Ahad, 29 September 2013

SPAD: Kuatkuasa SPAD ICOP DiKawasan Tanah Tinggi @SPADChannel

Menyedari aspek keselamatan bagi bas yang beroperasi di kawasan Tanah Tinggi, dan mengambil iktibar dari kejadian bas Genting terhumban kedalam gaung, SPAD menguatkuasakan SPAD ICOP. Kejadian tersebut sedang siasat secara terperinci oleh SPAD dari aspek pengurusan syarikat bas berkenaan dan aspek keselamatan. Berikut ialah kenyataan media SPAD mengenainya. 
KENYATAAN MEDIA

PELAKSANAAN KOD AMALAN INDUSTRI S.P.A.D. – KESELAMATAN UNTUK PENGENDALI BAS BAGI OPERASI DI KAWASAN TANAH TINGGI

KUALA LUMPUR: 27 September 2013 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat bas yang terlibat dengan kes kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland. SPAD akan meneliti secara terperinci segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut.

Memandangkan kepentingan aspek keselamatan bagi pengendali bas di kawasan tanah tinggi, SPAD telah mengeluarkan Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri bagi keselamatan pengendali bas yang beroperasi di kawasan tanah tinggi. Pekeliling ini amat penting sebagai makluman dan rujukan semua pengendali bas di kawasan tanah tinggi berhubung dengan pelaksanaan Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD - Keselamatan. Antara keperluan yang terkandung di dalam pekeliling yang telah diwajibkan bagi kenderaan adalah seperti Pemasangan Global Positioning Satelite System (GPS), Anti-lock Braking System (ABS), CCTV kamera di ruang ‘dashboard’ atau ruang yang bersesuaian, sistem keselamatan brek seperti Engine Retarder/exhaust brake dan pematuhan peraturan keselamatan antarabangsa mengenai keselamatan super structure kenderaan (U.N.E.C.E Rule 66/A.D.R.) serta tali pinggang keledar untuk semua kerusi  penumpang (U.N.E.C.E Rule 80).

Untuk makluman, dibawah SPAD ICOP-SHE yang telah berkuatkuasa pada 9 September 2013, pegawai keselamatan dan penyelia syarikat telah diwajibkan memantau pemandu dan kenderaan sebelum perjalanan dimulakan. Langkah kawalan tambahan yang dikuatkuasakan oleh SPAD adalah bertujuan untuk menangani kelemahan-kelemahan dari aspek keselamatan operasi di kalangan pengendali bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tanah tinggi.

Dalam masa yang sama, SPAD telah menubuhkan Jawatankuasa Inkuiri Kes Kemalangan Bas – Genting yang berlaku pada 21 Ogos 2013. Jawatankuasa tersebut akan diketuai oleh En Mohd Nur Ismal Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD dan dianggotai oleh pihak PDRM, JPJ, MIROS dan lain-lain agensi yang berkaitan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...