Ahad, 17 Mac 2013

KIRAM DA TIRAM50SEN DAPAT 50SEN, BUDAK MOTOR PAS DAPAT RM50.




Budak motor PAS dapat upah RM50 ....
Kiram da Tiram50sen dapat 50sen........



Anwar Ibrahim plak " Ketiak Bau Saman RM100 Juta"

Hj Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tiram, Ulu Tiram Johor (kebetulan sama dengan Kiram Da Tiram 50 sen) menyalahkan kemiskinan punca utama pengganas tajaan PKR ceroboh Lahad Datu.


"Di Lahad Datu, Sabah selepas 50 tahun merdeka, masih banyak rumah atas air, tanah banyak di darat tapi tidak diberi (kepada penduduk). Masalah kemiskinan dan kemudahan asas tiada, ini mengundang musuh luar datang," katanya.

Yang turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mahfodz Mohamed; dan Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.

Jadi Hj Hadi dah beri lesen lah kepada rakyat Kelantan agar ceroboh mana-mana wilayah kedaulatan mana-mana negara sebab miskin?

Tak masuk akal betullah alasan Hj Hadi tu.
Nak buat pe ceroboh kawasan miskin dan mundur?
Seperkara lagi, Lahad Datu tu membangung la weyyyy bukan bandar miskin
Yang bina rumah atas air tu sebab budaya mereka dan bukan sebab diaorg tu miskin takde tanah.
Adeeh main bengong Hj Hadi sejak berkawan dengan kepala-kepala setan sosialis.

62 PENGGANAS MAMPUS DI TEMBAK 1 MAMPOS DALAM JEL



TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD MELAWAT DAN MEMBERIKAN SOKONGAN MORAL KEPADA ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA DI LAHAD DATU. ~ PEMIMPIN DAP PKR PAS KUTOK LAGI ADA/

Setakat ini, seorang pengganas Mundu Manok Kiram 50sen terkorban. Degil sangat tak nak menyerah kalah. Degil sangat tak nak menerima hakiki dan realiti Sultan Sulu dah serahkan Sabah kepada oranglain.

Degil sangat nak percayakan janji-janji manis pihak-pihak yang hendak mengorbankan nyawa mereka demi kepentingan pihak-pihak tersebut.

Jumlah yang terkorban dalam pencerobohan di Lahad Datu:-

62 orang pengganas Mundu Manok Kiram 50sen
9 anggota keselamatan (namamu dan jasa mu harum sepanjang zaman)
1 orang pengganas mati dalam tahanan mungkin kerana terlalu kuciwa.
104 orang termasuk ahli keluarga Kiram 50sen di tahan yang bersyubahat 
1 orang remaja yang tak dikenali status kewarganegaraannya

Jumlah kesemuanya (mengikut pengumpulan maklumat oleh ambe la bukan sumber rasmi tau) 62 + 9 + 1 + 104 + 1 = 191 orang termasuk yang telah terkorban dan yang di tahan. 

191 orang menjadi harga untuk DAP PKR PAS menawan SABAH menuju PUTRAJAYA. 

Itupun ada sekur lagi pemimpin jenis haprak nama LAJIM UKIM masih nak kata semuanya adalah SANDIWARA. Kepala hotak berjambulnya lah. 

Semuanya di buat di atas kempen-kempen oleh entiti bernama PAKATAM RAKYAT YANG TAK DIDAFTARKAN LANGSUNG! Cuba kita kaji dan baca sikit AKTA KESELAMATAN 2012 (AKTA 747), agak-agak lah boleh tak kita ambil tindakan undang-undang ke atas DAP PKR PAS di bawah seksyen 12 Akta Keselamatan 2012 ?


Pencerobohan Lahad Datu dicetuskan oleh kempen-kempen membenci negara, menghina JalurGemilang, mempersoalkan sahtaraf kemerdekaan negara dan menghina pengorbanan Polis ayng terkorban dalam Bukit Kepong. Dan kesemua kempen-kempen tersebut di buat oleh ENTITI HARANJADAH TAK BERDAFTAR YANG DI SEBUT PAKATAN RAKYAT!

ANALISA RINGKAS PENCEROBOHAN LAHAD DATU #Pray4Sabah

                                                                                                                                 


Petikan klip video di awal Op Daulat - TV3

Bermula dari kempen-kempen hasutan pembangkang terlampau dan nyanyian karok Anwar Ibrahim ' Kenapa Najib Goyang kerana Sabah akan Hilang' selama bertahun-tahun; akhirnya berlaku pencerobohan ke atas Sabah.

Beberapa siri PRK di Sabah dan PRN Sarawak, rakyat melihat bagaimana agresifnya kempen-kempen hasutan pembangkang. Siri keganasan BERSIH berakhirnya dengan kecederaan serta kerosakan hartabenda awam. Pelbagai lakonan dan drama dimainkan oleh pembangkang dalam Siri keganasan BERSIH untuk meraih simpati dan menanam bibit-bibit kebencian kepada PDRM dan ATM.

Pihak pembangkang sentiasa menanam kebencian kepada institusi-institusi kerajaan yang ada. Kita menyaksikan kempen-kempen pembangkang mencemarkan namabaik PDRM, SPRM , SPR dan ATM. Isu-isu seperti pembelian Scorpene, kempen 'Keganasan Polis', kempen ' BERSIH'. Kempen-kempen tersebut bertujuan menghilangkan keyakinan rakyat kepada PDRM, ATM, SPRM dan SPR.

Paling menyedihkan bila insiden Bukit Kepong diperlekehkan dan pengorbanan anggota Polis menentang komunis dijadikan bahan mencerca kemerdekaan. Sikap itu berterusan melalui penghinaan oleh Tian Chua, Nuurl Izzah dan Anwar Ibrahim kepada anggota-anggota keselamatan yang terkorban.

Paling merbahaya bila Isham Rais mencabar kesahihan kemerdekaan negara. Termasuklah menyanjung tinggi pengganas komunis sebagai Pejuang Kemerdekaan.
Mengibarkan Sang Saka Malaya yang kononnya adalah Bendera Asal. Menghina Jalur Gemilang sebagai Bendera Ciplak Amerika Syarikat. Mengugat keyakinan rakyat kepada kesahihan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

Kita turut menyaksikan bagaimana pembangkang memainkan sentimen di Sabah. Cara gerak kerja pembangkang membuat kita sampai kepada kesimpulan bahawa mereka sudah lama 'merancang' untuk menggugat kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Akhirnya, semua itu membawa kepada 'keberanian' pihak ketiga menceroboh Lahad Datu. 

Ini bukanlah tuduhan liar terhadap pembangkang. Cuba anda semua fikir sejenak. Renungkan kembali semua kempen-kempen negatif pihak pembangkang ke atas kemerdekaan negara, Jalur Gemilang, PDRM, SPR, SPRM dan ATM termasuklah institusi DiRaja. 

Bagi mengelak insiden seperti Lahad Datu berlaku lagi, rakyat di minta berkerjasama dengan kerajaan pilihan Majoriti Pengundi pada PRU12. 

Memusnahkan adalah mudah daripada membina.

LAHAD DATU: BOMOH DALAM KARPET, LAGI INFO SIAPA TERLIBAT @PrayForSabah



cerita lanjut klik di sini kapal canggih boleh sangkut kat batu karang.

Take note of the messages in the FB grab.

cerita lanjut di sini (Penafian: Sumber maklumat pun tak dapat mengesahkan lagi so please jangan buat andaian macam-macam) Borneoinsider



di sini pula menceritakan bagaimana pihak berkuasa Filipina sudah mempunyai maklumat mengenai pihak yang membiayai pengganas Kiram Tiram 50sen. Setiausaha Pertahan Filipinan sendiri yang kasitau. http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-filipina-dah-temui-siapa.html

RAJA MUDA SULU MATI DITEMBAK! 
Mayat Bomoh Kiram Tiram 50sen yang terkorban.
Cerita sepenuhnya di sini http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/03/foto-bomoh-kiram-yang-kebal-mati-di.html.

Didedahkan juga ada dakwaan anggota pengganas Kiram Tiram 50sen bahawa mereka terpedaya. Kononnya mereka di pelawa bekerja di Sabah dalam ladang kelapa sawit. bawa parang je. 


Ada lagi yang menarik mengenai insiden Lahad Datu. 
Masih ingat sejarah pemisahan Timut Timur suatu masa dulu?
YB Zulkifli Nordin mendedahkan bagaimana dua orang personaliti pembangkang Tian Chua dan Sivarasa memperjuangkan pemisahan Timu Timur melalui ngo dan sidang APCET I dan II di Manila dan Kuala Lumpur.


Pemberontakan Timur Timur yang diketuai Gusmao berjaya dipatahkan oleh ABRI. 
Gusmao dipenjarakan atas kesalahan menderhaka.
Tapi perkara itu diperbesarkan oleh APCET melalui gerak kerja Tian Chua dan Sivarasa. 


Akhirnya Timur Timur dipisahkan dari Republik Indonesia.
Gerakan APCET itu di tentang hebat oleh Saifudin Nasution yang pada waktu itu masih dalam UMNO. 
Sekarang, Saifudin Nasution, Tian Chua dan Sivarasa sudah peluk-peluk cium. 
Teringat bidalan Ingeris "Politics Do Made Strange Bedfellows"



Kiram 3/50sen pun dah bersuara hendak membawa perkara ini ketengah. 
Hendak memfailkan tuntutan ke atas Sabah. 
Seolah-olah Perjanjian terdahulu tidak bermakna lagi. 
Sedangkan dalam setiap pembuluh darah Kiran 3/50 sen TIDAK ADA SETITIK DARAH DIRAJA pun.
Beliau adalah anak angkat.



Tapi mengikut seorang member kedai kopi ambe lah.....
Kiram 3/50sen bertindak bersendirian dan di bekup oleh puak tertentu di pihak pembangkang di Filipina dan Malaysia sendiri. 

Masealohnya, beliau tak dapat mengemukakan sebarang bukti melainkan ambe plak kena bayar minuman dan nasi lemaknya. Alarh biasalah. 

Menurut sumber-sumber sana-sini pula, 
Serangan di rancang untuk bertepatan dengan tarikh PRU 13 agar berlaku kekecohan semasa pentadbiran 'caretaker'. 

Bila difikirkan sejenak lah ....
Insiden Lahad Datu ini lebih banyak memberikan keuntungan kepada pihak luar.
Tapi sejauh manakah pihak pembangkang Malaysia sanggup bertindak?
Terbukti mereka pernah mengadu domba wilayah Indonesia sehingga wilayah itu terpisah dari Indonesia. 

Ambe punya TEORI KEDAI KOPI pula ..... kita perlu menyedarilah betapa bertuahnya kita selama ini. Setelah pemberontakan bersenjata komunis gagal dan berakhir dengan Perjanjian Perdamaian pada 1986, kita berada dalam keadaan aman sentosa.
Tiada banyak sangat konflik.
Tidak bergolak. 
Waima negara-negara jiran kita bergolak dan bergoncang hebat. 
Tapi sebaik sahaja malaon dan makrop nama Anwar Ibrahim dibebaskan, selepas insiden 9/11; maka bermula lah bibit-bibit konflik.

Bila berlakunya Tsunami 2008, maka kita melihat hasil pertama Janji Reformasi & Revolusi tumbangnya empat buah negeri ke tangan DAP PKR PAS.

Jika kita mahukan kedamaian dan kesentosaan kembali semula, kita perlu menolak semua bentuk hasutan dan anasir-anasir subversif.

Fahaman Sosialisma Demokrat, Pluralisma dan Bebalisma yang di bawa oleh DAP PKR PAS adalah bahanapi kepada cetusan konflik tempatan. Bukanlah nak tuduh deme tu semuanya jahat setaraf setan iblis laknatullah. Tapi dek kerana beberapa kerat pemimpin deme yang jadi setan iblisnya maka habis terpalit semuanya. Deme tu lah yang sepatutnya diBERSIHKAN.

Insiden Lahad Datu tu pengajaran besar buat kita semua.
Janganlah kita nak mengada-ngada lagi dah memandai-mandai dalam semua perkara.  Ambil tahu takper tapi jangan jadi Histeria dan Mania plak.
Provokasi terlampau-lampau perlu dielakkan samasekali.
Permusuhan dan ekstrimis perlu dihapuskan. 
Kerana episod Lahad Datu itu akan mampu ditangani dengan Keamanan dan bukan dendam kesumat.

Sabtu, 16 Mac 2013

JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG INI.

Akhirnya blog ini berjaya juga mencapai 1 juta pembaca sejak ianya mula berada di alam maya. Ambe mengucapkan terimakasih bebanyak kepada pembaca-pembaca hamba. Dah banyak pahit getir, sepak terajang, selama ambe berblog secara eksidentel ni. Ya tiada siapa yang suruh ambe berbelog. 

Setakat galakan itu memang ada ler. Ambe mula aktif berbelog pun kerana galakan rakan-rakan dari MYKMU, Nadi Rakyat, Papa Gomo n da geng, UMB .. jasa mereka tetap ambe kenang. Termasuklah beberapa individu-individu tertentu.

Belog ini pun mula dikenali semasa ambe bersama MYKMU, Nadi Rakyat Tim dan Papa Gomo lah yang paling banyak promosikan belog ini kepada ramai. 

Blog ini makin mendapat perhatian setelah bloger Gerakan Anti PKR (GAP) memautkan belog ini di belognya. Kemudian meningkat naik semasa PRN Sarawak di bawah payung UMB pada masa itu. Tun Faisal pun ada menaikkan belog ini begitu juga rakan AAKJ dan PAS Beruk. Lu punya jasa semua wa tarak lupa bro. Dan ramai lagi lah grup-grup di fesbuk. Tak tersebut berapa ramai kerana memang banyak !

Tak lupa juga kepada Kamaluddin Idrus otai lama pejuang alam maya UMNO. Beliau salah seorang yang disegani dalam MYKMU.net. Dari beliau lah baru hamba mengenali yang lain-lain.

Kenangan manis bersama Kamaluddin Idrus ialah PRK Hulu Selangor. Itulah battlefiled pertama. Grup pertama yang ambe kenali ialah MYKMU melalui Kamaluddin Idrus. Beliaulah yang mengajar ambe, "Jangan harap duit kalo nak tolong". Terakhir bersama KERIS. Selepas itu, ambe Lone Renjer je.

Sebenarnya ambe lebih banyak habiskan masa di fesbuk berbanding belog.
Namun pada 2008, 2009, 2010, 2011 tak ramai yang benar-benar komited nak berbelog menangkis fitnah-mehnah. Lainlah sekarang dah ramai. 

Komitmen ambe datang dari kepuasan ambe menangkis fitnah-mehnah yang bertebaran pada masa itu. Politik memang bukan kerjaya dan bidang atau minat ambe dari dulu. Tapi bila bekerjasama dengan mereka yang di sebut di atas itu, ambe perolehi banyak pengalaman dan melihat sendiri dengan mata kepala betapa sukarnya nak mentadbir dan mengurus sebuah negara macam Malaysia ini.

Dan itu banyak menyedarkan dan memberikan kesedaran kepada ambe betapa perlunya CELIK POLITIK dan PEDULI POLITIK. Kita perlu pertahankan hak kita kerana tidak ada pihak lain yang akan membantu kita mempertahankannya.

Daripada kita mengharapkan oranglain melakukannya bagi pihak kita lebih baik kita turut serta menyumbang apa yang termampu dek kita mempertahakan agama bangsa dan negara.

Takat baca buku politik, hadiri ceramah politik dan terlibat dalam angan-angan Mat Jenin memanglah nampak politik ne enteng jek. Sebenarnya tidak. Banyak proses, banyak aturcara dan banyak pertimbangan diperlukan sebelum sesuatu keputusan itu di buat.  Pengalaman yang amat berharga.

Ya la ambe bukan opurtunis dan manipulatif. Berbelog bukan nak jadi Hero atau nak popler cam sesetengah pendapat mereka yang pernah berselisih faham dengan ambe.

Sepanjang tempoh berbelog nyeh, belog ni pun melalui pelbagai fasa transformasi dalam membina identiti tersendiri.

Inilah saat paling manis ler buat ambe bila mencapai 1 juta pembaca.

Alhamdulillah sekarang neyh keadaan dah jauh berbeza. Kemunculan banyak blog-blog baru yang hebat-hebat dan komited. 

Kepada semua selama berjuang dan teruskan berjuang.
Selagi mana ada talian internet selagi itulah kita berjuang mengikut kaedah dan acuan memasing.

Sekali lagi JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...