Selasa, 19 Mac 2013

ILMU APONG, PENIMBUL, & PENDINDING AMALAN PENDEKAR LAMA.

BERIKUT DI PETIK DARIPADA BLOG RAKAN:-
LAHAD DATU - Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Op Daulat'.
Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.
"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.
Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.
Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.
"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.
Antara lain di sebutkan bagaimana di lihat pengganas Kiram 50sen mampu berlari-lari di atas daun-daun dan ranting-ranting pokok dengan mudah. Apabila di tembak seakan-akan tidak mengenai tubuh badan. Apabila peluru di benamkan pada tanah dan di bacakan ayat-ayat pendinding BARULAH IANYA MENGENAI SASARAN. 

Kesemua yang di sebutkan di atas bila diamati ternyata ada kalangan pengganas Kiram 50 sen menggunakan ilmu-ilmu tempur lama. Ilmu yang di sebut Penimbul, Pendinding, Apong dan Malu Besi. Ada juga yang menggunakan Khadam dan saka. Ada juga menggunakan barang-barang ampuh. 

Namun begitu setiap ilmu ada pembukanya. Ada pengalahnya. 

Keyakinan yang tebal disertai dengan beberapa amalan biasa mampu mengatasi semua ilmu-ilmu pengganas Kiram 50sen. Dan beberapa petua lama. Selalunya, bila menggunakan akal mampu menewaskan ilmu-ilmu yang dikatakan hebat, mampan dan ampuh.

Selebihnya bertawakkal kepada Allah Ta'ala. 

KISAH TELADAN: JUAL KUIH LEBIH MULIA.
























Cerita teladan yang menarik ini dah lama tersebar di fesbuk. Ramai gak yang berkongsinya. Jadi ambe fikir apa salahnya berkongsi kisah-kisah teladan yang baik. Jadi mohon maaflah kepada empunya kisah ini yea. Sebab dok cari sumbernya siapa. Tak terjumpa plak. So, bacalah kisah teladan ini sampai habis. Memang menyentuh jiwa. 
KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)
Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.
Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"
Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.
Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman — 

Isnin, 18 Mac 2013

JAWAPAN KEPADA UGUTAN SOS KIRAM 50SEN.. KERETA PERISAI MENANTI PENGGANAS ANDA!


GAMBAR HIASAN 

PETIKAN TERUS DARIPADA KULAAN NIRING:-

Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM) hari ini membawa masuk kereta perisai berantai untuk mempertingkatkan kawalan dan kekuatan gempuran di sekitar kawasan Lahad Datu, Sabah. 

Sebanyak 12 kereta perisai berantai sudah tiba di Felda Sahabat 16 bagi memperkukuhkan lagi Op Daulat di sana. 

Sebelum ini, pasukan keselamatan menyatakan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negera di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari lalu. 

Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, langkah itu diambil untuk menguatkan pertahanan dan kawalan serta bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat. 

Selain itu, mereka turut menjanjikan akan membawa beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan dibuat secara peringkat-berperingkat.

Helikopter tentera darat telah pun tiba beberapa hari lalu.

"Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh," katanya.

Nah hambik ko Sos Kiram 50sen !


SOS KIRAM 50SEN TAK BELAJAR KESILAPAN KOMUNIS MALAYA DULU.

KEGAGALAN PEMBERONTAKAN BERSENJATA KOMUNIS MALAYA KERANA TIADA SOKONGAN BERTERUSAN DARIPADA RAKYAT TEMPATAN.

DAN PASUKAN BERSENJATA MALAYSIA ADALAH SATU-SATUNYA PASUKAN DI DUNIA YANG BERJAYA MENGHAPUSKAN INSURGENSI DAN PEMBERONTAKAN KOMUNIS. MENGHADAPI PERANG GERILA ADALAH KEBIASAAN PASUKAN BERSENJATA MALAYSIA.

SOS KIRAM 50SEN TERLUPA BAHAWA PADA BILA-BILA MASA SAHAJA PENGGANASNYA AKAN BERPALING TADAH TERHADAPNYA.  SAKI BAKI PENGGANASNYA PUN ADA OTAK BUKAN MACAM BELIAU YANG SEL OTAKNYA BANYAK DAH MATI. BELIAU JUGA TAK SERIK MENERIMA SILING 50SEN. 
Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.
The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.
"Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?" kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.
Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi "serang dan lari" keatas Malaysia.
Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.
Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.
Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.
Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.
Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.
"Ia mugkin orang lain yang mereka sekat, kemungkinan umpan atau untuk mengalih perhatian bagi memberikan mereka laluan masuk," kata sumber tersebut yang merujuk kepada penahanan oleh Tentera Laut Filipina minggu lepas.
Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.
DALAM BERITA TV3 SEBENTAR TADI, PESURUHJAYA POLIS SABAH DAN ATM BERTEKAD MEMPERKASAKAN DAN MEMPERKUKUHKAN LAGI KEDUDUKAN PERTAHANAN. 

BILA WARTAWAN BERTANYA MENGENAI UGUTAN SOS KIRAM 50SEN MAHU MELANCARKAN PERANG GERILA, KESEMUANYA TERSENYUM SINIS SAMBIL MENJAWAB DENGAN NADA SINDIRAN KEPADA SOS KIRAM 50SEN. 

APA TINDAKAN SOS KIRAM 50SEN BILA PENGGANASNYA DAN PENGIKUTNYA SENDIRI AKAN MENYERANG BELIAU TERMASUK SEMUA SARANG-SARANG PENGGANASNYA?

SEJARAH PERNAH MEMBUKTIKAN BAHAWA KEKALAHAN TAUSUG DALAM BANYAK PEPERANGAN LEPAS KERANA KEANGKUHAN MEREKA YANG TERLAMPAU-LAMPAU. 


KISAH MENARIK PENDUDUK SEMASA PENGGANAS KIRAM DA TIRAM 50SEN BERTINDAK KEJAM.




Kassim tinggal dengan adiknya, Rasidah Ajirul, 42, yang lumpuh di Kampung Tanjung Batu sejak setahun lalu. Sejak melihat kelibat pengganas bersenjata berkeliaran di hadapan rumah, nyawa diserah sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta.

“Walau apa pun jadi, saya tak akan tinggalkan adik saya. Dia lumpuh. Saya tak boleh fikir nyawa saya seorang. Saya tekad, biar matipun kami tetap akan bersama.”

Itu luahan Kassim Ajirul, 65, apabila berjaya dibawa keluar dari tempat tinggalnya, selepas 12 hari serangan pengganas bersenjata yang mendakwa diri mereka tentera kesultanan Sulu.

“Saya tak berani bergerak. Pengganas bersenjata itu ada di bawah dan sekitar rumah.



“Rumah saya berlantaikan papan. Jika bergerak, pasti berbunyi. Mudah sangat mereka akan kesan kami. Berengsot sedikitpun saya sangat takut,” katanya menceritakan detik debar bersembunyi dalam rumah sendiri, kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, hidup mereka susah dan tiada kereta. Kalau mahu keluar dari kampung, dia perlu kendong adiknya bersama.

“Kaki adik saya lumpuh. Pergerakannya terbatas. Badan dia pula agak bersisi. Saya tidak berdaya mengangkatnya. Tapi saya juga tidak boleh tinggalkan dia.

“Selepas kejadian tembak dan ada dua polis mati itu, semua orang cuba selamatkan diri dan keluarga masing-masing. Tak kan nak tunggu kami. Kami ditinggalkan.

Jadi saya nekad dan buat keputusan walau apa terjadi, saya akan tetap bersama Rasidah,” katanya yang menghidap penyakit darah tinggi kronik.

Bekas tentera yang perkhidmatan terakhirnya lebih 20 tahun lalu di Pulau Pinang itu berkata, sepanjang 12 hari itu, mereka hanya makan bubur nasi sekali sehari sahaja bagi mengalas perut.

“Saya masak curi-curi. Mesti pastikan tiada bunyi, asap atau bau yang boleh buat musuh tahu. Sepanjang 12 hari itu masa kami lebih banyak dihabis bersembunyi dalam bilik adik saya itu.

“Kerana terlalu takut dengan kelibat pengganas, kami tidur di bawah lapisan tilam-tilam. Manalah tau tiba-tiba mereka masuk, setidaknya mereka tak nampak kami ada di dalam rumah.”

Bagaimanapun episod hitam Kassim dan adiknya itu berakhir apabila dia ternampak sepupunya yang dikenali Rahman secara kebetulan memasuki kampung berkenaan difahamkan bagi mengambil dokumen penting selepas 12 hari kejadian.

Seperti sinar baru hidupnya, dia memanggil Rahman. Rahman yang terkejut dengan panggilan itu terus menerpanya.

“Kata Rahman, kehilangan saya dan adik jadi bualan orang kampung sejak 1 Mac lalu.

“Apa boleh kami buat… kami tidak ada hala tuju. Kami juga tidak punya telefon untuk telefon sesiapa,” nada suara Kassim seperti mengeluh.

Lebih mengejutkan, Kassim juga langsung tidak mengetahui gugurnya dua wira negara sehinggalah ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara, Dewan Fajar Harapan, Lahad Datu.

“Ya ALLAH… aku bersyukur kepada MU. Sekali lagi engkau berikan peluang kepada aku dan adik untuk meneruskan kehidupan.”

Tiba-tiba ucapan itu keluar dari mulut Kassim. Butir jernih menitis. Segera dikesatnya.

Berkali-kali Kassim melahirkan rasa syukur dengan peluang kedua diberikan ALLAH kepadanya itu.

“Jika kami larikan diri, nasib kami belum diketahui. Mungkin ditangkap pengganas. Mungkin kami diapa-apan,” kata Kassim kembali meluah rasa hatinya.

Sementara itu, Sandhora, Kadre, 40, anak saudaranya yang mengaturkan pertemuan kami dengan Kassim berkata, sebaik mengetahui penemuan bapa saudaranya itu, dia terus ke rumah ustaz untuk mengadakan doa selamat.

“Itu respons spontan saya. Kami bersyukur sangat-sangat kerana sejak hari kejadian, kami terputus hubungan terus.

“Suami saya ada membuat pemeriksaan di beberapa kawasan termasuk hospital, tetapi usaha kami gagal menemui pak cik,” katanya. – Sinar Harian



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...