Rabu, 14 Mei 2014

AMBE NASIHATKAN NAJIB , RAOP, JELANI, KU NAN JANGAN OBER MELATAH, STATUS-QUO BN DI GANU MASIH KEKAL.

"KOMPOSISI BN ADALAH UNIK. KERANA BN BERWUJUD SEBAGAI SEBUAH ENTITI BERDAFTAR GABUNGAN PELBAGAI PARTI. BN ADALAH SEBUAH ENTITI PARTI YANG SAH BERTANDING ATAS NAMANYA DAN KEWUJUDANNYA SENDIRI. ENTITI BN BERBEZA DAN BERDIRI SENDIRI BEBAS DARI KEWUJUDAN ENTITI GABUNGAN PARTI-PARTI POLITIK YANG MENJADI KOMPONENNYA. ANDAIKATA, KESEMUA KEWUJUDAN KOMPONENNYA SUDAH TIADA, BN MASIH SAH WUJUD SEBAGAI SEBUAH ENTITI BERDAFTAR- Ini teknikaliti perundangan yang 'Terlepas Pandang' dek semua Politikus dalam BN"

Satu perkara yang menarik mengenai BN ialah :-
  1. Ianya sebuah Entiti yang berbeza dan tersendiri dari semua komponen parti politik yang menggangotainya. BN adalah BN dan tidak boleh disamakan dengan wujud entiti semua komponenan yang mengangotainya.
  2. Andaikata, kesemua dan setiap satu komponennya tidak wujud, BN masih sah wujud sebagai suatu ENTITI yang berdaftar dan sah bertanding. 
Apakah relevannya poin ini kepada situasi gawat di Ganu?

Pertama, betul ke Ganu dalam gawat atau yang berada dalam kegawatan adalah orang-orang yang berkepentingan kerana 'terpukul' dengan tindakan Mat Said? Lalu, mereka terus 'Melatah' dan terkinja-kinja sendiri ?

Kedua, Ambe berpandangan, status-quo BN di Ganu tidak terjejas sikitpun dengan tindakan Mat Said dan beberapa ADUN yang mengikuti jejak Mat Said. Apakah alasan dan hujah ambe berkata demikian? BN menang dengan majoriti tipis di Terengganu. Yang menang ialah entiti bernama BN. Ini fakta dan poin yang utama.

Mat Said cuma istihar keluar UMNO. Ada dua persoalan disini.
Adakah perlucutan keahlian UMNO oleh Mat Said atas kerelaannya berkuatkuasa serta-merta?
Adakah perlucutan tersebut menyebabkan BN hilang majoriti mudahnya?

Jawapannya, Mat Said istihar keluar UMNO tapi tak keluar BN. Dan status keahliannya dalam UMNO masih kuatkuasa sehinggalah ditahkikkan dan disahkan oleh UMNO Pusat. Selagimana UMNO Pusat tak menerima pengisyitharan Mat Said, selagi itu Mat Said masih ahli UMNO.

Mat Said bertanding diatas tiket BN sebagai ahli UMNO. Yang menang ialah BN dan bukannya entiti bernama UMNO. Andaikata, Mat Said bukan ahli UMNO sekalipun atau bukan ahli BN, ianya tetap tidak menjejaskan status kemenangan BN. Kerusi tetap kerusi BN. Sehingga kini, Mat Said masih menyatakan sokongan kepada BN. Dan tiada lagi pengumuman daripada Mat Said menyatakan beliau tak sokong BN mahupun keluar BN.

Jadi betullah kesimpulan yang dibuat oleh SPR. Cuma tukar MB sahajalah.
Sebab itu , jangan lah ober melatah sangat dengan tindakan Mat Said. 
Siapa yang ober melatah itu tanda orang tu ada 'benda' lar.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...