Ahad, 18 Disember 2011

SILA BERAMBUS LAH PUDIN OIII BAWA SEKALI YANG TAJA ANDA SELAMA INI.


Si Pudin Sedang Melacurkan POLITIK BARU.


MEREPEK PASAL POLITIK BARU DALAM UMNO ELOK BERAMBUS SAHAJA.

Adalah jelas si Pudin gagal di kawal oleh si Khaled Nordin. Manakala Ketua Cicak Rumah merapu dan merepek mengenai perlunya denda dikenakan ke atas Adam Adli. Apa punya bahlol nasihat tersebut. Jangan lupa masa si bahlol itu menjadi penulis teks ucapan si Hishamuddin , tiga kali Hishamuddin mendapat malu pertama insiden cium keris , kedua insiden demonstrasi kepala lembu dan ketiga insiden BERSIH 2.0.

Anda perlu membaca kembali artikel hamba mengenainya di sini http://semaremas.blogspot.com/2011/12/anwar-ibrahim-arahkan-hakim.html 

Ini permainan dan strategi pepuak bekas lulusan IKD yang merupakan penggerak Reformasi 98 dahulu dan kini merosakkan UMNO dari dalam. 

Bercerita mengenai si Pudin ini, anda tentu ingat PRK Kerdau yang menjadi punca perbalahan antara Papa Gomo dengan Ketua Cicak Rumah mengenai Pas Media dan juga kerana si Pudin. 

Tidak lama selepas itu isu mengenai Pas Media di PAU 2011 menjadi punca Hamba mengkritik keras Ketua Cicak Rumah.

Kini dalam soal insiden semalam (yang sudah dijangkakan) sekali lagi Ketua Cicak Rumah dengan si Pudin timbul. Seorang menggalakan dan mendiamkan diri semasa kejadian dan manakala seorang lagi cuba melakukan Damage Control. Tapi isu ini bukan tertumpu kepada Adam Adli. Isu ini berkenaan dengan gerak kerja yang dilakukan tok dalang-tok dalang yang pro Anwar. Tian Chua juga kelihatan bersama para demonstran semalam. 


Sila baca artikel menarik PAPAGOMO. Insiden semalam telah membuktikan apa yang telah hamba, papagomo dan gelombang wangsamaju dedahkan sejak kebelakangan ini. 

Bersengkongkol dan membenarkan tindakan memalukan Perdana Menteri walau di atas apajua alasan kemudian pura-pura buat tak tahu adalah pengkhianatan kepada perjuangan bangsa Melayu Islam. Tindakan itu itu telah memberikan 'aib besar kepada golongan mahasiswa.

Idea-idea Politik Baru dan kelompok Pembaharuan telah GAGAL TOTAL mengikis kebiadapan dan tidak mencapai matlamat langsung.

Maka eloklah diperambuskan sahaja puak-puak tidak berguna ini dari dalam UMNO. Biarkan mereka terpekik terlolong bersama Anwar Ibrahim. Hukum dahulu semua tok dalang-tok dalang yang merancang insiden semalam itu sebagai memberi isyarat jelas dan tegas kepada musuh. Kepada mahasiswa yang terlibat elok berambus sahaja dari IPTA  dan terus menjadi 'anjing belaan' pengkhianat agama bangsa dan negara sepenuh masa. Tempat anda di IPTA itu lebih layak di ganti dengan anak muda yang tahu sayangkan agama bangsa dan negara. 

Jadi kamu semua hendak tunggu apalagi? BERAMBUSLAH DARI UMNO DAN IPTA SEKARANG JUGA!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LAPURAN PENUH INSIDEN 300 MAHABAHLOL.

HENDAK TAHU APA YANG BERLAKU?
SILA BACA LAPURAN INI.
POLITIK BARU ITU PELACUR POLITIK.


Senyum Bang Pudin Kita. Semasa beliau Berucap Bendara Diturunkan Kelam Kabut Pengawal Keselamatan Menaikkan Semula Bendera. 

AUKU dijadikan alasan. Politik Baru adalah wadah baru para pemimpin durjana melacurkan kerjaya mereka. Baca di sini lapuran mengenai kejadian 300 mahabahlol robot yang telah diperalatkan oleh pelacur-pelacur politik kelas atasan WZWH. Petikan daripada rakan bloger tersebut:-
Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman.
Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).
Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes. Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Dan sebaik sahaja mereka tiba di PWTC, secara tiba-tiba kumpulan mahasiwa terbabit diberitakan cuba dihalang sekumpulan ‘Special Branch’ dan pihak polis. 
Namun hasil rundingan beberapa minit dengan wakil kerajaan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sudi turun untuk menerima memorandum BEBAS. 
Datuk Saifuddin juga berkesempatan untuk menyampaikan pidatonya yang menyokong usaha mahasiswa menuntut kebebasan akademik.
“Tahniah mahasiswa! Saya akan bersama-sama kamu semua untuk perjuangkan isu ini.”, demikian antara ucapannya. 
Diberitakan terdapat juga mahasiswa melaungkan sepatutnya Datuk Seri Najib digantikan dengan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Bendera Najib diturunkan
 
Namun, selang beberapa minit kemudian, seluruh yang berada di perkarangan PWTC dikejutkan dengan satu aksi menarik mahasiswa.
Sebuah tiang bendera yang menggantung bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tiba-tiba digantikan dengan bendera ‘Academic Freedom’. 
Yang menghairankan, tiada seorang pun pengawal keselamatan dan pihak polis yang berjaya mengesan tindakan beberapa mahasiswa tersebut. 
Mereka kemudiannya mengarahkan bendera ‘Academic Freedom’ berkenaan diturunkan segera dan digantikan semula dengan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib. 
Saifuddin adalah ahli parlimen Temerloh dari tempat yang punya sejarah kepahlawanan Pahang Tok Bahaman tapi sayang politik baru Saifuddin gagal memahami bahawa kebodohan beliau menyebabkan mahasiswa galak menurunkan bendera DS Najib secara simboliknya memalukan rakyat Malaysia, orang UMNO, BN dan rakyat Pahang. 
WZWH tidak boleh menerima ahli politik yang bangang macam Saifuddin. Sebab itu WZWH menulis dalam posting lepas bahawa Saifuddin ini perlu disepenggalkan menjadi ahli parlimen Temerloh!
TEPUK DADA TANYA IMAN! 

HASAN ALI DEDAHKAN RAHSIA BESAR MUBALIGH KRISTIANISASI.

MUBALIGH YANG BERJUBAH DAN BERSOLAT BERJEMAAH.
(Kerana Politik Dan Undi Mereka Sanggup Lakukannya)



Gambar di atas bukan Orang Islam sedang bersolat. Mereka adalah penganut satu sekta ortodoks di dalam Kristian. Perbuatan peribadatan mereka hampir sama. Ini kerana ramai orang Islam sendiri tidak mahu mempelajari mengenai semua agama samawi. Baca di sini unutk penerangan lanjut
Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar 

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya
itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin
seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang
menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok
kristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi,
orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja
asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara
peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat.
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila
berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku'
dan sujud. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali
sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam;
masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul
awwal (fajar/shubuh) , sa'atuts tsalis(dhuha) , sa'atus sadis (dhuhur),
sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'),
dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang
Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan
shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil
kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam
Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada
Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga
mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu
persepuluh dari pendapatan
Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi
berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2
kiter...Yang pasti....... ..... ini bukan ayat al-Quran.... .
Semoga kita semua berhati2.... . jangan sampai terbeli....dan digantung
di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.
Sebab itulah apabila Hasan Ali mendedahkan adanya sekumpulan mubaligh kristian yang berjubah dan berserban bersolat berjemaah di masjid-masjid bagi memurtadkan umat Islam jangan hairanlah. Gambar-gambar ini di ambil di Surabaya Indonesia mengikut sumber maklumat. Untuk pendedahan Hasan Ali sila ke pautan ini 

Apabila kita mengambil kembali isu kalimah ALLAH dan Bibel terjemahan bahasa Melayu kemudian dijuarai oleh Khalid Samad bersangkutan dengan isu DUMC, tidakkah itu semua membuatkan anda terfikir?

Adakah kepimpinan PAS PUSAT dan PKR sudah diserapi dengan anasir-anasir memusnahkan? 

PAS dengan pelbagai anasir yang merosakkan akidah manakala PKR sudah mabuk dengan Wahdatul Wujud yang bercita-cita untuk menjadi 'Lebih Tuhan Dari Tuhan'. DAP Rasis pula sibuk merosakkan akidah pemuda pemudi Melayu Islam dengan pemikiran falsafah Hegel dan Feuerbach. 

Umat Melayu Islam masih tak nak bersatu ke menentang anasir-anasir yang menjahanamkan KUASA POLITIK MELAYU ISLAM?
TEPUK DADA TANYA IMAN!

CARILAH ORANG MENDALANGI ADAM ADLI.

CARILAH PAK DALANG & PEMBANTU RUMAH YANG MEMBANTU PAK DALANG.



Gambar seterusnya sila layari rakan bloger ini LABUN-LABUN CIKGULIN

Budak Adam Adlin tidak penting. Apa yang penting ialah Pak Dalangnya. Siapakah Pak Dalangnya?

Apakah matlamat Pak Dalangnya?

Siapkah pula Pembantu Pak Dalang di dalam rumah sendiri?

Carilah Pak Dalangnya dan Pembantu Rumah dengan segera. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

CHINA PRESS PULA MENYERANG.

MENTERI-MENTERI MALAYSIA TERMASUK PERDANA MENTERI BODOH-BODOH BELAKA - CHINA PRESS.


Rakan bloger Mymassa mendedahkan pada hari ini serangan yang dilakukan oleh China Press. Idea serangan itu merupakan idea DAP Rasis berdasarkan kepada beberapa katakunci. Hanya DAP Rasis sahaja selama ini mengatakan UMNO /BN berfikir cetek. 

Semalam serangan simbolisma oleh mahabahlol robot Melayu yang didalangi oleh PKR dan di bantu oleh gunting dalam lipatan melakukan serangan. Pada hari ini China Press pula. 

Apa pula selepas ini? 
Apakah momentum yang mahu di bina?
Bilakah saat puncak meletus momentum tersebut?
Bagaimanakah mahu meneutralisasikan kesemua tindakan-tindakan ini ?

Kita baca dahulu terjemahan artikel yang bertujuan menghasut rakyat. Ini bagi memperkuatkan tindakan simbolisma yang telah dilakukan oleh mahabahlol robot pada hari semalam. 

Tajuk: Tahap Akal Tinggi dan Rendah Yang Bercanggah, 15 Disember 2012
Penulis: Hu Yuan, China Press.

Jika kita halusi percakapan orang-orang politik yang sedang memegang kuasa, apa yang ada  sekarang ini berkaitan penyelewengan dan rasuah di negara ini seperti satu kanser yang terus merebak dan terus dibudayakan, dan tidak dapat dirawat lagi, mungkin kesilapannya bukan dari penyelewengan atapun melakukan rasuah oleh pegawai-pegawai atasan mahupun oleh ahli politik itu sendiri. Mereka langsung tidak berniat untuk kegiatan itu, tetapi kerana mereka sendiri tidak mengetahui bahawa perbuatan mereka itu sudah pun terjebak kepada penyelewengan dan rasuah, kerana disebabkan akal mereka sendiri yang terlalu cetek!

Contohnya duit yang ada di tangan kerajaan sekarang ini (sekurang-kurangnya ada billion ringgit), tidak dapat digunakan di tempat yang perlu. Dengan itu ada orang-orang hebat yang mencadangkannya, kenapa kita tidak laburkan sahaja duit berlebihan itu (duit itu adalah dari cukai pendpatan rakyat yang bodoh), buatlah sedikit projek ternak lembu ternak kambing, ternak ayam dan itek, bela ikan dan udang yang boleh jadikan aktiviti sampingan. Sekurang-kurnagnya duit itu bukan milik sendiri, ada kuasa untuk mambazirkannya, jika tidak dibazirkan bermakna merugikan.

Jika nak bazir duit lebih mudah beri kepercayaan orang-orang sendiri (kroni), dengan itu duit dari si bodoh si pembayar cukai itu terpaksa diberikan kepada orang-orang sendiri, (kepada suami, anak-anak, isteri, menantu, adik beradik dan sebagainya)

Apabila rakyat tahu perbuatan itu perbuatan salah! Sebaliknya pegawai-pegawai tinggi kerajaan (menteri-menteri) cuba perah otak untuk cari sebab-sebab dan punca kenapa ia berlaku, sebaliknya dikatakan mereka tidak jumpa sebab-sebab dan kesilapan itu.

Apa yang pegawai tinggi kerajaan berkata: tiada yang salah! Atas sebab-sebabnya seperti di bawah:-

1, Saya tidak serah duit itu kepada diri saya sendiri, saya sendiri pun tiada kepentingan dalam itu, setiap orang (walaupun suami isteri), masing-masing ada dompet duit sendiri.

2, Duit ini bukan milik sesiapa pun, duit ini akhirnya akan diserahkan kepada orang, jika tidak diberikan kepada keluarga sendiri ia akan diberikan kepada keluarga orang lain, duit seperti ini memang diberi, dan duit yang di sana pun diberi juga, sememangnya duit itu seperti garam boleh dibuang ke laut, bermakna beri kepada sesiapa pun duit itu, bukankah tiada apa-apa perbezaannya?

3, Sedangkan duit-duit ini memang untuk diberikan kepada orang, kenapa nak ambil tahu macam mana duit itu digunakan?  Duit-duit rakyat yang bodoh itu, siapa yang bazirkan dan bagaimana ia bazirkan, tiada apa-apa perbezaannya, mana ada kesilapan yang mereka buat?

Sebab Itu Mereka Sangat Marah!

Sebab itu apabila pegawai-pegawai tinggi kerajaan (menteri) mendengar kes itu adalah kes rasuah dan penyelewengan kuasa, mereka mengamuk dan melenting marah yang membara! Ahli politik dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan memakai baju berlogo bendera Malaysia di badan, angkat tangan kanan laungkan cintakan negara ini, angkat tangan kiri laungkan cintakan negara ini, duit cukai rakyat yang bodoh itu sebaliknya mereka duit itu sudah bukan milik sesiapa lagi, jika tidak diambil, orang lain akan mengambilnya, adakah itu dikatakan rasuah? Bukankah dengan itu mereka anggap apa yang dinamakan rakyat telah menghina mereka, sebab itu mereka rasa sangat marah yang membara-bara!

Penerangan ini sama seperti seorang lelaki curi makan luar, apabila mereka ditangkap, tindakan pertama yang mereka sebut ialah:  semua orang lelaki di dunia ini memang suka curi makan luar, jika tidak curi makan luar (main perempuan lain) bermaka itu bukan lelaki,  sebab itu mereka kata curi makan bukan kesalahan orang lelaki! Kesilapannya, setiap kali dia curi makan kenapa di Hotel yang sama, di bilik Hotel yang sama, mungkin juga dengan perempuan yang sama! Itu bukan kerana masalah akhlak orang yang curi makan, ia kerana  masalah nasib tidak menyebelahinya!

Melihat isu rasuah dan penyelewengan kuasa di negara kita, kudisnya memang berpunca dari sini: tahap kesedaran rakyat sudah meningkat tinggi, sebaliknya tahap kesedaran pegawai-pegawai tinggi kerajaan(menteri-menteri) agak cetek, secetek seperti  (perpatah Cina) busung tumbuh di ponggong sendiri, tanggalkan seluar tunjukkan kepada orang lain. Aduh sungguh cetek tahap akal mereka ini, mereka kini di posisi undur ke belakang, sebaliknya mereka sangkakan mereka sedang maju ke hadapan. Tumbuh bisul dianggap ia telah melahirkan sebutir intan mutiara!

Sebab itu tahap fikiran rakyat yang tinggi apabila berjumpa dengan tahap pemikiran pegawai-pegawai kerajaan (menteri-menteri) yang cetek akalnya, akan berlaku percanggahan, inilah yang dinamakan kudis kanser sedang menular.
Terjemahan diurus selia oleh Mymassa.
Para pemimpin UMNO akan dilagakan sesama sendiri melalui beberapa siri insiden yang akan dilaksanakan mengikut pelan perancangan Anwar Ibrahim.

Impak yang dikehendaki ialah mengujudkan persepsi kuat bahawa UMNO/BN tidak bersedia untuk menghadapi PRU13. Penajaman konflik / dialektika akan diteruskan bagi menjamin kejayaan persepsi tersebut. 

Dalam kemelut ini suatu PASUKAN / KUMPULAN PENYELAMAT TERANCANG akan ditimbulkan untuk mendapat keyakinan penuh kepimpinan tertinggi UMNO mengetuai jentera PRU13. 

Selepas ini akan diletuskan pula insiden yang memalukan GLC-GLC tertentu.

Namun adakah DS Najib mudah diperdayakan? 

Kenalpastilah terlebih dahulu Pak Dalangnya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...