Isnin, 28 April 2014

HUDUDFOBIA, REFORMER & SATU ORANG UNDI UNTUK SEMUA- FENOMENA TERKINI MALAYSIA


HEBAT politikus Malaysia.
Memang hebat sebab ada yang mendakwa politikus Malaysia mampu memberi arahan kepada kerajaan Jepun, memberi arahan kepada Presiden Amerika dan mampu menyelesaikan masalah dalam satu saat. Tak hebat ke begitu?
Itulah Politikus Malaysia. Segala benda semua boleh belaka. Yang tiada boleh diadakan dan yang ada boleh ditiadakan. Yang salah boleh dibenarkan dan yang benar boleh dipersalahkan. Hebat kan?
Mujurlah, Malaysia ini ada pada alaf dan zaman kini.
Kalau ada pada zaman kerajaan Rum dan Parsi, Gerenti dua empayar besar itu pun Malaysia mampu berikan ARAHAN. 

Hududfobia. 
Ini kisah pasal hududfobia pun bukan perkara baru. Isunya sudah lama, selama 1434 tahun hijrah lagi.
Ianya bermula sejak baginda Rasullullah s.a.w.diperintahkan menyempurnakan semua syariat-syariat segala para nabi dan rasul sejak Nabi Adam a.s. diturunkan ke bumi.

Tapi ramai sudah lupa bahawa pada zaman ini, dunia dikuasai oleh puak dajal. Dan puak Islam hanyalah minoriti sahaja. Jumlah orang Islam tidak ramai dan kita tidak sekuat sewaktu zaman kegemilangan Islam seribu tahun lepas.

Bagaimana kita hendak menegakkan syariat sedangkan masalah ibadat seperti membaca YaaSiin pada malam Jumaat, melakukan tahlil, membaca doa qunut, majlis sambutan maulidur rasul dan membaca talqin pun masih tak setel-setel sesama kita?

Kita masih lagi berpuak-puak mengikut selera dan kehendak memasing. Sampaikan ada puak mengkafirkan pula puak yang lain. Jadi puncanya adalah kita juga. Kita seringkali menafsir kehendak kita sebagai mewakili Allah Ta'ala, sedangkan kita pun tak tahu apa-apa melainkan apa yang telah diwahyukan kepada baginda Rasullullah s.a.w. Kita saja yang banyak perasan lebih pandai dan lebih tahu daripada oranglain. Itulah punca Hududfobia. 

Reformer.
Janganlah kita menyalahtafsir apa yang Obama luahkan pandangannya mengenai DS Najib.
Kalau Obama berpandangan  DS Najib ialah seorang reformer ke transformer ke , itu luahan peribadinya diatas menghormati seorang rakan dalam kapasiti seorang Ketua eksekutif sebuah negara berdaulat.

Andaikata, tidak suka dengan kata-kata Obama, cuba fikir semula, kita ini siapa?
Kalau kita ini handal dan hebat, sudah tentulah kita menjadi PM sekarang ini dan bukan DS Najib.
Mujurlah ada seorang Presiden Amerika yang berkata baik terhadap Perdana Menteri kita. 

Satu Orang Undi Untuk Semua.
Kehebatan PKR memang tidak dinafikan.
Lebih hebat dan lebih pandai daripada SPR.
Malah tak keterlaluan dikatakan punyalah tinggi taraf PKR sehinggakan Presiden Amerika pun tak layak nak berjumpa dengan ketua PKR.

Malah, teramatlah hebatnya PKR sehinggakan ada terakam peristiwa seorang petugas diberikan kuasa untuk memangkah kertas undi dalam bilik hotel. Begitulah telusnya dan jujurnya pemilihan pucuk pimpinan dalam PKR, tak mampu SPR nak tandingi. Itu belum stori lagi pasal DAP punya pemilihan. Sampai komputer pun boleh buat silap kerana kesempurnaan budaya DAP begitu utopia sekali, Komputer pun tak 'Up to the Standard'.

Kesimpulan.
Memang hebat politik Malaysia ini yang diamalkan oleh para politikus yang bertauliah dan tak bertauliah.
Punya lah hebat sehinggakan nak gunakan tanda awam pun, kena berdebat dulu dengan penjaga tandas samada GST perlu dikenakan dan dimasukkan kedalam caj masuk tandas. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...