Ahad, 4 September 2011

AL FATIHAH & SEGALANYA SUDAH SELAMAT.

Jam 11.00 pagi tadi di lapangan terbang TUDM Subang, pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia telah selamat kembali ke tanahair bersama jenazah allahyarham Noramfaizul. Ketibaan mereka telah di sambut oleh PM DS Najib dan TPM. Suasana gembira bercampur sedih. Jenazah allahyarham Noramfaizul telah selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan di masjid Subang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM petang tadi. Gomo telah berjanji akan menceritakan segala-galanya mengenai kejadian tersebut dalam masa terdekat.


Allahyarham adalah anak tunggal dalam keluarganya dan meninggalkan seorang balu serta dua orang anak lelaki yang masih kecil. Menurut rakan sekerja dan majikan allahyarham, beliau seorang yang rajin bekerja dan komited pada tugas. Kehilangannya amat dirasai oleh seluruh warga kerja BERNAMA.


Presiden NPC Kelab Akhbar Kebangsaan menyarankan agar diwujudkan segera S.O.P (Standard Of Operation) bagi setiap petugas media yang ditugaskan di kawasan zon perang dan merbahaya. Cadangannya itu amat dialu-alukan malah S.O.P untuk semua petugas bagi misi-misi bantuan kemanusiaan juga patut diwujudkan untuk meminimakan risiko serta meningkatkan keselamatan.

Nada Presiden NPC jauh berbeza dengan nada Pakatan Sosialis Pro Komunis yang menghina dan memperlekehkan segala usaha-usaha murni Kelab Putera 1 Malaysia dan jasa allahyarham.Pakatan Sosialis Pro Komunis sememangnya sudah bersifat kebinatangan yang hanya tahu menghina pihak lain kerana hasad dengki yang menebal dalam kegelapan hati minda mereka. 

Anggota lain misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia telah selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan kepada mereka semua ANDA ADALAH KEBANGGAAAN AGAMA BANGSA & NEGARA ! 

Alangkah mulianya terkorban dalam melakukan kerja-kerja amal daripada terkorban kerana mempercayai fitnah dan rekayasa Pakatan Sosialis Pro Komunis.

7 HARI 7 MALAM (TERMASUK MALAM RAYA) NEGARA TAK MERDEKA KATA MAT SABU

SINAR HARIAN: Pandangan tuan selepas 54 tahun Malaysia merdeka?

Mohamad Sabu: Saya sifatkan belum merdeka , (alasan-alasannya)
(1) tiada kebebasan media, 
(2) saya diserang tujuh hari tujuh malam, 
(3) apa salahnya beri rancangan setengah jam untuk saya bercakap, (4) media serang termasuk di malam raya, 
(5) saya rasa etika kewartawanan tidak ada, 
(6) saya kesal ini berlaku, tak pa la kecam saya, 
(7) tetapi beri ruang untuk menjawab, 
(8) beri saya membuat penjelasan dan ...
kita buat pertimbangan, 
ini rakyat tidak boleh buat pendengaran.

MAT SABU KATA NEGARA BELUM MERDEKA KERANA KEBEBASAN MEDIA TIADA ATAS SEBAB BELIAU DI SERANG 7 HARI 7 MALAM (TERMASUK DI MALAM RAYA)!


MAT SABU BERGULUNG LIDAH BERPUTAR KATA.

Anda patut ke pautan ini SINAR HARIAN - TEMURAMAH DENGAN MAT SABU. Anda akan dapat membaca bagaimana Mat Sabu bergulung lidah dan berputar kata mempertahankan sokongannya kepada perjuangan Komunis. 

Justifikasi beliau di dalam temuramah tersebut adalah seperti berikut:-
SH: Tuan tetap bertegas dengan kenyataan sebelum ini? 
Mohammad Sabu: Mat Indera adalah pejuang. Polis jangan panik, sebelum 31 Ogos, waktu itu kerajaan adalah British, selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka. Ini fakta. Jangan kita menganggap selepas 31 Ogos kita ada kerajaan yang sama. Tidak, bendera lain, lagu lain. Jadi kita perlu beza.
 
SH: Maknanya anggota keselamatan yang mati dalam tragedi Bukit Kepong itu tiada jasa kepada negara?
Mohamad Sabu: Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing, sebab di situ ada bendera Union Jack.
Mat Sabu lupa kepada FAKTA SEJARAH bahawa pada tahun itu UNION JACK tidak dikibarkan tetapi bendera PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948-1957 dan MALAYA berada di dalam tempoh transisi berkerajaan sendiri. Bermakna MALAYA antara 1948 -1957 adalah SEPARUH MERDEKA. 

Apabila wartawan SH bertanya kepada Mat Sabu takrifannya mengenai kemerdekaan, inilah jawapan Mat Sabu yang berbelit-belit dan cukup melucukan:-
SH: Pandangan tuan selepas 54 tahun Malaysia merdeka? 
Mohamad Sabu: Saya sifatkan belum merdeka , tiada kebebasan media, saya diserang tujuh hari tujuh malam, apa salahnya beri rancangan setengah jam untuk saya bercakap, media serang termasuk di malam raya, dijangka tidak berlaku peribadi, saya rasa etika kewartawanan tidak ada, saya kesal ini berlaku, tak pa la kecam saya, tetapi beri ruang untuk menjawab, beri saya membuat penjelasan dan kita buat pertimbangan, ini rakyat tidak boleh buat pendengaran.
Mat Sabu kata NEGARA BELUM MERDEKA SEBAB DIA KENA BALUN 7 HARI 7 MALAM. Tunggu apa lagi? Kornag gelak lah kuat-kuat !


ANDA PATUT MELIHAT SLID INI JUGA ! DARURAT & PENENTANGAN TERHADAP KOMUNIS.

ANDA PATUT LIHAT SLID INI ! PKMM, PKM MENYOKONG MALAYAN UNION!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...