Selasa, 1 Julai 2014

KEJAYAAN POLITIKUS MALAYSIA SELEPAS PRU 12 & 13- HAK MELAYU & HAK ISLAM TETAP JADI KOMODITI

MELAYU BERPECAH ?
TIDAK, 15,121,200 juta manusia Melayu tidak berpecah.
Yang berpecah belah ialah para politikus dari semua parti politik.
Kerana gara-gara anak-anak buah politikus yang semakin hari semakin kuat mencuri hak-hak oranglain untuk melaksanakan Agenda Peribadi mereka. 

Apa Yang DiPerjuangkan Oleh Politikus dan macai media sosial mereka?
Politikus
 dan macai mereka di media sosial memperjuangkan isu-isu politikal yang menjual Hak-hak Melayu dan hak-hak Islam.
Jika anda perhatikan, semua status macai-macai politikus bertumpu kepada isu-isu polemik yang akhirnya ada hak-hak Melayu dan hak-hak Islam terjual.
Pada masakini, senario politik Malaysia yang diamalkan oleh politikus ialah menjadikan semua hak-hak Melayu dan hak-hak Islam sebagai Komoditi Di Pasaran Politik Yang Paling Laris.
Melayu dilalaikan dan dialpakan oleh macai-macai politikus di media sosial dengan isu-isu politikal yang tidak bermanafaat kepada kebajikan dan kepentingan Melayu dan Islam. 

Kenapa Boleh Berlaku Sedemikian?
Ini kerana, rata-rata jentera dan penyampaian maklumat melalui media sosial daripada sumber-sumber kilang-kilang fitnah dan adu domba politikus, dikuasai oleh kumpulan-kumpulan tertentu daripada politikus sahaja.
Mereka ini akan memilih apakah yang akan diketengahkan.
Sudah tentu segala isu kepentingan dan kebajikan rakyat dan Melayu dipinggirkan terus.
Contohnya, mengenai isu Kampung Chubadak Tambahan.
Hanya isu-isu politikal yang memberikan manafaat dan perbatuan politikal kepada mereka sahaja yang mengandungi Agenda Peribadi mereka diketengahkan.

Apa Yang Anda Perlu Buat?
Pertama, jangan mempercayai seratus peratus berita-berita yang disampaikan oleh mana-mana pihak.
Kedua, anda sendiri perlu ketengahkan semua isu-isu yang memberikan kebajikan dan kepentingan anda. 
Ketiga, pastikan anda mengumpul seramai mana yang boleh dan kekalkan kumpulan anda dengan perjuangan yang anda ingin ketengahkan. 

Jangan Biarkan Politikus Menguasai Anda di Media Sosial. 
Anda tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada isu-isu politikal yang dibangkitkan oleh macai-macai politikus. Mahupun mempercayai segala gambar-gambar yang dimuatnaik oleh politikus dalam gaya 'Selfie'.
Politikus pada masakini tidak akan membantu anda untuk maju ke hadapan.
Bagi mereka, kemajuan anda dalam kehidupan adalah satu bala bencana dan malapetaka buat mereka. 
Bila tiba masa PRU, anda perlu pastikan anda ada kumpulan yang besar dan paksa cemua calun-calun bertanding menandatangani Perjanjian Sosial dengan kumpulan anda.
Ini supaya mereka boleh disaman oleh kumpulan anda bilamana mereka gagal menunaikan janji-janji mereka. 
Kaedah itu akan ambe huraikan dan perjelaskan kepada anda semua dalam artikel-artikel akan datang.

Ingat ! Politikus Tidak Akan Ambil Peduli Kepada Anda Selagi PRU Belum Tiba. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...