Selasa, 21 Mei 2013

TINDAKAN BIJAK AKAR UMBI KEKALKAN PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO DAN TIGA NAIB PRESIDEN.



Carta Pemegang Jawatan dalam MAJLIS TERTINGGI UMNO.

Tiga jawatan tertinggi dalam UMNO- Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO tak perlu dipertandingkan untuk memberi laluan kepada para pemimpin melangsungkan program-program transformasi dan mengutuhkan lagi kesatuan dan solidariti parti. 

Setiausaha Kelab Veteran UMNO, Mustapha Yaacub, mengusulkan perkara ini menambah, perubahan ketara dalam lanskap politikal yang menyaksikan realiti pemisah perkauman yang dizahirkan dalam PRU13 lalu memerlukan perubahan minda dan pandangan baru kepada semua perspektif.

" Ianya bukan sahaja politikal tapi merangkumi semua aspek di mana ahli UMNO haruslah menerimanya dengan membuang semua sifat cemburu irihati, tamak dan kuasa. Untuk kali ini, biarlah kita terus maju dengan perspektif baru dan untuk menzahirkannya, kita haruslah beri laluan kepada presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden melangsungkan agenda sedia ada untuk UMNO, Melayu, warga Malaysia amnya, Islam dan negara"

"Kita tak perlu dibebani dengan masalah jawatan dalam parti sedangkan kita mengetahui negara memerlukan kesatuan untuk terus makmur dan ini hanya boleh dicapai jika kepimpinan tertinggi diberikan mandat penuh dan masa untuk melaksanakan dan bertindak bagi membuahkan kejayaan" Kata beliau.

Keputusan PRU13 lalu berakhir dengan jurang terbesar di antara komuniti Cina yang mengundi DAP manakala Melayu dengan India mengundi Barisan Nasional.

Disebutkan sebagai Tsunami Cina yang dinafikan oleh DAP, mengakibatkan parti MCA dan GERAKAN menolak sebarang jawatan di dalam kabinet.

Kedua parti MCA dan GERAKAN sebuah parti multi-ras tapi berasaskan Cina gagal beraksi cemerlang menyebabkan penolakan komuniti Cina kepada keduanya,

Mustapha berkata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah bekerja kuat dan secara jujur sejak April2009 untuk mendapatkan kembali pengaruh dan kerusi bukan sahaja untuk UMNO tetapi juga untuk BN.

“Najib telah mencuba setiap pendekatan to membawa kembali keyakinan dan kepercayaan, mula-mula bersendirian kemudian diikuti oleh pemimpin-pemimpin dari parti lain dalam koalisi."

“Beliau telah memberi segalanya demi kepentingan BN dan Melayu dan kini adalah masa kita untuk menyokongnya, total, dalam UMNO kerana perubahan dalam lanskap politikal telah menyorong UMNO ke hadapan sebagai benteng dan kubu BN."

“ UMNO seharusnya rapatkan saf dan memperkuatkan ukhuwah terhadap beberapa cabaran kerana pilihanraya seterusnya adalah penting dalam menentukan kelangsungan parti termasuklah kelangsungan Melayu dan kuasa politik Melayu." 

“Ahli UMNO tak boleh bersikap lewa dan berandaian  UMNO adalah kuat dan pertandingan jawatan tertinggi tidak akan mengoyahkan kedudukan UMNO."

“Andaian itu tidak selari keadaan mutakhir senario dan lanskap politikal"

“Jadi tindakan terbaik ialah, pada pandangan saya dan daripada sahabat-sahabat, tiada pertandingan untuk lima jawatan tertinggi dan pada masa yang sama memperkuatkan kesatuan parti dan berdamai." tambahnya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang, Selangor, Suhaimi Abdul Rahman  bersetuju dengan syor tersebut, menambah bahwa Najib perlukan sokongan penuh dan padu terutama daripada dalaman parti untuk menjadikan agenda transformasi suatu kejayaan"

“Tugasannya masih belum selesai dan perjalanan beliau masih jauh, oleh itu sokongan dan kesatuan kita adalah kekuatan ampuh bagi beliau."

“Oleh itu saya bersetuju bahawa tiada pertandingan untuk lima jawatan tertinggi parti- presiden, timbalan presiden dan naib presiden - untuk memberi laluan kepada Najib untuk berjaya bagi manfaat Melayu, warga Malaysia dan negara."

“Ikhlas saya cakap, I melihat sendiri dengan mata kepala saya bagaimana Najib bekerja semasa kempen pilihanraya dan saya tabik beliau kerana kejujurannya" tambahnya.

UMNO dijangka mengadakan pemilihan tri-tahunan dalam Ogos menggunakan sistem baru di mana 146,000-ahli akan mengundi to memilih kepimpinan menggantikan kaedah lama hanya 2,500 perwakilan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...