Khamis, 16 Mei 2013

SENARAI EXCO NEGERI PAHANG 2013-2018 - WAKIL MCA TOLAK JAWATAN.


Barisan EXCO Pahang 2013-2018

Majlis angkat sumpah diadakan bermula pukul 11 pagi di Istana Abu Bakar, Pekan di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, seminggu selepas Datuk Seri Adnan Yaakob, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang untuk penggal ke-4 pada 9 Mei. Turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan menteri besar Pahang.

Muka baharu Exco negeri ialah:-

Datuk Abu Bakar Harun (Adun Chini),
Datuk Mohd Johari Hussain (Tioman),
Norul Azali Sulaiman (Guai),
Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala  Sentul)
Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau).

Empat muka lama turut dilantik semula iaitu:-

Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (Lanchang),
Datuk Ir Mohd Soffi Abd Razak (Benta),
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai)
Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura).

Bekas EXCO lama 2004 yang di lantik semula:-

Datuk Shahiruddin Ab Moin

Manakala ADUN BN dari MCA seramai dua orang,Datuk Lau Lee (Damak) dan Datuk Fong Koong Fuee (Cheka). MCA telah menyatakan tidak akan menerima pelantikan jawatan ekoran prestasi buruk parti itu pada PRU13.

Tahniah kepada semua yang menjadi EXCO negeri Pahang bagi penggal ke 4. Semoga perkhidmatan kepada rakyat bertambah baik dan mampu kembali merampas 12 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen.

sumber The Malaysian Insider.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...