Rabu, 2 Oktober 2013

SPAD: Sebelum Kena Tindakan, Elok Pastikan Keselamatan Teksi, Bas & Lori Adalah Selamat@SPADChannel

SPAD telahpun mengeluarkan dan menguatkuasakan SPAD ICOP bagi aspek keselamatan kenderaan pengangkutan awam. Dan amaran telah dikeluarkan oleh SPAD bahawa tindakan tegas menggantung lesen akan diambil bila dibuktikan kesalahan memandu melebihi had laju. Di Malaysia, kesalahan memandu melebihi had laju dan membawa muatan lebih adalah kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu dan pengendali lori. Dan kesalahn itu banyak membawa kepada kemalangan-kemalangan maut dalam statistik. Lori dan bas yang dipandu laju seringkali mudah terbabas. Terutama bila pemandu sudah terlalu keletihan dan kepenatan kerana mengejar masa dan 'trip'.

Tragedi bas Genting terjunam gaung dan mengorbankan ramai nyawa pelancong, menyedarkan orangramai mengenai masalah keselamatan bas dan lori. Masalah dan rungutan orangramai mengenai kecuaian pemandu bas dan lori melebihi had kelajuan bukanlah satu perkara yang baru. Ianya merupakan rungutan dan keluhan rakyat selama ini. Bahkan, ianya begitu merisaukan dan merunsingkan rakyat. Kerana buat masa ini, tiada laluan dan jalan khas untuk lori dan bas. Dan bukan mudah untuk mendisplinkan pemandu bas dan lori.

Sebelum tertubuhnya SPAD pada 2010, isu tersebut ditangani oleh pihak JPJ, PDRM dan LPKP. Bagi memantapkan lagi penguatkuasaan, SPAD memperkenalkan SPAD-ICOP. Selain itu, SPAD telah bekerjasama dengan pihak Puspakom dalam perkongsian maklumat. Mana-mana pihak yang gagal hadir pemerikasaan Puspakom akan dimaklumkan kepada SPAD untuk tindakan tanpa kompromi. SPAD-ICOP dikuatkuasakan sebagai panduan piawaian keselamatan dan semua aspek berkaitan keselamatan. Termasuklah, mengenai pematuhan had laju, keadaan pemandu dan had muatan. Mencegah lebih baik daripada merawat, begitulah tujuan dan maksud SPAD-ICOP.

SPAD bertindak tegas pada kali ini bagi mengelakkan tragedi-tragedi yang lebih terok dimasa depan. Ini juga sebagai langkah mendisplinkan para pemandu. Dibawah penguatkuasaan, SPAD-ICOP, diantara perkara yang dipantau ialah pematuhan had laju. Punca utama kemalangan di Malaysia dikenalpasti ialah kecuaian pemandu memandu melebihi had laju. Setiap kenderaan, samada kereta, lori, bas dan motorsikal mempunyai had kelajuan tersendiri. Memandu melebihi had kelajuan tersebut akan mengakibatkan kenderaan berkenaan sukar dikawal dan mudah terbabas.

SPAD ICOP merupakan alat untuk mendidik dan mendisplin pemandu kenderaan awam agar sentiasa mematuhi had laju. Keberkesanan penguatkuasaannya akan kelihatan pada masa-masa akan datang. Kerana salah satu tindakan tegas yang bakal dikenakan ialah menggantung lesen pengendali dan pengusaha bas dan lori berkenaan tanpa kompromi. Sudah tentulah, tindakan tegas ini nanti tidak disukai oleh para pengendali dan pengusaha. Namun, tanggunjawab memastikan keselamatan nyawa pengguna jalanraya lain turut terletak dibahu pengendali lesen dan kakitangan mereka. Oleh itu, ianya tanggungjawab bersama. Mereka tidak boleh menjadikan alasan ketegasan tindakan untuk melarikan diri daripada tanggungjawab bersama tersebut. Tahniah SPAD kerana komitmen memastikan aspek keselamatan kenderaan awam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...