Selasa, 20 November 2012

BILA DAH KAUT UNTUNG RM8.6 JUTA PAKATAM AHZAB NAK ROBOHKAN UPTOWN SHAH ALAM.

 
 
Setelah berjaya mengaut keuntungan beratus-ratus juta ringgit daripada penyelewengan kuasa membuka tapak-tapak gerai uptown di merata tempat di Selangor, kini satu persatu uptown akan dirobohkan mengikut susunan abjad.

Dalam bulan April 2012 lalu sebanyak 27 buah gerai milik rakyat biasa yang tak mampu nak menyewa tapak RM350-RM900 dalam uptown di Shah Alam di halau keluar termasuklah 6 buah gerai kepunyaan Persatuan Ibu Tunggal, kini seluruh kawasan Uptown tersebut telah diberikan NOTIS BOLEH BLAH oleh kerajaan Prihatin roboh-meroboh pakatam ahzab. Satu lagi kejayaan pakatam ahzab menipu rakyat.

Uptown Shah Alam yang terletak berhampiran LKSA di seksyen 24 yang menempatkan sebanyak 500 buah gerai akan tinggal kenangan. Di bawah pakatam ahzab mana ada satu perkara atau program kekal pun. Semuanya bersifat 'Langgar dan Lari". Puak pengganas pakatam ahzab pun tak konpiden nak kekalkan kuasa di Selangor hatta dah bermacam-macam program dan dakyah yang mereka lancarkan selama empat tahun merompak dan menyamun di Selangor.

Pada pengamatan Hamba, skim labu peram uptown ni sebenarnya bertujuan untuk membuat kekayan segera kepada kroni pakatam ahzab dan membuka pasaran modal Ah Loong kepada penyewa-penyewa. Akhirnya, penyewa-penyewa menjadi mangsa pengautan untung oleh kroni pakatam ahzab.

Memang benar pun. Kroni pakatam ahzab mengaut keuntungan berlipat kali ganda berbanding penyewa-penyewa di semua tapak uptown di Selangor. Malangnya kegiatan menganiayai dan menipu rakyat amat jarang di bongkar dan didedahkan kepada pengetahuan umum. 

Ramai yang tertipu dan terpedaya dengan Skim Labu Peram Uptown ni adalah peniaga Melayu yang belum pernah ada pengalaman berniaga di pasar malam. 

Kini kita nak bertanyalah kepada Exco kerajaan prihatin Xavier Jayakumar, exco pbt Ronnie Liu, exco Teresa Kok. exco Yakob Sapari KENAPALAH KORANG SANGGUP MENIPU PENGUNDI DAN PENYOKONG KORANG SENDIRI DALAM SKIM LABU PERAM UPTOWN ?

Isnin, 19 November 2012

POK NIK WAJIB BERTAUBAT ...



Pada Febuari 2012, Pok Nik minta bukti di atas dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa beliau mengkafirkan UMNO:-
Kenyataan orang tua nyanyuk bernama Nik Aziz: Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?
KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.
Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.
"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.
Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.
Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:
"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.
"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.
"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."
Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.
Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

Pada muktamar PAS ke 58, 18hb Nov 2012, Pok Nik sendiri yang memberikan bukti beliau megkafirkan dan memurtadkan UMNO, hipokrit bulsit punya Morsitdol Am PAS:-
Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menggelarkan Umno sebagai murtad dan berkata PAS bertindak betul dengan mengadakan sembahyang hajat, mendoakan bala Allah untuk menghancurkan parti pemerintah itu. 
“Bila Umno buang Islam, maka Umno agama apa? Saya ulang lagi sekali, bila Umno tolak Islam dalam dasar hidup dia, maka agama apa yang Umno pakai? Bila Umno tolak Islam dalam dasar parti dia, maka Umno sama ada Kristian kah, Buddha kah atau tidak ada agama?.
“Timbul masalah murtad...orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri memperlekeh Islam...Umno menolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam,” kata Nik Aziz pada sidang media selepas muktamar PAS.
“(Jadi) tak salah lah,” kata beliau apabila ditanya sama ada bersetuju dengan sembahyang hajat yang dipimpin oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat memohon bala Allah bagi menghancurkan Umno dan Barisan Nasional. 
Nik Aziz mendakwa Umno menolak Islam dan justeru PAS berhak untuk mengadakan sembahayang hajat sedemikian.
“Bila Umno tolak Islam, tak kan nak biar?,” kata beliau.
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang sebelum ini melabelkan Umno sebagai khurafat dan mendakwa ideologi nasionalisma parti itu bercanggah dengan Islam.
Dan di bawah in pula Doa Bidaah Dhalollah yang PAS lakukan di stadium Mohamad IV Kota Bharu dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat siri ke 2 turut dihadiri Kit Siang yang berucap 
Hasbunallah wa ni'mal wakil (diulang tujuh kali). Ya  Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya  (diulang empat kali)..kuburkanlah UMNO dan  Barisan Nasional (BN) (diulang tiga kali) dalam  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini. Kezaliman  UMNO dan BN 50 tahun lebih kepada agama Mu,  hamba Mu dan kepada negeri kami ini. 
Ya Allah...Engkau mengetahui tentang hal kami.  Kami berkumpul di tempat yang penuh berkat di  mana engkau mengetahui tentang hal kami. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah...Datang dari jauh dan  dekat, berkumpul di tempat yang berkat, di malam  yang berkat.
Ya Allah...Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu  bapa kami (diulang empat kali) melalui  perhimpunan munajat kami Ya Allah. Kami  hamba-hamba Mu Ya Allah. Sekiranya Kamu  mengampuni dosa-dosa kami Ya Allah. Kamu  Tuhan maha pengampun lagi maha kasih  sayang.
Ya Allah...Kuatkanlah iman kami, murahkanlah  rezeki kami, amankanlah rumah tangga, negeri  dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak  kami. Anak-anak kami adalah amanah daripada  Mu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan  akirat nanti, berilah mereka berjaya untuk  menolong sunah Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah...hukumlah UMNO. Ya Allah...  Hukumkanlah UMNO dan BN. Ko! BN, Ko! BN, BN  Ko!, Ko! BN, BN Ko!, BN Ko!, BN Ko! dalam  PRU-13 ini Ya Allah. Mudah-mudahan dalam  perjalanan kami ke Putrjaya Ya Allah dengan begitu  sekali mudah dengan pertolongan Mu Ya Allah.
Kalaulah Kamu pernah tenggelamkan firaun di  dalam laut. Kamu telah izinkan bumi Mu telan  Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan  begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah  untuk Kamu bagi menjahanamkan UMNO dan BN  dalam PRU-13.
Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam  suasana yang tidak selamat di dalam dan luar  rumah dengan ragut, rogol, bunuh, bakar,  cincang manusia dan begitu juga dengan  bermacam-macam jenayah dan begitu juga  dengan bermacam-macam rasuah.
Ya Allah...Habislah negara kami ini dijual oleh  UMNO. Singapura dah habis Ya Allah, Pulau Batu  Putih dan Tanjung Pagar. Ya Allah...Hancurkan  UMNO tumbangkan BN
Rasulullah wa’alaa saidina muhammad wa’alaa  alihi wasabi hi wasalam walhamdullillah hirabil  aalamin. Allahhuakbar (diulang tiga kali).
Dan kita patutlah berdoa begini sebagai Doa Balas:-
ALLAHUMMA YA LATIFFUN KHABIIR YAA QAAWWIYU 'ALIIM YAA KAARIM YAA SALAAM YAA HAFIDZU MUJIIBUUN DU'A
DI ATAS KEESAAN ZAT -MU
DI ATAS KEAGUNGAN AF'AL-MU
DI ATAS KEMULIAAN SIFAT-MU
DI ATAS KEINDAHAN NAMA-MU
DI BAWAH PEMELIHARAAN ASRASY-MU
DENGAN BERKAT SYAFAAT SAIDINA MUSTHAFA HAMBA-MU MUHAMMAD SHALLAHU-'ALAIHIS-SALAAM
YAA MAALIKI-YAU-MIDDIIN
IYYAKA-NA'BUDUU WA IYYAKA-NASTA'AIIN
KAMI MOHON PERLINDUNGAN DI BAWAH KEBESARAN DAN KASIH SAYANG-MU DARI SEGALA KEBURUKAN, KEMUDARATAN , BALA BENCANA & KEJAHATAN MUSUH-MUSUH KAMI YANG TERDIRI DARIPADA MANUSIA, JIN DAN SYAITAN
SESUNGGUHNYA YAA ALLAH - HU LEBIH MENGETAHUINYA DARIPADA KAMI
BERIKANLAH KAMI KESELAMATAN, KEAMANAN DAN PERLINDUNGAN MU YAA ALLAH - HU
MENANGKANLAH KAMI DAN TUNDUKKANLAH BAGI KAMI PARA MUSUH KAMI HINGGA PUNDAK-PUNDAK MEREKA TUNDUK PATUH KEPADA KAMI
YA ALLAH-HU GANTIKANLAH SEMUA DOA2 KEBINASAAN DAN KECELAKAAN YANG DILAKUKAN OLEH PAS, PKR & DAP KEPADA UMNO/BN DENGAN KEBAIKAN DAN MANAFAAT YANG LEBIH BAIK DARI ITU KEPADA SELURUH UMAT ISLAM, RAKYAT MALAYSIA, NEGARA INI DAN KEPADA UMNO/BN.
LAA-HAULA-WALLA-QUWWATA-ILLA-BILLAHIL-ALIYIL-ADZHIIM

Ahad, 18 November 2012

TERBUKTILAH PADA HARI INI PAS SEBARIS ABU JAHIL, FIRAUN, HAMAN, ABU LAHAB & ABDULLAH UBAI..

HADIS INI AMAT TEPAT MENGGAMBARKAN PAS DAN PAKATAM AHZAB.

SEKALI LAGI PEMIMPIN PAS, PAKATAM AHZAB & SELURUH AHLI SERTA PENYOKONG  mereka membuktikan kepada kita semua bahawa mereka sudah sebaris dengan Fir'aun, Abu Lahab, Abu Jahal, Musailammah Kaab, Haman dan Abdullah bin Ubai. 

Memanglah sedih dan amat musykil di hati semua umat Islam,apabila PAS sanggup mempersendakan doa (senjata mukmin paling ampuh) dan solat Hajat yang sewajibnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan manafaat. Tapi PAS menterbalikkan tujuan doa dan solat hajat bagi meminta bala bencana kepada sebahagian rakyat Malaysia yang berada di dalam UMNO dan BN. Sedangkan bila bala bencana dan malapetaka diturunkan ianya tertimpa kepada semua dan tidak seorang pun dikecualikan.

Nama saja pemimpin PAS pandai dalam ilmu agama tapi dari segi perlaksanaan ilmu agama tak ubah seperti orang jahil murrakab. 

Di waktu umat Islam sedang bergolak di bunuh dan di bantai di Syria dan Semenanjung Gaza, parti politik bernama PAS angkat tangan berdoa untuk kehancuran sebuah pemerintahan adil dan saksama di negara sendiri. Tidak pula PAS mempergunakan peluang tersebut untuk angkat tangan berdoa untuk keselamatan umat Islam di seluruh dunia dan kehancuran musuh Islam.

Menyedihkan bila mengenang perkara itu dilakukan dalam kehadiran puak kafir harbi DAP yang begitu memusuhi Melayu dan Islam di negara ini. 

Beginilah perilaku amalan sebuah parti politik yang menggunakan nama ISLAM tapi peel dan amalan mereka lebih menyerupai amalan agama Majusi serta mengikuti jejak langkah para rahib Yahudi. 

Sepanjang 65 tahun UMNO wujud, tidak pernah sekalipun UMNO melakukan doa dan solat Hajat untuk kehancuran PAS. Malah, PAS dibiarkan wujud tanpa diharamkan oleh UMNO/BN waima pada waktu PAS amat lemah sekali. 

Dalam juzu 17, surah Al Isra' ayat 11:-

وَيَدْعُ الْإِنسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ ۖ وَكَانَ الْإِنسَانُ عَجُولًا

Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.

PAS terburu-buru nafsu mahu ke Putrajaya
PAS terburu-buru mendoakan kejahatan yang bakal menimpa mereka sendiri
PAS terburu-buru nafsu mencela UMNO

Sedangkan ......


PAS pecat pemimpinnya yang mempertahankan akidah.
PAS senyap bila Mursyidul Am nya memperlekehkan kalimah Allah
PAS diam bila Mursyidul Am nya mengampunkan dosa-dosa zina dan khalwat.
PAS setuju dengan amalan kebebasan beragama
PAS mendiamkan diri bila di cabar melangkah mayat Karpal Singh
malah banyak lagi ......

Anih dan hairan bilamana pemimpin PAS tidak mengambil iktibar langsung di atas kejadian yang berlaku di Afghanistan, Syria, Libya, Mesir dan Semenanjung Gaza.

Manakala ahli dan penyokong PAS seperti buta segala-galanya terhadap apa yang berlaku pada umat Islam di seluruh dunia.

Paling menyedihkan Ketua Dewan Foolamak PAS mengatakan isu kebebasan agama tak sepenting menumbangkan UMNO/BN. Kepentingan politik diletakkan teratas daripada kepentingan akidah. Samalah seperti dalam isu MURTAD dan KALIMAH ALLAH.

Inilah di antara kejahatan-kejahatan politik yang dilakukan oleh PAS.

Memutuskan silaturrohiim sesama sebangsa yang seagama sebaliknya memeluk erat pihak yang mahu melihat Islam dan Melayu dihancurkan.

Hamba tak berani lagi menjadikan mana-mana orang PAS sebagai imam solat atau pemimpin atau tuan guru memandangkan mereka sendiri pun tidak tahu membezakan di antara AGAMA dengan POLITIK.

Sabtu, 17 November 2012

HEGEMONI DAP & DUA PRA SYARAT PAKATAM AHZAB UNTUK MEREPUBLIKKAN MALAYSIA.


Ucapan Bapak 13 Mei 1969 di Himpunan Kebangsatan Pakatam Ahzab di stadium Mohammad IV Kota Bharu Jumaat, 16hb November 2012, jam 10 pagi, antara lain:-
  1. Bapak 13 Mei 69, menyebutkan dua pra syarat untuk pakatam ahzab merepublikkan Malaysia. 
  2. Pertama, pasngok dan pkrngok mestilah ikut perintah DAP pada setiap masa.
  3. Kedua, pasngok dan pkrngok mestilah menipu Melayu, Cina dan India bahawa hegemoni DAP adalah terbaik buat rakyat Malaysia.
Pada kali ini Bapak 13Mei 69 memberi amaran kepada pasngok dan pkrngok agar tidak mengkhianati hegemoni DAP dalam Pakatam Ahzab. Bapak 13Mei 69 mengingatkan pasngok dan pkrngok mengenai dua perkara utama iaitu:-
  1. Program Polisi Umum Pakatam Ahzab (Perjanjian Setan) yang pernah di sebut oleh Zulkifl Nordin dan Hasan Ali. Program khusus untuk meREPUBLIKkan Malaysia secara berperingkat-peringkat bagi membawa masuk semula Republik Singapura ke dalam Malaysia.
  2. Buku Jinggay - Kitab meREPUBLIKkan Malaysia melalui slogan 'UNITE & RULE" serta "MASYARKAT PLURALISMA" yang di sebut oleh Bapak 13Mei 69 di dua Himpunan Kebangsatan Pakatam Ahzab di Seremban dan di Kota Bharu. 
Kita tak perlu mengulas panjang mengenai halatuju politik Pakatam Ahzab yang bertunjangkan kepada hegemoni DAP sosialis demokrat. Sudah TERANG DAN NYATA, mereka menuju kepada penubuhan REPUBLIK SOSIALIS DEMOKRAT bermodel Amerika Syarikat. 

Mereka mahu mengubah masyarakat Malaysia menjadi sebuah MASYARAKAT PLURALISMA yang menerima konsep KEBEBASAN AGAMA. 

Hegemoni DAP dalam Pakatam Ahzab bermakna memaksakan ke atas seluruh rakyat Malaysia menganut fahaman SOSIALIS DEMOKRAT yang menolak Qada dan Qadar Allah Ta'ala ke atas semua manusia. 

Manusia memang ditakdirkan dalam Qada dan Qadar Allah Ta'ala mempunyai taraf sosial, warisan budaya anutan agama dan taraf ekonomi yang berbeza-beza di antara satu sama lain. Malah bentuk badan, warna kulit dan bahasa pun sudah berbeza-beza. Kerana Allah Ta'ala sudah berfirman di dalam al Qur'an bahawa jika Dia kehendaki sudah tentu dijadikan manusia ini umat yang satu. Namun Allah Ta'ala jadikan manusia ini berpencar-pencar untuk saling kenal mengenal di antara satu sama lain.

Menyatukan manusia tak perlu melalui fahaman Sosialisma Demokrat. 
Atau menyamaratakan semua bangsa.
Atau menyamaratakan semua agama.
Atau menyamaratakan semua budaya.
Atau menyamaratakan semua sejarah
Atau menyamaratakan semua status sosial.
Atau mempluralkan masyarakat
Atau mempluralkan semua agama.
Atau mempluralkan semua budaya
Atau mempluralkan semua bangsa.
Atau menghapuskan status kelas sosial.
Atau menghapuskan DEB
Atau menghapuskan status Bumiputera
Atau menghapuskan Hak-hak Istimewa Melayu
Atau menghapuskan Institusi Raja Berperlembagaan.

Ianya boleh dilakukan dan lebih efektif dilakukan melalui 1 MALAYSIA!

Melalui persefahaman, saling hormat-menghormati, mengenali hatibudi dan kerjasama di antara semua etnik, agama, semua budaya dan semua status sosial. Saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Saling bertoleransi di antara satu sama lain. Mendidik jiwa-jiwa tidak menjadi ekstrimis. 

Ingatlah kita tak boleh memaksa mana-mana individu untuk menjadi samarata, samarasa depan  belakang sama saja.Pepatah sudah menyebut, "Rambut sama hitam hati lain-lain".

Sendiri mahu fikirlah.

Jumaat, 16 November 2012

TOLONG EXPLEN APA KETUA DEWAN BANGANG PAS NI KATA.


KETUA DEWAN BANGANG PAS PADA MUKTAMAR PAS KE 58 DENGAN CEMETI DAP BERADA DI ATAS KEPALA PASNGOK AGAR TIDAK MEMBANTAH DAP SEBAGAI KETUA PAKATAM AHZAB.
" JIKA PAS MENGUASAI PARLIMEN , HUDUD AKAN DILAKSANAKAN (SAMPAI KIAMAT ASIK DIPERBINCANGKAN) ...SYARIAT ISLAM AKAN DIAMALKAN MENGIKUT LUNAS-LUNAS (SOSIALIS) DEMOKRASI ( DEMOKRATIK)
KETUA DEWAN BANGANG PAS, LATUK HARUN tAIB pada Muktamar ke 58 tahun PAS menjadi bongok dan duri dalam daging kepada kemajuan umat Islam di Malaysia, akhirnya mengakui secara tersurat dan tersirat PAS SUDAH MENJADI KELAM KABUT DAN SEMAKIN KELIRU dalam perjuangan politik mereka.
“Kalau kita (PAS) majoriti dalam Parlimen (174 kerusi) , kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen (?) dan diluluskan, maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.
Harun t-Aib di petik Sinar Harian berkata Pakatam ahzab dah sepakat nak laksanakan hudud jika PAS menguasai MAJORITI (148 kerusi dalam Parlimen) Hok aloh. Takpe, Guano ni Harun t-Aib? PAS cuma ada 65 kerusi sahaja. Mana lagi PAS nak cari sokongan 83 kerusi lagi? Nak minta kerjasama ahli Parlimen BN dari UMNO? Atau dari ahli-ahli Parlimen Melayu Islam liberal/plural Pakatam Ahzab?

lagipun selama ini Hudud sudah pun menjadi sebahagian undang-undang negara melalui pengubalan enakmen-enakmen syariah negeri-negeri. Cuma PAS yang taknak iktiraf atas dasar politik bongok mereka.

Harun t-Aib turut berkata PAS berjanji dimungkiri untuk melaksanakan syariat Islam mengikut lunas-lunas demokrasi (?) Apa maksudnya ni ? Syariat Islam mengikut lunas-lunas Al Quran dan Hadis. Bukannya tunduk patuh kepada lunas-lunas demokrasi yang selama ini PAS dakwa adalah amalan Jahiliyah dan Kafir.

Tan Siew Giaw telah menafikan kenyataan Harun t-Aib. Bermakna Harun t-Aib bercakap bohong lah. Dato Harussani pula telah membidas semula kata-kata Harun t-Aib berkaitan taubat. Nampaknya PAS kini hanya lemah longlai dan kelesuan dalam serba-serbi. 

Makin lama nampaknya PAS semakin menginsot masuk ke lubang kubur bersama Tahaluf Siyasi mereka.
Dalam menuju ke alam barzakh PAS hendak mengheret sama Melayu Islam bersama mereka.
Perlu ke kita bersama PAS menuju kehancuran?
Adakah ini adil bagi kita semua?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...