Khamis, 1 Ogos 2013

Jual 55 Aset RM35.7 Bilion Dapat Untung RM15.7 Bilion, Kira Bodohlah Puak Keynesian Omar Ong & Da Gang.

Ni kes sama bodoh macam DAP masa kira undi. Dan kebodohan sama pentadbiran PKR di Selangor. Jual aset sana sini , dapat untung ciput. Lepas itu, berkokok satu dunia kata Cerdik!. Ijazah dan kelulusan je berjela-jela 100 kilometer , rupanya bangangnya lebih 200 kilometer. Liberalisasi rupanya pada puak Keynesian penjahanam ekonomi ialah menjual aset berbilion ringgit untuk dapat untung ciput. Bila begitulah 'amalan Liberalisasi' maknakata puak Keynesian nak kasi bangkrap negara dan kasi puak korporat makin kaya. Rakyat dapat apa? Habuk pun tarak. Patutlah Melayu semakin tertekan. Tapi Melayu in baguslah. Waima dizalimi dan dianiayai oleh puak Keynesian masih menyelamatkan kerajaan BN.

Meh baca dulu lapuran daripada Utusan Malaysia mengenainya, ambe petik sikit:-
KUALA LUMPUR 31 Julai - 
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah melupuskan 55 aset dan syarikat bernilai RM35.7 bilion yang menghasilkan pendapatan berjumlah RM15.7 bilion dalam tempoh dari tahun 2004 hingga Disember 2012.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, antara aset Khazanah yang dijual adalah:-
Proton Holdings Bhd. kepada DRB-Hicom Bhd. pada tahun 2012, Plus Expressways Bhd. 
UEM Group Bhd.dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 2011, Pos Malaysia Bhd. kepada DRB-Hicom pada tahun 2011 
serta penjualan Eon Capital Bhd. kepada Hong Leong Bank Bhd. pada tahun 2011. 
Menurut Ahmad, antara aset Khazanah lain yang dijual ialah 
Malaysia Airports Holdings Bhd. pada tahun 2012 dan 2010, 
Tenaga Nasional Bhd. pada tahun 2012 serta Telekom Malaysia Bhd. dan 
CIMB Group Holdings Bhd pada tahun 2010. 
"Walau bagaimanapun, Khazanah masih memiliki peratusan pegangan saham sebanyak 40 peratus dalam Malaysia Airports Holdings, 33 peratus dalam Tenaga Nasional, 29 peratus dalam Telekom Malaysia dan 30 peratus dalam CIMB Group," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20130801/pa_01/55-aset-syarikat-Khazanah-dilupus#ixzz2af7yyPN5 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Kesian Mat Maslang terpaksa menjawab soalan nakal. Tapi nak buat camno kan Mat Maslang.. Nampaknya Mat Maslang jadi 'bidak catur' puak Keynesian Omar Ong. Berpuluh bilion tu. Bukan sikit. Itulah hasil penat lelah jerih payah Tun dr M dahulu kumpulkan harta dan aset untuk negara. Bila masuk puak Keynesian, depa jual macam harta mak-bapak depa. Bukannya depa nak tambah nilai, tapi depa Jual-Nilai. Memang gampang lah puak Keynesians.

Pada hemat ambe, bila khidmat puak Keynesian hanya 'meliberalisasi' dengan 'menjual aset-aset' itu lebih kurang sama macam, Lanun dan Perompak lah. Dapat 'Kuasa' dan 'Kepercayaan' tulis sikit Kertas-kerja , selepas itu JUAL ! Untung Maaaa !!!!! Buta perut betul la puak Keynesian. Akhirnya, rakyat juga menderita kepayahan dan kesulitan berpanjangan. Apa alasan dan justifikasi puak Keynesian menjual hartabenda Khazanah Holdings pun, kita tak tau.

Nampaknya, Tunggul Perdana kena dengar nasihat Tun Daim lah, pecat je semua puak Keynesian dalam kabinet tu kalau nak menang dua pertiga majoriti !

2 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Aset RM35.7 bilion, jual RM15.7 bilion...RM20 bilion lagi kerugian sapa nak tanggung?

Cer mana nak jawab...cer cerita sket?

Unknown berkata...

Salam Perjuangan,
Mohon jasa baik tuan blog ini dapat pautkan blog kecil kami di blog anda.
http://st4jasin.blogspot.com/
Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...