Rabu, 6 Februari 2013

#BMP231 AMALAN KORUPSI SINDIKET PEGUAM PENYANGAK BERLELUASA?

Photo credit: The Epoch Times

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar Presiden 'Babyface' Majlis Peguam Lim Chee Wee
 
"......but also corruption in the legal profession.  We are aware of a syndicate of rogue lawyers....(?)
..........the Bar must protect and promote the rule of law, and can never sit idly by and watch the rise in the rule of lawlessness, and the utter betrayal of the public trust"
 
"President’s Message (Praxis, Jan-Mar 2013): Corruption in the Legal System and Challenges of Leadership "
Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar

29 Jan 2013
PRAXIS --- teks penuh SILA ke laman rasmi MAJLIS PEGUAM MALAYSIA.

WOW!!!
Berita gempar nie.
Presiden 'Babyface' Majlis Peguam Lim Chee Wee mengakui wujudnya kumpulan yang dilabelkannya sebagai ' Syndicate of Rogue Lawyers' "Sindiket Peguam Penyangak'.
Biar betul beb! 

Kalau Presiden 'Babyface' dah tahu mengenai kewujudan grup tersebut kenapa beliau tidak mendedahkan kesemua butiran dan identiti mengenai grup berkenaan?

Kenapa pula Presiden 'Babyface' menyatakan"-
 
 "The most difficult task is distinguishing between mere so-called “Chinese Whispers” and serious allegations of corruption.  In this context, we need Members of the Bar and the public to “withhold no sacrifice, grudge no toil, seek no sordid gain, fear no foe”1 by stepping forward to tell us the who, what, when, where, why and how of corruption. "
 
"Lawyers must be careful not to cry wolf or spread unfounded rumours concerning corruption.  All too often, when lawyers complain to me about corruption and I examine the allegations more closely, the statements are nothing more than wild speculation"
 
Apa maksud Presiden 'Babyface' dengan ungkapan 'Bisikan Cina'?
 
Kenapa pula Presiden 'Babyface' mahu ahli-ahli dan orang awam tampil membuat aduan kepadanya SIAPA, APA, BILA, DI MANA, MENGAPA, DAN BAGAIMANA KORUPSI jika pada masa yang sama beliau memberitahu kepada semua dunia bahawa beliau tahu kewujudan SINDIKET PEGUAM PENYANGAK?  

Kalau dah tahu kenapa nak buat-buat tak tahu pula?

Mana satu yang betul ni Presiden 'Babyface' ?

Anda tahu ke tak tahu atau buat-buat tak tahu?

Bila ada aduan mengenai amalan rasuah dilakukan , kenapa pula hanya Presiden 'Babyface' sendiri yang MENYIASAT?

Kenapa tidak diajukan kepada JAWATANKUASA / BADAN DISPLIN ?
 
Kenapa tidak diserahkan terus kepada SPRM?

Atas kapasiti apa pula SEORANG PRESIDEN MAJLIS PEGUAM BOLEH MENYIASAT SENDIRIAN SEMUA ADUAN MENGENAI RASUAH?

Kemudian boleh membuat kesimpulan ' aduan tersebut hanyalah khabar angin sahaja?"
 
Atas dasar penemuan dan kaedah siasatan bagaimana wahai Tuan Presiden Babyface? 

Tuan Presiden Babyface kata nak 'Perangi Korupsi'; takkan Tuan Presiden Babyface nak PERANG SORANG-SORANG , PASTU ISYTIHAR SEMUA ADUAN ADALAH KHABAR ANGIN SAHAJA?????

Apa guna setiap tahun setiap ahli dikenakan bayaran TABUNG DISPLIN?

Apa guna setiap ahli bayar PREMIUM INSURANS INDEMNITI MAHAL-MAHAL, kalau Tuan Presiden Babyface yang JADI PENYIASAT PERSENDIRIAN MENYIASAT ADUAN RASUAH KEMUDIAN KATA ...'OWHHH INI KHABAR ANGIN SAHAJA --CINA BERBISIK LAAA' KAMONLAH TUAN PRESIDEN BABYFACE.
 
Helo Presiden Babyface, aduan mengenai KORUPSI / RASUAH bukan aduan yang boleh di pandang ringan !
 
Boleh tak Tuan Presiden 'Babyface'  perjelaskan dengan lebih jelas lagi maksud dan makna mesej yang Tuan Presiden Babyface hendak sampaikan kepada orang awam?

Kenapa banyak sangat percanggahan dalam kenyataan kamu wahai Tuan Presiden Babyface?

Paling menarik ialah kenyataan Tuan Presiden Babyface mengenai 'Pewaris Takhta' beliau seperti berikut:-

In this message, I wish to touch on two issues that will remain in the spotlight after I pass the baton (but not the buck) to the incoming President, one day after the Ides of March.      
Bukan ke jawatan Presiden Majlis Peguam adalah melalui undi-undi mereka yang telah MENANG UNDI POS tempohari?
Itu sistem sudah tukar ka menjadi SISTEM SERAH BATON ?
Macam acara lari berganti-ganti je.
Maknakata sudah ada CALON PEWARIS KA?

Tuan Presiden Babyface , saya sebagai orang awam amatlah FENING-FENING LALAT nak faham MESEJ TUAN PRESIDEN BABYFACE.... BOLEH TOLONG JELASKAN LAGI TAK?

Saya juga ingin tahu mengenai TAWARAN SETEL DI LUAR MAHKAMAH dalam kes saman oleh Khairul Azam terhadap Majlis Peguam.

SETEL LUAR MAHKAMAH itu agak-agak pada fahaman Tuan Presiden Babyface CINA BERBISIK ke?

Tolong jelaskan sebab saya sebagai ORANG AWAM DAH MULA HILANG KONPIDEN DAN PERCAYA KEPADA MAJLIS PEGUAM SEBAB TUAN PRESIDEN BABYFACE DOK CAKAP PUN SAYA TAK FAHAM SEPATAH HARAM PUN!

 
 

Selasa, 5 Februari 2013

#BMP231 - BAR COUNCIL DAH HILANG TELOR..

Hamba ingatkan Bar Council ada bertelor sebab selama empat tahun kuat berkokok macam-macam. Rupanya bila di saman dek ahlinya sendiri yang mahukan Majlis Peguam bertindak mengikut lunas-lunas Akta Profesion Guaman 1974, dengan pantas Bar Council minta setel-luar-mahkamah.

Paling besh menurut sumber maklumat, peguam yang di upah oleh Majlis Peguam dalam kes tersebut merayu-rayu kepada Kharul Azam (Buzze Azam) agar menerima sahaja permintaan Majlis Peguam untuk setel-luar-mahkamah. 

Menurut sumber lagi, si Tommy menawarkan Pakej Setelmen agar usul EGM 2012 yang menjadi pertikaian dan subjek saman dimasukkan ke dalam usul AGM pada bulan Mac ini. Apakejadahnya plak tur?

Khairul Azam menyaman Majlis Peguam supaya membatalkan EGM 2012 yang berkenaan.

Kenapa plak si Tommy dan Majlis Peguam macam nak sahihkan semula benda yang dipertikaikan kesahihannya melalui AGM pada bulan Mac ni?
 
Mana aci woo Tommy ... macma korang dah tahu plak yang apa korang buat dulu tu salah jadi korang nak perbetulkan semula dengan cara putarbelit lagi ke perjalanan AGM pada bulan Mac ni?
 
Apa kena daa dengan Majlis Peguam neyh.
Sepatutnya kalau Majlis Peguam dah tahu benda tu tak betul, BATALKAN SAHAJALAH EGM tersebut. Buat apa nak diusulkan lagi dalam AGM akan datang?
Itu bukan setelemn-luar-mahkamah tapi macam nak perbetulkan kembali kesilapan melalui AGM.

Amboi mentang-mentanglah takut nak berdepan dengan Keputusan mahkamah, memandai-mandai je nak perbetulkan balik melalui AGM pada bulan Mac neyh.

Takpa, korang dalam Majlis Peguam tunggu ler nanti apa yang akan berlaku pada Mac 2013 neyh. Dah lama sangat pepuak kroni Tommy dan geng Ambiga buat Majlis Peguam kadi balaci DAP.

Isnin, 4 Februari 2013

#BMP231 - DAP DI CABAR MELALUI SAMAN TERHADAP MAJLIS PEGUAM HARI INI.


















Dalam 14 902 orang ahli Badan Peguam Malaysia, adalah juga sekur peguam bernama Khairul Azam (Buzze Azam) yang ada telor nak jentik telor Majlis Peguam cawangan DAP.

Sebelum ini sebanyak 20 NGO bertindak menyokong Khairul Azam (Buzze Azam) dalam usahanya memperbetulkan kembali Majlis Peguam yang didominasi oleh puak-puak Sosialis didikan DAP.

Melalui KEMPEN BMP231 (Bersihkan Majlis Peguam - Hapuskan Hipokrasi Kembalikan Intergriti) yang diterajui oleh KERIS (Kelab Warisan Malaysia) mengakui betapa perlunya MAJLIS PEGUAM dikembalikan semula ke pangkal jalan. 

Tindakan 20 buah ngo menyokong usaha Khairul Azam (Buzze Azam) bukan bersifat kepartian, bukan berniat jahat tapi untuk menyedarkan semua orang awam bahawa Majlis Peguam sudah lama bias dan sudah terkeluar dari landasan asal penubuhannya di bawah Akta Profesion Guaman 1974.

Ceritanya bermula dari EGM Majlis Peguam adakan untuk menyokong Tindakan Ganas BERSIH 3.0. Semasa menghadiri EGM tersebut, Khairul Azam (Buzze Azam) mendapati terlalu banyak penyelewengan berlaku. Di mana orang luar pun boleh masuk ke dalam EGM tersebut dan mengundi. 

Tuntutan Khairul Azam (Buzze Azam) terhadap Majlis Peguam bukan bersifat meminta gantirugi tetapi bersifat 'membersihkan' perjalanan pentadbiran Majlis Peguam.

Jika Khairul Azam (Buzze Azam) berjaya dalam tuntutannya ini terhadap Majlis Peguam, inilah satu kejayaan buat semua rakyat Malaysia dan bukan kejayaan peribadi Khairul Azam.

Rakyat Malaysia perlu dibebaskan minda mereka dari melihat Majlis Peguam sebagai sebuah Badan Kebal Undang-undang dan tak boleh melakukan kesilapan.



Ahad, 3 Februari 2013

#BMP231 DAP SEMAKIN TAKUT HILANG PENGARUH KE ATAS PAS,



"DAP kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang jelas bercanggah dengan keputusan diambil pakatan pembangkang," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130203/po_01/Isu-kalimah-belum-selesai---Karpal#ixzz2JnR08s9f 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bila Karpal Singh berdrama untuk memanjangkan lagi Agenda DAP memecahbelahkan umat Melayu Islam dalam isu kalimah Allah, itu petanda DAP sudah mula melampaui batasan.

Mengikut Adat orang Melayu Islam bila 'Tetamu' mula nak pijak kepala 'Tuan Rumah' maka 'Tuan Rumah' tak perlu lagi Hormati dan menjaga hati 'Tetamu'.

'Tetamu' jenis DAP tak perlu diberikan layanan baik dah.
'Tetamu' jenis DAP elok disumbatkan sahaja dalam reban ayam sahaja. 

Kalimah Allah sebetulnya bukan isu pun tapi 'Tetamu Bia-DAP' sengaja menjadikannya satu isu. Tujuannya adalah jelas. Untuk memecahbelahkan Melayu Islam sekaligus menimbulkan keresahan di kalangan penganut agama lain.

Kebia-DAP-an 'Tetamu bia-DAP' sudah tidak boleh ditoleransikan lagi. Ianya amat merbahaya sekali. Malah sudah mencapai ke tahap 'Mengancam Keselamatan Awam dan Negara'.

Kewujudan DAP sejak awal ialah menimbulkan huru-hara dan mengugat kestabilan politik negara.

Rakyat yang cintakan keamananlah yang paling efektif untuk bertindak ke atas DAP. Yakni dengan MENDESAK KERAJAAN AGAR MENAHAN SEMUA PEMIMPIN DAP serta mengharamkan terus DAP.

Jumaat, 1 Februari 2013

#BMP231 POK NIK DAH ISYTIHAR JADI TUHAN?



Bila menghukum seseorang itu GERENTI MASUK NERAKA macam POK NIK buat dalam artikel di atas, bermakna POK NIK SUDAH ISYTIHAR DIRINYA ADALAH TUHAN ???

Kini mana-mana Menteri yang tak beri ROYALTI kepada POK NIK menurut POK NIK GERENTI MASUK NERAKA. Hambuih mudahnya perkiraan Pok Nik. 

Hanya semata Pok Nik tak dapat ROYALTI maka dihukumkan semua menteri masuk NERAKA. Macamlah Neraka itu hakmilik Pok Nik. 

Seolah-olah Pok NIk beri gambaran bahawa TAK BERI HABUAN DUNIAWI KEPADA PAS ADALAH SUATU DOSA BESAR DAN BAKAL MASUK NERAKA.

Betul ke dalam permasalahan Fiqh ada ijma sedemikian?
Pok Nik cakap ikut sukahati nya bercakap.

Semakin Pok Nik bercakap semakin kejahilannya dan kecetekannya dalam ilmu agama semakin terserlah.

Ini macam punya orang ka mao di angkat menjadi PEMIMPIN?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...