Memaparkan catatan dengan label Majlis Peguam Anarkis.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Peguam Anarkis.. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Jun 2013

Peguam UMNO / BN Perlu Bersatu Memohon Injuksi Terhadap DAP-PKR

Baginda Rasullullah s.a.w. sudah bersabda, di akhir zaman , fitnah Dajal al Masikh ibarat semut HITAM, atas batu HITAM dalam kepekatan malam yang HITAM. Jadi Himpunan HITAMLEGAM menepati semua ciri-ciri yang disebutkan oleh baginda Rasullullah s.a.w. Husam Musa sudah tersasar dari jalan kebenaran. Begitu juga dengan perusuh yang beragama Islam. Bukan itu sahaja, malah Himpunan Hitamlegam adalah penyalahgunaan hak kebebasan berhimpun. Manakala semua ceramah-ceramah politik DAP-PKR adalah berunsur fitnah. Kesemua aktiviti subversif dan hasutan DAP PKR boleh di kekang paling tidak dengan suatu Perintah Injuksi Umum ke atas mereka. Tapi beranikah barisan peguam UMNO/BN bertindak sepantas kilat atau hanya selesa berada dalam pejabat berhawa dingin mereka?

Timbalan Pengerusi SPR, sudah meluahkan kekesalan dan kekecewaannya terhadap Pejabat Peguam Negara. SPR diletakkan dalam keadaan begitu tersepit dengan sikap suam-suam kuku Pejabat Peguam Negara. Sebagai menjawab satu soalan daripada seorang peserta, Timbalan Pengerusi SPR berkata, sewajarnya Peguam Negara mempertahankan SPR dari serangan fitnah DAP-PKR. Apabila perkara itu diajukan kepada Pejabat Peguam Negara, SPR dinasihatkan mencari sendiri khidmat peguam dan membiayai semua kos. Akhirnya, SPR mengambil keputusan membuat laporan polis. Namun, kuasa pendakwaan terletak pada Pejabat Peguam Negara. Sehingga kini, laporan polis yang di buat oleh SPR, seperti tiada tindakan susulan daripada Pejabat Peguam Negara. Baca laporan sepenuhnya di sini MYKMU.

Kita pun naik hairan dengan tindakan Pejabat Peguam Negara. Apakah kes-kes yang menyerang SPRM, PDRM dan SPR tidak penting? Kita benar-benar berharap agar Pejabat Peguam Negara menyegerakan semua pendakwaan setelah meneliti semua kertas siasatan PDRM. Jika perlu, badan legislatif dan badan eksekutif perlu segera memberikan bidangkuasa pendakwaan terhad dan khusus kepada PDRM, SPRM dan SPR untuk menangani kes-kes yang Pejabat Peguam tak sanggup hendak memikulnya. 


Di bawah Perkara 145, perenggan (2) Peguam Negara berkewajipan (tak boleh tidak, kena buat, mandatori keatasnya):-
"Melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari masa ke semasa dirujukkan atau DITUGASKAN KEPADANYA OLEH YANG DIPERTUAN AGONG ATAU JEMAAH MENTERI, ......"
Perkara 145, perenggan (2) amat jelas dan terang. Yang DiPertuan Agong atau Jemaah Menteri mempunyai kuasa dan bidangkuasa menugaskan kepada Peguam Negara sebarang tugasan bersifat undang-undang (pendakwaan). Tugasan tersebut menjadi KEWAJIPAN (Mandatori) Peguam Negara untuk melaksanakannya.

Apakata, Jemaah Menteri memberikan satu tugasan bersfat undang-undang kepada Peguam Negara berkenaan isu-isu yang berkaitan? Peguam Negara berkewajipan (Manadatori) untuk melaksanakannya.

Khamis, 21 Mac 2013

MAJLIS PEGUAM MALAYSIA BERI PERKHIDMATAN GUAMAN PERCUMA KEPADA PENGGANAS KIRAM 5OSEN??


Seorang pengganas Kiram 50sen berjaya di tangkap hidup-hidup dalam operasi di Kampung Tanjung Batu. Tiada korban jiwa di pihak anggota keselamatan kita.


Seramai 108 orang kini sedang menghadapi perbicaraan di bawah kesalahan Akta Keselamatan 2012 Langkah-langkah Khas (SOSMA 2012). Perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Lahad Datu. Mereka dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan pengganas Kiram 50sen yang gagal total dalam misi 'Bunuh Diri' mereka sendiri. 

Agak malang bilamana baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit.

Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri.

Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut.

Atas dasar apa agaknya yea Majlis Peguam berbuat begitu?
Atas dasar kemanusiaan?
Masa para pengganas Kiram 50sen membunuh 10 anggota keselamatan dengan kejam di mana SUARA KERAMAT MAJLIS PEGUAM?

Kenapa Majlis Peguam tidak menawarkan KHIDMAT GUAMAN keluarga anggota keselamatan menyaman puak pengganas Kiram 50sen  bagi gantirugi TORT?

Bilamana ada yang murtad , Majlis Peguam juga yang sibuk-sibuk mewakili mereka yang murtad tapi mendiamkan diri dari mewakili pihak yang mahu memeluk Islam di bawah umur. 

Bilamana Majlis Peguam bertindak dan memberikan gambaran seolah-olah pengganas Kiram 50sen lebih utama daripada nyawa 10 wira negara yang terkorban, itu menunjukkan kepada kita DALANG SEBENAR.

Apakah layak para pengganas Kiram 50sen menerima layanan yang baik setelah mereka membunuh kejam dan tanpa ada peri kemanusiaan membunuh 10 anggota Wira negara?

Kenapa tidak saja dibiarkan ahli-ahli Majlis Peguam saja membuat pilihan dan keputusan samada mahu membela atau tidak para pengganas Kiram 50sen?

Majlis Peguam sanggup membuat EGM untuk mengutuk PDRM dan memberikan sokongan kepada perusuh BERSIH 3.0 tapi mendiamkan diri bila 10 orang Wira Negara di bunuh kejam oleh para pengganas Kiram 50sen.

TIADA SEBARANG KUTUKAN DAN CELAAN PUN MAJLIS PEGUAM BUAT TERHADAP PENGGANAS KIRAM 50 SEN.

PADA LOGIK AKAL .. TIDAKKAH ITU MENUNJUKKAN ADA 'SOMETHING FISHY?"

Isnin, 11 Mac 2013

ENTER BALA THE P.I, MAJLIS PEGUAM DAH JADI BADAN KEHAKIMAN?

 

To consider the following proposed motions:

(5.1) “Motion to establish an Independent Investigation Committee to enquire into the facts and circumstances relating to the preparation and execution of the statutory declaration purportedly affirmed by one Balasubramaniam Perumal on 4 July 2008”, proposed by:- 

Wan Hidayati Nadirah Binti Wan Ahmad Nasir, and jointly seconded by 
Farida Binti Mohammad, 
New Sin Yew, 
Ida Daniella Binti Zulkifili, 
Tanya Marie Lopez, 
Farhana Binti Abdul Halim, Murnie 
Hidayah Binti Anuar, Nur Zatulitri Binti Md Yusof, 
Seira Sacha Bt Abu Bakar, 
Loke Yuen Hong, 
Nurashikin binti Mohamed Khalit, 
Ooi Seow Wen and 
Alvin Oh Seong Yew,

~ dated 8 Mar 2013 (pages 3 to 7 of the attached 

Apa kaitan bat council dgn afidavit Bala?

Polik la den.....
Ambe baru terima daripada seorang rakan mengenai perkara di atas.
Pehal plak tiba-tiba isu Bala the PI masuk dalam minit AGM Majlis Peguam?

Apa kene mengena plak kepentingan Bala dalam Majlis Peguam?

Kenapa plak Majlis Peguam beriya-iya nak tubuh satu Jawatankuasa Khas Bebas(?) untuk 'menyiasat' 'facts and circumstances' dalam Surat Akuan Berkanun Bala?

Ehh... Majlis Peguam ada kuasa ke berbuat demikian di bawah Akta Profesion Guaman ?
Setahu ambe Majlis Peguam Tidak ada kuasa sedemikian pun.

Bala pun bukan ahli Majlis Peguam.

Apa motif Majlis Peguam berbuat demikian?
Majlis Peguam sepatutnya menyerahkan perkara itu kepada pihak Polis dan mestilah bersikap 'neutral'.

Tapi kenapa Majlis Peguam tak bincangkan je mengenai pencerobohan di Lahad Datu? Sebaliknya Majlis Peguam sibuk nak berpolitik sama ?

Somebody out there please give attention to this new crap by the Bar Council !


Rabu, 6 Februari 2013

#BMP231 AMALAN KORUPSI SINDIKET PEGUAM PENYANGAK BERLELUASA?

Photo credit: The Epoch Times

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar Presiden 'Babyface' Majlis Peguam Lim Chee Wee
 
"......but also corruption in the legal profession.  We are aware of a syndicate of rogue lawyers....(?)
..........the Bar must protect and promote the rule of law, and can never sit idly by and watch the rise in the rule of lawlessness, and the utter betrayal of the public trust"
 
"President’s Message (Praxis, Jan-Mar 2013): Corruption in the Legal System and Challenges of Leadership "
Lim Chee Wee
President
Malaysian Bar

29 Jan 2013
PRAXIS --- teks penuh SILA ke laman rasmi MAJLIS PEGUAM MALAYSIA.

WOW!!!
Berita gempar nie.
Presiden 'Babyface' Majlis Peguam Lim Chee Wee mengakui wujudnya kumpulan yang dilabelkannya sebagai ' Syndicate of Rogue Lawyers' "Sindiket Peguam Penyangak'.
Biar betul beb! 

Kalau Presiden 'Babyface' dah tahu mengenai kewujudan grup tersebut kenapa beliau tidak mendedahkan kesemua butiran dan identiti mengenai grup berkenaan?

Kenapa pula Presiden 'Babyface' menyatakan"-
 
 "The most difficult task is distinguishing between mere so-called “Chinese Whispers” and serious allegations of corruption.  In this context, we need Members of the Bar and the public to “withhold no sacrifice, grudge no toil, seek no sordid gain, fear no foe”1 by stepping forward to tell us the who, what, when, where, why and how of corruption. "
 
"Lawyers must be careful not to cry wolf or spread unfounded rumours concerning corruption.  All too often, when lawyers complain to me about corruption and I examine the allegations more closely, the statements are nothing more than wild speculation"
 
Apa maksud Presiden 'Babyface' dengan ungkapan 'Bisikan Cina'?
 
Kenapa pula Presiden 'Babyface' mahu ahli-ahli dan orang awam tampil membuat aduan kepadanya SIAPA, APA, BILA, DI MANA, MENGAPA, DAN BAGAIMANA KORUPSI jika pada masa yang sama beliau memberitahu kepada semua dunia bahawa beliau tahu kewujudan SINDIKET PEGUAM PENYANGAK?  

Kalau dah tahu kenapa nak buat-buat tak tahu pula?

Mana satu yang betul ni Presiden 'Babyface' ?

Anda tahu ke tak tahu atau buat-buat tak tahu?

Bila ada aduan mengenai amalan rasuah dilakukan , kenapa pula hanya Presiden 'Babyface' sendiri yang MENYIASAT?

Kenapa tidak diajukan kepada JAWATANKUASA / BADAN DISPLIN ?
 
Kenapa tidak diserahkan terus kepada SPRM?

Atas kapasiti apa pula SEORANG PRESIDEN MAJLIS PEGUAM BOLEH MENYIASAT SENDIRIAN SEMUA ADUAN MENGENAI RASUAH?

Kemudian boleh membuat kesimpulan ' aduan tersebut hanyalah khabar angin sahaja?"
 
Atas dasar penemuan dan kaedah siasatan bagaimana wahai Tuan Presiden Babyface? 

Tuan Presiden Babyface kata nak 'Perangi Korupsi'; takkan Tuan Presiden Babyface nak PERANG SORANG-SORANG , PASTU ISYTIHAR SEMUA ADUAN ADALAH KHABAR ANGIN SAHAJA?????

Apa guna setiap tahun setiap ahli dikenakan bayaran TABUNG DISPLIN?

Apa guna setiap ahli bayar PREMIUM INSURANS INDEMNITI MAHAL-MAHAL, kalau Tuan Presiden Babyface yang JADI PENYIASAT PERSENDIRIAN MENYIASAT ADUAN RASUAH KEMUDIAN KATA ...'OWHHH INI KHABAR ANGIN SAHAJA --CINA BERBISIK LAAA' KAMONLAH TUAN PRESIDEN BABYFACE.
 
Helo Presiden Babyface, aduan mengenai KORUPSI / RASUAH bukan aduan yang boleh di pandang ringan !
 
Boleh tak Tuan Presiden 'Babyface'  perjelaskan dengan lebih jelas lagi maksud dan makna mesej yang Tuan Presiden Babyface hendak sampaikan kepada orang awam?

Kenapa banyak sangat percanggahan dalam kenyataan kamu wahai Tuan Presiden Babyface?

Paling menarik ialah kenyataan Tuan Presiden Babyface mengenai 'Pewaris Takhta' beliau seperti berikut:-

In this message, I wish to touch on two issues that will remain in the spotlight after I pass the baton (but not the buck) to the incoming President, one day after the Ides of March.      
Bukan ke jawatan Presiden Majlis Peguam adalah melalui undi-undi mereka yang telah MENANG UNDI POS tempohari?
Itu sistem sudah tukar ka menjadi SISTEM SERAH BATON ?
Macam acara lari berganti-ganti je.
Maknakata sudah ada CALON PEWARIS KA?

Tuan Presiden Babyface , saya sebagai orang awam amatlah FENING-FENING LALAT nak faham MESEJ TUAN PRESIDEN BABYFACE.... BOLEH TOLONG JELASKAN LAGI TAK?

Saya juga ingin tahu mengenai TAWARAN SETEL DI LUAR MAHKAMAH dalam kes saman oleh Khairul Azam terhadap Majlis Peguam.

SETEL LUAR MAHKAMAH itu agak-agak pada fahaman Tuan Presiden Babyface CINA BERBISIK ke?

Tolong jelaskan sebab saya sebagai ORANG AWAM DAH MULA HILANG KONPIDEN DAN PERCAYA KEPADA MAJLIS PEGUAM SEBAB TUAN PRESIDEN BABYFACE DOK CAKAP PUN SAYA TAK FAHAM SEPATAH HARAM PUN!

 
 

Isnin, 4 Februari 2013

#BMP231 - DAP DI CABAR MELALUI SAMAN TERHADAP MAJLIS PEGUAM HARI INI.


















Dalam 14 902 orang ahli Badan Peguam Malaysia, adalah juga sekur peguam bernama Khairul Azam (Buzze Azam) yang ada telor nak jentik telor Majlis Peguam cawangan DAP.

Sebelum ini sebanyak 20 NGO bertindak menyokong Khairul Azam (Buzze Azam) dalam usahanya memperbetulkan kembali Majlis Peguam yang didominasi oleh puak-puak Sosialis didikan DAP.

Melalui KEMPEN BMP231 (Bersihkan Majlis Peguam - Hapuskan Hipokrasi Kembalikan Intergriti) yang diterajui oleh KERIS (Kelab Warisan Malaysia) mengakui betapa perlunya MAJLIS PEGUAM dikembalikan semula ke pangkal jalan. 

Tindakan 20 buah ngo menyokong usaha Khairul Azam (Buzze Azam) bukan bersifat kepartian, bukan berniat jahat tapi untuk menyedarkan semua orang awam bahawa Majlis Peguam sudah lama bias dan sudah terkeluar dari landasan asal penubuhannya di bawah Akta Profesion Guaman 1974.

Ceritanya bermula dari EGM Majlis Peguam adakan untuk menyokong Tindakan Ganas BERSIH 3.0. Semasa menghadiri EGM tersebut, Khairul Azam (Buzze Azam) mendapati terlalu banyak penyelewengan berlaku. Di mana orang luar pun boleh masuk ke dalam EGM tersebut dan mengundi. 

Tuntutan Khairul Azam (Buzze Azam) terhadap Majlis Peguam bukan bersifat meminta gantirugi tetapi bersifat 'membersihkan' perjalanan pentadbiran Majlis Peguam.

Jika Khairul Azam (Buzze Azam) berjaya dalam tuntutannya ini terhadap Majlis Peguam, inilah satu kejayaan buat semua rakyat Malaysia dan bukan kejayaan peribadi Khairul Azam.

Rakyat Malaysia perlu dibebaskan minda mereka dari melihat Majlis Peguam sebagai sebuah Badan Kebal Undang-undang dan tak boleh melakukan kesilapan.



Ahad, 3 Februari 2013

#BMP231 DAP SEMAKIN TAKUT HILANG PENGARUH KE ATAS PAS,



"DAP kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang jelas bercanggah dengan keputusan diambil pakatan pembangkang," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130203/po_01/Isu-kalimah-belum-selesai---Karpal#ixzz2JnR08s9f 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bila Karpal Singh berdrama untuk memanjangkan lagi Agenda DAP memecahbelahkan umat Melayu Islam dalam isu kalimah Allah, itu petanda DAP sudah mula melampaui batasan.

Mengikut Adat orang Melayu Islam bila 'Tetamu' mula nak pijak kepala 'Tuan Rumah' maka 'Tuan Rumah' tak perlu lagi Hormati dan menjaga hati 'Tetamu'.

'Tetamu' jenis DAP tak perlu diberikan layanan baik dah.
'Tetamu' jenis DAP elok disumbatkan sahaja dalam reban ayam sahaja. 

Kalimah Allah sebetulnya bukan isu pun tapi 'Tetamu Bia-DAP' sengaja menjadikannya satu isu. Tujuannya adalah jelas. Untuk memecahbelahkan Melayu Islam sekaligus menimbulkan keresahan di kalangan penganut agama lain.

Kebia-DAP-an 'Tetamu bia-DAP' sudah tidak boleh ditoleransikan lagi. Ianya amat merbahaya sekali. Malah sudah mencapai ke tahap 'Mengancam Keselamatan Awam dan Negara'.

Kewujudan DAP sejak awal ialah menimbulkan huru-hara dan mengugat kestabilan politik negara.

Rakyat yang cintakan keamananlah yang paling efektif untuk bertindak ke atas DAP. Yakni dengan MENDESAK KERAJAAN AGAR MENAHAN SEMUA PEMIMPIN DAP serta mengharamkan terus DAP.

Jumaat, 1 Februari 2013

#BMP231 #Tukar DAP PKR PAS HANYA TUBUH KERAJAAN LEMAH.

Perayu-perayu undi bagi pihak BADUT POLITIK NEGARA terutama sekur Hobbit bernama Isham Rais menyakinkan RAKYAT bahawa MALAYSIA perlukan sebuah KERAJAAN LEMAH. 

Menurut TEORI POLITIK HOBBIT Isham Rais, sebuah kerajaan lemah adalah bagus untuk RAKYAT sebab mudah di buli oleh sesiapa pun termasuklah manusia HOBBIT macam dirinya.

Pakej KERAJAAN LEMAH hanya ditawarkan oleh pakatam ahzab sasaulis DAP PKR PAS. 

Memang jelas lah puak SOSIALIS yang menyambung perjuangan KOMUNIS mahukan MALAYSIA mempunyai sebuah KERAJAAN LEMAH yakni DAP PKR PAS. 

Matlamatnya mudah iaitu agar RAKYAT SENTIASA BOLEH DI BULI SESUKAHATI oleh DAP PKR PAS. Membuka ruang amalan NEPOTISMA, KRONISMA dan RASUAH serta FAVORITISMA.

Sebab itulah pada hari ini kita melihat bagaimana PAS di buli cukup-cukup oleh DAP dan PKR dalam pelbagai isu-isu menyentuh sensitiviti kesucian agama ISLAM. 

MAJLIS 'BUBUR' SYORU PAS kini tidak lagi mempunyai KUASA dah. Sebaliknya ia telah digantikan oleh CEC DAP dan KETUA UMUM PKR. Sebarang keputusan MAJLIS BUBUR SYORU PAS boleh di-VETO-kan oleh CEC DAP dan PKR.

Waima ada pemimpin PAS menyeru agar penyokong dan ahli PAS hanya mengundi calon-calon beragama Islam, tapi bolehkah kita mempercayai calon-calon beragama Islam dari Pakatam Ahzab Sasaulisma?

Kita perlukan sebuah KERAJAAN KUAT dan TEGAS agar dapat melindungi, menjaga dan memelihara hak-hak serta kebajikan rakyat.

Dan hanya BN sahaja mampu menjadi sebuah KERAJAAN KUAT dan TEGAS. 


Ahad, 27 Januari 2013

#BMP231 -AKHIRNYA NASARUDDIN MAT ISA DI PECAT !






BACA SETERUSNYA DI SINI GAP

#BMP231 MENCABAR PERLEMBAGAAN NEGARA -BENTUK PENJAJAHAN DUNIA ORDE BARU.

Banyak perkara sensitif bersifat hedonis telah dicetuskan oleh puak Sosialis aka Sasaulis bagi mencabar Perlembagaan Negara.
Cetusan-cetusan itu bertujuan membangkitkan kemarahan dan kebencian kepada Perlembagaan. Ianya bukan lagi mengenai PERBEZAAN PENDAPAT atau BERLAINAN CARA.

Ianya adalah TINDAKAN SUBVERSIF daripada DAP PKR PAS untuk mencabar Perlembagaan Malaysia. 

Sentimen PERKAUMAN dan KEAGAMAAN dimainkan sepenuhnya oleh DAP sosialis. Mengambil kesempatan ke atas pemansuhan AKTA-AKTA PENCEGAHAN di bawah KUASA-KUASA DARURAT. 

Ahli-ahli DAP PKR yang berfahaman sosialis menyusup masuk ke dalam Majlis Peguam dan menguasainya melalui UNDI POS YANG TAK TELUS.

Melalui tindakan-tindakan MAJLIS PEGUAM yang disyakki menggunakan DANA-DANA SUBSKRIPSI YURAN TAHUNAN yang di bayar dan di perah daripada 14,911 orang ahli. Sepatutnya, Majlis Peguam hanya mengenakan kadar Subkripsi minimum kerana Majlis Peguam menyokong Pendidikan Percuma. Apa guna Pendidikan Percuma bila hendak menjadi Peguam terpaksa bergolok bergadai untuk membayar kadar Subskripsi keahlian Badan Peguam yang amat tinggi setiap tahun!  

DAP,PKR & PAS mencabul dan mencabar kedudukan ISLAM, takrifan Melayu , Bahasa Melayu dan Hak-hak istimewa Melayu dalam Artikel 153.

Lihat sahaja bagaimana DAP dan PKR sosialis membuli PAS dalam isu kalimah Allah untuk membuka pintu-pintu perdebatan dan penyebaran ajaran setan PLURALISMA. 

PKR tidak menghormati Majlis Syura PAS malah Majlis Syura PAS di pandang hina oleh DAP dan PKR. Sedangkan ketiganya mempunyai PERJANJIAN TAHALUF SIYASI yang dibangga-banggakan oleh PAS.

Semua Melayu perlu menyuarakan tentangan terhadap gerak kerja kepimpina Majlis Peguam yang mencabar Perlembagaan. 

Oleh itu semua Melayu dan rakyat Malaysia di seru menyertai KEMPEN BMP231. 

Inilah platfom dan wadah untuk semua Melayu dan rakyat Malaysia yang masih berfikiran waras dan menolak fahaman SOSIALISMA yang menyuburkan Budaya Hedonisma dan Vandalisma melalui seruan REVOLUSI dan JOM UBAH. 

Beranikah anda menyertai kami membantah dan melawan kepimpinan Majlis Peguam yang sudah dicemari oleh fahaman Sosialisma Hedonis.

Jumaat, 25 Januari 2013

#BMP231 - EVERYBODY TELLS YOU WHAT TO DO BUT NOBODY TELL BAR COUNCIL WHAT IT OUGHT NOT TO DO.



































Mutakhir ini, ramai pihak yang pandai memberitahu anda apa yang anda patut buat dalam hidup. Tapi belum pernah ada pihak yang memberitahu kepimpinan Majlis Peguam apa yang tak sepatutnya mereka lakukan.

Akhirnya, tercetuslah satu Gerakan Kebangkitan Rakyat dinamakan BMP231. Langkah pertama mereka ialah mengadakan perhimpunan Aman di seluruh negara menuntut agar Hipokrasi Majlis Peguam dihapuskan dan intergritinya dikembalikan semula.

Tarikh 23hb Januari 2013, mencatitkan satu fenomena gelombang Kebangkitan Baru di kalangan rakyat. Ianya bukan hendak mencetuskan anarkis atau revolusi atau reformasi tapi mahu membangkitkan kesedaran kepada semua bahawa segala bentuk dan jenis Hipokrasi harus diperangi dan Intergriti tulin harus dikembalikan.

Institusi pertama yang perlu dibersihkan dari hipokrasi ialah Majlis Peguam. Itulah satu-satunya institusi milik rakyat yang diberikan oleh Parlimen sebagai hadiah.

Institusi inilah telah dipelihara dan diberikan perlindungan oleh Parlimen melalui Akta Profesion Guaman. Dengan harapan sebagai sebuah Institusi milik Rakyat ianya mampu menjadi pelindung dan benteng terakhir rakyat menyuarakan Hak-hak mereka dengan penuh Intergriti.

BMP231 telah memberikan tuntutan-tuntutan mereka yang di sebut DEKLARASI BMP231. 

Antara lain DEKLARASI BMP231 mahu Majlis Peguam dibersihkan dari unsur-unsur anarkis dan subversif. 

DEKLARASI BMP231 menuntut agar Majlis Peguam dikembalikan semula ke landasan asalnya yakni membela dan mempertahankan hak-hak rakyat tanpa memprejudiskan Perlembagaan.

Menurut peneraju kepada BMP231 , Kelab Warisan Malaysia (KERIS), selepas ini BMP231 akan menubuhkan sebuah Gerakan BAR COUNCIL WATCH dan roadshow ke seluruh negara untuk mengumpul aduan-aduan rakyat mengenai perkhidmatan Majlis Peguam.

Kini kepimpinan Majlis Peguam tidak lagi boleh berbuat sesukahati mereka tanpa ada Rakyat yang mengkritik mereka. 

Kini Majlis Peguam perlu gentar dan tunduk kepada denyut nadi gerakan Kebangkitan Baru Rakyat.

Sudikah anda menyertai kami?

Ahad, 20 Januari 2013

#BMP231 - FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU KENAPA PERLU BANGKIT MELAWAN MAJLIS PEGUAM

#BMP231- KEMPEN BERSIHKAN MAJLIS PEGUAM.

Apa! korang hengat Majlis Peguam itu beso sangat ke?
Kuat sangat ke?
Hebat sangat ke?
Gentelman sangat ke?
Terer sangat ke?
Tak boleh di sentuh ke?
Kebal sangat ke?
Ada perlindungan perundangan ke?

Berpengaruh sangat ke?
Pandai sangat pasal undang-undang ke?
Mampu nak elak kesan perundangan ke?


Malaon-malaon yang ada dalam Majlis Peguam itu kalau tak makan tiga hari, masuk kubur jugak.

Apa bezanya malaon-malaon tu dengan korang?
Malaon-malaon tu manusia jugak.
Ada perasaan takut.

Ada perasaan cemas.
Ada sifat pengecutnya.

Ada banyak kelemahan.
Ada yang berpenyakit kronik nak mampos dah.
Tak sekuat mana pun.

Yang buat malaon-malaon dalam Majlis Peguam tu nampak macam kuat sebab korang yang TAKOT DENGAN MALAON-MALAON MAJLIS PEGUAM.

Kalau kekuatan TUAH pada huruf T maka kekuatan MALAON-MALAON MAJLIS PEGUAM pada korang sebenarnya.

Kembali ke alam nyata.

Di Malaysia, satu Akta di gubal untuk mengawal selia profesion guaman. Lalu ditubuhkan sebuah BADAN PEGUAM MALAYSIA. Dalam bahasa omputih penjajah THE MALAYSIAN BAR.

Badan Peguam Malaysia ini pula di tadbir dan diuruskan oleh sebuah majelis. Majelis itu dinamakan dalam akta sebagai MAJELIS PEGUAM. Dalam bahasa omputih penjajah THE BAR COUNCIL.

Penubuhannya pun berbelit-belit berpintal-pintal macam benang kusut. Sebab itulah MAJELIS PEGUAM pun berbelit-belit dan berpintal-pintal macam ular kena palu. Tak pernah nak straight.

Lain tahun la Hamba cerita samada BADAN PEGUAM MALAYSIA dengan MAJELIS PEGUAM MALAYSIA , kedua-duanya dalam bahasa omputih penjajah di sebut THE BAR adalah dua benda lain ataupun ULAR DUA KEPALA SATU EKOR.

Itu belum lagi Hamba nak bukak cerita samada yang di Sarawak dan yang di Sabah pun termasuk sama. Agak-agak korang? 

Pendek cerita, peguam di Sabah & Sarawak boleh masuk Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. 

Tapi peguam di Semenanjung Malaysia tak boleh masuk Mahkamah Tinggi Borneo dan bukak pejabat di Sabah dan Sarawak. Kurang lebih macam itulah.

Nak bagi paham sikit, seterer-terer Karpal Singh pun tak boleh masuk mana-mana Mahkamah Tinggi Borneo di Sabah dan di Sarawak. 

Kesemua tradisi dan fungsi Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia di tiru bulat-bulat dan 100% daripada penjajah British!

Seperkara lagi, Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia ini cuma boleh eksyen dan laku di negeri-negeri berikut:-

  1. Pahang
  2. Selangor
  3. Perak
  4. Johor
  5. Kelantan
  6. Terengganu
  7. Melaka
  8. Negeri Sembilan
  9. Pulau Pinang
  10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya
  11. Wilayah Persekutuan Labuan.
TAK LAKU DAN TAK BOLEH EKSYEN DI SABAH & DI SARAWAK.

Peguam Sabah dan Sarawak tak tertakluk kepada bidangkuasa dan pentadbiran Majelis Peguam Malaysia. Tengok petikan AKTA BERKENAAN.


















Tu hah baca lah. Akta yang menubuhkan Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia 'hanya akan berkuatkuasa di Sabah & Sarawak dengan modifikasi seperti Yang DiPertuan Agung Perintahkan yang boleh di buat dan Perintah itu mesti diwartakan'

Sehingga sekarang benda tu tak di buat kerana Sabah & Sarawak taknak tertakluk kepada kegilaan Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam. 

Bahasa Kasar Malaon-malaon Majelis Peguam tak diiktiraf dan takde Power di Sabah dan di Sarawak serta tak mewakili kepentingan dan suara-suara peguam di Sabah dan Sarawak.

Apalagi mao cerita?

Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia cuma ada kuasa ke atas semua 14,911 orang peguam di Semenanjung Malaysia sahaja.

Memang status-quo dan kedudukan serta kuasa termasuk bidangkuasa Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia ini pun berbelit-belit nak faham. 

Macam lidah bercabang PAS dalam isu kalimah Allah. 
Sekejap boleh sekejap tak boleh.

Ya lah, kalau dah tak berkuasa di Sabah & Sarawak apakejadahnya guna istilah MALAYSIA. Gunalah istilah Badan Peguam Malaysia Barat dan Majelis Peguam Malaysia Barat. Barulah boleh sama macam mana-mana kumpulan DIKIR BARAT. 

Satu lagi, jika Majelis Peguam dibubarkan itu tak bermakna Badan Peguam Malaysia pun bubar. Peranan, kuasa dan bidangkuasa Majelis Peguam boleh dipindahkan kepada badan lain tanpa menjejaskan Badan Peguam Malaysia.

Oleh kerana kuasa dan bidangkuasa Majelis Peguam ini luas dan itulah satu-satunya Majelis yang ada untuk keldaikan semua peguam di Malaysia tak termasuk di Sabah dan Sarawak, sebab depa lebih cerdik, DAP dan PKR mampu menguasai MAJELIS PEGUAM.

Apasaja perkara dan isu karut mengarut yang keluar dari mulut pemimpin haprak DAP dan PKR akan disahkan oleh MAJELIS PEGUAM. 

Dan orang awam ingat apasaja yang MAJELIS PEGUAM CAKAP ITU BETUL BELAKA lah.

Bila kepercayaan orang awam macam tu akan menjadikan perkara dan isu karut mengarut daripada DAP dan PKR itu BETUL JUGALAH.

Sebenarnya banyak lagi sebab musabab kenapa anda sebagai rakyat biasa perlu bangkit melawan Majelis Peguam. 

Penjelasan sebelum ini hanya sebahagian daripada berjuta sebab sahih kenapa anda perlu bangkit melawan Majelis Peguam yang sudah dikorupkan oleh DAP dan PKR.

Sistem keadilan di Malaysia memerlukan perkhidmatan peguam.
Termasuklah masa beli rumah dan beli kereta. 


Kalau Majelis Peguam yang kecenderungannya memihak kepada DAP PKR PAS , anda boleh bayangkanlah nasib anda nanti bila matlamat politik DAP PKR PAS terlaksana.

Terbuka luaslah peluang DAP PKR PAS untuk meminda Perlembagaan mengikut selera dan fahaman Republik, Pluralisma dan LGBTX kerana Majelis Peguam sudah jadi KELDAI ANGGUK-ANGGUK kepada DAP PKR PAS.

Siapakah yang akan membela anda nanti dalam mahkamah jika semuanya sudah tunduk patuh kepada DAP PKR PAS?

bersambung/..........

Selasa, 15 Januari 2013

SEBELUM ADA BERSIH, KITA ADA MAJLIS PEGUAM YANG ANARKIS.




BERSIH sebuah ngo yang tak pernah didaftarkan dan tidak akan didaftarkan.
Katalian BERSIH ialah sebuah pertubuhan haramjadah,
Peliknya, dikatakan BERSIH ialah sebuah Gerakan dan bukan sebuah persatuan.

Sebelum Ambiga mengetuai Gerakan Haram tak berdaftar , Ambiga adalah seorang Aktivis Sasaulis yang giat bergerak di bawah Lindungan Bayangan Majlis Peguam.
Semasa Ambiga menjadi Presiden Majlis Peguam, beliaulah yang mula-mula mencetuskan polemik Kebebasan Beragama melalui forum-forum tajaan Majlis Peguam. 
Beliaulah yang paling lantang menentang Hudud Murtad.
Beliaulah yang mula-mula menjadi suara bangkangan tidakpuashati HINDRAF ke atas mana-mana etnik India yang memeluk agama Islam.
Beliaulah yang memperjuangkan IFC.

Beliau jugalah PEGUAM bagi LINA JOY.

Beliau berani dan vokal kerana MAJLIS PEGUAM sentiasa bekap beliau.
Majlis Peguam dengan pelbagai jenis rangkaian internasional mampu melindungi kerja-kerja haramjadah Ambiga.
Beliau jugalah yang mempertahankan hak-hak LGBTX,
Beliau jugalah yang menggalakan banyak forum-forum awam tajaan Majlis Peguam mencabar ISLAM.

Beliau jugalah yang turut menjadi Wakil Suara kepada HINDRAF.

Beliaulah juga orang yang bertanggungjawab membawa MAJLIS PEGUAM KELUAR DAN LARI DARI LANDASAN ASAL PENUBUHAN MAJLIS PEGUAM.

Kita perlukan seorang Adiwira untuk MENYELAMATKAN BUMI MALAYSIA DARI PENYANGAK ADUDU MACAM AMBIGA DAN MAJLIS PEGUAM. 

MAJLIS PEGUAM PERLU PENYUCIAN SEGERA DARI ANASIR SUBVERSIF DAN ANARKIS.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...