Jumaat, 25 Januari 2013

#BMP231 - TAHUN ULAR BUTA - TUAH ATAU BALA BUAT DAP RASIS?

 Tentera Imperial Jepun Menjarah China pada Tahun Ular Buta.
“This is the year of a ‘blind’ snake where one’s fortune can either be really good or really bad. So people especially those born in the year of Snake, Tiger, Dragon, Pig and Monkey, need to be extra careful when undertaking any project. This is also a year that is not suitable for couples wishing to tie the knot,” he foresaw.

TAHUN INI mengikut kalendar orang Cina purba ialah TAHUN ULAR BUTA. 

Ia bukan Tahun yang membawa Tuah yang mengolek mengikut pandangan pakar Feng Shui. Tahun yang boleh membawa padah seburuk-buruk nasib jika tidak berhati-hati. 

Tahun ini tidak digalakkan pasangan bercinta melangsungkan perkahwinan mereka. 

Tahun ini juga bakal diadakan PRU 13. Dan angka 13 pula bagi budaya agama Kristian membawa petanda tidak baik dan nasib buruk.

Bagi orang Islam angka 13 ialah Rukun Solat. 

Dalam kemelut isu kalimah Allah dan laporan polis terhadap Dato Ibrahim Ali oleh Zabedah Kassim, seorang peguam berketurunan orang asli / peribumi bertaraf bumiputera; kita melihat bagaimana DAP begitu 'kepanasan' dalam suasana panas dan tengit akibat terpukul dengan isu polemik sentimen keagamaan yang mereka cipta sendiri. 

DAp sejak sekian lamanya menjadi protogenis dan batu api dalam sentimen perkauman dan keagamaan. Melalui ideologi Sosialis Demokrat dan Religus Sosialis, DAP mencabar semua asas kenegaraan dalam Perlembagaan Malaysia. 

DAP bercita-cita mahukan seorang Perdana Menteri bukan Melayu yang beragama Kristian. 

DAP mahu menjadi juara kepada etnik Cina Malaysia.

Oleh kerana ideologi Sosialis memerlukan suasana kondusif melalui konflik, DAP sengaja mencipta isu untuk mencetuskan KONFLIK. 

Di Malaysia paling senang mencetuskan KONTROVERSI DAN KONFLIK melalui isu PERKAUMAN & KEAGAMAAN,

Persoalannya sekarang, adakah kaum etnik Cina di Malaysia sudah bersedia untuk memperjudikan nasib mereka dengan DAP?

Sedangkan TAHUN ULAR BUTA menjanjikan NASIB BURUK SEBURUK-BURUKNYA jika tersilap langkah dalam PERJUDIAN NASIB. 


#BMP231 - EVERYBODY TELLS YOU WHAT TO DO BUT NOBODY TELL BAR COUNCIL WHAT IT OUGHT NOT TO DO.



































Mutakhir ini, ramai pihak yang pandai memberitahu anda apa yang anda patut buat dalam hidup. Tapi belum pernah ada pihak yang memberitahu kepimpinan Majlis Peguam apa yang tak sepatutnya mereka lakukan.

Akhirnya, tercetuslah satu Gerakan Kebangkitan Rakyat dinamakan BMP231. Langkah pertama mereka ialah mengadakan perhimpunan Aman di seluruh negara menuntut agar Hipokrasi Majlis Peguam dihapuskan dan intergritinya dikembalikan semula.

Tarikh 23hb Januari 2013, mencatitkan satu fenomena gelombang Kebangkitan Baru di kalangan rakyat. Ianya bukan hendak mencetuskan anarkis atau revolusi atau reformasi tapi mahu membangkitkan kesedaran kepada semua bahawa segala bentuk dan jenis Hipokrasi harus diperangi dan Intergriti tulin harus dikembalikan.

Institusi pertama yang perlu dibersihkan dari hipokrasi ialah Majlis Peguam. Itulah satu-satunya institusi milik rakyat yang diberikan oleh Parlimen sebagai hadiah.

Institusi inilah telah dipelihara dan diberikan perlindungan oleh Parlimen melalui Akta Profesion Guaman. Dengan harapan sebagai sebuah Institusi milik Rakyat ianya mampu menjadi pelindung dan benteng terakhir rakyat menyuarakan Hak-hak mereka dengan penuh Intergriti.

BMP231 telah memberikan tuntutan-tuntutan mereka yang di sebut DEKLARASI BMP231. 

Antara lain DEKLARASI BMP231 mahu Majlis Peguam dibersihkan dari unsur-unsur anarkis dan subversif. 

DEKLARASI BMP231 menuntut agar Majlis Peguam dikembalikan semula ke landasan asalnya yakni membela dan mempertahankan hak-hak rakyat tanpa memprejudiskan Perlembagaan.

Menurut peneraju kepada BMP231 , Kelab Warisan Malaysia (KERIS), selepas ini BMP231 akan menubuhkan sebuah Gerakan BAR COUNCIL WATCH dan roadshow ke seluruh negara untuk mengumpul aduan-aduan rakyat mengenai perkhidmatan Majlis Peguam.

Kini kepimpinan Majlis Peguam tidak lagi boleh berbuat sesukahati mereka tanpa ada Rakyat yang mengkritik mereka. 

Kini Majlis Peguam perlu gentar dan tunduk kepada denyut nadi gerakan Kebangkitan Baru Rakyat.

Sudikah anda menyertai kami?

#BMP231 SIGNIFIKASI DS NAJIB PIJAK KAKI DI BUMI PALESTIN @NajibRazak


Pakcik gogel dah sebarkan banyak gambar dan maklumat mengenai lawatan bersejarah orang Melayu pijak kaki di tempat asal nenek moyang mereka. Sesuatu yang di luar jangkaan dan jangkauan akal cerdik pandai puak Zionis. 

Bila orang Melayu pijak kaki di bumi Palestin dan bertemu dengan saudara mereka di Palestin, apakah signifikasinya? Tak perlu jawablah buat masakini. Tapi puak Dajal semakin kepanasan.

Ura-ura DS Najib mahu mengwujudkan Kerajaan perpaduan di antara Hamas dengan Fatah ternyata mencetuskan fenomena.

Setelah berjaya menyelesaikan masalah pejuang BangsaMoro dengan kerajaan Filipina, kini DS Najib mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk menyatupadukan Hamas dan Fatah. 

Tapi bagaimana pula situasi di Malaysia? Di antara PAS dengan UMNO dan seluruh rakyat Malaysia?

Selain itu, DS Najib turut menawarkan kerajaan Thai untuk menjadi orang Tengah menyelesaikan masalah Segenting Kra.

Ramai tertanya apakah signifikasi perdamaian di Palestin, Segenting Kra dan Filipina kepada Malaysia. 

Bila Nashrudin Tantawi cuba memperlekehkan usaha-usaha dan lawatan DS Najib, tidakkah kita terfikir itu satu petanda keresahan mendalam pada pemimpin pro militan syiah dalam PAS?

DS Najib berjaya merungkai semua misteri yang menyelubungi permasalahan di Malaysia. 

Tahniah kepada DS Najib yang mampu memikul sebuah Amanah yang tak mungkin mampu di pikul oleh Pok Nik, Hj Hadi, Nashruddin Tantawi dan gerombolan DAP PKR.


Isnin, 21 Januari 2013

#BMP231- THE DYING HOPE OF KIT SIANG & DAP.

#BMP231- BERSIHKAN MAJLIS PEGUAM.

DAP sebagai sebuah parti Dinasti Nepotis Politik berteraskan Anarki dan Sosialis Demokrat pada awalnya berjaya menipu dan mengaburi pengundi Cina Malaysia dengan janji-janji serta harapan-harapan palsu.

Bukanlah kerana Cina Malaysia ini tidak menyokong MCA atau tidak mempercayai Barisan Nasional. Tapi kerana naluri semulajadi manusia yang mudah tertarik kepada eskapisma untuk memperolehi peluang menaiktaraf kehidupan mereka. Serta keinginan merasa bebas melakukan apasaja tanpa ada sebarang sekatan. 

DAP hanya bergantung sepenuhnya kepada strategi membina kekuatan melalui cakap-cakap kosong sahaja. DAP tidak pernah berusaha untuk membuktikan 'cakap-cakap kosong' nya mampu menjadi sebuah Realiti yang membawa kebahagiaan dan kehidupan yang lebih baik kepada pengundi Cina Malaysia.

Bagi DAP, untuk berkuasa mereka perlu memaksa pengundi Cina Malaysia menerima idealisma mereka dengan paksaan. Bagi memastikan paksaan itu mempunyai impak, DAP perlu memangsakan pengundi Melayu dan India.

DAP menjadi vokal dan ekstrim untuk memberikan satu persepsi bahawa DAP hebat dan tak mampu dikalahkan.

Sejak 2008, itulah yang DAP lakukan di dalam Pakatan Ahzab Sasaulisma. Kesepakatan dengan PAS dan PKR bagi DAP adalah satu strategam politik bagi menunjukkan Dominasi Kuasa mereka kepada pengundi Cina ke atas pengundi Melayu dan India.

Hegemoni DAP dalam Pakatam Ahzab Sasaulisma dijadikan DAP sebagai 'bukti' bahawa DAP mampu mengembalikan maruah dan harga diri pengundi Cina Malaysia.

Tapi pada masa yang sama pengundi Cina melihat DAP lebih menuju kepada pembinaan dan hegemoni keluarga Lim Kit Siang berbanding pengundi Cina.

Dalam setiap tindakan dan ucapan, pengundi Cina Malaysia melihat bagaimana mereka dimanipulasikan oleh keluarga Lim Kit Siang. Hari demi hari pengundi Cina membuka mata mereka kepada pengumpukan kekayaan dan kekuasaan keluarga Lim Kit Siang dalam DAP. Sehinggakan bila sebut DAP ianya sama seperti Kow-tow kepada Lim Kit Siang dan keegoan Guan End anak beranak.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga gagal memujuk pengundi Melayu dan India untuk menentang pemimpin Melayu dan India sepertimana yang diharapkan oleh mereka berdua. 

Kebergantungan DAP memanipulasikan Majlis Peguam juga akhirnya menemui jalan buntu. Pengundi Cina Malaysia yang rata-rata gemar melabur dalam hartanah mendapati bahawa mereka sentiasa menjadi mangsa sebagai pembeli. 

Persatuan peniaga Cina Malaysia juga akhirnya menyedari bahawa aspirasi dan politik DAP akan menyebabkan mereka kehilangan pelanggan mereka dari Melayu dan India. Melayu adalah kumpulan pengguna/konsumer terbesar di Malaysia.

Melemahkan Melayu bermakna melemahkan Kuasa-Beli pengguna terbesar. Mengakibatkan pengecilan pasaran. Natijahnya, peniaga Cina Malaysia terpaksa bersaing lebih hebat di antara satu sama lain. 

Tiada peniaga Cina yang mahu rugi dalam perniagaan disebabkan oleh budaya Kiasu mereka. 

Lama kelamaan pengundi Cina Malaysia menghadapi dilema terhebat. Jika mereka meneruskan sokongan kepada DAP, mereka tahu dan sedar mereka membunuh perniagaan mereka sendiri.

Yang untung hanyalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja.




Ahad, 20 Januari 2013

#BMP231 - FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU KENAPA PERLU BANGKIT MELAWAN MAJLIS PEGUAM

#BMP231- KEMPEN BERSIHKAN MAJLIS PEGUAM.

Apa! korang hengat Majlis Peguam itu beso sangat ke?
Kuat sangat ke?
Hebat sangat ke?
Gentelman sangat ke?
Terer sangat ke?
Tak boleh di sentuh ke?
Kebal sangat ke?
Ada perlindungan perundangan ke?

Berpengaruh sangat ke?
Pandai sangat pasal undang-undang ke?
Mampu nak elak kesan perundangan ke?


Malaon-malaon yang ada dalam Majlis Peguam itu kalau tak makan tiga hari, masuk kubur jugak.

Apa bezanya malaon-malaon tu dengan korang?
Malaon-malaon tu manusia jugak.
Ada perasaan takut.

Ada perasaan cemas.
Ada sifat pengecutnya.

Ada banyak kelemahan.
Ada yang berpenyakit kronik nak mampos dah.
Tak sekuat mana pun.

Yang buat malaon-malaon dalam Majlis Peguam tu nampak macam kuat sebab korang yang TAKOT DENGAN MALAON-MALAON MAJLIS PEGUAM.

Kalau kekuatan TUAH pada huruf T maka kekuatan MALAON-MALAON MAJLIS PEGUAM pada korang sebenarnya.

Kembali ke alam nyata.

Di Malaysia, satu Akta di gubal untuk mengawal selia profesion guaman. Lalu ditubuhkan sebuah BADAN PEGUAM MALAYSIA. Dalam bahasa omputih penjajah THE MALAYSIAN BAR.

Badan Peguam Malaysia ini pula di tadbir dan diuruskan oleh sebuah majelis. Majelis itu dinamakan dalam akta sebagai MAJELIS PEGUAM. Dalam bahasa omputih penjajah THE BAR COUNCIL.

Penubuhannya pun berbelit-belit berpintal-pintal macam benang kusut. Sebab itulah MAJELIS PEGUAM pun berbelit-belit dan berpintal-pintal macam ular kena palu. Tak pernah nak straight.

Lain tahun la Hamba cerita samada BADAN PEGUAM MALAYSIA dengan MAJELIS PEGUAM MALAYSIA , kedua-duanya dalam bahasa omputih penjajah di sebut THE BAR adalah dua benda lain ataupun ULAR DUA KEPALA SATU EKOR.

Itu belum lagi Hamba nak bukak cerita samada yang di Sarawak dan yang di Sabah pun termasuk sama. Agak-agak korang? 

Pendek cerita, peguam di Sabah & Sarawak boleh masuk Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo. 

Tapi peguam di Semenanjung Malaysia tak boleh masuk Mahkamah Tinggi Borneo dan bukak pejabat di Sabah dan Sarawak. Kurang lebih macam itulah.

Nak bagi paham sikit, seterer-terer Karpal Singh pun tak boleh masuk mana-mana Mahkamah Tinggi Borneo di Sabah dan di Sarawak. 

Kesemua tradisi dan fungsi Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia di tiru bulat-bulat dan 100% daripada penjajah British!

Seperkara lagi, Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia ini cuma boleh eksyen dan laku di negeri-negeri berikut:-

  1. Pahang
  2. Selangor
  3. Perak
  4. Johor
  5. Kelantan
  6. Terengganu
  7. Melaka
  8. Negeri Sembilan
  9. Pulau Pinang
  10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya
  11. Wilayah Persekutuan Labuan.
TAK LAKU DAN TAK BOLEH EKSYEN DI SABAH & DI SARAWAK.

Peguam Sabah dan Sarawak tak tertakluk kepada bidangkuasa dan pentadbiran Majelis Peguam Malaysia. Tengok petikan AKTA BERKENAAN.


















Tu hah baca lah. Akta yang menubuhkan Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia 'hanya akan berkuatkuasa di Sabah & Sarawak dengan modifikasi seperti Yang DiPertuan Agung Perintahkan yang boleh di buat dan Perintah itu mesti diwartakan'

Sehingga sekarang benda tu tak di buat kerana Sabah & Sarawak taknak tertakluk kepada kegilaan Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam. 

Bahasa Kasar Malaon-malaon Majelis Peguam tak diiktiraf dan takde Power di Sabah dan di Sarawak serta tak mewakili kepentingan dan suara-suara peguam di Sabah dan Sarawak.

Apalagi mao cerita?

Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia cuma ada kuasa ke atas semua 14,911 orang peguam di Semenanjung Malaysia sahaja.

Memang status-quo dan kedudukan serta kuasa termasuk bidangkuasa Badan Peguam Malaysia dan Majelis Peguam Malaysia ini pun berbelit-belit nak faham. 

Macam lidah bercabang PAS dalam isu kalimah Allah. 
Sekejap boleh sekejap tak boleh.

Ya lah, kalau dah tak berkuasa di Sabah & Sarawak apakejadahnya guna istilah MALAYSIA. Gunalah istilah Badan Peguam Malaysia Barat dan Majelis Peguam Malaysia Barat. Barulah boleh sama macam mana-mana kumpulan DIKIR BARAT. 

Satu lagi, jika Majelis Peguam dibubarkan itu tak bermakna Badan Peguam Malaysia pun bubar. Peranan, kuasa dan bidangkuasa Majelis Peguam boleh dipindahkan kepada badan lain tanpa menjejaskan Badan Peguam Malaysia.

Oleh kerana kuasa dan bidangkuasa Majelis Peguam ini luas dan itulah satu-satunya Majelis yang ada untuk keldaikan semua peguam di Malaysia tak termasuk di Sabah dan Sarawak, sebab depa lebih cerdik, DAP dan PKR mampu menguasai MAJELIS PEGUAM.

Apasaja perkara dan isu karut mengarut yang keluar dari mulut pemimpin haprak DAP dan PKR akan disahkan oleh MAJELIS PEGUAM. 

Dan orang awam ingat apasaja yang MAJELIS PEGUAM CAKAP ITU BETUL BELAKA lah.

Bila kepercayaan orang awam macam tu akan menjadikan perkara dan isu karut mengarut daripada DAP dan PKR itu BETUL JUGALAH.

Sebenarnya banyak lagi sebab musabab kenapa anda sebagai rakyat biasa perlu bangkit melawan Majelis Peguam. 

Penjelasan sebelum ini hanya sebahagian daripada berjuta sebab sahih kenapa anda perlu bangkit melawan Majelis Peguam yang sudah dikorupkan oleh DAP dan PKR.

Sistem keadilan di Malaysia memerlukan perkhidmatan peguam.
Termasuklah masa beli rumah dan beli kereta. 


Kalau Majelis Peguam yang kecenderungannya memihak kepada DAP PKR PAS , anda boleh bayangkanlah nasib anda nanti bila matlamat politik DAP PKR PAS terlaksana.

Terbuka luaslah peluang DAP PKR PAS untuk meminda Perlembagaan mengikut selera dan fahaman Republik, Pluralisma dan LGBTX kerana Majelis Peguam sudah jadi KELDAI ANGGUK-ANGGUK kepada DAP PKR PAS.

Siapakah yang akan membela anda nanti dalam mahkamah jika semuanya sudah tunduk patuh kepada DAP PKR PAS?

bersambung/..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...