Ahad, 3 Mei 2015

P.091 PRK ROMPIN, PAS: HUDUD TAK SETEL ADA HATI NAK SETEL GST?



Dalam kempen PRK Rompin, PAS gunakan tema 'Tolak GST' tapi melarikan diri dari 'perjuangan PAS' sendiri yakni Hudud. Kononnya, kalau PAS menang maka gomen akan batalkan GST, Itu ler 'Janji Manis' PAS sama taraf dengan janji sorga PAS sebelum ini. Jadi nampak sangatlah PAS menabur 'Janji & Harapan' yang belum tentu lagi PAS mampu 'Tunaikan & Laksanakan'.

Bayangkanlah, dari masa poknik masih hidup sampai poknik jadi arwah, 'Janji & Harapan' PAS nak laksanakan Hudud walaupun satu hari, masih gagal PAS laksanakan baik di Kelantan mahupun di Selangor !

Malah dalam 'Janji & Harapan HUDUD' yakni dasar utama perjuangan PAS, katanya, pun PAS gagal 'Tunaikan & Laksanakan' waima menguasai Kelantan dan mempunyai kerusi sama banyak dengan DAP di Selangor. 

Dalam HUDUD pun, PAS bersengketa sesama sendiri. Terbelah bahagi kepada dua kumpulan besar dan akhirnya melahirkan pulak PASMA. Itu perjuangan dalam rumah mereka sendiri pun PAS tak mampu nak handel. Inikan plak benda sebesar GST. Takat Tuan Ibrahim Tuan Man buat stetemen lawak nak buat CGT, buleh ler. Takat gebang je lar kasi pancing. 

Komitmen PAS dalam Hudud pun dah ke laut. Pasal Hudud, Dapigs & PKR sanggup taja puak PASMA dan mulakan gerakan menggulingkan Presiden PAS dan kumpulan pro Ulama PAS. Ini PAS nak berikan lagi 'Janji & Harapan' palsu seperti ;Janji & Harapan Hudud'? Haish bior benor wehhh. Takkan asik kena tipo sokmo dengan puak PAS neyh. 

Jentera yang berkempen di Rompin pun kebanyakannya ialah jentera dari kelompok Pro Ulama. Puak Liberal PAS dan PASMA langsung tak nampak batang hidung pun. 

Berkenaan GST pulak, Mufti Kelantan pun bersetuju dengan GST. Jadi, dimanakah Komitmen dan Kesungguhan PAS dalam isu GST ini sebenarnya? Nampak tak PAS gunakan GST ini cuma nak meraih undi sahaja dan bukan untuk berkorban dan berikan komitmen sepenuhnya kepada rakyat. Faham?

Lagi mahu taruh dan letak Harapan kepada PAS ke dalam hal ni? PAS kalau kalah pun , rakyat tak rugi apa-apa. Tapi kalau PAS menang, rakyat banyak kehilangan dan kerugian seperti yang dialami oleh pengundi di Selangor, Kelantan dan di Temerloh tu. Haish, belajarlah dari kesilapan. PAS ini cuma cakap je lebih, buatnya TIDAK ! Cepat tadah TIN MILO .....



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...