Ahad, 14 Oktober 2012

BETUL KE KENYATAAN SAIFUDDIN ABDULLAH MEMBELA SUARAM ?@saifuddinabd

saifuddin abdullah evidence act forum 2
Saifuddin Abdullah :- Politikus Yang Sering Di Salah Mengerti Kan. 
"Seorang Panglima Bukan Di Nilai Dari Berapa Ramai Musuh Yang Mampu Di bunuhnya Tapi Berapa Ramai Musuh Yang Mampu Di tawannya dan bertukar menjadi kawan"

Dalam kenyataannya yang di petik oleh Malaysiakini  , antara lain Saifuddin Abdullah menyebutkan:-
The Umno supreme council member said he is more keen on promoting BN as a “product” rather than criticising Pakatan Rakyat, Soros, or human rights NGO Suaram.
“If we show the downside of other people’s product, we can’t control its quality whereas we can control (the quality of) our products.
“What if Soros, whom we are condemning (now), comes up with a statement that suits us tomorrow or the day after? At the same time, Prime Minister Najib Abdul Razak too had a ‘secret’ meeting with Soros, in New York in 2010.Commenting on the issue, Saifuddin said this revelation was proof that promoting the BN would be better than condemning Pakatan Rakyat.
“That’s why I’m not too interested in attacking Soros or Suaram,” Saifuddin (right) told Malaysiakini after closing the Asli-organised conference in Kuala Lumpur yesterday. ....  
“That’s why I say so. I know elections are around the corner and we should campaign to win the support of the people.
“However, I’d prefer to talk about the values that BN can bring, rather than condemn others.
Setelah menerima banyak salah faham dan salah pengertian daripada ngo-ngo berkenaan dengan kenyataannya itu, Siafuddin Abdullah memberikan kenyataan balas dalam SINAR HARIAN.  Beliau memperjelaskan bahawa kenyataan beliau dalam Malaysiakini bukanlah bersifat membela Soros atau SUARAM. Antara lain beliau menyebutkan:-
"Saya bukan sokong  Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan.
"Politik kita terlalu adversarial, sehingga menimbulkan permusuhan sesama sendiri," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ini kepada Sinar Harian Online, hari ini. 
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, "kita perlu tingkatkan diskusi politik ke tahap yang lebih tinggi."
Katanya, dari segi strategi kempen BN pula, PRU13 banyak bergantung pada golongan pertengahan, yang terdiri daripada pengundi muda, profesional dan kelas menengah.
"Menurut kajian-kajian, mereka 30 peratus daripada pengundi; menilai dari segi artikulasi idea dan dasar; tak minat serangan-serangan politik yang keterlaluan.
Sekarang jelas lah kepada Hamba bahawa Saifuddin Abdullah lebih berminat untuk menjual 'produk-produk' Barisan Nasional daripada terlalu melakukan Overkill ke atas Soros dan SUARAM. Dalam isu SUARAM ianya sudah jelas SUARAM SENGAJA DENGAN NIAT JAHAT MEMANIPULASI DAN BERBOHONG MENGENAI KES SCORPENE apabila YVES CHARPENEL telah memberikan kenyataan rasmi bahawa tiada kes perbicaraan Scorpene di Perancis. Selanjutnya adalah jelas apabila didedahkan pula melalui bukti dokumen bahawa kes saman sivil SUARAM sudah di tolak oleh mahkamah Perancis.

Berkenaan dengan pendedahan oleh JMM pula hamba juga berfikiran bahawa ianya sudah menjadi Overkill  Issue . Samada benar atau tidak SUARAM adalah pepatungan Soros masih menjadi suatu tanda tanya kerana tiada bukti lag diketengahkan . Yang ada adalah teori konspirasi sahaja berdasarkan kepada pendedahan JMM. 

Hamba turut bersetuju dengan sudut pandang YB Zulkiflee bila menyatakan dalam KLPOS :-
Ahli  Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin menjelaskan, Timbalan Menteri tersebut sewajarnya dapat membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".
Hamba cuma bersetuju bahawa isu SUARAM ini ialah mengenai satu pertubuhan haram yang menerima dana asing untuk menggulingkan kerajaan . Jika diteliti dengan kenyataan Saifuddin Abdullah dalam Malaysiakini ternyata Saifuddin Abdullah memberikan pengertian lain yakni tak perlu melakukan Overkill Issue kerana kenyataan YVES CHARPENEL ( The Star) :-
“I am aware about all the fuss kicked up by certain media (organisations) in Malaysia over this matter, but what I can say is that this is nothing more than a trial by the media,” - Yves Charpenel
telah membunuh fitnah jahat SUARAM. Manakala siasatan ke atas SUARAM oleh Pendaftar Pertubuhan dan SSM sedang rancak berjalan. Jadi tak perlu lah kita risau lagi kerana SUARAM SUDAH PUN TENGGELAM. 

Kalau hendak di kupas lebih lanjut mengenai kebijakan kenyataan kedua politikus tersebut ternyata tidak membawa sebarang faedah dan hanya mempersiakan kebijaksanaan yang ada pada keduanya.

Apa yang Saifuddin Abdullah mahu nyatakan ialah serangan ke atas SUARAM, setelah terbukti SUARAM hanya berbohong , dengan mengaitkannya dengan Soros adalah kurang bijak. Keresahan beliau terbukti kerana selepas itu didedahkan mengenai persepsi liar mengenai pertemuan DS Najib dengan Soros dua tahun lepas. 

Saifuddin Abdullah hanya menekankan bahawa isu SUARAM SUDAH SETEL DENGAN KENYATAAN YVES CHARPENEL dan SIASATAN KE ATAS SUARAM MENERIMA DANA ASING UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN DALAM PROSES. Oleh itu beliau berpendapat perlulah ditumpukan dan dipergiatkan lagi usaha-usaha menjual "Produk-produk polisi BN" kerana itu lebih menguntungkan BN dari segi sokongan dan politik.

Apabila PRU sudah semakin menghampiri adalah lebih baik BN menghindari persengeketaan politik dan lebih menumpukan kepada mempromosikan polisi-polisi BN yang bakal menguntungkan rakyat. Ini mampu mempengaruhi 30% kumpulan sasar yang disebutkan oleh Saifuddin Abdullah yang menjadi penentu kepada kemenangan dalam PRU 13.

Sekarang anda faham apakah makna Kebijaksanaan ?

AMBIGA & NGO BERSIH MELAKUKAN SUATU PERBUATAN KHIANAT NEGARA !

Hansard Parlimen Australia pada Rabu 10hb Oktober 2012 yang jelas menyatakan Ambiga & Andrew Khoo Membuat representasi Memburukkan Negara dan Membahayakan Kedaulatan Negara di Hadapan Ahli Parlimen Australia. 

Adalah satu perbuatan mengkhianati negara sendiri dan meletakkan kedaulatan negara dalam bahaya bila Ambiga dan Andrew Khoo mewakili NGO BERSIH mendesak kerajaan Australia campurtangan dalam Sistem Pilihanraya Malaysia. Membuat pengaduan palsu dan membuat dakwaan dengan niat jahat kepada mana-mana jawatankuasa dan Badan Bertindak Parlimen mana-mana negara lain adalah perbuatan kianat.Sedangkan perkara / isu tersebut telah diperbincangan dan di ambil tindakan oleh JAWATANKUASA KHAS TERPILIH PARLIMEN yang turut dianggotai oleh ahli Parlimen Pakatam RAK-nyet beberapa bulan yang lalu.

Tindakan Ambiga dan Andrew Khoo sudah melampaui batas sama lah dengan apa yang dilakukan oleh SUARAM. Ambiga dan Andrew Khoo sendiri tahu bahawa isu tuntutan ngo BERSIH sudah pun di terima dan diperbincangkan di Parlimen Malaysia dan tindakan sudah di ambil oleh SPR memperbaiki sistem elektoral Malaysia.

Atas dasar apa Ambiga dan Andrew Khoo pergi mengadu hal / isu / perkara yang telahpun selesai di Malaysia ?

Jikapun Ambiga dan Andrew Khoo tidak mahu dan enggan mempercayai niat baik BN dan SPR di atas keperluan apakah perlu mereka berdua berbohong dan mengkhianati kedaulatan Parlimen dan negara sendiri?

Sedangkan Majlis Peguam Malaysia sendiri pun mempunyai pelbagai skandal pemilihan dan membuat pilihan secara undi pos sehingga pernah di bawa ke mahkamah kerana intergriti sistem undi yang diamalkan dan pengiraan undi. 

Dalam perbahasan tersebut, Senator CARR telah menjawab dengan baik dan mempertahankan kedaulatan Parlimen dan negara Malaysia. Lihatlah sendiri dan nilaikanlah sendiri ! Rakyat Malaysia yang berjiwa pengkianat dan berminda penjajah sanggup membahayakan kedaulatan Parlimen dan negara ini sedangkan ahli Senator luar negara pula yang sanggup mempertahankan kedaulatan Parlimen dan negara Malaysia !

Seterusnya baca di sini ROCKYBRU

Sabtu, 13 Oktober 2012

SAYA JUMPA SOROS DUA TAHUN LEPAS BUKAN UNTUK MINTA DANA & GULINGKAN KERAJAAN.


Kuala Lumpur, 12 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan  memang benar beliau telah  mengadakan pertemuan dengan penyangak matawang,  George Soros kira-kira dua tahun lepas ketika berada di New York seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pembangkang baru-baru ini, namun ia hanyalah satu pertemuan biasa.

Menurut beliau, pertemuan itu dibuat adalah di atas permintaan George Soros sendiri yang ketika itu ingin mengambil kesempatan untuk bertemu dan berbual dengan beliau.

“Saya anggap pertemuan itu tidak jadi satu masalah. Saya jumpa Soros selepas Tun Mahathir bertemu dengan beliau. Ia bukan satu masalah besar, apa yang penting ialah apa yang kita bincangkan. Dan kita bukan berbincang untuk gulingkan kerajaan atau untuk meminta bantuan kewangan.

“Ianya hanya satu perbincangan biasa. Lagipun, beliau (Soros) yang minta untuk bertemu dengan saya dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan dengan pertemuan itu,” jelas beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Majlis Tertinggi Barisan Nasional di PWTC hari ini.

Sebelum itu, Najib turut menjelaskan bahawa bajet 2013 yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini mendapat respon yang positif daripada rakyat berbanding dengan bajet Pakatan Pembangkang yang dibentangkan dua hari sebelum itu.

“Bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang tidak mendapat tumpuan, terutamanya daripada penilaian penganalisa ekonomi, yang merasakan bajet itu tidak dapat dipertahankan kredibilitinya,  termasuk dari segi kemampanan untuk melaksanakan segala janji-janji yang telah dimuatkan, sebab ianya boleh membawa kesan dan mudarat yang besar terhadap kewangan kerajaan dan keyakinan kepada ekonomi negara. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh pemimpin-pemimpin kita,” tegas beliau.

Justeru itu menurut beliau lagi, kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat mengenai apa itu 111 cadangan atau touchpoint yang tersebut di dalam bajet 2013   satu persatu dan kerajaan beriltizam untuk melaksanakan segala janji-janji yang telah dibuat.

Selain itu, Najib turut menyentuh isu kabinet bayangan Pakatan Pembangkang yang menurutnya, merupakan satu helah pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

“Dalam isu kabinet bayangan ini pun, mereka (pembangkang) bagi kenyataan yang bertentangan. Ada yang mendakwa itu adalah kabinet bayangan mereka dan masukkan di dalam blog. Dalam pada itu, ada pula diantara mereka yang kata itu bukan kabinet bayangan mereka. Ada yang kata kabinet bayangan ini tidak perlu dan hanya akan didedahkan kepada rakyat hanya sekiranya mereka memenangi PRU yang akan datang ini.

“Sebenarnya, ini adalah permainan pihak Pakatan Pembangkang untuk mengelirukan rakyat.Pada asasnya, kalau mereka tak boleh buat sesuatu yang memberi keuntungan politik kepada mereka, mereka akan cari pelbagai helah untuk kelirukan rakyat.

Dalam hal ini,  menurut Najib, menubuhkan kabinet bayangan merupakan satu keperluan dalam sistem supaya kabinet bayangan ini boleh menjadi satu punca atau asas untuk rakyat menilai pasukan pembangkang itu samada ianya berwibawa atau tidak.

“Namun dalam hal ini mereka tidak berbuat demikian, biarpun kabinet bayangan itu didedahkan namun ia boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut antaranya jelas bahawa kabinet bayangan tersebut tidak menunjukkan penyertaan yang seimbang dan menyeluruh. Ini termasuk  juga penentuan mengikut keluarga yang selalu dikatakan pada kita seperti nepotisme dan kronisme, namun apabila mereka melakukan perkara tersebut, mereka cuba pertahankan pula, ” ujarnya.

DI PETIK SEPENUHNYA DARI UMNO ONLINE.

KOMEN JS: Sejak didedahkan SUARAM kantoi dalam fitnah mengenai kes Scorpene , menerima Dana Soros dan kemenangan kes oleh 5 bekas tahanan ISA terhadap KDN dan bekas Ketua Polis Negara, didedahkan pertemuan DS Najib dua tahun lepas bagi menimbulkan kecurigaan dan kepercayaan kepada DS Najib. Tapi kira kantoi jugalah DS Najib berjumpa dengan Soros  termasuklah Tun Dr Mahathir. Bermakna ini mengurangkan impak kepada SUARAM MENERIMA DANA SOROS. Tak kisahlah apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Bagaimana pula dengan dakwaan JMM berkenaan kebocoran maklumat dan rahsia kerajaan kerana seorang pegawai kerajaan telah di rasuah oleh SUARAM menggunakan DANA SOROS?

Siapalah yang mengantoikan DS Najib berjumpa Soros

Welaweh lainkali buat kerja betul-betul jangan nak RM sahaja.


Jumaat, 12 Oktober 2012

KRISIS SKANDAL KEPIMPINAN DAP SELANGOR DI TAHAP KRITIKAL.

Teresa Kok
Teresa Kok Pengerusi DAP Selangor - Menang Dengan Undi Tipis
ADUN Selangor
EXCO Selangor
Ahli Majlis Perbandaran 
Pegang 7 Jawatan Dalam Satu Masa. 


Teresa Kok Banner
Banner Protes Terhadap Teresa Kok.

Bekas pimpinan DAP Tan Tuan Tat telah menyelar dan membuka pekong kemelut krisis skandal kepimpinan DAP Selangor dan Pusat. Menurut Tan, akibat kelemahan dan penguasaan Dinasti Lim di dalam DAP di peringkat Pusat dan Negeri, perpecahan serius telah berlaku dan ramai ahli akar umbi tidak berpuashati dengan amalan kuku besi yang di amal kan bagi memastikan kekuasaan kekal pada tangan keluarga Dinasti Lim. 

Perang mulut dan Perang Dalaman dalam DAP Selangor bukan rahsia lagi. Teresa Kok telah membidas kembali kritikan dan teguran Tan Tuan Tat dan menyatakan dengan nada sombong dan angkoh bahawa Tan Tuan Tat tidak tahu apa yang berlaku kerana bukan ahli komiti negeri, EXCO dan ADUN. 

Jadi memang betul lah Kata Tan Tuan Tat, apasaja yang dilakukan oleh Teresa Kok dan Ronnie Liu serta Dinasti Lim semuanya dalam kerahsiaan dan tidak telus kepada ahli-ahli di akar umbi.

Bakal menyusul lagi pendedahan mengenai krisis skandal kepimpinan DAP Selangor nanti. Tunggulah sahaja.


Khamis, 11 Oktober 2012

BILA MAT SABU DATANG BERKUNJUNG KE KUALA LANGAT.

"Saya Tak Tau Parti Komunis Malaya Hendak Tubuh Negara Komunis"
Keterangan Balas Mat Sabu Dalam Perbicaraan di Mahkamah.

Pada kali ini biarlah gambar berbicara dan anda fikirkanlah sendiri jika ceramah oleh Mat Sabu dan penceramah-penceramah biasa Pakatam sudah tidak mendapat sambutan daripada rakyat, adakah kita masih menganggap bahawa apasaja tindakan kerajaan BN di tolak rakyat?

Kehadiran Mat Sabu dan para tukang fitnah Pakatam pada malam semalam di sambut oleh hujan amat lebat, guruh gempita dan kilat sabung menyabung. Langit pun sudah marah dengan Pakatam.

Photo: TAHNIAH KPD PAS K.LANGAT KRN BERJAYA MENGKOMERSIALKAN AGAMA ISLAM DI KALANGAN PEMIMPIN BUKAN ISLAM. Atikah Gegirls Arwis Bersatu Bersetia Berkhidmat Azeeza Abdullah Jeneral Yakuza Ogawa Senja DKuala  Ahmad Fauzi
Kain Rentang Pakatam Mengkomersialkan Islam Untuk Melariskan Jualan Pakej Mimpi Pakatam Kepada Rakyat. 

Antara Kerusi-kerusi Plastik Yang Semakin Berjaya DiPengaruhi Oleh PAS Bagi Menambah Bilangan Kerusi di Semua DUN dan PARLIMEN nanti.

Antara Penceramah Yang Bermuka Kelat Dan Kesejukan

Antara Ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Langat Yang Turut Hadir Bagi Memeriahkan Suasana Kesejukan

Photo: SEMASA BERCERAMAH MALAM SMLM DI TELUK PANGLIMA GARANG DALAM CERAMAH ANJURAN PAS TAJAAN DANA SOROS SUARAM YG KANTOI PASAL KES PERBICARAAN SCORPENE YG X WUJUD; PENCERAMAH X DPT MENHANGATKAN SUHU KEADAAN N TUBUH BADAN PENDENGAR KRN KESEJUKAN AKIBAT HUJAN LEBAT SERTA SUARA GURUH DI LANGIT YG SEAKAN MINTA PENCERAMAH BERHENTI MEMFITNAH.

Arwis Bersatu Bersetia Berkhidmat Zainuddin Samek Atikah Gegirls Senja DKuala
Penceramah Yang Kesejukan Manakala Kelihatan di Belakang Mat Sabu & seoang Lagi Penceramah Sibuk Bersms Tak Beri Perhatian Pun Apa Yang Direpekkan oleh Rakan penceramah Mereka. 

Photo: MAT SABU AGAK KECEWA KERANA BOMOH HUJAN PAKATAM GAGAL MENGALIHKAN HUJAN MALAM SEMALAM. KESIAN MAT SABU KESEJUKAN SERTA KELEMBAPAN SERBA SERBI. TAPI DEMI JTK TAMBAH KERUSI DI DUN N PARLIMEN TERPAKSALAH MAT SABU TARBIYAHKAN KERUSI KERUSI PLASTIK JENAMA DONGFENG. DUIT SOROS DAH AMIK TAKKAN TAK BUAT KERJA PLAK.
Atikah Gegirls Arwis Bersatu Bersetia Berkhidmat Senja Kelabu Senja DKuala Zainuddin Samek Rohim Ali Ali
Mat Sabu Nyanyi Lagu Untuk Hiburkan Hatinya Yang Gundah Gulana...
Katak Oh Katak Hijau Kenapa Panggil Hujan?
Macamana Tak Panggil hujan .. Mat Sabu Datang SIniii... Mat Sabu Datang Sini ,,,


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...