Khamis, 6 Disember 2012

OPERA SABUN BT 9 GOMBAK- PENGANUT PAKATAM AHZAB SASAULISMA MABOK DARAH.

ANTARA PELAKON WATAK UTAMA DALAM OPERA SABUN BT 9 GOMBAK 











OPERA SABUN BT 9 GOMBAK pada malam Selasa hari Isnin di mana puak pakatam ahzab sasaulisma menceroboh masuk ke kawasan PDM Bt 9 Gombak. Ceramah provokasi mencela dan menghina UMNO kedengaran. Kawasan PDM tersebut bukanlah kawasan yang pro-pakatam ahzab sasaulisma tapi kawasan kubu kuat UMNO.

Sebagai membantah ceramah sasau puak Pakatam Ahzab Sasaulisma, PEMUDA UMNO turun padang dan menyatakan bantahan secara aman. Akhirnya berlaku pertelingkahan kecil yang menyebabkan Ketua Pemuda di situ cedera dan seorang lebai malang pasngok tercedera di tikam oleh rakannya sendiri. Kejadian itu akhirnya diusaikan oleh FRU dan pihak polis.

LUKA DI BAHAGIAN BELAKANG AKIBAT RAKANNYA SENDIRI TERTIKAM BELIAU.
Insiden seperti ini mudah berlaku lah bila pengikut terlalu taksob dan ikutkan sangat persengketaan peribadi di antara para pemimpin di atas. Hamba menulis mengenai insiden ini untuk mencari solusi bagi menghalang insiden seperti ini berulang-ulang terjadi dan berlaku.

Rugilah menumpahkan darah sesama kita sebab nak pertahankan ideologi politik memasing. Nak buat apa kita pergi terlalu jauh ke dalam pertelingkahan dan persengketaan peribadi di antara pemimpin-pemimpin? Sebab sudah jelas sekarang ini pihak yang berkhianat dan pihak yang benar-benar berkhidmat.

Penganut pakatam ahzab sasaulisma memang terkenal dengan sifat ganas dan brutal mereka di mana jua. Amat jarang sekali mereka gunakan akal budi malah tak pernah pun mereka menggunakan akal budi dalam setiap perkara. Mereka hanya tahu mencarot, mencela dan mengejek untuk menaikkan kemarahan pihak saingan.

Insiden ini tidak perlu diperpanjangkan mahupun di tokok tambah lagi. Tapi pemimpin pas nampaknya macam kemarok dan mabok darah je. Oleh itu Hamba menyeru lah agar pemimpin-pemimpin yang masih waras dan rasional di dalam pas agar bersuara dan menyelesaikan perkara ini secara beradab. Pemimpin UMNONO PROBLEM sebab mereka memang WARAS & RASIONAL.


Rabu, 5 Disember 2012

VIDEO ANWAR IBRAHIM KANTOI ,DULU' CAN I FAK U TODAY" SEKARANG " I HELP U, U HELP ME'

I CEKIK GAK PAPA NIE, ASIK KANTOI JEK

TERKINI ... pendedahan video mengenai pengakuan Deepak sendiri bahawa beliau telah dikowtimkan oleh Anwar Ibrahim dan R.Sivarasa untuk memfitnah DS Najib & Rosmah. So apalagi, jom kita tontoni klip video ini yang memalukan dan mengaibkan PKR serta seluruh Pakatam Ahzab Sasaulisma kerana pemimpin Anugerah Tuhan mereka KANTOI BIGTIME!.





Selasa, 4 Disember 2012

DEEPAK OH DEEPAK, KEGAGALAN ANWAR IBRAHIM FHANTU OPERA-SABUN-SCORPENE


Deepak Jaikrishnan watak hantu jembalang terbaru dalam Opera Sabun Scorpene. 
Beri kenyataan dalam mahkamah ikut skrip loyar sasau R-Sivarasuk tapi hakim menolak skripnya atas alasan " Ini mahkamah Sivil Bukan Mahkamah Politik"
Kesnya, hantu jembalang tu di saman oleh sebuah syarikat. 
Hantu jembalang itu pun berada di ambang Krisis Kewangan Paling Teruk.
Kisahnya mudah.
Baca DI SINI dan DI SINI  
Singgahlah sekejap di blog Raja Petra jugak untuk ketahui latarbelakang kisah watak hantu jembalang terbaru ini yang sudah KANTOI.
Anwar Ibrahim pun TER-malu dengan kegagalan Deepak Jaikrishnan.
Tuan Man Tuan Ibrahim pun melalak.
Husam Jamnapari nak masuk 'Line'
Ini semua skrip Pembunuhan Karekter

Deepak mendakwa beliau jadi 'Orang Tengah' untuk suatu deal dengan Menteri Pertahanan. Kononnya berlaku RASUAH.  Apa bukti ? Macam biasalah, air liur basi nya yang menjadi Bukti. 

Deepak ini dulu menurut RPK sudah mulut busuk kan DS Rosmah untuk menarik perhatian DS Rosmah menerimanya semula. Dulu nama Deepak keluar dalam skrip P Balasubramaniam kononnya Deepak beri Duit Tutup Mulut atas arahan DS Rosmah. Bila semuanya kantoi akhirnya Deepak baca Skrip R.Sivarasok dalam mahkamah. Tapi mahkamah rejek.

Kisah Deepak ni sebenarnya kisah orang terpinggir nak masuk balik dalam pelukan DS Rosmah. Tapi tak di layan. Kemudian mengarok yang bukan-bukan sebagai ugutan. Pun tak di layan. Akhirnya terpaksa ambil jalan desperado baca skrip pembangkang. Pun KANTOI jugak. 

Opera Sabun Scorpene ini dah lama berjalan. Dah lama kantoi. Orang yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Altantuya pun sudah dijatuhi Hukuman Mandatori Mati. Cuma tunggu tarikh sahaja untuk di gantung. 

Yang ada kini cuma sisa-sisa gosip liar yang menghantui otak pencacai pakatam ahzab sasaulisma sebab rancangan mereka gagal. Opera Sabun Scorpene gagal mencapai matlamatnya bila dikantoikan oleh Pendakwaraya Perancis sendiri.

Anwar Ibrahim selama ini nampak hebat kerana pandai Membunuh Karekter saingan politiknya. Sekali pakai ok. Dua kali pakai masih orang percaya. Bila selalu pakai orang naik mual dan menyampah.

 Elok sangat kalau Gelanggang Silat di buka kembali di semua pusat Sukan Rakan Muda yang ada. Boleh lah memasing tunjuk handal dan berlebas. 



Isnin, 3 Disember 2012

PENANGGUHAN PERHIMPUNAN MELAYU ISLAM BERSATU - PEMIMPIN PAS, DAP & PKR TERUS MEROYAN

 
 
Hari Sabtu lepas Perhimpunan Melayu Islam Bersatu ditangguhkanlah sehingga ke tahun hadapan. Hamba berpuashati dengan Semangat Adiwira dan Juang yang ditunjukkan dalam Perhimpunan. Sementelah lagi, Institusi UMNO dilaksanakan. Semoga menjadi wadah dan tempat melahirkan ramai Pemimpin Adiwira untuk Agama, Bangsa dan Negara. Jangan pulak jadi tempat membina Rangkaian Keroni dan Grup. 

Waima sebenarnya Pemimpin Adiwira adalah dilahirkan tapi usaha untuk 'melahirkan' barisan Pemimpin Adiwira perlu ada. Asahlah bakat-bakat semulajadi yang ada dalam diri pemimpin-pemimpin muda dan ahli-ahli muda UMNO. Mana tahu dalam pencarian tersebut anak seorang nelayan ka, pekerja kilang ka atau mat rempit pun sebenarnya ada Bakat Pemimpin Adiwira.

Reaksi para pemimpin Pakatam Ahzab sasaulisma DAP, PKR & PAS sudah dijangkakan. Mereka terus meroyan sasau melihat kebangkitan Melayu Islam Bersatu. Terutama pemimpin DAP rasis yang terus ketakutan berkata 'Melayu takkan hilang kuasa kalau undi pakatam ahzab sasaulisma'. Tapi dalam PRU Pakatam Ahzab tak bertanding pun. Yang bertanding adalah PAS, DAP & PKR di bawah simbol-simbol parti politik mereka sendiri.

Kita semua tahu 'Penyakit' Pakatam Ahzab sasaulisma ini. 'Penyakit' suka berbohong dna menipu benda yang takda dikatakan ada. Bila berjanji Tidak akan ditepati. Menolak semua jenis kebaikan. Menyemai sentimen-sentimen kebencian kaum dan agama. Menghalalkan segala yang diharamkan. Mengutuk dan mencerca pihak lain untuk menonjolkan diri mereka. Membawa Budaya Politik Populis. Tiada halatuju dan sentiasa berada dalam posisi 'Api Dalam Sekam'. Macam 'Bom Jangkamasa', bila-bila masa saja boleh 'Meletop'.

Para pemimpin pakatam ahzab sasaulisma selama ini mengaut kekayaan dan menindas rakyat melalui 'Kultus Persona' dan ' Politik Populis'. Masing-masing mahukan kemewahan dan kekuasaan melalui cara penipuan dan pembohongan.Pakatam Ahzab sasaulisma cuma ada slogan-slogan retorik politik sahaja. Tipu Kiri dan Tipu Kanan. Depa dok sapu di tengah-tengah jalan. Tak pernah kosisten dan menyatakan pendirian sebenar mereka. Malah pakatam ahzab sasaulisma sentiasa bergerak dalam bayang-bayang.

Kesepakatan yang mereka kata ada sebenarnya tidak ada dan tidak wujud samasekali. Hanya ada pada kertas dan pada slogan sahaja. Memang kesepakatam mereka tidak akan menjadi sebuah entiti politik seperti Barisan Nasional. Di bawah bayang-bayang Pakatam Ahzab Sasaulisma , DAP, PKR & PAS bertanding.

Ianya suatu Penipuan yang amat jelas ketara oleh dap, pkr dan pas kepada pengundi Malaysia. Pakatam Ahzab Sasaulisma menawarkan Pakej Penipuan kepada rakyat Malaysia. Bagi mengekalkan kelangsungan Pakej Penipuan itu, mereka akan terus-menerus mengutuk dna mencerca sana sini. Itu sahaja yang mampu menjadikan Pakej Penipuan mereka Relevan. 

Anda bayangkan senario jika hanya PKR atau DAP yang menang dalam PRU 13 nanti. Di mana Kesepakatan Pakatam Ahzab sasaulisma nanti ? Hakiki ini jugalah diperakui oleh Dr Zulkifly dalam suatu kenyataannya.

Bukankah lebih baik dan molek kita mengundi entiti yang sah dan berdaftar seperti Barisan nasional daripada terpedaya dengan Pakej Penipuan Dap PKR dan PAS dengan bayang-bayang kesepakatan yang tak wujud seperti Pakatam Ahzab sasaulisma?

Malah jika didapati mereka berkempen menggunakan bayang-bayang Pakatam Ahzab Sasaulisma, bukankah itu Suatu Kesalahan Pilihanraya?


Sabtu, 1 Disember 2012

FITNAH SCORPENE & ALTANTUYA - BILA NAK SAMAN KIT SIANG, SUARAM, RPK, BALASUBRAMANIAM, CHEGUBARD, DEEPAK JAIKRISHNAN ???

HARI INI hari kelima Melayu Islam Bersatu Berhimpun. 
Insya-Allahu Ta'ala, semoga pada tahun depan dan seterusnya, masih diizinkan Allah Ta'ala Perhimpunan Terbesar Melayu Islam Bersatu.

PENCIPTA FITNAH Scorpene & pembunuhan Altantuya sudah terlalu lama dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan perundangan. Fitnah adalah lebih merbahaya daripada bom hidrogen, C4 dan racun. Fitnah-mehnah adalah suatu jenayah yang lebih besar daripada jenayah membunuh. Dalam zaman/ era ini pihak musuh tidak guna senjatapi tetapi propaganda. Salah satu bentuk fitnah-mehnah adalah PROPAGANDA yang WAJIB DIPERANGI. PEMFITNAH SERTA PENYEBARNYA WAJIB DI HUKUM mengikut syara' dan perundangan sesebuah negara.




Sudah lama maruah bangsa Melayau dan agama Islam dicerobohi oleh puak penceroboh (pakatam ahzab sasaulisma). Pelbagai fitnah dakyah fahaman Sasaulis Religus, Kebebasan Memilih Agama dan Sasaulisma cuba di tanam ke dalam hati dna minda generasi ini.

Kajilah ayat-ayat ini untuk bertindak melawan fitnah pakatam ahzab sasaulisma sehingga TIADA LAGI FITNAH DAN HANYA TINGGAL AGAMA SEMATA-MATA KERANA ALLAH TA'ALA.






























Kita sendiri pun sudah jemu dan bosan dengan fitnah-mehnah pakatam ahzab sasaulisma yang tak mendatangkan sebarang manafaat pun kepada Agama Bangsa dan Tanahair ini.

Jom kita perangi semua fitnah-mehnah pakatam ahzab sasaulisma sehingga mereka berhenti menceroboh, memerangi dan melakukan fitnah dan mereka kembali semula ke pangkal jalan.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...