Selasa, 23 Julai 2013

PRK KOLE BESOUT:- Penyelamat Dunia - & Ahli Politik Malaysia.


Tuhan kepada ahli politik ialah wang dan jawatan. Keduanya adalah sumber kuasa politik utama bagi ahli politik. Tanpa keduanya, mana-mana ahli politik tidak akan mampu bertahan lama. Ahli politik Malaysia adalah ibarat rokok. Waima tak berfaedah tapi ramai ketagih rokok. Dan sukar membuang tabiat ketagihan rokok. Mahal macamana pun harga rokok, orang tetap menghisap rokok. Yang untung hanyalah syarikat-syarikat pengeluar rokok. Rokok adalah produk komersil yang satu-satunya tidak diperlukan tapi pasarannya besar.

SATU SUDUT PANDANG YANG JAUH BERBEZA.

BN menang tapi kalah dalam PRU13. BN menang majoriti kerusi tapi kalah undi popular. Sesuatu yang yang di luar akal munasabah, tapi ianya berlaku. Selama ini kita diberikan maklumat bahawa BN kalah undi popular kerana lonjakan sokongan rakyat dan tsunami Cina. Benarkah begitu? Sebenarnya, pada hemat ambe, ianya tidak benar samasekali. Ianya berlaku kerana BN mahukan ianya berlaku.

Mana-mana ahli politik bila diberikan wang dan jawatan akan sanggup melakukan apajua. Ada dua amalan politikal yang paling diikuti yakni:-

1. Teori 'Punca & Natijah'
2. Teori 'Di Mana Ada Perkecohan Di Situ Ada Peluang'

Bila anda memahami kedua teori politikal di atas, anda akan mampu menggabungkan kesemua 'Punca', 'Natijah' , 'Kekecohan' dan 'Peluang'.

Ambe tak berapa nak 'membeli' hujah-hujah yang mengenai komposisi 16:16. Jika ianya berlaku sekalipun, kerana ada pihak yang mahu ianya berlaku. Kerana mahu mengujudkan satu kekecohan yang membuka peluang-peluang tertentu. Komposisi 16:16 bila berlaku tetapi mampu di ubah 'natijah'nya. Mudah sahaja, tawarkan wang dan jawatan. Pasti ianya berubah sekelip mata. Keputusan selepas pilihanraya boleh berubah kerana 'natijah' itu tertakluk kepada faktor 'wang' dan 'kuasa' ahli politik dan bukan lagi kepada pengundi. 

Jika ianya berlaku, ianya amat menguntungkan bagi ahli politik. Kerana, ahli Politik mampu memberikan alasan dan jutifikasi mengekalkan kuasa dan jawatan. Ahli politik akan memainkan peranan 'Penyelamat Dunia'. Maka rakyat akan menarik nafas lega kerana 'diselamatkan'. Dengan itu, menjadi relevanlah keberadaan kuasa ahli politik dan sokongan kepada rakyat. Bukankah itu tujuan dan matlamat ahli politik pun? Mengekalkan status-quo kuasa dan jawatan mereka tanpa memprejudiskan golongan mereka?

Kerana itulah kita melihat kenapa kempen PRK Kole Besout tidak hangat dan dingin sekali. Kerana semua ahli politk sudah sepakat di antara mereka, siapakah yang akan terpilih dan siapakah yang akan terkeluar dalam mengekalkan status-qou kuasa dan jawatan mereka. Persoalannya kini, untuk dan kepada siapakah peluang tersebut diwujudkan?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...