Selasa, 2 April 2013

#PRU13: POLITIK REALITI- JOHOR KUBURAN POLITIK VETERAN PAKATAN & ESOK PARLIMEN BUBAR?

Ceramah pada 1hb April 2013 Majlis Bicara Perdana di  Permas Kempas Johor Bharu.
Gambar Ihsan Utusan Malaysia

Ceramah Tun Dr M di Johor Bharu pada 1 hb April 2013 memang hangat diperkatakan. Di tambah pula dengan temubual Tun Daim dengan wartawan media berbahasa Cina.  Dua perkara ini memang hangat diperkatakan. Sebelum ini kita hanya mendengar auta-auta porpaganda pemimpin-pemimpin saudagar mimpi DAP PKR PAS sahaja mengenai PRU 13. 

Kit Siang yang tercabar dengan seruan Tun Dr Mahathir agar pengundi Johor menjadikan Johor sebagai Kuburan Veteran Politik DAP PKR PAS benar-benar mencuit hati semua. Di tambah dengan kenyataan Tun Daim yang mengatakan Kit Siang sudah sepatutnya bersara seperti beliau saja. Bagi Tun Daim, DAP hendak perubahan tapi gagal melaksanakan perubahan dalaman kerana asik-asik muka lama seperti Kit Siang mengepalai DAP sejak 1969 lagi.

Berita Utama BH pada hari ini. Adakah segala teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen akan terjawab esok?


Berdasarkan kepada DPT ST4/2012, jumlah pemilih berdaftar ialah 13,291,385 orang juta di mana jumlah pemilih baru pertama kali mengundi kurang lebih dalam 1 juta orang (tolong semak kembali data SPR). Mengikut pola undi sejak 1957 lagi, hampir 95% pengundi sudah tahu siapa yang bakal mereka pilih, Hanya 5% sahaja yang akan membuat keputusan di saat akhir. Peratusan keluar mengundi sejak 1957 sehingga 2008 adalah sekitar 74% - 80% sahaja.

Pihak yang lebih peka dan mengenalpasti 5% tersebutlah akan menang dalam PRU13. Pihak yang mampu memujuk semua pemilih di pdm masing-masing keluar mengundi sehingga 95% juga mempunyai peluang cerah untuk memenangi PRU13.

Memanglah PRU13 kali ini adalah pilihanraya paling meriah dan sengit di antara pihak-pihak yang bertanding. Cuma di sini ambe ingatkan semua, DAP PRK PAS tidak bertanding SEBAGAI SATU ENTITI DINAMAKAN PAKATAN RAKYAT yea. Mereka bertanding di atas tiket masing-masing. So, apa saja MANIFESTO PAKATAN RAKYAT itu cuma MANISFESTO AUTA sahaja. Selamanya PAKATAN RAKYAT TAKKAN DIDAFTARKAN oleh DAP PKR PAS PSM.

Tapi UMNO, MIC, MCA, GERAKAN, PPP, PBB, SUPP dan beberapa parti komponan BARISAN NASIONAL bertanding di bawah SATU ENTITI DINAMAKAN BARISAN NASIONAL. Sebarang MANIFESTO BN ADALAH SAH DAN BENAR. 

Bila Kit Siang bertanding di Johor, beliau membawa kapasiti DAP dan personaliti beliau sahaja dan bukan aspirasi entiti fantasi bernama PAKATAN RAKYAT. Begitu jugalah dengan mana-mana calun daripada PKR, PAS DAN PSM.

Sentimen pengundi di Johor jauh berbeza dengan sentimen pengundi di sarang dan lubuk DAP di Pulau Pinang. Johor adalah kubu kuat MCA dan UMNO. Pengaruh PAS pun hanya sekadar tiupan bayu di Laut Cina Selatan, hanya mengasyikkan tetapi tidak memberikan sebarang perubahan.

PAS lagi kelakar kerana PAS mempunyai identiti berbeza-beza mengikut negeri-negeri memasing. Tak pernah tunduk kepada kepimpinan Pusat mereka pun. Masing-masing jalan ikut kepala sendiri.

Membandingkan apa berlaku semasa PRN SARAWAK dulu, kita melihat pada akhirnya DAP PKR PAS bertanding sesama sendiri hampir di semua kawasan. Perebutan yang sama akan berlaku semasa PRU13. Setakat mereka tunjuk lakunan mereka semasa penamaan calun itu biasa lah.  Apapun pandangan mana-mana pihak lain yang mengatakan ada kemungkinan DAP diberikan laluan oleh PAS, PKR dan PSM untuk menamatkan MCA, tetapi pengalaman di PRN SARAWAK menafikannya. Mana boleh PKR, PAS dan PSM beri laluan camtu saja kepada DAP. Mana ada tanah lagi nak dirasuahkan oleh DAP kepada PKR, PAS dan PSM. Kesemua mereka TAK MEMPERCAYAI ANTARA SATU SAMA LAIN. 

Apabila pemimpin Barisan Nasional dan pemimpin veteran Barisan Nasional bercakap mereka bercakap berdasarkan FAKTA. Pemimpin DAP PKR PAS PSM bercakap di atas dasar SENTIMEN. So, mereka lebih cenderung ber-AUTA.

Waima Tun Daim meramalkan DAP bakal memenangi beberapa kerusi di Johor tapi yang pastinya, Johor menjadi Kuburan kepada veteran-veteran politik DAP PKR PAS PSM. Kita tengok nanti SIAPA YANG KENA!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...