Selasa, 13 Disember 2011

TEO NIE CHENG IBU KANDUNGNYA PUN TIDAK MEMPERCAYAINYA

HIPOKRASI AHLI POLITIK DAP RASIS.
(Nasib Ibu Kandung Yang Sakit Pun BARISAN NASIONAL Yang Membelanya)

Jom baca apa STOP THE LIES yang mendedahkan apa yang hangat diperkatakan oleh akhbar berbahasa Cina mengenai Teo Nie Ching (Jurulatih Senamrobik di Perkarangan Masjid seluruh Selangor masa maulidur rasul) Berita ini tidak akan tersiar di Roketkini mahupun di Malaysiakini. Malu besar !

DAP MP’s Mom with heart problem runs to MCA for help!

The Chinese media has reported this issue widely but you can be sure that the pro-opposition Malaysiakini will black this out because they do not want you to read about it.

Serdang DAP MP Teo Nie Ching has found herself in a spot because her mom, who had a heart problem, sought the help of the Negri Sembilan MCA chief Datuk Dr Yeow Chai Thiam.
It is strange that a DAP MP cannot even resolve the problem of her mother and she is supposed to be an elected representative. The Negri MCA went out of their way to help her mom but this selfish DAP politician did not even have the decency to thank Dr Yeow.  She initially refused to even admit it when the press heard about it and only much later she acknowledged. Obviously, even her mom has no confidence in her DAP MP daughter. But what is most sickening about this whole episode is that it was only when the issue became public that she had the decency to thank the Negri Sembilan MCA. Pride, ego and politics stood in the way. She did not have the decency and conscience to say thank you for a good work done on humanitarian ground. Worse, the thank you also only came when Dr Yeow reportedly asked Teo about her mom’s condition.
That’s the DAP for you.
What is even pathetic is that this Serdang MP’s husband is a doctor! What’s wrong with this couple that they can’t even take care of their mom.
semaremas: Mungkin Teo Nie Ching malu kerana ibu kandungnya bukanlah seorang pemimpin besar dalam DAP Rasis seperti Karpal Singh dan Lim Kit. Ibu kandung sendiri pun tidak mampu di jaga olehnya. Didikan DAP Rasis gagal menjadikan mana-mana orang menjadi manusia.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SEKALI MERDEKA TETAP MERDEKA SEKALI BERJAYA TETAP BERJAYA?


MASA KUASA DI TANGAN
PANJANG ANGAN-ANGAN
(Nasihat Tun M Kepada Semua MELAYU)

Diterbitkan semula di sini artikel Tun M yang memberikan nasihat dan teguran berguna buat semua bernama MELAYU. Haruslah kita sedar dan insafi bahawa kehidupan itu sendiri adalah perjuangan yang tidak akan selesai. Jangan mudah menjadi selesa dan jangan mudah tergesa-gesa. Tanamkanlah dalam diri dan amalkan sifat sentiasa mahu membangun dan memperbaiki lagi apa yang ada untuk masa depan dan generasi akan datang. Generasi yang mewarisi pula jangan pula persiakan apa yang telah disediakan. Jom baca apa yang Tun M nukilkan:-
Pulau Pinang negerinya baru
Kapten Light menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
Duduk mengalir air mata

1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British.

2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya.

3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi, dan mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.

4. Kemudian apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi menjual tanah dan berpindah jauh daripada pembangunan.

5. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah. Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka.

6. Sukar bagi mereka yang dilahir di zaman ini, zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu, zaman kuasa di tangan Melayu, sukar bagi mereka menggambarkan kehidupan orang Pulau Pinang di zaman British.

7. Apa perlunya kita diperingati akan kedudukan orang Melayu Pulau Pinang di zaman itu? Sebenarnya tidak perlu. Setelah mencapai kejayaan, tidak mungkin kita ditimpa nasib orang Melayu Pulau Pinang.

8. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia. Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata.

SEMAREMAS: Apa di bilang mahu di kira jika Melayu masih mahu terus lena. Kepada semua Melayu apa guna bernaung di bawah payung DAP PKR PAS jika pada akhirnya payung itu juga bakal menjadi penjara kepada kemajuan bangsa anda sendiri. 

TEPUK DADA TANYA IMAN! 

KISAH CICAK RUMAH & CICAK GECKO


PEMBETULAN KEPADA CERITA CICAK.

Ini cerita pendek sahaja kerana cerita benar cuma pendek sahaja tidaklah berjela-jela seperti kisah hikayat. sbelum itu klik di sini PERANG CICAK.- APA.

Sebenarnya, dalam rumah tersebut yang ada adalah cicak rumah belaan tuan rumah sendiri untuk mengatasi masalah nyamuk aedes dan nyamuk tiruk yang bawa penyakit demam malaria dan denggi. Jadi dipeliharalah sekumpulan cicak rumah dan di lantiklah sekur ketua di kalangan cicak tersebut. 

Malangnya, kumpulan cicak tersebut cuma tahu menyampuk cakap tuan rumah sahaja. Ketua cicak pula asik hendak sibuk mengawan dengan pil viagra serta suka berak merata tapi selalu salahkan anak buahnya sendiri dan pihak lain.

Jadi suatu hari tuan rumah berdoa kepada Allah SWT mohon bantuan. Dimakbulkan doa itu lalu digerakkan sekumpulan cicak gecko yang datang entah dari mana oleh Allah SWT. Maka selesailah masalah nyamuk aedes dan tiruk.

Perkara ini membuatkan ketua cicak rumah jadi runsing dan gusar dengan kehadiran cicak gecko yang tak minta apa-apa pun dari tuan rumah melainkan makan apa yang ada saja. tak pernah merungut. 

Terjadilah suatu hari di mana ada beberapa ekor anak buah cicak rumah terjatuh dari siling berdempuk jatuh ke lantai. Marahlah mereka. Berbunyi satu rumah sampai bingit telinga tuan rumah. Jadi ada sekur cicak gekco menegur perbuatan kurang sopan itu, Marahlah ketua cicak rumah dan cicak yang kemalangan kerana tidak suka di tegur (maklumlah cicak belaan dalam akuarium) Macam-macam tuduhan di buat. 

Sebagai memperingatkan ketua cicak rumah tersebut, cicak gecko itu tunjukkan salinan kulit ketua cicak rumah. Teramatlah malulah ketua cicak rumah lalu isytihar perang kepada sekur cicak gecko. Cicak gecko kata "Jangan Lupa Allah SWT itu Maha Besar dan Maha Mengetahui"

Sekian.
TEPUK DADA TANYA IMAN!

KARPAL SINGH KHIANATI ANWAR IBRAHIM.?

APA PUNYA KES 
(Lambaian Sg Buloh).

Entah apa-apa punya hujahan barisan peguambela Anwar Ibrahim berikan. Kelihatan mereka pun sudah sepakat seiya sekata menghantar Anwar Ibrahim ke penjara. Tidak dinafikan kes pendakwaan adalah kuat dan kukuh. Ini terbukti apabila peguambela terhandal di Malaysia pun akhirnya mengaku kalah. Untuk transkrip penuh perbicaraan klik di sini SEL 13.

Manakala untuk gambar-gambar menarik sila ke blog PapaGomo, M.i.M, Empayar Pemuda, KLPos dan Media Permatang Pauh. Anwar Ibrahim hanya mampu membawa ahli HINDRAF yang kebetulan cuti pada hari keputeraan DYMM Sultan Selangor untuk buat pertunjukkan sarkis sahaja. 

Kain rentang dan kertas plakad tidak mempunyai tulisan yang menarik kerana mungkin penulis-penulisnya pun tidak lulus Bahasa Melayu atau kemungkinan besar yang menulis pun adalah impot dari   LTTE. 

Hamba hendak membuat ulasan butiran hujahan barisan peguambela pun tidak akan berbaloi kerana amat jelas hujahan tersebut merupakan usaha melepas batuk di tangga saja. 

Antara ringkasan yang menarik ialah:-
  1. Karpal Singh akui perbuatan liwat berlaku tetapi ianya dilakukan suka sama suka. Hujahan bagi memanipulasikan soal teknikaliti percanggahan dalam pengaduan Saiful dengan pertuduhan di mana ianya tidak relevan samasekali malah mengakui berlakunya perbuatan liwat.
  2. Soal lokasi karipap daging. Inipun hujahan seperti orang kelemasan tak sempat hendak mengucap.
  3. Soal mengenai keupayaan Anwar Ibrahim melakukan liwat kerana sakit belakang yang mana ini bercanggah dengan hujahan Karpal Singh.  Hujah yang tidak konsisten antara satu sama lain. Dalam bahasa kasar, Main Hantam saja. 
Pendekata barisan peguambela Anwar Ibrahim seolah-olah mengatakan kepada YA Hakim, "Kami berhujah sebab ikut prosedur saja. Kami tiada Pembelaan Baik pun. Ini semua PapaGomo punya pasal keluarkan klip video balun Chinadoll (oops nanti ada ketua cicak kobeng yang jeles plak).

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Isnin, 12 Disember 2011

BERANTAKAN PAKATAN DAP PAS PKR GARA-GARA PAPAGOMO.

PAPAGOMO

Perbezaan ketara antara PapaGomo dengan Tun Faisal ialah bila PapaGomo menulis Anwar Ibrahim menjadi sasau, akaq Wan Jijah menangis, Nurul Izzah hilang pertimbangan, Tony Phua menjadi cemburu dan  Goon End sanggup menyelam dalam Scorpene. Bila Tun Faisal menulis beliau terpaksa bercerita dongeng mengenai konspirasi terhadapnya. 

PapaGomo mampu menjadikan Pakatan DAP PKR PAS berantakan. Sama seperti bloger UMNO Pulau Pinang yang mampu mengoncangkan jantung hati Goon End sampai ke Unit Rawatan Rapi beberapa kali. 

Bukanlah memuji melampau-lampau tetapi inilah hakikatnya. Fikirkanlah tatkala kepimpinan Pakatan dap pkr pas berada di kemuncak kepopularitian tiba-tiba mereka jatuh menjunam hanya disebabkan oleh gerombolan penulis-penulis picisan seperti PapaGomo dan kumpulan bloger UMNO Pulau Pinang. 

Nama PapaGomo lebih digeruni oleh kepimpinan Pakatan DAP PKR PAS sehingga Tulangbesi bloger totok PAS terpaksa berdoa depan kaabah mohon diberantakkan kumpulan bloger pro UMNO. Namun yang terus berantakan adalah kepimpinan DAP PAS PKR. Begitulah impaknya yang diberikan oleh PapaGomo kepada Pakatan DAP PKR PAS. Fikirkanlah dan renungkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...