Rabu, 31 Julai 2013

SPAD: Anda Nak Balik Kampung? @SPADChannel

Fenomena 'ulat tiket' kembali lagi setiapkali perayaan Melayu nak beraya. Fenomena ini hanya muncul waktu Melayu nak beraya. Taim India dan Cina nak beraya takde plak 'ulat tiket' muncul. Ini kerana pengguna bas ekspres adalah majoriti Melayu. Dan Melayu terkenal dengan sifat tak nak komplen banyak-banyak. Jadi mudahlah tauke-tauke cina pemilik bas ekspres nak kelentong pengguna Melayu.

Oleh kerana SPAD sudah ada bagi menjamin dan menjaga kepentingan pengguna, apakata pengguna Melayu mula ambil perhatian dan menjadi 'Tukang Komplen' paling efektif untuk membantu SPAD menangani fenomena 'Ulat Tiket' ?Selain itu, apakata pengguna-pengguna mula ambil tahu perkhidmatan E-Tiketing yang sudah mula diperkenalkan?

Mula-mula, ambil tahu mengenai nombor pengaduan SPAD. Di twitter, sila kemukakan aduan 'on da spot' ke @SPADChannel. Ambil gambar dan terus muatnaik ke akaun twiter SPAD berkenaan. Satu perkara lagi, bila anda menalipon ke talipon aduan SPAD, harap bersabar sedikit. Kerana SPAD menerima beribu-ribu aduan sekaligus. Sebab itulah yang efektif ialah memuatnaik terus ke akaun twitter SPAD. 

Gunakanlah juga rangkaian perkhidmatan bersepadu yang sudah dibangunakan. Contohnya, Terminal Bersepadu Selatan. Gunakanlah sebaik mungkin perkhidmatan rel yang ada untuk memudahkan perjalanan balik anda. Pastikan juga bas ekspres tambahan mempunyai permit LPS. Rujuk di sini. Ketahuilah di mana letaknya lokasi pejabat SPAD yang berdekatan. Dan perhatikanlah pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD. 

Bagi yang menggunakan teksi, pastikan anda tidak menggunakan teksi yang tak menggunakan meter. Pastikan juga, jika anda wanita, carilah teksi yang pemandunya wanita juga. Anda perlu menjadikan SPAD sebagai rakan dan tempat mengadu anda mengenai mutu perkhidmatan bas, rel ringan dan teksi. Anda mampu melakukannya.  

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...