Khamis, 8 September 2011
PISAU TERAJANG KUNTAU PEMBOHONGAN DAP !
TAHNIAH PISAU ! Bloger Pisau sekali lagi terajang Kuntau kepada DAP. Teramat sakit hati dan kepala Guan 'Dung' Eng dengan gerombolan blogers pro UMNO Pulau Pinang. Malah dalam isu penyelewengan pembayaran kos rawatan Mat Syabu 77 Bintang 3 , gerombolan bloger Utara telah memaku paku terkahir pada keranda DAP.
Banyak lagi isu-isu yang dibangitkan oleh gerombolan bloger UMNO Pulau Pinang yang menjadikan Guan 'Dung' Eng pernah dua kali menerima rawatan khas sakit jantung kerana teramat sakitnya hati beliau.
Tidak hairan apabila gandingan grup Fesbuker NADI RAKYAT dengan gerombolan bloger UMNO Pulau Pinang berganding bahu, DAP semakin tertekan sehingga terpaka membuat tawaran terbuka kepada mana-manan bloger Melayu dan cendikiawan Melayu menyertai mereka!
Asakan demi asakan daripada bloger pro UMNO Pulau Pinang menyebabkan DAP terpaksa berbohong lagi dalam lidah rasmi pembohongan mereka MUTIARA ntah-apakenama (sebab tak penting).
PISAU mendedahkan bahawa sekali lagi DAP cuba merasuah pemimpin-pemimpin PAS dan PKR melalui pemberian peruntukan kepada umat Islam. DAP fikir umat Islam di Pulau Pinang ini boleh digula-gulakan dengan wang ringgit.
Kita semua maklum bahawa peruntukan kepada MAJLIS AGAMA ISLAM PULAU PINANG adalah KEWAJIBAN PEMERINTAH P.PINANG dan bukannya bersifat PEMBERIAN SAGUHATI atau HADIAH.
Oleh kerana DAP adalah sebuah PARTI CAUVINIS ULTRA KIASU yang amat tolol dan bengap mengenai peruntukan perundangan dan agama ISLAM, DAP berpendirian bahawa peruntukan kepada MAIPP merupakan SAGUHATI dan PEMBERIAN HADIAH. Inilah ketololan DAP. Amat terserlah.
Kita tunggu lagi sepak terajang KUNTAU bloger P.Pinang yang handal-handal menjadikan DAP dan Guan Eng sentiasa menjadi 'Pesakit Wad ICU Politik'.
INGAT !
UNDI DAP ANDA UNDI KOMUNIS!
ABDULLAH CD MENGAKUINYA ADIK MAT INDERA MENAFIKANYA, KATA SIAPA LEBIH DIPERCAYAI?
Dalam kemelut isu Timbalan Presiden PAS Mat Syabu mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan , PAS telah mengheret adik Mat Indera ke dalam kemelut tersebut bersandarkan kepada buku 'PENGUKIR NAMA JOHOR' yang telah diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor. Editor buku itu telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa kisah Mat Indera di dalam buku itu adalah pengiktirafan kepada Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Kisah Mat Indera diceritakan di dalam buku itu bertujuan bagi rakyat menilai samada Mat Indera adalah pejuang atau pengkhianat. Abdullah CD pernah menulis sebuah buku dan mengakui bahawa Mat Indera adalah Ketua Bahagian Rejimen ke 10 PKM di pantai barat Johor.Malah Abdullah CD turut mengakui bahawa serangan ke atas balai polis Bukit Kepong paa 1950 turut disertai oleh Mat Indera.
Manakala adik Mat Indera yang digunakan oleh PAS pula semasa abangnya bergiat cergas di dalam PKM, beliau baru berusia 4 tahun. Jadi perkataan siapa yang boleh dipercayai ? Abdullah CD ketua kepada Mat Indera atau adik Mat Indera yang berusia 4 tahun?
Manakala adik Mat Indera yang digunakan oleh PAS pula semasa abangnya bergiat cergas di dalam PKM, beliau baru berusia 4 tahun. Jadi perkataan siapa yang boleh dipercayai ? Abdullah CD ketua kepada Mat Indera atau adik Mat Indera yang berusia 4 tahun?
KERAJAAN SELANGOR BAKAL TUMBANG SEPERTI PERAK.
Khalid Gereja menulis di dalam blog nya menyatakan kerisauan mengenai tindakan yang bakal menimpa kerajaan pakatan sosialis pro komunis/ Ini semua gara-gara isu GDMU yang mana PKR dan kelompok Islam liberal seperti Khalid Gereja tetap mahu melindungi perkara sebenar.
Hai Khalid Samad, jika ianya berlaku pun, eloklah Pakatan sosialis pro komunis ini tumbang di Selangor malah di Kedah Pulau Pinang dan Kelantan. Keberadaan Pakatan Sosialis Pro komunis dalam senario politik Malaysia tidak menguntungkan rakyat. Membebankan lagi rakyat.
Apa tidaknya, khazanah negeri semakin susut tidak bertambah. Hasil negeri semakin kurang. Wang PBT di seluruh Selangor semakin mengering. Dalam hal Pakatan Sosialis pro komunis tumbang di Selangor, bukanlah kerana sebarang konspirasi jahat. Sebaliknya ianya kerana kejahatan Pakatan Sosialis Pro Komunis sendiri. Masa Honeymoon kamu semua sudah tamat tempohnya. Selamat Tinggal !
MARKAS KOMUNIS DI JALAN RAJA LAUT BAKAL DI SERANG BEKAS PERAJURIT NEGARA!
Oleh kerana PAS hendak bermain senda gurau dengan bekas tentera dan bekas polis dalam isu mengiktiraf pengganas komunis, akhirnya PAS terpaksa telan dan terima padah yang berpanjangan. Pada perkiraan PAS, bekas tentera dan bekas polis yang menjadi ahlinya dan para simpatisan yang menjadi saksi kepada undi pos ATM mampu memahami mainan senda gurau tersebut. Ternyata perkiraan PAS amat jauh meleset dan kali ini kerosakan yang berlaku amat parah.
Hilang segala isu mengenai barang naik, altantuya, kapalselam dan isu-isu lain yang menjadi ikatan antara PAS dengan dunia ketenteraan dan kepolisian. Kini PAS tidak akan dapat menikmati lagi kenikmatan perhubungan tersebut. Sendiri bakar jambatan. Padan muka.
Pengorbanan para tentera dan polis sejak sekian lama dari tahun 1948 -1989 bukanlah pengorbanan yang boleh diredakan dengan fatwa Pok Nik, pujuk rayu dan segala isu lain. Pengorbanan itu nilainya adalah nyawa.Nilai nyawa lebih berharga dari nilai sebarang isu politik mahupun fatwa Pok Nik.
Luka di badan nampak parutnya, luka di hati ..... kerana itulah markas komunis PAS di Jalan Raja Laut akan di serbu secara aman oleh Persatuan Bekas-bekas Polis dan Persatuan Bekas-Bekas Perajurit. pada jam 11 pagi esuk hari 8hb September 2011.
Mereka akan menyerahkan memorandum mendesak PAS bertanggungjawab sepenuhnya di atas kenyataan Mat Syabu dan permainan politik kotor mempertahankan kenyataan Mat Syabu.
AYOH sertai mereka yang terbukti semangat cintakan tanahair dengan menggadaikan nyawa mereka sendiri agar KEMERDEKAAN tetap dikecapi selama 54 TAHUN! Mereka lebih berharga daripada PAS DAP PKR PSM dan pro komunis !
Kali ini benar-benar KEBANGKITAN RAKYAT SUARA RAKYAT SEMANGAT RAKYAT kerana mereka telah membuktikan di medan tempur selama 54 tahun melawan musuh negara iaitu KOMUNIS!
SEBARKAN !
Langgan:
Catatan (Atom)

