Rabu, 28 Ogos 2013

Timbalan Menteri Ini Lebih Pintar Daripada P. Waythamoorthy


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilapurkan oleh Agendadaily , mengeluarkan cabaran kepada P Waythamoorthy. Cabarannya mudah, beliau meminta P. Waythamoorthy menyeru semua penjenayah tak kira apa bangsa pun di Malaysia agar menyerah diri dan senjata kepada polis. Agar Polis boleh menahan mereka dengan aman. Jika cabaran ini tidak mampu di sahut oleh P.Waythamoorthy, maka P. Waythamoorthy terbukti tak boleh hanya mengkritik PDRM dalam insiden tembak-menembak di Pulau Pinang. 

Ambe setuju benar dengan cabaran Timbalan Menteri yang bijak dan pintar ini. Kalau taknak mana-mana penjenayah berbalas tembak dan mahu di tahan secara aman, maka pihak yang mengkritik polis wajib menyeru semua penjenayah menyerah diri dan senjatapi di balai polis. Dengan ini tentulah Polis boleh menahan mereka secara aman. Tak perlu lah Polis memburu mereka dan dapat mengelak kejadian tembak-menembak.

Cabaran Timbalan Menteri ini pada hemat ambe lebih waras dan rasional daripada cabaran suruh P.Waythamoorty meletak jawatan. Ya la, nak suruh orang meletak jawatan, kita kenalah menguji kemampuan mereka terlebih dahulu. Bila terbukti, mereka hanya pandai bercakap dan tak tahu apa yang mereka cakap, maka barulah kita desak pihak berkenaan meletak jawatan. Barulah nampak ngam dan lebih matang dalam tindakan.

Mampukah P.Waythamoorthy menyahut cabaran tersebut? Sama-samalah kita nantikan samada P.Waythamoorthy punya suara dan wibawa mampu menguasai penjenayah serah diri dan senjatapi secara aman. Kita nantikan bersama. Diharapkan P. Waythamoorthy tak lakukan Mogok Lapar pula. - MERDEKA !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...