Selasa, 3 Mei 2011

WAJIB BACA & SEBARKAN! Ting Hien 'Super Rasis' SIN CHEW DAILY

1. Mengikuti blog penganalisa bebas Politik Terhebat Negara, Dr. Novandri empunya blog Minda Intelek Melayu [M.i.M] dalam entrinya yang terkini SILA EDARKAN ! Sin Chew Daily, Ting Hien 'Super Rasis"!, menampilkan petikan luahan rasa seorang rakyat Malaysia keturunan Cina beragama Islam mengenai penulisan-penulisan bersifat pentebaran Semangat Cauvinis Rasisma Cina ala DAP oleh suratkhabar SIN CHEW DAILY bahasa Mandarin.Sila baca:-
KARIM CHAN
Ipoh, Perak

SEBAGAI seorang mualaf yang boleh membaca akhbar-akhbar Cina di negara ini, saya sangat kesal dengan tulisan Timbalan Pengarang Sin Chew Daily, Tay Ting Hien yang bersifat 'super rasis'.

Hujah-hujah beliau dalam artikel bertajuk 'Awak siapa?' dalam ruangan Sudut Pendapat halaman 24 pada 25 April 2011 terutama ketika 'menyerang' Utusan Malaysia dan orang Melayu, bagi saya adalah sangat cetek dan sudah ketinggalan zaman.

Penulisan yang mendakwa Utusan Malaysia dan orang Melayu bersifat perkauman, bagi saya hanya sesuai ditulis pada zaman dinosaur dan pada masa sekarang ia sebenarnya tidak bernilai satu sen pun.

Tiada siapa yang wajar menuduh orang Melayu dan syarikat akhbar kaum itu bersikap perkauman kerana sejarah telah membuktikan nilai budi orang Melayu yang secara semula jadi bersikap bertolak ansur dan sentiasa menolong tanpa mengira kaum.

Kerana sikap terbuka orang Melayu ini, kita lihat ekonomi dan sistem pendidikan orang Cina di Malaysia terus berkembang maju. Kerana sikap inilah, maka MCA dan Gerakan dapat berada dalam gabungan politik Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama mentadbir negara.

Dalam artikel itu, Ting Hien menuduh Utusan Malaysia dan orang Melayu bersikap perkauman manakala kaum Cina adalah sebaliknya. Ia sebenarnya hanya mengulangi tuduhan sama yang dibuat pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini.

Beliau memberi contoh seorang pemandu lori, Ong Kim Koon, 52, yang dianggapnya sebagai wira dalam membantu sepasang suami isteri Melayu yang cedera parah tersepit dalam kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dekat Tesco Ampang, 14 April lalu.

''Dalam kejadian pada tengah malam itu, Zainal Mohammad Yusoff, 45, dan isteri, Rosamiah Hashim, 38, cedera parah. Kim Koon segera turun daripada kenderaan dan mengangkat Zainal ke bahu jalan.

''Apabila kembali mahu menolong Rosamiah, tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan laju melanggarnya dan dia terseret beberapa meter. Pemandu MPV tersebut yang kemudiannya di kenal pasti sebagai seorang pemuda Cina terus memecut meninggal tempat itu,'' tulisnya.

Dengan pertolongan itu, Zainal dan isterinya selamat manakala Kim Koon meninggal dunia setelah kedua-dua kakinya yang terpaksa dipotong dijangkiti kuman.

Apakah agenda tersembunyi Ting Hien menjadikan kejadian itu sebagai bahan utama dalam penulisannya sambil menyifatkan sikap yang dipamerkan Kim Koon itu sebagai hebat dan luar biasa? Sedangkan ia adalah perkara lumrah yang terjadi dalam masyarakat Malaysia.

Kenapa tidak ditulis kisah-kisah pengorbanan orang Melayu membantu kaum Cina ketika kebakaran, banjir dan kemalangan. Ketika rusuhan kaum 1969, ramai juga orang Melayu yang memberikan perlindungan kepada sahabat-sahabat mereka yang terdiri daripada kaum Cina di kediaman masing-masing.

Satu perkara lagi yang menimbulkan kemusykilan saya adalah kenapa beliau mempersoalkan, adakah Utusan Malaysia melaporkan berita mengenai jasa Kim Koon itu.

''Kim Koon seorang rakyat Malaysia yang berhati perut dan berperikemanusiaan, dia tidak mengenal warna kulit, yang dia kenal adalah nyawa manusia,'' tulisnya.

Sikap mempersoalkan hati budi orang Melayu hanya akan menimbulkan perasaan tidak senang kaum itu. Ini akan menyebabkan orang Melayu bertindak balas termasuk tidak menyokong calon MCA dan Gerakan.

Jika ini berlaku, sudah tentu ramai calon MCA dan Gerakan yang bergantung nasib kepada undi Melayu akan kalah. Jika ini berlaku, ia hanya akan menguntungkan DAP.

Saya juga kesal dengan sikap Ting Hien yang menyifatkan orang Melayu yang mempertahankan hak mereka sebagai golongan yang membawa hujah perkauman bodoh dan mengabaikan sifat tolong-menolong.

Sikap menggelar pihak lain dan tindakan yang dilakukan golongan itu dengan ungkapan 'bodoh' jelas mencerminkan nilai peribadi penulis yang bersifat rasis dan memandang rendah kepada orang lain.

Bagi saya pola sokongan masyarakat Cina yang semakin berubah untuk menyokong DAP adalah berpunca daripada hasutan-hasutan akhbar Cina terutamanya Sin Chew Daily. Anehnya perlakuan sama tidak pula menjadi amalan akhbar-akhbar Cina di negara lain.

Kerana hasutan seperti ini, saya sendiri tidak lagi membenarkan anak-anak membaca akhbar berkenaan.

Dalam pada itu, saya masih tertanya-tanya kenapa Sin Chew Daily memberikan terlalu banyak ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menulis.

Terbaru membabitkan tulisan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 36 pada 23 April 2011.

Tulisan bertajuk 'Keadilan dan kebenaran tidak perlukan pengalaman' memuji parti itu kerana berjaya menarik bekas pimpinan muda MCA, golongan belia dan wanita jelita untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 lalu.

Guan Eng mendakwa DAP berjaya berbuat demikian kerana dasar perjuangan parti itu berlandaskan kepada keadilan dan kebenaran.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut berhujah, dakwaan BN bahawa pemimpin parti itu tidak berpengalaman memerintah negeri dan negara tidak boleh diterima kerana perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran tidak memerlukan pengalaman.

Bagi saya kesempatan yang diberikan kepada pemimpin DAP untuk menulis bertujuan mewujudkan imej positif parti itu di kalangan masyarakat Cina sekali gus memastikan ia mendapat sokongan padu ketika pilihan raya umum nanti.

Sebagai kesimpulan, segala artikel yang disiarkan Sin Chew Daily sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi, sarat dengan unsur-unsur perkauman dan tidak boleh dipercayai sama sekali - UM
TIDAK DINAFIKAN, WUJUDNYA SENTIMEN AGENDA CINA YANG KUAT PADA MASAKINI DAN KEGUSARAN PARA PENDUKUNGNYA DI ATAS AGENDA BERSATU MELAYU 1948, UNTUK MENEWASKAN AGENDA SUPER RASIS CINA INI DEMI MENYELAMATKAN KAUM CINA, KITA WAJIB TERUSKAN DAN ZAHIRKAN AGENDA MELAYU INI , INGAT PESAN DATO ONN, ' TUNJUKKAN DALAM DIRI KITA MASIH ADA SEMANGAT NENEK MOYANG KITA !" DAN PESAN TUN DR MAHATHIR  " JIKA BERLAKU 2 SISTEM PARTI YANG BERASAKAN KEPADA DOMINASI MELAYU DAN CINA, MALAPETAKA AKAN BERLAKU'


SELAMATKAN MALAYSIA!

EDISI SARAPAN: Malikul-Mulk

. 
1. EDISI SARAPAN , senaman minda dan akal pada hari ini ialah memikirkan mengenai MALIKUL-MULK.  iaitu mengenai KUASA PEMERINTAHAN. Ianya juga berkaitan dengan MALIKUS-SULTHAN dan SULTHANUL-MULK. 

2. Cuba kita renungkan, dari manakah datangnya kuasa memerintah ini? Sudah tentulah datangnya daripada ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA. Itulah kuasa Mutlak. Manusia sebagai KHALIFATULLAH FIL ARDHI diberikan amanah untuk mentadbir bumi ini dan menguasainya. Ditundukkan semua yang ada di bumi ini bagi keperluan manusia. 

3. Manusia pada zaman ini, memerintah dengan memakai gelaran PRESIDEN dan PERDANA MENTERI , manakala sesetengah negara yang mengamalkan  DEMOKRASI RAJA BERPERLEMBAGAAN mengekalkan status Raja-raja mereka dengan gelaran-gelaran yang wajar tapi sudah tiada lagi gelaran MAHARAJA. 

4. Begitu juga tiada lagi kedengaran gelaran KHALIFAH atau gelaran AMIRUL MUKMININ, tapi jangan terkejutlah jika anda membaca Sumpah Jawatan YDPA dan gelaran yang terpakai kepada Sultan-sultan Melayu, Cuba anda perhatikan. Begitu juga perhatikanlah juga Sumpah Ikrar Jawatan sebagai Perdana Menteri, Ahli PArlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di Malaysia ini. 

MARI KITA BERTANYA, PRESIDEN DALAM BAHASA INGGERIS, PERDANA MENTERI DALAM BAHASA MELAYU, SULTAN DALAM BENTUK BAHASA MELAYU , KHALIFAH ISTILAH DALAM BAHASA 'ARAB. BANDINGKAN DENGAN ISTILAH WATER  DAN AIR. BUKANKAH MERUJUK KEPADA PERKARA YANG SAMA? FIKIRKANLAH.


LU ORANG FIKIRLAH SENDIRI

Mat Sabu Berinzalan Keterujaan Bakal Jadi Menteri Hal Ehwal Senggama.

1. Dalam bab seksual ini atau bahasa lembutnya senggama, serahkan saja kepada kepakaran Pakatan Jahat PASDAPKR. Kelacuhan Melampau semakin menjadi-jadi dalam Pakatan Jahat PASDAPKR. Terkini, Mat Sabu mengeluarkan satu kenyataan dalam mood berinzalan keterujaan ke atas isu Pengabungan UMNO dan PAS dalam Barisan Nasional seperti berikut (mengikuti blog Media Permatang Pauh MPP), lapuran asal di sini DAP LEBIH BAIK DARI UMNO
"Dulu, bekas Presiden PAS Dato ' Asri Muda keluar Pas dan masuk UMNO serta mati dalam UMNO..., bekas Naib Preseiden Pas Nakhaei Ahmad jugak akhirnya masuk UMNO... Tapi tu duluuuu... sekarang mana ada dahhh..."
2. Apakah yang dimaksudkan oleh Mat Sabu dengan kenyataan ini? Dia memerli dan menyindir Presiden PAS Hj Hadi kerana idea Kerajaan Perpaduan.  Pengakuannya bahawa PAS tidak mungkin berpisah dengan UMNO amat jelas.

Jangan terkejut kalau nanti ada anak pemimpin PAS yang masuk DAP.. Pasai apa..? Pasal sekarang ni keadilan dan sikap bertanggungjawab DAP kepada rakyat memungkinkan anak-anak muda berminat menyertai DAP". Kata Mat Sabu.
3. Di sini dia perli dan sindir mengenai sikap anak-anak segelintir pemimpin PAS yang mungkin menjadi musuhnya dalam pertandingan pemilihan ataupun yang di taja oleh DAP mahupun PKR di samping menyindir anak angkat Khir Johari yang menjadi Setiausaha Politik kepada Guan Eng. 

Mat Sabu kata lagi... "anak-anak muda ini melihat pemimpin DAP sebagai contoh sikap kerajaan yang menjagakan kebajikan rakyat dan hidup tanpa rasuah. Tengok contoh gaya pimpinan YAB Lim Guan Eng yang ingin mengikut Khalifah Umar bin Abdul Aziz".
4. Mat Sabu menyindir dominasi dan penguasaan DAP dalam Pakatan Jahat PASDAPKR yang mana tidak mampu di bantah dan di lawan oleh kepimpinan PAS sediaada dan kegagalan kepimpina PAS Pusat serta di peringkat negeri seperti Nizar Lambai, Pesuruhjaya PAS Selangor dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang gagal mengatasi DAP di samping menyindir kepimpinan Nik Ajih yang di lihat olehnya sebagai liabiliti kepada PAS. Baca juga analisa dna pendapat dari blog ini mymassa disini 

PERPADUAN ISLAM BERSAMA PAS? HENTIKANLAH MIMPI SIA-SIA INI

KENYATAAN TERBARU MAT SABU INI MEMBERIKAN PETANDA BARU BAHAWA SEMEMANGNYA BAKAL TERJADI DI MANA PAS DAN UMNO AKAN BERGABUNG. MAT SABU TIDAK AKAN BERTANDING JAWATAN PRESIDEN PAS JIKA TIADA PADA PERHITUNGANNYA BAKAL MENJADI HABUAN SESUATU. FIKRIKANLAH.


POLITIKUS SEPERTI MAT SABU AMAT LICIK DALAM MENGAMBIL KESEMPATAN.

PKR Selangor Jadi Dungu Dengan 2/3 Majoriti Tanpa Perlu Bubar DUN Selangor.


Kredit Gerakan Anti PKR
Angan-angan Mat Jenin 2/3/ Majoriti PKR Selangor
Bubarkanlah DUN Selangor !

1. MELUCUKAN. PKR Selangor melalui lisan DUN Sri Muda yang berniat untuk menggulingkan DYMM Sultan Selangor . Mengikuti blog Gerakan Anti-PKR, lapuran penuh di sini , PKR SELANGOR YAKIN DAPAT 2/3 MAJORITI .

2. PKR Selangor cuba menipu diri mereka sendiri dan kerana sebelum itu Khalid G, enggan membubarkan DUN Selangor jika PArlimen dibubarkan. Jika benar dakwaan terbaru PKR Selangor ini, JOM BUBARKAN SAJA DUN SELANGOR DALAM MASA TERDEKAT INI ! BAK KATA GAP .. JOM RENTAP ! BUKTIKAN KEJANTANAN PKR SELANGOR YANG BACOL !

ADA BERANI KA BOS SUHAIMI BUBAR DUN DALAM BULAN JUN INI? GERENTI DIA TAK BERANI SEBAB SERONOK DUDUK ATAS KERUSI EMPOK. CAKAP TAK SERUPA BIKIN PKR SELANGOR INI ! DASAR PEROMPAK LAH KATAKAN.


PKR SELANGOR, CUKUP-CUKUPLAH MENIPU TU ...NANTI TERTIPU

X-KLU-SIXTY TWO.. Edisi Terkini Video Salahlaku Seksual Anwar Ibrahim. Versi Papagomo Vs Papa Homo.






Mengikuti blog papagomo dalam entrinya. Lihat video salahlaku di ambil dari laman papagomo (jangan lupa layari laman papagomo untuk update terkini video salahlaku seksual Anwar Ibrahim!) PAPAGOMO VS PAPA HOMO FULL VERSION 

Papagomo bakal meledakkan pendedahan mengenai PELAN BESAR ANWAR MENAKLUKI MALAYSIA jadi ikutilah blog papagomo dari masa ke semasa. The Best Exposure Blogger !

INGAT, MELIHAT VIDEO SALAHLAKU SEKSUAL ANWAR ADALAH UNTUK MENCARI KEBENARAN DAN BUKAN KERANA KELUCAHAN. KITA BERI PAKATAN JAHAT DAN ANWAR KEPANASAN !


DEDAH JANGAN TAK DEDAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...