Khamis, 15 Disember 2011

ISU BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) SURAT LAYANG & BORANG PALSU.

Borang Asli BR1M Boleh Didapati Di Laman Sesawang LHDN.

TERPULANGLAH KEPADA ANDA..
(Tiada Paksaan Untuk Menerima BR1M , Tak Mohon Anda Yang Rugi Sendiri)

Sebenarnya isu BR1M ini tak lah berapa menarik sangat pun. Orang Malaysia ini pasal wang ringgit semuanya main tutup mata. Selepas mengujudkan perkhidmatan kesihatan Klinik 1Malaysia kemudian disusuli dengan Kedai Rakyat 1Malaysia selepas itu pemberian wang RM100 tunai sebagai bantuan terus kepada pelajar sekolah dan kini Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagai menunaikan janji di buat dalam Bajet 2012 lalu.

Dikatakan bahawa terdapat borang BR1M palsu yang beredar di kalangan rakyat bagi mengelirukan rakyat, dalam borang asli tidak diperlukan mengisi butiran nombor akaun tetapi dalam borang palsu butiran itu ada. Itu biasalah perbuatan-perbuatan sabotaj ini (sapa suruh mansuhkan ISA kan).

Dikatakan lagi tersebar surat layang dari 'Orang Dalam' mendedahkan bahawa wang tersebut akan dikenakan cukai pendapatan dan orang berpendapatan RM1500.00 tidak akan menerima bantuan tersebut. 

Apa ada hal pun benda-benda seperti ini. Lagipun perbuatan sabotaj bukan sahaja dilakukan oleh pembangkang tetapi juga oleh kuda-kuda trojan dalam UMNO. Samalah seperti dalam isu NFC dan desakan perletakan jawatan Shahrizat. Jika skim sabotaj ini gagal maka mereka akan mensabotaj pula PRU13. 

Kepada rakyat Malaysia di luar sana terpulanglah kepada anda sendiri samada mahu menerima rezeki yang datang bergolek atau mahu mempercayai ftinah jahat yang datang. Sekali menolak rezeki berkali-kali tertolak rezeki. Firkirkanlah. Kalau hamba takde firkir dua kali punya ... orang dah nak beri .. ambil je la .. bukan di suruh buat kerja pun.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KELUAR ... JANGAN TAK KELUAR ... LIM BOO CHENG

BERITA DAH BASI TAPI MASIH MENARIK
Lim Boo Chang Keluar PKR masuk GERAKAN


Apa Mao Bikin Lagi ? Itu DAP Rasis Manyak Rasis, Ini PKR manyak Suwey Wa Keluar lahhh masuk GERAKAN.

14/12/2011. Lim Boo Chang, 56, Ketua Cabang PKR Bukit Gelugor Pulau Pinang isytihar keluar PKR. Beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan sebagai ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Alasan yang diberikan ialah beliau hilang keyakinan kepada parti yang gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, persaingan sesama sendiri yang melampau dan tindakan parti yang sering mengenepikan ahlinya.

Ya la mana boleh tahan asik kena kencing dek Anwar Ibrahim dan Goon End. Perjuangan PKR adalah bersifat transit / persinggahan untuk Anwar Ibrahim kembali ke dalam UMNO setelah pepuak Reformis 98 berjaya mereformasikan UMNO mengikut acuan Anwar Ibrahim. 

Jangan fikirlah pepuak Reformis 98 dalam UMNO mempercayai Anwar Ibrahim itu kaki liwat dan sebagainya. Apa mereka peduli pun janji Anwar Ibrahim menjadi PM kemudian bolehlah mereka merompak rakyat sesuka hati. Sebab itulah pepuak Reformis 98 dalam UMNO kuat mengencingkan orang UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

APA LAH YANG DIREBUTKAN SANGAT OLEH REFORMIS 98?

REFORMIS 98 TIDAK PERCAYA ADANYA HARI KIAMAT & QADA' DAN QADAR ?
(Sengaja Bertanya .... Jangan Marah )

Apakah sebenarnya diperjuangkan oleh Reformis 98 pada masakini? Pernahkah kita mendengar sebarang sebarang bentuk pernyataan yang positif-positif belaka daripada mereka? Sejauh ini tidak ada melainkan kita hanya mendengar keluhan-keluhan hati mereka. 

Hairan sungguh kerana apakah keistimewaan bakat mereka? Mereka mendakwa mendapat kepercayaan ramai anak muda. Betul ke? Hamba amat tidak mempercayai kata-kata mereka ini kerana mereka adalah anak-anak didik Anwar Ibrahim , cukup pandai berlakun dan menipu. Pada masakini barangsiapa pandai menipu dan berbohong merekalah akan di sanjung.

Pada 1998 mereka amat setia kepada Anwar Ibrahim maka adakah kesetiaan itu masih ada? Sudah tentulah. Mustahil pada hukum akal kesetiaan mereka terpisah daripada Anwar Ibrahim. Mereka adalah pemuja Anwar Ibrahim dan bukannya penyembah Allah swt. 

Mereka memperhambakan diri mereka kepada idealisma yang ntah mana mereka kutip melainkan di dalam buku-buku falsafah yang entah siapa pula guru mereka. 

Apabila ada di antara mereka menyusup masuk ke dalam UMNO , apakah tujuan, matlamat dan niat mereka sebenarnya? Dimanakah pendirian mereka berdiri ? Di atas Tauhid atau di tepi sedikit dari Tauhid?

Kepada siapakah mereka meletakkan kepercayaan mereka? Kepada perjuangan atau kepada peningkatan kerjaya mereka?

Hamba perhatikan bahawa pembawaan mereka ini adalah licik dan amat pintar berbohong. Bersikap angkoh dan begitu sombong serta terlampau menyanjung tinggi pemikiran mereka, katalain mereka fikir merekalah orang yang paling bagus di dunia ini. 

Mereka fikir mereka mampu mengubah itu dan ini dengan segala perancangan mereka. Mereka lupa bahawa Allah swt itu Maha Besar dan Maha Mengetahui. 

Manusia boleh berusaha tetapi manusia tidak diberikan sebarang kekuatan melawan takdir. Pada pandangan hamba selepas PRU 13 puak-puak ini akan menjadi keciwa dan pada akhirnya mereka akan bertelagah sesama sendiri. Kini pun mereka sedang menuju kepada kehancuran. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TERESA KOK PERNAH MAKAN JASA MCA & DAKWA GOON END & LKS ATHIES.

MEMANG BEBAL MEMANJANG PUAK CAUVINIS ULTRA KIASU DAP RASIS.

Teresa Kok pernah belajar di TAR sebuah institusi tajaan MCA dan bukan Dap rasis pun. selama ini Teresa Kok dan DAP Rasis mengatakan bahawa MCa tidak pernah melakukan apa-apa untuk orang Cina. Ternyata dia salah. sila baca seterusnya di sini http://stopthelies.my/?p=759.


Manakala dalam kebebalannya sendiri Teresa Kok menyatakan bahawa Goon end anak beranak tidak mempunyai sebarang agama/ kepercayaan. Tu diaaaa ... big blunder daripada Teresa Kok.

Bak kata omputih "Anda tidak boleh menutup sebuah pembohongan dengan pembohongan yang lain akhirnya anda terpaksa bercakap benar"

Justeru itu benarlah DAP Rasis adalah sebuah parti politik yang tidak ada agama dan dipenuhi dengan minoriti aktivis Sosialis Religus seperti Teresa Kok yang tak tau mengenang jasa MCA.

Lagi mau percaya ka ini DAP Rasis?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SKANDAL AZMIN ALI DENGAN MAQ LEMPIRA ZURAIDA.


PAK MAIL KIJO MENDEDAHKAN SKANDAL AZMIN ALI & MAQ LEMPIRA ZURAIDA.
(Bukan Skandal Seks Tapi Skandal Sama-sama Tak Buat Kerja)

Sumber rakan bloger semuthitam. Bacalah petikan di bawah ini:-
PETALING JAYA: Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo mencabar pemimpin menyenaraikan projek yang dibuat di kawasan itu sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008.
 Bekas Adun Lembah Jaya tahun 1995 hingga 2004  berkata, tidak ada satu pun projek yang dibuat di Ampang.
“Saya tanya kepada Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin apa yang kamu buat sejak menjadi Adun dan ahli Parlimen?
“Jalan berlopak semakin parah, sampah sarap tidak diambil. Dulu Alam Flora yang angkat sampah tetapi kini kini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi sampah tidak terangkat.
“Mereka pandai bercakap tetapi tidak pandai buat. Macam-macam mala petaka telah berlaku di Selangor,” katanya.
Azmin merupakan ahli parlimen Gombak dan juga timbalan presiden PKR manakala Zuraida adalah ahli parlimen Ampang dan ketua wanita PKR.
Tuntut janji
Menurut Ismail lagi, kerajaan Selangor pernah berjanji mahu menurunkan cukai pintu tetapi sebaliknya pula yang berlaku iaitu dinaikkan sebanyak 20 peratus.
Beliau berkata, banyak harta milik syarikat kerajaan negeri telah dijual untuk kepentingan mereka.
“Rakyat Ampang tuntut janji dari Azmin dan Zuraida, rakyat Selangor pula tagih janji Pakatan Rakyat” katanya.
Ismail berkata, dari tinjauan yang dibuat di kawasan Ampang, ramai penduduk yang mengatakan mereka menyesal kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.
“Mereka menangis apabila pemimpin Umno menemui mereka dan menyatakan akan mengundi BN dalam pilihan umum akan datang,” kata beliau.

Dah kenalah gandingan dua orang ini. Dulu semasa dalam UMNO, si Azmin Ali buat hal dengan kekasih gelapnya Anwar Ibrahim. Kini bila bertemu dengan Maq Lempira Zuraida hambuih kemains erasi sama-sama tak buat kerja. Apa Pkr Selangor ingat pengundi boleh di rasuah dengan lambakan projek pembaikan semasa PRU13 ke?
TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...