Jumaat, 26 September 2014

3 JAWATAN EXCO & 1 TIMBALAN SPEKER - AZMIN MULA BERMAIN SEPERTI MAHATHIR , ANWAR & PEMANDU



JUMAAT 26 SEPTEMBER 2014,: AZMIN ALI mula bermain seperti Mentor Utamanya, Mahathir dan Pelindungnya, Anwar Ibrahim dengan menggunakan kaedah PEMANDU- Najib. Dalam pada Azmin Ali menyedari bahawa beliau menjadi Fokus Utama kritikan dan ancaman dalaman; beliau juga taklah bongok punya manusia. 

Azmin Ali menyusun semula EXCO dan jawatan Timbalan Speker DUN. Nik nadzmi beliau naikkan menjadi EXCO (suatu jawatan di mana Nik Nadzmi tidak begitu cemerlang) dan membeku-aiskan satu jawatan EXCO PAS menjadi satu Jawatan Peti Sejuk- Timbalan Speker DUN. 

Kenapa Azmin Ali memberikan jawatan Timbalan Speker kepada PAS? 

Adakah kerana wakil PAS layak atau sebagai bentuk Pertahanan kepada sebarang usaha usul Undi Tak Percaya kepadanya? 

Mahathir yang terkenal dengan slogan 'Lebih Baik Bekerja Dengan Setan Yang Dikenali dari Malaikat Yang Tak DiKenali' selalu menggunakan kaedah itu untuk merubah mana-mana individu yang anti kepada nya menjadi Pengikut Yang Setia. Itulah yang Azmin Ali lakukan. Yakni menjadikan musuh politik nya menjadi pengikut yang setia dalam DUN. 

Dengan melantik individu yang dipercayai olehnya menjadi Timbalan Speker DUN dari PAS, akan menyebabkan PAS alah-malu untuk membuat Usul Undi Tak Percaya terhadapnya. Lebih baik beliau korbankan saja satu jawatan EXCO PAS dan digantikan dengan Timbalan Speker DUN. Mudah banyak Azmin Ali nak kawal dan menten pra -syarat 'Menguasai Kepercayaan Majoriti ADUN'. 

Sekaligus tindakan Azmin Ali itu terus mematikan langkah ADUN PAS yang setia kepada Presiden PAS. 

Selanjutnya, 12 ADUN BN terpaksa lah menjadi ADUN BAIK dan ANGGUK KEPALA kerana tak dapat bersekutu dan melaksanakan kaedah ' Musuh Kepada Musuh Saya Adalah Kawan Saya'. 

Bukan itu saja, Azmin Ali pun turut menyailang sebarang gerakan dan usaha sabotaj daripada ADUN DAP yang anti kepadanya dan anti kepada Dinasti Lim. 

Malah, tindakan Azmin Ali itu turut mengekang sebarang kelaku 'Nakal' Kak Wan Jijah tersayang terhadap diri beliau. 

Manakala akar umbi PAS yang setia kepada Presiden PAS, akan mampu ternganga mulut sahaja memandangkan ADUN mereka yang menjadi EXCO dan Timbalan Speker DUN akan mempertahankan Azmin Ali kerana 'termakan budi'. 

Politik 'Makan Budi' ini amalan PEMANDU yakni 'Membeli Sokongan Melalui Pemberian'. 

Azmin Ali adalah seorang Tokoh yang di lihat oleh kelompok elitis bangsawan Politikus Muda Malaysia sebagai Harapan Batu Loncatan New Skool melawan Old Skool Politikus. 

Realitinya, kejayaan Azmin Ali menjadi MB Selangor disorak sorai oleh kelompok Selfie Elitis Bangsawan Politikus Muda Negara sebagai Kejayaan New Skool ke atas Old Skool. 

Oleh kerana peratusan pengundi pada PRU14 dikuasai oleh Pengundi Muda, maka kita akan melihat bagaimana puak New Skool ini mengatasai dominasi dan hegemoni Old Skool nanti. 

Selepas PRU 14; kita akan menyaksikan Kebangkitan Puak Elitis Bangsawan Politikus New Skool ini terhadap Old Skool. 

Menarik bukan? Baru sikit je tu ambe kongsi stori dengan korang.

Ada banyak lagi tapi kalau terus bukak cerita 'Ending' tak syok ler kan.

So, makan kuaci atau kacang , buka mata luas-luas dan plis enjoi the Filem sampai abis. 

Jangan Marah yaaa....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...