Selasa, 25 November 2014

DS NAJIB BERTANYA ; DI MANA SILAP UMNO BARU , AMBE JAWAB ......


بسم الله لا اله الا الله محمد رسول الله

'DI MANA SILAP KITA (UMNO BARU) ?" tanya DS Najib kepada hadirin di Konvensyen UMNO BARU WPKL. 
  1. Sebelum ambe menjawab pertanyaan itu dari kacamata seorang pengundi BN kerana mempercayai UMNO selaku peneraju dan imam kepada BN akan meneruskan warisan perjuangan orang terdahulu, ambe petik kata-kata DS Najib di Serdang mengenai kapchai, subsidi minyak & petani:-

    SERDANG, 22 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap kenaikan harga petrol berikutan langkah kerajaan memansuhkan subsidi petrol tidak akan memberi kesan kepada golongan petani negara.Najib berkata, hal itu disebabkan golongan petani negara terdiri daripada mereka bermotosikal enjin berkapasiti kecil yang beliau sebut sebagai ‘kapchai’ berbanding golongan kaya yang menggunakan kereta mewah.“Rugi kita beri subsidi minyak sebab apa? Tuan-tuan semua bawak kapchai. Betul tak? “Orang di sini (bandar) pakai kereta Mercedes, kereta besar. Sekali isi minyak 75 liter, kita isi minyak tujuh liter sebab motor kapchai,” kata Najib dalam ucapan perasmian Expo MAHA 2014, di sini, hari ini. Jelas beliau, kerajaan akan menyalurkan peruntukan yang lebih besar terhadap sektor pertanian jika mekanisme baru ini berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Najib turut membandingkan kenaikan harga minyak di Indonesia 55 sen yang menurutnya lebih tinggi berbanding Malaysia.

  2. Baiklah, kini ambe nak menjawab pertanyaan DS Najib itu.


  3. Kesilapan pertama UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib ialah kerana gagal menaiktaraf kapchai petani kepada mercedes. Petani-petani tradisional Melayu di kampung-kampung gagal di bantu untuk menjadikan mereka jutawan. Memang ada bantuan diberikan, tetapi tidak mencukupi dan tidak strategik serta praktikal untuk menaiktaraf kehidupan petani Melayu.

  4. Kesilapan kedua UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib ialah, seringkali mengeluarkan kata-kata yang menguris hati penyokong dan pengundi mereka sendiri seperti kata-kata yang dihamburkan olehnya di Serdang itu. Tak perlulah ambe justifikasikan kenapa dan mengapa. Anda semua lebih berotak berbanding konsultan DS Najib.

  5. Kesilapan Ketiga UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib ialah gagal memahami kondisi sebenar kesulitan dan kesusahan MELAYU yang sebenarnya.

  6. Kesilapan keempat UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib ialah gagal melaksanakan suatu polisi berkesan untuk menaiktaraf kehidupan dan ekonomi orang MELAYU baik di bandar mahupun di luar bandar.

  7. Kesilapan kelima UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib ialah gagal memastikan terlebih dahulu MELAYU di bandar dan Melayu di luar bandar mempunyai ekonomi yang teguh dan simpanan berpuluh juta dalam bank sebelum menarik semua subsidi minyak dalam Pelan Tranformasi beliau.

  8. Kesilapan keenam UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib ialah sengaja mengambil sikap cuai, lalai, lewa dan selesa dengan sokongan daripada MELAYU.

  9. Kesilapan Ketujuh UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib ialah gagal memperkasakan ekonomi MELAYU Bandar dan di luar bandar sehingga mereka mampu menempuh cabaran dan bersaing dengan sihat dengan kaum lain dalam bidang ekonomi.

  10. Kesilapan kelapan UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib ialah tidak mengambil berat pesanan-pesanan dan teguran-teguran yang telah di buat selama 29 tahun melalui surat-surat peringatan yang telah di hantar sejak 1991. Surat terakhir bertarikh pada 31.11.2013.

  11. Kesilapan-kesilapan lain sila fikir sendiri dalam kejujuran. Penat jari nak menulis plak.

  12. Sebenarnya amat mudah untuk UMNO BARU menarik kembali sokongan dan kepercayaan daripada MELAYU samada di Bandar atau di luar Bandar.

  13. Caranya ialah UMNO BARU wajib melakukan Gerak Kerja memastikan setiap keluarga MELAYU mempunyai Simpanan berpuluh juta dalam bank, tiada hutang, mampu memliki aset-aset strategik di bandar-bandar utama dan kembalikan I.S.A.

  14. UMNO BARU di bawah kepimpinan DS Najib juga mampu membuat MLM khas dan khusus untuk MELAYU > Bagaimana cara dan kaedahnya, DS Najib boleh fikirkan kerana MELAYU kan ramai bijak pandai dan amat sukses dalam bidang MLM.

  15. Adakah UMNO BARU dibawah kepimpinan DS Najib Berani Melakukan Tranformasi Hebat untuk mencapai sasaran itu? 

1 ulasan:

SolitaireHunter berkata...

Mencadangkan semua blogger Pro UMNO meng'grayscale' kan blog masing-masing sepanjang PAU ini sebagai tanda protes!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...