Ya apakah istimewanya Malaysia ini ? PAS sering menuduh UMNO / BN sebagai zalim dan kejam tanpa benar-benar menyedari apakah yang dilakukan oleh UMNO / BN kepada dunia Islam. Topik ini diperbincangkan oleh seorang rakan di fesbuk. Persoalan Yang Tak Perlu Di Jawab.
Selasa, 7 Ogos 2012
MB SELANGOR TOLONG KRONI BERBILION, PAS MASIH KUTIP DERMA.
I Make Tonnes Of Monies I deserve it As I Worked Hard All The way Bodeking Here and There.
MB SELANGOR melalui MBI mengurniakan pelbagai pakej projek pembangunan bernilai ratusan bilion kepada kroni-kroni korporat nya. Tapi PAS masih di tahap kuis-menguis kutip "Derma Jihad' . Semasa PKR dan DAP Selangor membangsatkan dan mengkeparatkan PAS, penyokong dan ahli PAS masih berfikir bahawa sekutu-sekutu Tahaluf Siyasi mereka menyanjung tinggi dan menghormati mereka. Semakin diperbodohkan oleh PKR & DAP semakin bangga pula PAS melingkupkan penyokong dan ahli mereka sendiri. Lihat di abwah ini senarai projek-projek PKNS yang dihadiahkan oleh PKR Selangor sebagai tanda kasih sayang mereka kepada kroni PKR.
PKR dan DAP Selangor turut mengkhianati penubuhan asal PKNS dan menjadikan PKNS sebagai lubuk memperkayakan kroni mereka. Semasa di bawah pentadbiran Khir Toyo dahulu, PKNS digunakan bagi membangunkan perumahan mampu beli untuk rakyat. Kini PKNS senyap sunyi dari membina se unit rumah mampu beli untuk rakyat.
Paling menyedihkan bila PKR dan DAP Selangor memaksa KHSB membeli hutang Talam Corporation dengan menggunakan Dana Awam untuk rakyat.
Selain itu, PKR Selangor turut menghadiahkan Projek bernilai RM50 bilion kepada kroni mereka bagi membersihkan Sungai Klang yang masih tak bersih-bersih lagi sampai sekarang.
Begitu hebat PKR dan DAP mengkeparatkan dan membangsatkan rakyat Selangor. Segala kejahatan ini di tutup oleh PAS Selangor yang berfungsi hanya sebagai 'Pak Turut dan Angguk-angguk'.
PKR dan DAP Selangor begitu beriya benar mengumpulkan sebanyak mana dana pilihanraya pada kali ini. Dengan ugutan enggan membubarkan DUN serentak dengan pembubaran Parlimen, Pakatam membeli masa untuk memenuhkan Dana Pilihanraya mereka.
Akhirnya rakyat juga yang rugi akibat perbuatan-perbuatan khianat PAS DAP PKR.
Isnin, 6 Ogos 2012
18 RAMADAN 1433 H, ISU JE BANYAK PENYELESAIANNYA MANA?
MALAYSIA KITA INDAH. UNISEL didedahkan menanggung hutang sebesar RM15 juta kepada syarikat Jana Niaga Sdn Bhd yang menyelenggarakan operasi kolej kediaman para pelajar UNISEL. Anihnya kerana Pakatam berura-ura untuk membeli SYABAS. Sebelum dari itu Pakatam Selangor jugalah membentangkan dan meluluskan Bajet Geran SelangorKu berjumlah RM350 juta!. Bagaimana kita hendak rasionalisasikan kegilaaan Pakatam dalam bidang matematik ? Hutang Talam Corporation yang berjumlah beratus juta boleh pula Pakatam beli tapi nak langsaikan hutang RM15 juta Pakatam terkial-kial.
Sudah tentulah akal waras kita mengatakan bahawa Pakatam di mana-mana saja penuh dengan pelbagai masaalah dan mempunyai masaalah matematik akut. Di mana mereka berjimat maka di situlah ada pemiutang yang teraniaya dan dizalimi oleh Pakatam.
Paling mencelakakan bila Pakatam buat heboh pasal RM250 juta pinjaman yang diberikan kepada NFCORP tapi pada masa yang sama Pakatam terbabit dalam skandal salah urus tadbir kewangan UNISEL dan banyak lagi.
Pengakuan Pakatam Selangor berkenaan hutang RM15 juta kepada Jana Niaga SB menandakan bahwa Pakatam akhirnya terpaksa akur bahawa mereka tak mampu mentadbir sebaik BN. Pakatam hanya mampu melondehkan kejahilan mereka sendiri.
\
Pakatam selama ini tak pernah menyelesaikan sebarang isu-isu besar yang berkaitan dengan rakyat melainkan hanya meneruskan sahaja apa telah diluluskan oleh pentadbiran BN terdahulu.
Hamba cabar Pakatam membuktikan apakah masaalah rakyat yang besar mahupun kecil yang telah mereka selesaikan. Buat masaalah besar-besar saja lah yang Pakatam pernah buat dan akan buat.
Langgan:
Catatan (Atom)