Isnin, 30 Disember 2013

11 LANGKAH PENJIMATAN SEKTOR SWASTA , TENGKIU @NajibRazak



Tengkiu Najib !

Part yang ambe paling sukai ialah mengenai proses perlantikan Konsetan. Tapi molek nya tak perlu Konsetan dah. Tapi takpa lah, sekurang-kurangnya Najib bertindak diatas komplen kami. Dan kalau boleh kadar caj pembayaran kepada konsetan dikemukakan kepada Parlimen dan PAC untuk kelulusan. Itu lagi bagus.

Dan ambe paling suka mengenai pembekuan renovasi pejabat. Serta penjimatan ruang pejabat. Kurangkan lawatan ke luar negara dan jemput je perwakilan luar negara mari sini.

Terbaik 11 langkah penjimatan ini. Dan diharapkan juga sebarang kenaikan dilakukan berperingkat-peringkat. Kalau boleh, kerajaan perlu bertegas dengan kelompok peniaga kiasu yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Semoleknya, semua peniaga dikenakan syarat membuat permohonan bertulis kepada KPDNKK untuk dibentangkan di Parlimen sebarang kenaikan harga barangan yang mereka mahu lakukan. Kita letakkan tanggungjawab itu kepada mereka agar mereka SEDOR DIRI !

SPAD: SEPANJANG TAHUN 2013 (2) @SPADChannel

SPAD Journey Planner Competition Timeline


Antara isu sensasi sepanjang tahun 2013 ialah mengenai khabar angin kenaikan tambang bas semasa perayaan Aidilfitri. Dan insiden kemalangan bas Genting jauh masuk gaung. Disamping rungutan pemandu teksi mengenai kadar tambang yang murah. Namun semuanya mampu disetelkan oleh SPAD melalui perbincangan dengan pihak-pihak yang terbabit.

Dalam insiden bas genting masuk gaung, perkhidmatan bas berkenaan sudah digantung. Lanjutan daripada insiden itu, SPAD menguatkuasakan SPAD- ICOP berkenaan keselamatan bas dan dimasukkan sebagai syarat lesen. Terbaik. Tindakan yang amat tegas daripada SPAD setelah menyiapkan inkuiri dengan kerjasama Polis, JPJ dan MROS.

SPAD juga memberikan isyarat jelas kepada semua pengendali dan pemandu bas agar mematuhi dan memantau keselamatan bas dan pemandu. Kini SPAD membina databes pemandu agar mudah menjadi rujukan kepada pengendali dan pengusaha bas. selain itu SPAD juga mahu bas dipasang dengan GPS sebagai alat pemantauan pengendali dan pengusaha keatas perjalanan bas mereka.

Tirai 2013, tinggal 24 lebih sahaja untuk meninggalkan kita semua. Dan tahun 2014 bakal menjelang. SPAD terus melangkah kehadapan dengan penuh keyakinan mampu melakukan yang terbaik untuk semua pihak. Kita selaku pengguna pula hendaklah memulai langkah menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama. Ini mampu menjadi suatu sumbangan kepada penjimatan penggunaan petrol bagi kenderaan persendirian. Disamping menjimatkan perbelanjaan kita.

Bila semakin ramai pengguna menggunakan pengangkutan awam, maka semakin mudahlah SPAD menambahbaik mutu perkhidmatan. Kerana pengendali dan pengusaha pengangkutan awam mampu menampung kos operasi dengan keuntungan kerana jumlah pengguna yang ramai. Bila kepenggunaan pengangkutan awam mencecah 50 peratus, mutu perkhidmatan akan bertambah baik. Dan segala perancangan akan dipercepatkan demi keselesaan pengguna.

In Shaa Allah, kita akan menuju menjadi Negara Maju, dan kita mahu menjadi rakyat minda kelas pertama melebihi yang pertama. Oleh itu, mari kita bersama melangkah dengan SPAD untuk menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam darat Malaysia suatu lagenda dan ikutan semua negara. 

SELAMAT TAHUN BARU !

SPAD: SEPANJANG TAHUN 2013 - (1) @ SPADChannel.


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT, ditubuhkan dibawah inisiatif NKRA. Sebuah badan berkanun dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. SPAD secara rasminya ditubuhkan pada 3hb Jun 2010. Tugas dan fungsinya ialah menambahbaik sistem dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat negara kita. Menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam mesra pengguna yang bermutu tinggi. Sasarannya ialah menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat. Pelan Induk 20 tahun SPAD merangkumi Polisi Pengangkutan Awam Nasional dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Greater KL/Lembah Kelang. SPAD juga diberikan kuasa untuk merancang dan menguatkuasakan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD ini antara lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas; pemeriksaan tiket perjalanan; dan mengetatkan kawalan bagi membanteras penjualan tiket haram dan perayu tiket.

Sepintas lalu, sepanjang tahun 2013, pada Mei , SPAD menerima anugerah dan pengiktirafan UITP Di Kongres Dunia di Geneva diatas usaha mereka. Sesuatu yang amat membanggakan bagi negara. Dan membuktikan SPAD bukan sembarangan badan berkanun. Kejayaan luarbiasa tersebut melonjakkan negara dipersada dunia dalam industri pengangkutan awam darat.

Selain itu, SPAD turut melancarkan TEKS1M. Ini satu inisiatif bersama dengan PROTON dan PUSPAKOM. TEKS1M mempunyai ciri-ciri keselesaan maksimum kepada pengguna. Dilengkapi dengan sistem pembayaran kad kredit dan kad debit. Dalam skim berkenaan , seramai 1,000 pemandu diberikan lesen persendirian dan kemudahan pinjaman membeli model TEKS1M.

SPAD turut bercadang memperkenalkan bas elektrik di Melaka pada tahun depan. Sebanyak lima buah bas akan mula beroperasi mulai Januari 2014. Ini kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui Panorama Melaka Sdn. Bhd. sebuah subsidiari kerajaan negeri Melaka.

Perkhidmatan tren komuter KTM dilanjutkan sehingga ke Rembau mulai 31hb Ogos, 2013. Pengerusi SPAD, CEO dan pegawai eksekutif nya sendiri turun padang menaiki tren komuter KTM dari KL Sentral ke setesen komuter baru di Rembau.

Perkhidmatan bas feeder ke Skypark (Subang Airport) yang dikendalikan oleh Konsortium Transnaisonal Berhad mula beroperasi pada 12 Disember lalu. Perkhidmatan ini merangkumi lima laluan utama. Mengambil dari Perhentian bas Pekeliling, dan berhenti di poin-poin Plaza Damas, Curve Mutiara Damansara dan Kelana Jaya LRT setesen.

Pada tahun ini juga menyaksikan pelancaran E-Tiket intergrasi yang dilakukan oleh pengendali bas KLIA. Sistem yang boleh mana-mana individu memesan dan membeli tiket melalui talian. Disamping melancarkan sistem dwi-tier bagi perkhidmatan teksi di KLIA. 

SPAD menerima 10,000 aduan sehari mengenai salah laku pemandu dan kesalahan lori. Sebanyak 2,000 aduan telah diambil tindakan. Bakinya, kerana kekurangan butiran. SPAD juga menambah kekuatan pegawai penguatkuasa. Dan mengambil ramai graduan peringkat ijazah. Bahagian Penguatkuasa SPAD pun kerap melakukan operasi bersepadu dari masa ke semasa.

Manakala Projek HRL -KL-Singapura cadangannya akan dimuktamadkan. Dan projek MRT serta pembinaan penyambungan jajaran LRT Ampang Kelana Jaya sudah siap 41.5 peratus setakat pada Oktober 2013. sejumlah RM160 bilion diperuntukkan untuk penambahbaikkan projek rel.

PENGERUSI SAMM GAGAL MENJADI KETUA MENTERI SARAWAK BARU? HADEHHH KELAKAU LAH KAU CHEGU BARD.


Chegu Bard bercita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak. Pergi ke Sarawak menghasut anak Sarawak agar berhimpun dan mendesak Ketua Mneteri Sarawak letak jawatan. Selaku Pengerusi SAMM, beliau tes power. Malang sungguh usaha beliau menemui kegagalan total lagi mengecewakan beliau, duit berabis ke Sarawak akhirnya matlamat tak kesampaian. 

Lebih malang lagi parti komponen Barisan Nasional Sarawak, PBB, SUPP, PRS dan SPDP serta beberapa NGO lain telah membuat laporan polis berkenaan perhimpunan haram tersebut. Hanya segelintir pemimpin AMK Sarawak, SAMM Sarawak dan PKR Sarawak yang berani tampil menyahut panggilan Chegu Bard.
Hairan kenapa chegu Bard ajak orang Melayu kacau kerajaan dan politik Sarawak. Kenapa chegu Bard tak ajak Melayu mintak LGE letak jawatan selaku SUA DAP Kiasu dan digantikan dengan beliau? Sungguh menghairankan peel buruk Pengerusi SAMM tersebut.

SPAD: PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DIBANDAR-BANDAR UTAMA MENJADI FOKUS @SPADChannel.


Seramai 1.2 juta penduduk Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan awam darat. Antara faktor mengapa SPAD memberikan fokus utama kepada bandar-bandar utama di Malaysia. Penduduk dibandar lebih ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam darat didorong oleh faktor kesesakan lalulintas dan tambang yang jauh lebih rendah dari menggunakan kereta persendirian.

SPAD memfokuskan peningkatan penggunaan pengangkutan awam darat di bandar sehingga menjadi 40 peratus menjelang 2030. Keselesaan pengguna diutamakan diberikan perhatian. Sistem pengangkutan teksi, monorel, sistem LRT dan MRT serta bas sedang pertingkatkan.

70 peratus rakyat Malaysia tertumpu dibandar-bandar utama. Oleh itu SPAD selaku badan yang diamanahkan, memberikan fokus kepada bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Kuching, Georgetown, Ipoh dan Johor Bahru. Memang logiklah sebab rakyat lebih ramai berada dibandar-bandar utama nampaknya.

Pada Oktober lalu, pihak kerajaan telah meluluskan Pelan Induk Pengangkutan Awam Kebangsaan. SPAD berpendapat adalah molek bila kesemua mod pengangkutan awam darat dibandar diintergrasikan bagi memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna. 

Dikawasan bandarlah paling banyak kedapatan mod perkhidmatan pengangkutan awam kerana permintaan yang tinggi.  Setakat ini, SPAD menyediakan bas percuma GO-KL bagi sekitar pusat bandaraya. Perkhidmatan yang mendapat sambutan menggalakkan dan pengiktirafan dunia. Paling menarik mengenai GO-KL ialah disediakan capaian internet percuma WiFi.

Ini adalah usaha SPAD membawa warga kota menggunakan pengangkutan awam. Sekurang-kurangnya warga kota mampu ada mod pengangkutan alternatif dan kepantasan bergerak dari rumah kediaman ke tempat kerja mereka. Tanpa kesesakan lalulintas yang memenatkan mereka. Oleh itu, selalu ler beri pandangan dan cadangan kepada SPAD. Reaksi dan maklumbalas anda amat dihargai oleh SPAD demi keselesaan anda semua. Rajin-rajin lagi ke laman web SPAD dan twitter SPAD untuk memberikan pandangan dan maklumbalas. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...