Isnin, 11 Mac 2013

PERLUASKAN PENDUDUK SSA MENJADI ANGGOTA RELA & ASKAR WATANIAH #PrayForLahadDatu

 
Antara Talibarut Pengganas Kiram III-suku yang sempat di pintas.
(sumber asal akaun fesbuk VAT69 (-Perjuangan Semalam)


OP DAULAT: KAMPUNG TANDUO KINI BERSIH, 97 PENCEROBOH DITAHAN 

Lahad Datu, 11 Mac - Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari
ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh sejak sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.

Beliau berkata kejadian semalam yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.

"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya.- BERNAMA

Selain dari mengekalkan jumlah tentera dan polis di kawasan SSA, apakata rekrutkan semua penduduk di kawasan SSA (setelah di 'vet' ) menjadi anggota RELA dan ASKAR WATANIAH selain menjadikan mereka RAKAN COP dan POLIS BANTUAN. 



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...