Sabtu, 13 September 2014

POLITIKUS MALAYSIA TIDAK BOLEH DIHARAP LAGI

Sebaik saja masuk 1 haribulan September 2014, kita melihat politikus Malaysia semakin tercengang-cengang dan terkebil-kebil mencari arah tuju. Baik pembangkang mahupun BN, keduanya seperti hilang arah tuju kemana hendak pergi. Keduanya ada berusaha agar mencari Titik Persamaan tapi sehingga kini mereka tak jumpa. Mana nak jumpa pun sebab TITIK PERSAMAAN yang mereka cari itu terzahir sendiri dari tindakan dan pengucapan mereka. Cuma mereka tidak mengakui lagi bahawa TITIK PERSAMAAN yang mereka nak cari itu adalah TINDAKAN dan PENGUCAPAN mereka sendiri. 

Artikel ini nak membuka mata semua lagi luas pandangan mengenai peel kelompok politikus Malaysia masakini. TITIK PERSAMAAN dalam tindakan dan pengucapan mereka ialah mereka suka menyalahkan Rakyat dan Melayu dalam serba-serbi bagi menutup kegagalan demi kegagalan mereka mentadbir dan menguruskan negara. 

Mereka mungkin cemerlang dalam satu sektor pentadbiran dan pengurusan negara tetapi mereka kecundang dalam menanam keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada mereka. Bila rakyat tak mempercayai mereka, maka mereka jadi marah. Dan mereka akan mengungkit-ngungkit apa yang telah mereka lakukan kepada rakyat. 

Sedar atau tidak, politikus Malaysia lebih suka memaksa rakyat dan Melayu mengikut kehendak dan agenda mereka yang banyak merugikan masadepan rakyat dan Melayu. Apabila rakyat dan Melayu enggan berikan kerjasama kepada mereka, bermulalah siri menyalahkan sikap rakyat dan Melayu. 

Politikus bukanlah TUHAN yang wajib dituruti dan ditaati sepanjang masa. Setiap tindakan dan polisi yang mereka buat perlu ditegur secara terbuka kerana mereka cenderung menjadi Syok Sendiri. Kita perlua da KEBERANIAN MENGATAKAN TIDAK kepada politikus bilamana tindakan dan polisi mereka kurang jelas dan membebankan kita. 

Namun begitu dalam mengatakan TIDAK dan menunjukkan KEBERANIAN tidak perlu kita melampui batasan. Politikus perlu di singgung perasaan mereka dan mereka perlu ditegur sepanjang masa. Kerana kita tahu samada mereka ditegur atau tidak , mereka tetap tidak akan berubah pun. Jadi, eloklah kita menegur mereka sepanjang masa tanpa mempedulikan apa perasaan mereka kerana perasaan mereka TIDAK PENTING berbanding perasaan 30 juta rakyat Malaysia. 

Isnin, 8 September 2014

TUJUH HARI UNTUK POLITIKUS LALAI UNTUK MENAMATKAN KEGILAAN POLITIKAL MEREKA.

MALAYSIA pernah aman, selamat dan sejahtera untuk semua bangsa di dunia ini tatkala seluruh dunia berada dalam kancah konflik yang tak berkesudahan. Namun akibat nafsu politikal yang tak dikekang oleh akhlak yang baik; Politikus lalai telah melakukan banyak kerosakan di Tanah Melayu Tanah Jawi. Maka, mereka mempunyai tujuh hari yang berakhir Jumaat ini untuk melakukan pembaikan dan perelokkan atas semua salahlaku mereka dan kembali kepada Al Quran Nur Kariim.  Mereka wajib menamatkan semua krisis politikal dan kembali berdamai sesama mereka demi kebaikan dan kepentingan rakyat jelata.

TSKI masih lagi MB Selangor sehinggalah PKR-DAP memenuhi dan mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Sultan Selangor yang menjalankan kuasa-kuasa di bawah Perkara 50 dan 53 UUTNS (Undang-undang Tubuh Negeri Selangor).

Terkini semua rakyat jelata sudah maklum bagaimana Presiden PAS mula di serang oleh pihak-pihak yang pro Anwar. Kemacaian PKR-DAP pula terus menerus melakukan dakyah hasutan yang membawa kejahatan merosakkan keharmonian , keamanan dan kesejahteraan kepada agama, bangsa dan tanahair. 

Kita membaca bagaimana LGE begitu sukahati dengan perpecahan yang berlaku didalam PAS.Kita melihat bagaimana kemacaian PKR-DAP menekan PAS agar tunduk taat kepada kehendak politikal dajal PKR-DAP. Kita melihat bagaimana beberapa kerat ADUN-ADUN PAS sendiri mula menentang Presiden mereka sendiri. Kita melihat bagaimana Presiden PAS mula menyerang PKR. 

Kita tidak ingin apa yang dihajati oleh politikus yang paling curang dan yang amat jahat seperti mereka memperolehi apa yang mereka hajati. Kerana merekalah musuh yang paling nyata selepas setan dan iblis. Kita melihat bagaimana politikus paling curang dan amat jahat berkumpul pula dalam PASMA. 

Kita jangan bertindak menghukum mereka kerana kita manusia biasa jua. Biarlah ALLAH HU TA'ALA sahaja yang menghukum mereka setelah kita berikan peringatan-peringatan kepada mereka. 

Rabu, 27 Ogos 2014

KATA PEMUTUS - MEMUTUS TALI YANG BUKAN HAK.

TIADALAH LAYAK MANA-MANA PARTI POLITIK MENCAMPURI URUSAN EKSEKUTIF, BADAN KEHAKIMAN, BADAN LEGISLATIF, MAJLIS RAJA-RAJA WAIMA PADA JALAN KOVENSI ATAU SEGI PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN DAN PERLEMBAGAAN NEGERI.

KALAU TIADA TAHU MANA HUJUNG DAN MANA PANGKAL
TIDAKLAH RUMAH BERTIANG SERI.


KATA PEMUTUS:
" Maka tidak kita menyembah gulungan penentang pendurhaka dewa Dan jin..yang menentang ALLAH SWT DALAM PENCIPTAAN ADAM A.S. dan kita hanya menyembah sujud kepada ALLAH SWT dan tidak kepada mereka. 
Kita berpegang teguh kepada Tali Allah Tali Rasul, Tali Benih Tali Tanah semata-mata. 
Tiadalah kita bersaudara dengan puak penentang pendurhaka samada dari gulungan dewa, gulungan jin dan gulungan manusia berhati iblis atau katalain kita tidak bersaudara dengan setan, iblis, jin kafir, jin ifrit dan sekutu-sekutu mereka. 
MAKA PUTUSLAH HUBUNGAN KITA BANI ADAM A.S.  DENGAN SEMUA PUAK PENENTANG PENDURHAKA MANUSIA DEWA, MANUSIA JIN MANUSIA BERHATI IBLIS.. YANG MENENTANG ALLAH SWT"

Selasa, 26 Ogos 2014

DAP PKR PAS KENA BERI LAGI NAMA-NAMA GAGAK BERBULU PUTIH UNTUK MENJADI KETUA SEKELIAN GAGAK.

"GAGAK BERKOAR-KOAR NGAKU BERBULU PUTIH, PARUHNYA ADA BANGKAI. KETAM BATU MENGAKU PANDAI BERJALAN LURUS. AYAM JALAK BERKOKOK SEBELUM FAJAR. RIUHLAH AYAM BETINE SE-REBAN TIADA BERTELOR"



Maka DYMM Sultan Selangor meminta TSKI menangguhkan perletakan jawatannya kerana mahu DAP PKR PAS memberikan lebih dari dua nama kepada baginda. Baginda menggunapakai kuasa-kuasa baginda yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 seperti yang tertera pada surat diatas. Natijahnya, TSKI kekal menjadi MB sehinggalah DAP PKR PAS memenuhi titah baginda berkenaan. 

Dikatakan Khalid Samad semasa keluar dari mahkamah, telah diludahi dan dikatakan kepadanya , 'Pengkhianat Bangsa'. Khalid Samad orang berdagang rantau. Sudah tentulah tiada beliau faham adat resam tempatan. Tapi orang tempatan jua yang mengangkat Khalid Samad menjadi wakil mereka di DUN. Calun anak watan sendir mereka tolak dan angkat anak berdagang rantau. Sudah tentu akan sentiasa bersembah derhaka kepada Sultan Selangor kerana tiada faham bahasa adat resam. 

Tiadalah ambe mahu menulis panjang lagi lebar mengenai perkara kawanan gagak berbulu putih berparuh bangkai mahu memilih burung kakak-Tua sebagai ketua sarang mereka. Sebab mereka lupa mereka hanya sekawan gagak yang berkoar-koar. Bersarang tinggi di atas tiang-tiang letrik. Sudah tentu mereka lupa siapa pemilik Tanah Jawi Tanah Melayu.

Sudah ambe tulis sebelum ini, akan hal itu perlu dirujuk kepada Undang Nan Empat bagi kata pemutus. Dan sudah ambe berikan sebab musabab nya. Terdahulu pernah seorang mantan MB Selangor berkata yang sama.

TIADA BOLEH DUA NAKHODA SEKAPAL DAN TIADA BOLEH SEKATA TANPA MUAFAKAT BULAT KATA.

Isnin, 25 Ogos 2014

SEBAIK-BAIK POLITIKUS IALAH SEJAHAT-JAHAT JIN - BILA POLITIKUS LUPAI DARATAN.


Hari ini ambe sentuh pula kelompok Politikus Malaysia. Anda tentu sudah biasa mendengar sebuah hadis rasul yang lebih kurang sebutannya begini ' Sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia'. Dan kita ketahui bahawa Allah Hu Ta'ala menciptakan manusia dan jin untuk beribadat kepada Nya. Malah di dalam Al Quran Nur Kariim ada surah An-Naas (Surah Manusia) dan Surah Jin. Tiada di dalam Al Quran Nur Karim surah bernama Politikus. Tapi di Malaysia sejak 1989 lagi, kata-kata politikus itu lebih di percayai dari Al Quran Nur Kariim sehingga al Quran Nuur Kariim dibelakangkan dan diabaikan oleh Politikus. 

Didalam surah An Naas, Allah Hu Ta'ala memperingatkan kepada semua makhluk bahawa DIA-lah Penguasa manusia, DIA lah Raja manusia dan DIA-lah ILAH manusia.Tapi amalan politikus di Malaysia pada hari ini menyatakan sebaliknya pula. Waima mulut mereka berkata manis tapi hempedu mereka lebih pahit dari biasa.

Sejak 1989 -1999 dan 2000- 2014; kita melihat dan mendengar politikus Malaysia bila berkata-kata tiada satu pun kata-kata itu diamalkan mengikut al Quran Nur Kariim. Politikus Malaysia mempersoalkan dan mempertikaikan Hak Keistimewaan Melayu, Institusi Raja-raja Melayu, hukuman keatas murtadiin, mahukan kebebasan orientasi seks luar tabie', bertuhankan Kuasa Rakyat, mempermainkan kalimah ALLAH, mendewa-dewakan pemimpin dikalangan mereka dan menjual ayat-ayat al Quran Nur Kariim. 

Tiadalah kita melihat mana-mana politikus mahu mengikuti JALAN NAN LURUS di dalam Al Fatihah. Tiada mereka percaya bahawa al Quran Nur Kariim itu boleh membawa keselamatan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.. 

Politikus lebih mempercayai teori-teori politik di dalam Sains Politik berbanding al Quran Nuur Kariim. Politikus meletakkan kepercayaan dan amanah di bawah tapak kaki mereka. Politikus menafsirkan al Quran Nuur Kariim mengikut kehendak politik mereka.

Manusia diciptakan Allah Hu Ta'ala dengan sifat keluh kesah. Dan Politikuslah manusia yang paling keluh-kesah sejak 1989. Kini mereka menjadi lebih keluh kesah dari sekelian manusia yang ada di Malaysia. 

Politikus Malaysia menyatakan kepada semua bahawa mereka adalah Harapan Rakyat, merekalah yang membawa rahmat kepada rakyat dan merekalah yang membuka peluang-peluang rezeki yang ada. Mereka mendakwa mereka membela kebajikan dan menjamin keselamatan rakyat. 

Sejak 2004 sehingga kini , selama hampir sepuluh tahun, politikus Malaysia mencetuskan pelbagai isu-isu politikal sesama mereka sendiri. Merimaskan kehidupan rakyat. Membebankan rakyat dengan perlumbaan kuasa mereka. Menginjak-injak hak-hak peribumi sesuka hati mereka. Menjual aset dan kepentingan negara mengikut nafsu tamak mereka.

Politikus melupai asal-usul mereka dan daratan yang mereka tumpangi diatasnya. Politikus berjalan diatas mukabumi dengan angkuh, bongkak dan ingkar.Mereka mahukan DUNIA BARU, mengamalkan POLITIK BARU dan mahu menjadi MELAYU BARU yang membawa HARAPAN BARU. Mereka lupa yang setan juga BERSIFAT BAHARU.

Politikus Malaysia menjadikan setan-setan sebagai teman yang rapat dan lebih mempercayai setan yang dikenali dari malaikat yang tiada mereka kenal. Kerana itu Allah Hu Ta'ala menjadikan mereka memandang indah dan molek segala perbuatan kianat, curang dan jahat mereka. Akibatnya, Setan juga bersifat baharu gara-gara Politikus mengikuti kata-kata dan bisikan was-was setan, jin dan manusia hewani.

Mereka ajak rakyat berguling di atas jalanraya, berdemonstrasi melawan pemerintah dan menjadikan budaya fitnah adu-domba sebagai cara mempopularkan diri untuk mendapat undi. Mereka menghasut tanpa mempedulikan larangan dalam al Quran Nur Kariim.

Politikus juga enggan berdamai dan mengajak rakyat bermusuhan serta membenci sesama sendiri mengikut firqah-firqah politik mereka. Malah mereka juga turut memusuhi diantara satu sama lain. Dan mengheret rakyat dalam permusuhan mereka. 

Maka, kita selaku rakyat jelata hendaklah kita sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk dan kata-kata politikus. Janganlah kita terpedaya dan terpukau dengan kata-kata mereka. Usah kita menyahut seruan mereka. Kita biarkan saja politikus menerima hukuman daripada Allah Hu Ta'ala diatas perbuatan-perbuatan dari tangan-tangan mereka sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...