
Lawatan kerja berkenaan berdasarkan kepada satu memorandum yang ditandatangani diantara SPAD dengan Puspakom pada 24hb ogos 2011 bagi memastikan tahap keselamatan dan sah bagi kenderaan pengangkutan awam darat. SPAD benar-benar serius dalam memastikan mutu dan tahap keselamatan kenderaan pengangkutan awam. Bagus!
Antara lain, memorandum tersebut menyatakan kerjasama diantara SPAD dengan Puspakom dalam hal:-
- perkongisan maklumat
- pemeriksaan terperinci keatas kenderaan, chasis, no enjin dan pemasangan gajet
- tindakan susulan keatas pengendali dan pengusaha yang gagal hadir pemeriksaan berjadual.
Ciri-ciri istimewa Teksi 1 Malaysia (melibatkan kerjasama dengan Proton):-
- Ruang yang lapang dan luas bagi penyimpanan barangan
- ABS,airbag dan ciri-ciri terkini keselamatan
- Kerusi kemasan kulit
- Saluran penghawa dingin khusus untuk penumpang
- Sistem tempahan dan dispatch navigasi (GPS)
- kemudahan kad kredit / debit
- NGV pasang siap dikilang & meter.
Program teksi 1 Malaysia melibatkan 1000 unit teksi yang mempunyai ciri-ciri khas diatas. Dikeluarkan oleh Proton. Dan menjalani pemeriksaan teliti mengikut piawaiaan antarabangsa di Puspakom. Harga seunit ialah RM64,000.00. Dana 1 MDB sejumlah RM5,000.00 diperuntukkan untuk pembelian bagi setiap unit. Bakinya pula akan dibereskan oleh Bank Simpanan Nasional. Memang bertuah lah para peserta berkenaan. Dan terbuktilah komitmen kerajaan menunaikan janji-janji mereka. Tak lama bergaya lah kome menaiki teksi yang selesa dan selamat! Boleh bayar guna kad kredit dan debit lagi ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan