup dan bersosial mengikut landas agama. Kebebasan akan menjadi mutlak. Tiada lagi halangan dan kekangan budaya lapok, tradisi kuno dan kepatuhan kepada larangan agama. Hak asasi setiap grup akan terjamin dan selamat.

Bukanlah itu yang diinginkan oleh rakyat Selangor selama dua penggal ne? Sebuah negeri Utopia Kemewahan dengan kebebasan mutlak?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...