Sabtu, 3 Ogos 2013

Kesemua 222 Tunggul Kayu Di Minta Jangan Permainkan & Mempolitikkan Keselamatan Nyawa Rakyat Lagi.

Kadar jenayah meningkat bukanlah satu perkara yang boleh dipolitikkan, Ini soal nyawa manusia, bukan soal nyawa-nyawa ikan. Ini berkenaan dengan Hak Rakyat mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan nyawa dan hartabenda dalam Perlembagaan. Pada hari ini kita selaku rakyat melihat bagaimana 222 Tunggul Kayu setiaphari dok main batu dan bertikam lidah. Tiada tindakan proaktif. Memasing pihak seolah-olah begitu gembira bertemasya maki hamun sesama sendiri sedangkan rakyat di luar di ancam oleh peluru sesat ' Perang Gengster'! Berapa ramai lagi harus terkorban sebelum 222 orang Tunggul Kayu nak sedar?!

Kelembapan dan strategi lembab politik dalam insiden Lahad Datu masih belum cukupkah menjadi pengajaran kepada 222 Tunggul Kayu? Sebaliknya Tunggul Perdana dan Penunggu Tunggul dok riangria gembira memberi pingat kepada bloger cuti-cuti Malaysia. Apa ini? Adakah dengan memberi pingat maka keesokan harinya, Temasya tembak-menembak akan terhenti? Masih belum cukupkah pemerkosaan kepada Perlembagaan dengan memansuhkan I.S.A dan Ordinan Darurat?

Sepatutnya, kesemua 222 Tunggul Kayu segera meluluskan undang-undang pencegahan jenayah atau menggubal sementara undang-undang memberikan kuasa eksekutif tambahan mencegah jenayah. Ini tidak, baik Tunggul Perdana mahupun puak Ketua Tunggul Umum pembangkang masih bermain politik dengan nyawa rakyat ! Dimanakah tanggungjawab dan keprihatinan mereka selaku ahli Parlimen Malaysia yang diamanahkan oleh rakyat ?

Kenapa 222 Tunggul Kayu masih main tarik-tali ni? Keadaan mendesak, keselamatan nyawa dan hartabenda rakyat terancam dek Perang Gengster. Dimanakah kesedaran 222 Tunggul Kayu ini dalam menjaga keselamatan dan melindungi nyawa dan hartabenda rakyat? Jangan lengah-lengah lagi sebarang tindakan untuk melindungi dan menjamin keselamatan nayawa serta hartabenda rakyat! Cukup-cukuplah berpolitik dan membiarkan keadaan begini? Sungguh menakutkan cara 222 Tunggul Kayu termasuk Tunggul Perdana serta Ketua Tunggul Pembangkang bertindak dalam menangani masalah kadar jenayah ini.

Kita selaku hamba rakyat mahu 222 Tunggul Kayu cepat sedar dan mula bertindak. Jangan asik nak syok beri pingat tapi gagal bertindak cepat dalam keadaan mendesak seperti sekarang ini. 

WAKE UP LAH TUNGGUL-TUNGGUL KAYU !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...