Isnin, 19 Disember 2011

SMM & ADAM ADLI MEMUKUL PAKU TERAKHIR PADA KERANDA PKR.

MAHASISWA BIJAK. 
SMM, GAMIS & BEBAS MEMUKUL PAKU TERAKHIR PADA KERANDA PKR.




Jelas dan nyata, SMM dan Adam Adli enggan memohon maaf di atas kebiadapan vandalisma yang dilakukannya olehnya. Setelah DS Najib  mula mendapat kepercayaan majoriti mahasiswa di semua IPT; PKR sudah mula goyah dan goncang. Isu dan slogan 'Kebebasan Akademi' kebebasan yang sememangnya sudah ada dan AUKU bukanlah mengekang kebebasan bersuara dan pergerakan mahasiswa sebalik melindungi mahasiswa dari diperalatkan oleh anasir-anasir subversif seperti PKR DAP dan PAS; telah memakan diri SMM, GAMIS dan BEBAS malah mereka telah secara tidak sengaja memukul paku terakhir pada keranda PKR dan Pakatan haram jadah. 

NIK NADZMI KATA PAKCIK KAYO DAPAT USD10 JUTA BRO JIB KASI.

BLOGER UMNO-BN PUN KENA FITNAH
MACAMLAH KAMI HENDAK BERTANDING.


Akhirnya makbul juga lah doa hamba selama ini untuk menjadi kaya-raya dan jutawan melalui kerjaya menulis blog politik. Impian menjadi kenyataan melalui mulut Nik Nadzmi yang dilapurkan dalam lidah pembohong PKR. Sekejap lagi hamba nak semak akaun bank hamba yang sudah lama dalam peti sejuk kot-kot lah ada wang yang disebutkan oleh Nik Nadzmi. Kalau tidak ada memang hamba sumpah seranah Nik Nadzmi. Banyak jumlahnya itu RM10 juta dengan SKMM diarahkan berdiam diri. Berkuasa sungguh para bloger UMNO-BN. Sebenarnya kami tidak memperolehi RM10 juta tetapi USD 1 Trillion ! Bayar tunai lagi. Ha ha ha ha dengan kemudahan potongan cukai pendapatan selama 10 tahun berturut-turut dan dapat isteri percuma lagi. Aiseh cemburulah segala Pak Lebai PAS. 


Nik Nadzmi kalau kamu hendak buat fitnah pun buatlah kow-kow punya ini setakat fitnah kata RM10 juta dan SKMM duduk diam-diam tak berapa gempak lah Nik Nadzmi. 

Terdesak sungguh puak PKR.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


SKANDAL 'LOUNGE SUIT' ISTERI NGA KOR MING, ANAK MELAYU JUGA DIPERBODOHKAN.

300 MAHABAHLOL DAPAT APA?
ISTERI NGA KOR MING JUGA YANG KAYA RAYA.


Rakan bloger Cucu Tok Selampit memetik sumber cikgu Shashi Muniandy Pemuda MIC www.shizone.com mendedahkan mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh Nga Kor Meng. Perkara ini berlaku semasa DAP Rasis berkuasa di negeri Perak. Mujurlah penguasaan rejim jahat dan zalim DAP rasis tidak kekal lama di bumi Perak Darul Ridwan.

Di dalam dokumen SSM di atas jelas tertera nama isteri kepada Nga Kor Meng. Syarikat yang diberikan nama Ethan & Elton Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada 23hb April 2008 yakni selepas 42 hari rejim zalim dan khianat DAP Rasis berkuasa. Amat jelas niat di sebalik penubuhan syarikat tersebut yakni untuk merembat dan memperkayakan keluarga. 

Satu Tender Terbuka untuk membekal pakaian 'Lounge Suit' kepada ahli-ahli Majlis Banraya Ipoh telah di buka. Anihnya, syarikat milik isteri Nga Kor Meng yang berada tercorot dalam senarai dengan sebutharga yang tertinggi telah di pilih untuk membekalkan pakaian tersebut. Pelik kan? Lihat di bawah:-



Inilah cara CAT dilaksanakan oleh rejim khianat rakyat DAP Rasis. Perkara ini berlaku di Perak justeru itu tidak mustahil ianya berlaku di Selangor dan di Pulau Pinang teruatama dalam skandal sPICE dan bangunan tempat letak kereta. anak Melayu yang masih belajar di IPT dapat apa? Dapat malu sajalah serta dikhianati oleh DAP Rasis sahaja lah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HAMBA TAK NAK ADAM ADLI HAMBA MAHU SI PUDIN DENGAN ANWAR IBRAHIM DI HUKUM BERAT!

PEDULI APA DENGAN ADAM ADLI.
SI PUDIN DAN MEREKA YANG BERKHIANAT ITULAH YANG SEPATUTNYA DI HUKUM. 

Pengkhianatan adalah perbuatan yang sewajarnya menerima hukuman berat dan setimpal. Pengkhianatan tidak seharusnya di pandang ringan dan di anggap sebagai mudah. Meredhokan dan merelakan pengkhianatan di dalam institusi samalah seperti turut bersama pengkhianat membunuh institusi. 

Kepercayaan sesama sendiri adalah amanah dan tidak seharusnya dikhianati oleh pemegang amanah tersebut. 300 orang mahabahlol SMM, GAMIS dan BEBAS memegang amanah agama bangsa dan negara untuk menimba ilmu dan seterusnya menabur bakti kepada masyarakat. Apabila amanah itu dikhianati dan di sokong oleh pemimpin tertinggi seperti si Pudin dan didiamkan saja oleh seluruh ahli dan penyokong UMNO maka dimanakah letaknya jatidiri dan maruah kita semua?

Apakah ertinya perjuangan memertabatkan maruah agama bangsa dan negara jika perbuatan pengkhianatan dibiarkan tanpa di hukum?

Pakatan haram jadah sememangnya adalah pengkhianat agama bangsa dan negara. Kenapa sehingga kini mereka tidak di hukum oleh rakyat jelata? 

Persoalan hamba kepada semua rakyat Malaysia, adakah kini pengkhianatan dianggap sebagai sebuah nilai dalam perjuangan demi mencapai kejayaan?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TERBARU GAMBAR DI DEPAN UPSI MINTA ADAM ADLI DISERAHKAN TETAPI MENYOROK DALAM KAIN ANWAR?



ANTARA MEREKA YANG DATANG UNTUK PROTES DI HADAPAN PINTU UTAMA UPSI
perhimpunan aman di pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris di atas membantah tindakan segelintir mahasiswa yang menggelarkan diri mereka BEBAS menyerang PWTC dan menurunkan gambar Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Razak


Demontrasi aman telah diadakan di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim pagi tadi bagi mendesak pentadbiran universiti itu menyingkirkan seorang pelajarnya, Adam Adli yang bertindak biadap menurunkan bendera yang tertera gambar Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di PWTC pada 17 Disember lalu.

Seramai kira-kira 200 orang menyertai demontrasi aman itu terdiri daripada ahli UMNO Bahagian Tanjong Malim serta parti-parti komponen BN Bahagian, Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor serta badan-badan NGO.

Memorandum yang menyatakan desakan itu telah diterima oleh Naib Cancelor UPSI, Prof Dato' Dr. Zakaria Kasa. Sama-samalah kita lihat apakah tindakan yang bakal diambil oleh UPSI terhadap pelajarnya yang bersikap biadap ini. Tempoh yang diberi adalah 2 minggu untuk UPSI menyingkirkan pelajar ini.

Dr. Zakaria ketika berucap berkata, pihak universiti telah berusaha mencari Adam sejak semalam, termasuk menghubungi rumah keluarganya, tetapi beliau gagal dihubungi. Tindakan akan segera diambil terhadap Adam kerana telah mencemarkan nama baik UPSI.










TEPUK DADA TANYA IMAN!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...