Rabu, 26 Jun 2013

Membantah Titah Yang DI Pertuan Agong Adalah Tindakan Political Defiance DAP-PKR,



Apabila Yang Di Pertuan Agong (YDPA) bertitah dalam Parlimen semalam, di atas kapasiti fungsi dan tugas-tugas rasmi di bawah Perkara 53, Bab 1, Bahagian IV Perlembagaan, titah itu adalah arahan rasmi daripada seorang Ketua Utama Negara. Konvensyen Perlembagaan (amalan-amalan kebiasaan dan kelaziman yang diterimapakai tapi tak bertulis) tidak pernah mengatakan titah YDPA perlu diperbahaskan. Sebaliknya, konvensyen Perlembagaan menyebutkan, Menjunjung Titah YDPA. 

Jawatan YDPA adalah sebagai Ketua Utama Negara. YDPA adalah sebahagian penting dari Persekutuan. Tengok dan kaji Perlembagaan. Lihat bagaimana jawatan YDPA di bawah tajuk kecil 'Persekutuan' diletakkan terlebih dahulu dari semua badan-badan Persekutuan yang lain. Majlis Raja-raja adalah sebahagian penting Persekutuan. Realitinya, Persekutuan Malaysia terdiri dari badan-badan Persekutuan seperti berikut:-
  1. YDPA dan Timb YDPA;
  2. Majlis Raja-raja; 
  3. Badan Eksekutif;
  4. Badan Perundangan Persekutuan;
  5. Negeri-negeri;
  6. Badan Kehakiman;
  7. Badan Perkhidmatan Awam;
  8. Suruhanjaya-suruhanjaya;
  9. Suruhanjaya Pilihanraya. 
Jangan ikut teori A Dicey mengenai persekutuan. Kerana Malaysia mengunakan kombinasi semua model-model yang terbaik di dunia. Kita mempunyai sistem dan model tersendiri dan unik. Sistem kita ialah Raja Berperlembagaan dalam kerangka Persekutuan dalam model Parlimen Westminster. Perlembagaan kita tak sama dengan konsep Perlembagaan Di US dan konvensyen Parlimen kita tak sama macam Parlimen Westminster.

Mempertikaikan titah Ketua Utama Negara dan enggan memberikan kerjasama politikal serta patuh kepada Ketua Utama Negara, adalah tindakan Political Defiance DAP-PKR. DAP PKR perlu ingat, selaku anggota Badan Perundangan Persekutuan, semalam mereka sudah mengangkat sumpah jawatan ahli Parlimen. Antara lain disebutkan bahawa mereka akan mempertahankan Perlembagaan. YDPA adalah sebahagian Perlembagaan. Oleh itu mereka wajib patuh dan taat kepada titah YDPA selaku Ketua Utama Negara yang disebutkan di dalam Perlembagaan. 

Kita perlu waspadalah, setiapkali DAP PKR melakukan tindakan Political Defiance, itu kerana mereka mahu melemahkan kuasa-kuasa badan-badan Persekutuan lain untuk mereka menjadi lebih berkuasa dan berada di atas Perlembagaan Malaysia. Motif DAP PKR melakukan tindakan Political Defiance bukan untuk menumbangkan kezaliman dan regim diktaktor, tetapi untuk mereka menjadi sebuah regim diktaktor sepenuhnya. Adalah salah mengatakan jawatan YDPA selaku Ketua Utama Negara bagi Persekutuan adalah amalan feudalis. Ianya adalah amalan Persekutuan Raja Berpelembagaan, cara Malaysia. 

Selasa, 25 Jun 2013

Malang Tak Berbau, ADUN PAS Tanjung Sepat DiKianati Jeti Cinabeng.


Ir Haslin, ADUN Tanjung Sepat, Kuala Langat, membuat lawatan ke jeti nelayan cinabeng di Tanjung Sepat. Beliau telah menguji struktur binaan tersebut dengan kakinya (gambar di atas) ..... entah mengapa ... TIBA-TIBA......



Seluruh binaan jeti tersebut RUUUUNNNTUUUHH!


Mujurlah Ir Haslin terselamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius. 



Hai, entahlah .... di Pulau Pinang, ada juga binaan runtuh. Penangkap kilat runtuh. Sabtu lepas, jerebu teruk. Kini, di Selangor, seorang ADUN PAS di timpa kecelakaan dalam kawasan cinabeng. 

Malang tak Berbau, kita doakan saja keselamatan dan kesihatan ADUN berkenaan. Nampaknya, di mana DAP-PKR kuat di situ banyak bencana menimpa. 

Keungkalan Politikal DAP-PKR Jadi Koleksi Lawak. Jom Tengok !















Sumber MYMASSA dan beberapa blog.


Isnin, 24 Jun 2013

Pertunjukan Istimewa Mawas Hitam

Maklumat di terima daripada rakan-  rakan di Parlimen. Pepagi lagi sekawan  mawas hitam sudah kelihatan berkeliaran di luar pengadang yang di buat pihak polis. Mawas hitam berkenaan adalah dari hutan belukar yang berdekatan. Tak ramai...adalah dalam beberapa ekor mawas hitam yang kelaparan sejak Sabtu lepas. Keadaan terkawal. Pihak polis berjaya mengawal keadaan. Sekarang sedang berlangsung majlis angkat sumpah bagi ahli parlimen BN dan 'sumpah seranah' bagi ahli Parlimen DAP PKR PAS. Memang muka tak malu lah 89 orang ahli Parlimen DAP PKR PAS akhirnya mengakui keputusan PRU13 .Tak berani depa nak boikot.

198 Kaedah Political Defiance DAP PKR Untuk Tubuh Regim Anarki & Oligarki Didedahkan.







89 ahli Parlimen DAP PKR PAS lepas ini makan gaji dan elaun buta je la kan. Siap sedia lah untuk DAP PKR PAS lakukan 198 kaedah tersebut sepanjang tempoh lima tahun ini, kan. Kecuali, BN perbaiki kelemahan dan membina kumpulan sokongan yang baru. Yang sokong DAP PKR PAS dalam perkhidmatan awam tu, elok BN pecat sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...