Isnin, 26 Disember 2011

APABILA KEBENARAN TIBA: MENYANGGAH REFORMASI.


Artikel ini bukan bertujuan untuk mencari gaduh. Ianya bertujuan untuk memperbetulkan pandangan dan persepsi mengenai gerakan REFORMASI atau pembaharuan. Ada seorang penulis blog menulis:- 
`Reformasi’ bermaksud `pembaharuan’. Sejarah UMNO menunjukkan proses pembaharuan telah berlaku secara terus menerus sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Dr Mahathir merupakan salah seorang tokoh `reformasi’ atau `mujaddid’ di dalam UMNO. Dr Mahathir telah membuktikan kepada semua orang Melayu, rakyat Malaysia, umat Islam dan juga penduduk-penduduk seluruh dunia, usaha pembaharuannya telah banyak yang mendatangkan hasil. 

Sememangnya terdapat ramai tokoh-tokoh reformasi tulen di dalam UMNO. Cuma, berbeza degan tokoh-tokoh reformasi palsu, tokoh-tokoh reformasi tulen ini berupaya melakukan perubahan dalam kerangka tradisi tanpa merosakkan kekuatan parti, umat Melayu dan umat Islam. Semangat patriotik mereka juga tinggi dan mereka tidak akan sekali-kali rela melutut dan meletakkan maruah bangsa dan agama di kaki kuasa-kuasa asing.
Penulis yang menulis rangkap-rangkap di atas pernah mengakui kepada Hamba bahawa beliau adalah bekas reformis yang telah insaf dan bertaubat. Malah beliau mengatakan bahawa beliau pernah mendapat didikan di IKD. Kini beliau berada dalam hirarki kepimpinan muda UMNO. 

Hamba kurang bersetuju dengan buah fikirannya yang terkandung di dalam dua perenggan di atas. Ianya adalah kekeliruan mindanya sendiri. Menyamakan perubahan yang berlaku di dalam UMNO dengan konsep gerakan REFORMASI adalah sesuatu yang berniat  curang dan sengaja diputarbelit bagi mempopularitikan idealisma REFORMASI 98 dan diri sendiri sebagai calun PRU 13.

Menyamakan Reformis dengan Mujadid adalah suatu bida'ah yang amat jahat serta mengakibatkan salahfaham yang amat serius dalam Islam. 

Tajdid dan Mujadid yang disebutkan dalam hadis sahih Rasullullah s.a.w bukan merujuk kepada gerakan Reformasi ataupun mana-mana orang bekas reformis atau bukan reformis. 

Pembaharuan adalah berbeza dengan perubahan. Baharu membawa maksud menggantikan yang ada dengan yang lain. Perubahan pula ialah pembaikan dan penambah baik yang sedia ada menjadi sesuatu yang lebih baik.

Gerakan perubahan memang ada di sebut dan di tuntut di dalam Islam yakni kita sentiasa di suruh memperbaiki segala kelemahan dan menambahbaikkan mutu ibadah.

Idealisma Reformasi sebenarnya tidak berpunca dan bersumberkan al Quran dan hadis sebaliknya ianya adalah kelahiran dari falsafah gerakan pembaharuan kristian seperti Martin Luther terhadap penguasaan Vatikan. 

Penambaikkan juga merupakan nilai budaya di dalam alam nusantara yakni Melayu. Idealisma reformasi tidak pernah ada dalam budaya Melayu malah ianya amat bercanggah dari nilai-nilai budaya Melayu yang bercirikan Islam berteraskan al Qur'an dan hadis.

Di dalam UMNO tidak ada yang memperjuangkan idealisma Reformasi atau merupakan tokoh-tokoh reformasi tulen. Kenyataan itu adalah satu fitnah dan pendustaan yang sengaja di reka bagi mengelirukan pemikiran ahli dan pemimpin muda UMNO yang bukan bekas reformis atau jenis opurtunis.

Tiada proses pembaharuan mengikut acuan gerakan reformasi di dalam UMNO sejak dulu sehingga sekarang sepertimana di dakwa oleh penulis tersebut. 

Apa yang berlaku di dalam UMNO sejak dulu sehingga sekarang ialah penambahbaikkan dan pemulihan serta pembaikan kelemahan-kelemahan yang ada. Ini adalah proses kematangan dan kedewasaan UMNO yang sentiasa progresif. Disebabkan inilah UMNO sentiasa relevan pada setiap masa.

Jangan terkeliru dengan gerakan reformasi 98 yang merupakan virus kepada pemikiran sihat dan amalan budaya transformasi UMNO sejak dulu.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


MAT MASLAN BALUN TIBAI FITNAH MEGA TERANCANG PAKATAN HARAM.


Mungkin ada yang akan mengkritik Mat Maslan yang berjaya tibai dan balun dua ftinah mega terancang Pakatan Haram dalam isu kes rasuah Khir Toyo dan NFC. 


Perbandingan yang Mat Maslan buat adalah wajar dan benar. Kes rasuah Khir Toyo adalah masalah peribadi Khir Toyo sendiri. Tindakan Khir Toyo membeli hartanah tersebut tidak direstui atau menerima arahan kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO untuk melakukannya. Malah beliau tidak di didik untuk mengamalkan rasuah pun. Hakim mungkin terkhilaf dan tersalah pandang mengenai nilai sebenar hartanah tersebut semasa pembelian di buat.

Dalam isu NFC pula, perbandingannya ialah sama seperti pemberian pinjaman PTPN yang perlu di bayar. Mungkin ada yang merasionalisasikan bahawa mahasiswa tidak membeli kondo. Ya tidak membeli kondo tapi ada yang membeli motor buat merempit. 

Mungkin juga pecacai tukang fitnah mega Pakatan haram mengatakan bahawa kenyataan Mat Maslan itu mempertahankan salahlaku dan amalan rasuah serta mengkambinghitamkan Khir Toyo. Apa yang hendak dikisahkan pun? Sudha tentulah pecacai tukanfg fitnah mega Pakatan haram akan mengatakan begitu kalau mereka bersetuju dengan Mat Maslan buat apa mereka menjadi pecacai Tukang Fitnah Mega pakatan haram. Yea tak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAK WAN JIJAH TERKEJUT BILA ORANG KUAT PAS KATA .......

Rakan bloger KLBOYZWANGSA mendedahkan tindakan seorang orang kuat PAS yang telah mengkritik hebat Pok Nik di atas pentas FELDA. Tontonilah klip video di bawah ini.




Apa sudah jadi ini? Sewaktu Pakatan Haram memperhebatkan serangan ke atas FELDA tiba-tiba muncul seorang pejuang penegak kebenaran yang datang dari pihak PAS sendiri mengutuk tindakan PAS mensabotaj usaha memperkasakan peneroka FELDA.

Dengarkata, abang Nuo sedang melakukan siri jelajah seluruh kampus IPT dan kerapkali melakukan perjumpaan dengan mahasiswa di rumah kediamannya. Mereka yang hadir adalah muka-muka yang sama.

Antara FTINAH MEGA yang disebarkan oleh bang Nuo ialah mengenai AUKU. Kononnya mahasiswa telah diperbodohkan oleh AUKU. Malangnya, fitnah mega tersebut hanya dipercayai oleh segelintir mahasiswa yang kurang cemerlang dalam pengajian mereka memperolehi skor CGPA di bawah 2.5. Mereka yang cerdik pula berhubung terus dengan DS Najib melalui twitter dan fesbuk.  

Betullah mengikut kajiselidik UiTM yang mengatakan 70% anak muda semakin sukakan DS Najib yang menggunakan media sosial untuk berhubung terus dengan mereka. Pemimpin UMNO lain bila hendak mencontohi DS Najib?

Petunjuk yang ada menunjukkan bahawa BARISAN NASIONAL bakal memperolehi majoriti melebihi dua pertiga pada PRU13. Hanya pecacai tukang fitnah Pakatan Haram masih bermimpi bahawa kemenangan adalah milik Pakatan Haram. Fitnah Mega terancang mereka tidak akan mampu mengalahkan kebenaran walaupun sebesar debu berterbangan.


TEPUK DADA TANYA MEREKA!

85 PERKARA MEMALUKAN PAS KELANTAN.



PENDEDAHAN 85 KEBAJIKAN TAK TERTUNAI OLEH PAS KELANTAN.

Apabila PAS Kelantan menukar arah perjuangannya dari Negara Islam ke Negara Kebajikan ianya bukanlah berlandaskan kepada ajaran ISLAM sebaliknya lebih kepada fahaman Sosialisma Komunis.Takrifan Negara Kebajikan yang di war-warkan oleh PAS bukanlah sama seperti konsep kebajikan yang dituntut di dalam Islam.

Perancangan yang di buat pada kertas adalah semudah melilit kain serban di kepala. Tetapi perlaksanaan apa yang tertulis itu tidak semudah yang disangkakan. Ternyata sehingga kini 85 kebajikan itu gagal dilaksanakan oleh PAS Kelantan.

PAS Kelantan berlaku tidak adil apabila menyalahkan kerajaan UMNO/BN di atas kegagalannya sendiri. 

"Kita tak ada wang. Memang benar. Masjid2 di Kelantan hampir semua dibina Kerajaan Pusat. Terima Kasih." Itu kenyataan bekas Exco PAS Kelantan yang telah diturunkan pangkatnya dalam pentadbiran PAS Kelantan.

Bagi melihat penyenaraian 85 kebajikan tersebut sila ke pautan ini GELOMBANGKICK dan untuk ulasan bernas mengenainya di sini GELOMBANG RAKYAT.

Benarlah seperti kata Hasan Ali bahawa PAS dikuasai oleh golongan profesional yang membelakangkan agama. Sebaliknya mereka mengamalkan politik akomodasi. Namun berdasarkan kepada al Qur'an dan hadis, sebarang perjuangan songsang seperti PAS akan tetap berakhir dengan kesesatan. Sejak awal lagi perjuangan PAS sudah banyak lari dari ajaran Islam.Kita tidak boleh menilai Islam pada pakaian, jubah, serban dan hanya semata kepada amalan-amalan. Islam itu dinilaikan pada apa yang berada di dalam lubuk hati.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

SEWA TAPAK PERNIAGAAN KOMPLEKS PKNS NAIK 2 KALI GANDA.

BANTULAH PARA PENIAGA MELAYU YANG SEDANG DIANIAYAI DAN DIZALIMI SESUKA HATI OLEH GEROMBOLAN ANWAR IBRAHIM YANG BERCITA-CITA MAHU MENJADI TUHAN.

Kenaikan kadar sewa tapak perniagaan di kompleks PKNS Shah Alam bukan lagi satu rahsia. Kini kadar sewa tersebut menjadi hampir RM7,000.00 sebulan. Ini kerana pentadbiran Khalid G melalui nasihat Penasihat Ekonomi berbayar RM1.00 mahu menjahanamkan ekonomi Melayu.Ini semua gara-gara si Anwar Ibrahim kepingin menjadi TUHAN sama seperti Firaun pada zaman nabi Musa a.s. dan nabi Harun a.s. 

Apabila politik dicampuradukkan dengan amalan-amalan songsang seperti yang si Anwar Ibrahim lakukan maka ianya mengundang kecelakaan dan kemurkaan yang begitu melata. Pada akhirnya rakyat menderita keperitan dalam kepayahan serta kesulitan berpanjangan. Wahdatul Wujud amalan Anwar Ibrahim sudah menampakkan kesan negatif kepada seluruh kehidupan rakyat. Inilah akibatnya apabila mengamalkan ilmu yang bukan diwarisi daripada Rasullullah s.a.w.

Para peniaga Melayu di kompleks PKNS Shah Alam amat wajar sekali diberikan bantuan oleh kerajaan Barisan Nasional. Pihak pengurusan baru PKNS Shah Alam wajar di tegur dan diberikan amaran keras agar tidak menyebabkan kerugian jangka panjang kepada para peniaga Melayu.

Kita juga boleh membantu mereka dengan memberikan sokongan moral sehingga perjuangan mereka berjaya. Mereka boleh berkhemah dan berdemonstrasi di bangunan SUK Shah Alam sehinggalah tuntutan mereka dipenuhi oleh Khalid G. Kita perlu memberi tekanan yang hebat ke atas pejabat penasihat ekonomi yang mana Rafizi sedang menggila dalam kecintaan ketamakkan harta dunia.

Malah mereka juga perlu berdemonstrasi di hadapan pejabat PKR di Tropicana, di depan pejabat DAP rasis, di semua rumah kediaman pemimpin-pemimpin Pakatan yang bebal.

Marilah kita saling bantu-membantu dalam perkara kebaikan dan menjauhi REVOLUSI BUNGA RAYA yang mahu menabalkan Anwar Ibrahim sebagai MANUSIA TUHAN, na'uzubillahi min zalik.
TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...