Rabu, 28 Mac 2012

GUA SANTAI JAP BEB, LAYAN GAMBAR NEELOFA ATAS KATIL.


Hari ini mood gua nak berpolitik agak hambar dan sedikit tawaq habiaq. Apa sebab ? Ini semua gara-gara MPP Online yang dok gatai tangan dan mata tampal gambar Neelofa awek Kelate yang sedang ngetops di persada seni tanahair. Huh ... Siapa bilang gadis Melayu tak cantik ? Yang tak cantik cuma Elizabeth Wong dan Teresa Kok jek. Nurul Izzah ? Bagi gua ... mana-mana bini orang tak cantik bro ! Lainlah Badrulink Amin, ADUN PAS dan Anwar Ben Israel .. jangankan bini orang ... anak jantan orang pun diaorg boleh terbukak selera.


Gua agak musykil gak bila MPP Online kata Maya Karin lagi cun daripada Neelofa. Ini yang buat gua nak buang jek pautan MPP Online.. tapi atas semangat setia dalam berkawan gua fikir elok gua buang saja perasaan dengki dan tak puashati gua masuk dalam mana-mana lombong pasiaq yang KSSB tinggalkan untuk masa depan gelap generasi rakyat Selangor yang terkemudian. Helo... gua bukan macam TBH yang berani buang emosi ikut tingkap bangunan SPRM. Apa pun wa respek lah selera nafsu nafsi MPP Online dok syok kat Maya Karin. 

Wa suka bukan jatuh cinta ... pada mana-mana gadis Melayu yang cun melecun. Janda ? Ahaks ... jangan di sebut nanti abis ilang semua undi .. masalaah beso plak gua nak berjawab. Cuma wa terfikir lah kalau lah Neelofa ini jadi Calon Winnable kat tempat Parlimen gua ... gua jamin akan suka dan rela jadi jentera pilihanraya walaupun tak di mintak oleh Neelofa .. ahaks ! Tapi musykil lah ... gua mungkin tak berpeluang langsung nak bertemu atau belanja Neelofa makan roti canai kat warung sebelah KLCC ( ya lorh .. gua bukan bloger berbayo macam pencacai Pakatanista ) Nasib lah kalau Neelofa terbaca dan terbukak hati kan nak belanja gua makan roti canai .. ahaks.

Tapikan gua ni bukan jenis romantika d'amore ... sebab jiwa gua nie asik nak berperang jek siang malam pagi petang ... itu yang buat gua teruja kan .... Jadi amatlah mustahil dalam julat formula E=MC2 bahawasanya keinginan gua nak belanja atau dibelanja oleh Neelofa makan roti canai dalam masa terdekat atau terjauh mampu mengatasi kelajuan cahaya.. ahaks. 

Alarh, gua tak kesah pun sebab gua dah ada yang lagi cun daripada Neelofa. Ha ha ha ha ..... Dafi kata " Baekkk Punyeerrrrr !" terimakasih kat daddy Dafi kasi tambah seploh sen subsidi untuk kekalkan harga RON 95 di pasaran pada RM1.90. Kalau Neelofa ajak dan pelawa gua gerenti tak tolak punya .... favorit gua roti canai ... bukan banjir macam kat IKBN Hulu Langat atau Kajang sampai buaya pun boleh berenang-renang riang ria. Oklah kita layan jap lagu nie ... bukan buat Neelofa tapi untuk yang lagi cun daripada Neelofa ... ahaks ... layanzzzz .... (blog ini masih blog politik, artikel ini kira nak cari ide hantam Pakatanista .jek ... santaii !!!! ) lagu Yuna - Terukir Di Bintang.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

DIRECT NEGO - CEKIK DARAH BETUL PKR SELANGOR.

Dulu ... dulu lah .. sebelum Pak Kaduk naik junjung dan sebelum Luncai jumpa labu-labu nya serta sebelum penerjunan berani mati TBH, Khalid G berjanji ... ya .. tuan-tuan dan puan-puan .. BERJANJI ... bukan MENGOTAKAN JANJI... tapi MENGAUTAKAN JANJI mahu menghapuskan terus amalan pemberian kontrak secara runding terus ( direct nego).  Pada hari ini adakah ianya berlaku ? Ataupun masih diamalkan mengikut hawa nafsu dan selera beso dan luar tabie PKR ? Lihat di bawah .......




Samada kecil atau besar, sedikit atau banyak, persoalannya ialah kenapa janji hanya tinggal di gusi dan di gigi Khalid G? Kenapa janji-janji mudah dimungkiri oleh Pakatanista Regim Punah Ranah ? Kenapa begitu mudah Pakatanista Regim Punah Ranah menjustifikasikan kemungkiran janji-janji mereka dengan menyalahkan pihak lain yang tak pernah menjanjikan sejuta bintang di langit seperti mereka janjikan? Adakah ini ketelusan? Adakah ini kredibiliti ? Adakah ini akauntabiliti ? Atau adakah ini dusta semata-mata?

Sebab itulah Anwar Ben Israek berani menjanjikan untuk menurunkan harga petrol dan disel dalam tempoh 24 jam jika Pakatanista Regim Punah Ranah menang. Ya la apa susah .. turun 1 sen pun dah kira turun harga minyak. Tapi apakah terjadi selepas 24 selepas harga minyak diturunkan? Sebab Anwar Ben Israel tak berjanji akan mengekalkan dan terus menurunkan harga petrol dan disel selepas itu. Ya tak? 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KLIP VIDEO BUKTI BUDAYA KEGANASAN PAKATANISTA SELANGOR.



Tengok video di atas di atas molek-molek kemudian nilaikan sendiri ler kenapa Budaya Samseng Pakatanista menjadi pilihan utama mereka dalam menguruskan konflik politik mereka (Pakatanista)
Anda juga perlu berfikir kenapa pembohongan dan pendustaan digunakan oleh Pakatanista. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Selasa, 27 Mac 2012

ISU SMS - BILA AMANAH SEBAGAI SPEKER DUN DIKHIANATI KUASA DISALAHGUNA.


Bunyinya macam lekeh sangat. Isu nya macam kecil sangat. Tapi sedarkah anda perbuatan seorang speker DUN yang menyebelahi parti politik dan sekutu parti politik adalah satu perbuatan mengkhianati amanah yang diberikan. Walaupun perlantikannya sebagai speker DUN adalah di atas sebab persengkongkolan parti politiknya dengan sekutu parti politiknya itu tidak memberikannya hak untuk bertindak menjangkaui dan melangkahi tugas dan peranannya sebagai speker DUN. Pada setiap masa dalam tempoh perlantikan jawatan speker beliau wajib memperlihatkan sikap neutral. Begitulah konsep amalan demokrasi di negara ini. Beliau adalah speker bagi sebuah dewan yang mewakili kepentingan rakyat jelata samada yang menjadi pengundi ataupun tidak. Beliau bukan seorang speker bagi sebuah Dewan Makan, Dewan Badminton, Dewan Tari-Menari, Dewan Main Guli atau Dewan Futsal mahupun Dewan SMS. Selama ini parti politiknya menjerit terpekik terlolong mengenai ketelusan, kredibiliti dan Akauntabiliti yang menjurus kepada amalan tidak pilih kasih dan bulu. Jadi ianya bukan berbunyi lekeh mahupun ianya adalah satu isu yang kecik. Ini berkaitan dengan kredibiliti seorang speker DUN bukannya kredibiliti seorang pengadil congkak-congkik atau polis sentri. Si speker ternyata terbelit dengan kata-katanya sendiri. SMS yang di hantar olehnya yang menjadi isu ialah sms yang menggesa ADUN Pakatanista mengambil peluang bercakap mengenai apa yang telah dilakukan oleh Pakatanista selama 4 tahun ( mana lah ADUN Pakatanista nak cakap pun sebab takde apa yang di buat selama 4 tahun ini). Oklah. mula-mula speker tu kata hantar kat Hasan Ali sebab beliau 'Terlupa' Hasan Ali tak jadi EXCO... wahhhh ini macam punya Alzheimer punya orang pun boleh jadi Speker ? Jangan plak nanti beliau dakwa beliau 'Terlupa' beliau adalah Speker DUN ! Kemudian beliau kata sms di hantar kepada semua ADUN samada BN atau Pakatanista ... dia cuma tunjuk Blackberry nya saja lah .. Wow ! Blackberry tu kira elaun Speker ke? Huh mana satu nie ? Dah kantoi biasa ler ... meh dengar sendiri apa beliau kata dalam klip video ini .. Anda nilaikan sendiri ...


TEPUK DADA TANYA IMAN!

RAKYAT YANG BISING ATAU PAKATANISTA YANG BISING?



Kita seringkali di  tipu dan dibohongi oleh Pakatanista Rakyat. Setiap masa, setiap detik dan setiap saat sejak dulu lagi. Penipuan dan pembohongan tersebut menjadi semakin hebat dalam beberapa tahun selepas PRU 12 tapi kemudiannya momentum tersebut beransur-ansur kurang kerana begitulah adat dunia yakni pembohongan dan penipuan takkan mampu bertahan lama. 

Kemarahan rakyat menjadi reda bila kerajaan BN di bawah pentadbiran DS Najib mula bertindak balas dengan melaksanakan polisi-polisi transformasi. Sedikit demi sedikit keyakinan rakyat kembali semula kepada BN. Kalau dulu apasaja yang dikatakan oleh pemimpin Pakatanista kepada rakyat akan di terima bulat-bulat. Akhir-akhir ini apabila terdedah dan terbongkar dengan sendirinya segala penipuan dan kejahatan Pakatanista, rakyat mula membuka mata dan mempersoalkan setiap fakta dan maklumat yang di terima daripada Pakatanista.

Keadaan ini menyebabkan Pakatanista berada di dalam keadaan defensif pada setiap hari menghampiri PRU13. Segala janji-janji dan penyelewengan Pakatanista menjadi bukti Pakatanista hanya berjanji tetapi tidak menunaikannya langsung. 

Apabila Pakatanista mempersoalkan mengenai cincin dibuktikan bahawa cincin itu tidak di beli pun, Apabila Pakatanista mempersoalkan NFCORP, Kak Ijat letak jawatan dan ternyata jumlah itu bukanlah 'hadiah istimewa' sebaliknya adalah pinjaman yang perlu di bayar balik. Pemberian pinjaman tersebut melalui proses-proses yang ditetapkan dan bukan kerana Kak Ijat bukak mulut. 

Apabila Pakatanista mempersoalkan BR1M, KR1M dan pelbagai pakej bantuan kepada rakyat terbukti rakyat yang menerimanya tidak mempersoalkannya langsung. Malah tidak dibuktikan bahawa wang KWSP telah digunakan bagi maksud tersebut. 

Ini bukanlah membodek terlampau. Tapi apa yang betul diperkatakan dengan betul. Apa yang salah diberikan teguran yang baik. Apa gunanya pada lahir nampak mengamalkan apa yang di suruh tetapi hakikatnya hanya mahu mencari populariti? 

Betul, Politik ialah mengenai nombor dan bilangan tapi apa gunanya nombor dan bilangan jika ianya sama seperti buih di lautan?

Apa gunanya kuasa jika tidak digunakan secara amanah, bijaksana, menyampaikan hak dan melakukan perkara yang benar belaka?

Apabila kita mempertimbangkan sesuatu maka 4 perkara tersebut perlu di lihat dan bukannya hanya melihat dan menilai kepada apa orang lain mahu kita pertimbangkan. Kita perlu pandai menilai sesuatu dan percayalah kebenaran itu hanya ada pada sisi Allah Ta'ala sahaja. Tidakkah selepas beribu orang melakukan solat berjemaah hajat perdana anjuran Pakatanista segala keburukan dan kejahatan Pakatanista terdedah? Apakah maknanya itu? Sendiri mahu fikir lah brader.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...