Jumaat, 4 Oktober 2013

AMT UMNO Perlukan Puteri Kayangan Bijak, Berani Benar Dari Sri Dewangga Wangi



Puteri Kayangan Dari Seri Dewangga Wangi? 
Pada ambe, begitulah.
Adakah salah ambe mengatakan begitu?
Bagi sesetengah pihak mungkin tidak sependapat. Tapi biarlah mereka dengan pendapat mereka. Ambe lebih bahagia mengikuti pendapat ambe. Bagi pendapat dan hemat ambe, beliau umpama Puteri Kayangan dari Seri Dewanggan Wangi. Beliau seorang yang bijak, berani dan benar. Keterampilan beliau selaku pemimpin wanita sudah cukup syarat. Waima kata pepatah, 'Tiada Bumi Tak Dibasahi Hujan', tapi kita kena tengok jugalah, bumi apa dan hujan apa. Beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Pengerang. Ahli Parlimen. Ketua kaukus wanita di Parlimen. Pernah menjawat Menteri Kabinet. Beliau masih muda. Penuh bertenaga. Dan perkara yang paling ambe sukai ialah beliau 'clean'. 

Bila kita memuji (bukan memuja) seseorang pemimpin kerana sifat-sifat baiknya, itu lebih baik daripada mengumpatnya. Kerana pujian kita itu akan kembali jua kepada Maha Pencipta yang Maha Esa. Kita melihat 'dalaman' dan bukan setakat luaran. Kecantikan dalaman akan terserlah keluar. Nak kata ianya trend bermusim memuji seseorang calon, pada hemat ambe, sepanjang masa kita boleh memuji sifat baik seseorang itu. Apasaja baik mengenainya, kita boleh memuji kebaikan itu. Paling tidak, kita kena fikirlah, kalau seseorang itu tidak baik, mana mungkin boleh menjadi pemimpin? Dan kalau kita lebih baik daripada orang itu, sudah tentulah kita yang menjadi pemimpin ditempatnya. 

Bilamana, imej UMNO dibusukkan dengan pelbagai kebusukan daripada fitnah-mehnah dan tohmahan, kita memerlukan pewangi baru. UMNO perlu berbau wangi dan diwangikan semula. Hanya kewangian daripada sifat kebaikan seseorang pemimpin yang mampu mewangikan dan menjadikan UMNO berbau wangi serta harum. Pada hemat ambe, Dato Azalina dengan sifat Bijak, Berani dan Benar itulah 'Pewangi' yang diperlukan oleh UMNO untuk menjadi wangi bagi proses peremajaannya. Sudah tentulah, yang berbau wangi-wangi ini adalah puteri-puteri kayangan.Kerana bauan wangi dari kayangan sudah tentu lebih harum dan wangi dari bauan perfume yang ada dibumi ini. Tidakkah layak bagi mana-mana pemimpin yang mampu dan dilihat berpotensi mewangikan semula UMNO itu, kita umpamakan seperti Puteri Kayangan Dari Seri Dewangga Wangi?

Ketua Audit Negara Perlu Audit Demonstrasi Jalanan Untuk Tahu Kenapa Aset Polis Banyak Hilang.

Salah satu sebab Kenapa Banyak Aset Polis Hilang Yang Ketua Audit Negara Terlepas Pandang 

Satu lagi Sebab Yang Ketua Audit Negara Terlepas Pandang Mengenai Perbelanjaan Tajaan Masa HBN
Dua gambar diatas sudah cukup buat anda memikirkan semula kesemua 'spin' macai alkhannas mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Disini, tak perlu ambe ulang tayang semula apakah yang dijadikan isu secara niat jahat (mala-fide) dalam semua spin-spin puak macai alkhannas Regim Pembela Penjenayah dap-pkr-syiah. Namun, ambe amat mengalu-alukan usaha Ketua Audit Negara memberikan Laporan Tanpa Prejudis, cuma agak malang kerana ketelusan dan kejujuran kerajaan BN dalam hal ini, sentiasa disalahtafsir dan di'spin' secara mala-fide oleh puak-puak penyebar fitnah berbayar macai alkhannas Regim Pembela Penjenayah dap pkr syiah. 

Pada fikiran ambe, dalam dua isu yang di'spin' oleh puak macai alkhannas berbayar regim Pembela Penjenayah (PR = Penjenayah Real, sebab 66 ahli Parlimen mereka enggan meluluskan Akta Pencegahan Jenayah- Tunggul Kayu Tak Berakal) yakni, pertama, isu penajaan konsert K-Pop dan kehilangan aset Polis, perlu dibuat tindakan susulan. Tindakan susulan yang paling efektif ialah mengarahkan Ketua Audit Negara mengaudit semua siri-siri keganasan jalanan yang pernah ditaja dan dianjurkan oleh Regim Pembela Penjenayah dap pkr syiah sepanjang tempoh 2008-2013. Dari situ, ambe amat berkeyakinan tinggi, KAN akan menjumpai sebab musabab paling utama kenapa aset polis hilang dan kenapa penajaan konsert K-Pop nilainya RM1.6 juta.

PAC (Public Accounts Committee) pun boleh memanggil semua penganjur dan penaja siri-siri keganasan jalanan berkenaan. Barulah, PAC dan Ketua Audit Negara dapat memantapkan lagi laporan-laporan mereka kepada umum. Kita selaku rakyat kebanyakan perlukan input-input dan sumber-sumber bebas prejudis dan bukan hanya dari satu sudut pandang saja. Mana aci, hanya satu pandangan daripada Ketua Audit Negara saja diambilkira. Sebabnya, siapa pula yang 'mengaudit' laporan dan sistem pengauditan yang digunapakai oleh Ketua Audit Negara? Betul tak? Dan siapa pula yang boleh menjamin petugas-petugas Jabatan Audit Negara yang melakukan audit adalah Bebas-Prejudis? Kita perlu fikir juga, adakah pegawai-pegawai berkenaan mempunyai pengalaman dalam apa yang mereka auditkan? Contohlah, pegawai yang mengaudit aset Polis, adakah pegawai berkenaan pernah menjadi anggota Polis untuk memahami betul-betul mengenai aset-aset polis?

Bila kita baca Laporan KAN tu, kita kena 'baca' juga pegawai-pegawai yang menyediakan laporan berkenaan. Agaknya apalah depa dok fikir masa siapkan laporan berkenaan. Golf atau Volkswagen Golf ?

Khamis, 3 Oktober 2013

PAC: Akhirnya Hasrat Rakyat Tercapai !


Kemaskini perkembangan isu R.U.U. APJ (Akta Pencegahan Jenayah) 1959. Sesi perbahasan mengenainya berlanjutan sehingga lewat jam 12tengahmalam. Y.A.B. PM dan TPM turut hadir dalam sesi lewat. Akhirnya, APJ diluluskan! Alhamdu-Lillahir-robbil-'alamiin. Kini, pihak polis mempunyai 'senjata' baru memerangi jenayah terancang dan berat. Ini berdasarkan kepada laporan daripada Utusan Malaysia. 

Berikut adalah sebahagian petikan daripada laporan Utusan Malaysia mengenainya:-
Sementara itu Ahmad Zahid berkata, rang undang-undang itu tidak bertujuan sama ada secara tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik, sebaliknya khusus untuk menahan penjenayah.
''Memang tiada niat dan tujuan tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik walaupun berlaku perbezaan pendapat. Lagipun di dalam pindaan ini tiada kuasa menteri berbanding kuasa menteri di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
''Di dalam ISA, menteri ada kuasa mutlak dan beliau boleh tandatangan penahanan. Namun, di dalam pindaan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah arahkan Peguam Negara menyebut perkara itu kerana kerajaan tidak mahu diimplikasikan berlaku salah guna kuasa menteri," katanya.
Atas asas itu juga Ahmad Zahid berkata, Lembaga Pencegahan Jenayah ditubuhkan di dalam pindaan itu dan dianggotai tiga orang ahli dan mungkin lima orang dan mereka terdiri daripada pengamal undang-undang.
''Niat Perdana Menteri untuk membuat transformasi politik jelas terpancar pada pindaan ini. Tujuannya adalah untuk tangani jenayah berat," katanya lagi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131003/je_01/Pindaan-Akta-Cegah-Jenayah-lulus#ixzz2gcUdsQxf 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, 2 Oktober 2013

PAC :- BN Hendak Cegah Jenayah , Pembangkang Halangi BN Cegah Jenayah.


Sekarang di Parlimen, sedang dibahaskan tiga R.U.U. (singkatan kepada Rang Undang-undang) berkenaan keselamatan awam dan negara. Tersohor ialah D.R.8/2013 Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan & Pemerluasan) 2013. Antara peruntukan yang hangat diperbahasakan ialah mengenai , penahanan selama tempoh 2 tahun tanpa bicara. Sesi petang tadi menyaksikan pertikaman lidah diantara mantan Menteri Dalam Negeri, Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Selangor dengan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang, Azmin Ali, Teresa Kok, Hanipa Moiden dan Sivarasia. 

Antara hujah ahli-ahli Pembangkang, peruntukan tersebut adalah jelmaan semula I.S.A. Teresa Kok membantah atas alasan, peruntukan ketat sedemikian membuka peluang kepada amalan rasuah dengan 'bercerita' (tak tahulah betul ke tidak, tapi minah itu ada rekod buat cerita tak betul pasal tahanan kena bogel). Hujah yang paling menonjol daripada pihak pembangkang ialah peruntukan tersebut adalah jelmaan I.S.A. dalam bentuk lain. Noh Omar dengan tegas menjelaskan, I.S.A. sudah tiada. Kuasa eksekutif untuk menahan mana-mana orang tanpa bicara sudah dihapuskan. Peruntukan yang baru ditujukan kepada mana-mana penjenayah yang sukar dibawa ke muka pengadilan untuk diadili. 

Selain hujah tersebut, pihak pembangkang mendakwa, peruntukkan itu menyalahi Piagam Hak Kebebasan Asasi Manusia. Dan, ada alternatif lain untuk mencegah jenayah selain memperuntukkan kuasa penahanan tanpa bicara. Namun, mereka tidak pernah memperincikan apakah alternatif-alternatif tersebut atau membentangkannya didalam Dewan Rakyat. Mereka cuma mencelah sambil menghentam saja untuk memburuk-burukkan BN dan Polis. Mereka lupa tanggungjawab dan amanah mereka kepada keselamatan awam dan negara untuk seketika. Kerana terlalu ghairah membuat persembahan-persembahan oratari memukau dan terpukau. Pertunjukan oratari menjadi fokus dan tumpuan mereka. Manakala, tanggungjawab bersama menjaga, memelihara dan melindungi nyawa dan hartabenda awam dilupakan terus oleh mereka. Apa yang penting? Persembahan Oratari Yang Memukau!

Sepatutnya, bila menyentuh mengenai perundangan berkaitan keselamatan awam dan negara, hak individu perlu digantung didalam keadaan tertentu. Ini kerana, keadilan perlu dilaksanakan segera dan mesti dilihat dilaksanakan. Dan keadilan sesuatu perundangan itu mesti dinilai dan ditimbangtara mengikut peruntukan didalam Perlembagaan dan bukan berdasarkan kepada diluar daripada itu. Tugas utama semua anggota Dewan Rakyat ialah membuat dan meluluskan perundangan yang berimbang dan berperikemanusiaan. Tetapi itu mestilah didalam ruang litup Perlembagaan itu sendiri. Sudah tentu bila kita menimbang kepentingan awam dengan kebebasan individu, kepentingan awam itu mengatasi kebebasan individu. Bukan bermakna menghapuskan kebebasan yang sediaada atau mengekangnya, tetapi kepentingan awam itu lebih utama. 

Tujuan suatu perundangan ialah memastikan kebebasan individu itu selari dengan kepentingan awam dan negara. Agar kebebasan itu tidak disalahguna bagi tujuan mengancam keselamatan awam dan negara. Tidak bermanafaat, bila kebebasan individu itu mengatasi kepentingan awam dan negara. Kerana bila itu berlaku, tiada maknalah kebebasan itu sendiri. Kebebasan itu diberikan agar setiap individu hidup rukun damai dan boleh berfungsi sebagai satu unit kemasyarakatan yang matang. Bila individu mementingkan kebebasan dirinya sahaja, tanpa menghiraukan samada kebebasan itu telah mencerobohi pula kebebasan individu lain, ini akan menimbulkan ketegangan. Dan ketegangan selalu nya berakhir dengan keganasan. Salahguna seperti itulah yang perlu dikekang agar tiada pencerobohan berlaku akibat salahguna kebebasan itu sewenangnya oleh mana-mana individu untuk mencerobohi kebebasan individu lain. 

Ini bukan lagi soal samada hendak berteori dan beridealis mengenai utopia sebuah masyarakat tanpa jenayah dan kejahatan. Benar, setiap manusia yang dilahirkan adalah insan baik. Hanya latarbelakang, didikan dan faktor-faktor tumbesaran yang akan membentuk akhlak dan jiwa seseorang , samada menjadi penjenayah atau seorang warga yang baik. Tetapi setiap manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa bermasyarakat. Hidup bermasyarakat dan bernegara menghendaki adanya peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap anggota masyarat, bagi memastikan kerukunan dan kedamaian dalam perhubungan. Pada zaman ini, memang sukarlah hendak mengawal mana-mana individu dari melakukan jenayah. Kerana kecenderungan melakukan jenayah adalah amat tinggi. 

Ahli Parlimen pembangkang perlu hidup didalam realiti dan bukan fantasia bulan madu di Switzerland. Peruntukkan pencegahan melalui penahanan tanpa bicara bukan suatu yang luarbiasa atau suatu kezaliman yang lumrah diatas nama kepentingan awam. Ianya suatu keperluan bagi membanteras dan mencegah mana-mana individu melakukan jenayah terancang dan mengancam keselamatan awam. Suatu undang-undang pencegahan itu dibuat bagi menyukarkan kehidupan penjenayah dan bukan untuk membantu penjenayah membuat jenayah. Mana-mana individu yang bukan penjenayah tak perlu berasa takut dizalimi tanpa pembelaan dibawah peruntukan pencegahan sebegitu. Sama halnya dengan kawasan larangan merokok. Bagi perokok ianya menyusahkan tapi bagi bukan perokok, tidak wujud bagi mereka 'Kawasan Larangan Merokok'. Sememangnya, peraturan 'Kawasan Larangan Merokok' untuk menyusahkan perokok. Kerana perokok bila merokok, mana ambil peduli apakah kesan gangguan asap rokok dan bau busuk rokok itu kepada oranglain. 

Samalah halnya dengan peruntukan pencegahan jenayah. Bagi penjenayah, ianya menyukarkan kehidupan mereka. Bagi mereka yang tak terlibat dengan kegiatan jenayah dan perlakuan jenayah, peruntukkan itu tidak terpakai keatas mereka. Dan ianya tidak menyusahkan kehidupan mereka pun. Seperti yang dikatakan diawal tadi, perundangan pencegahan bertujuan menyusahkan penjenayah melakukan kegiatan jenayah mereka. Bila penjenayah sukar melakukan jenayah, sudah tentulah mereka akan meninggalkan dunia jenayah, kerana tak berbaloi. Bila tiada perundangan yang ketat dan menyusahkan kehidupan penjenayah, sudah tentulah penjenayah merasakan mereka lebih tinggi daripada perundangan. Adakah itu kesemua ahli pembangkang mahukan? Menjadikan negara sebagai sebuah syurgawi bagi para penjenayah dari pelusuk ceruk dunia?

SPAD: Sebelum Kena Tindakan, Elok Pastikan Keselamatan Teksi, Bas & Lori Adalah Selamat@SPADChannel

SPAD telahpun mengeluarkan dan menguatkuasakan SPAD ICOP bagi aspek keselamatan kenderaan pengangkutan awam. Dan amaran telah dikeluarkan oleh SPAD bahawa tindakan tegas menggantung lesen akan diambil bila dibuktikan kesalahan memandu melebihi had laju. Di Malaysia, kesalahan memandu melebihi had laju dan membawa muatan lebih adalah kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu dan pengendali lori. Dan kesalahn itu banyak membawa kepada kemalangan-kemalangan maut dalam statistik. Lori dan bas yang dipandu laju seringkali mudah terbabas. Terutama bila pemandu sudah terlalu keletihan dan kepenatan kerana mengejar masa dan 'trip'.

Tragedi bas Genting terjunam gaung dan mengorbankan ramai nyawa pelancong, menyedarkan orangramai mengenai masalah keselamatan bas dan lori. Masalah dan rungutan orangramai mengenai kecuaian pemandu bas dan lori melebihi had kelajuan bukanlah satu perkara yang baru. Ianya merupakan rungutan dan keluhan rakyat selama ini. Bahkan, ianya begitu merisaukan dan merunsingkan rakyat. Kerana buat masa ini, tiada laluan dan jalan khas untuk lori dan bas. Dan bukan mudah untuk mendisplinkan pemandu bas dan lori.

Sebelum tertubuhnya SPAD pada 2010, isu tersebut ditangani oleh pihak JPJ, PDRM dan LPKP. Bagi memantapkan lagi penguatkuasaan, SPAD memperkenalkan SPAD-ICOP. Selain itu, SPAD telah bekerjasama dengan pihak Puspakom dalam perkongsian maklumat. Mana-mana pihak yang gagal hadir pemerikasaan Puspakom akan dimaklumkan kepada SPAD untuk tindakan tanpa kompromi. SPAD-ICOP dikuatkuasakan sebagai panduan piawaian keselamatan dan semua aspek berkaitan keselamatan. Termasuklah, mengenai pematuhan had laju, keadaan pemandu dan had muatan. Mencegah lebih baik daripada merawat, begitulah tujuan dan maksud SPAD-ICOP.

SPAD bertindak tegas pada kali ini bagi mengelakkan tragedi-tragedi yang lebih terok dimasa depan. Ini juga sebagai langkah mendisplinkan para pemandu. Dibawah penguatkuasaan, SPAD-ICOP, diantara perkara yang dipantau ialah pematuhan had laju. Punca utama kemalangan di Malaysia dikenalpasti ialah kecuaian pemandu memandu melebihi had laju. Setiap kenderaan, samada kereta, lori, bas dan motorsikal mempunyai had kelajuan tersendiri. Memandu melebihi had kelajuan tersebut akan mengakibatkan kenderaan berkenaan sukar dikawal dan mudah terbabas.

SPAD ICOP merupakan alat untuk mendidik dan mendisplin pemandu kenderaan awam agar sentiasa mematuhi had laju. Keberkesanan penguatkuasaannya akan kelihatan pada masa-masa akan datang. Kerana salah satu tindakan tegas yang bakal dikenakan ialah menggantung lesen pengendali dan pengusaha bas dan lori berkenaan tanpa kompromi. Sudah tentulah, tindakan tegas ini nanti tidak disukai oleh para pengendali dan pengusaha. Namun, tanggunjawab memastikan keselamatan nyawa pengguna jalanraya lain turut terletak dibahu pengendali lesen dan kakitangan mereka. Oleh itu, ianya tanggungjawab bersama. Mereka tidak boleh menjadikan alasan ketegasan tindakan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab bersama tersebut. Tahniah SPAD kerana komitmen memastikan aspek keselamatan kenderaan awam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...